Utama Blog Laman 120

DesignCap: Cipta Poster Profesional Melalui Atas Talian Dengan Mudah

1

DIY atau Do It Yourself ibaratnya sudah menjadi satu minat baru kepada masyarakat kita. Dari ‘servis’ kenderaan sendiri, kepadalah pembaikan alat-alat elektrik di rumah.

Tetapi tidak lupa juga ada yang berminat hendak mencipta sendiri sesuatu yang berkaitan dengan bidang IT. Selain penyuntingan gambar, pembuatan poster juga adalah niche yang mula mendapat perhatian.

Poster adalah salah satu cara yang berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai acara yang dianjurkan oleh syarikat anda atau usaha untuk mengiklankan sesuatu. Dengan rekaan poster yang menarik, ia pasti dapat menyampaikan mesej dengan lebih efektif.

DesignCap ialah laman pembuat/penciptaan poster atas talian yang dapat digunakan secara percuma. Sama seperti Fotor, anda boleh terus mengaplikasikan laman tersebut bagi tugas-tugas mereka bentuk poster tanpa perlu mendaftar.

Laman ini menawarkan beberapa alat reka bentuk seperti clipart, font, dan gambar latar untuk dipilih oleh anda. Walaupun anda bukanlah pakar dalam penyuntingan gambar, anda tetap akan dapat mencipta poster menarik tanpa masalah.

Para pembangun laman ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang seni reka bentuk grafik dan pembangunan perisian. Oleh itu tidak hairan apabila terdapat beratus templat poster di laman DesignCap untuk dipilih.

Anda boleh mulakan ia dengan klik pada pautan berikut: DesignCap.

Di bahagian hadapan laman ada tertera butang ‘Make a Free Poster/Flyer‘. Klik pada butang tersebut.

Senarai fungsi bagi setiap elemen pada panelnya adalah seperti berikut:

Template – Senarai ratusan templat percuma dengan reka bentuk sedia ada yang boleh diubah mengikut citarasa.

Photo – Anda boleh muat naik gambar pilihan sendiri dari komputer mahupun dari Facebook anda.

Text – Seperti namanya, anda boleh masukkan teks beserta font pilihan.

Clipart – Masukkan unsur clipart ini bagi menyerlahkan lagi mood poster. Ia dibahagikan mengikut kategori, atau anda boleh gunakan bar carian bagi mendapatkan clipart khusus.

BKGround – Ini ialah pilihan latar (background). Anda boleh pilih dari senarai warna atau reka bentuk sedia ada bagi memberikan katakter kepada latar belakang poster.

Di sebelah panel akan terdapat kategori atau bahagian pilihan ciri khusus. Anda boleh ubah, tambah, dan sesuaikan ia mengikut reka bentuk poster yang anda ingin siapkan.

Gambar berikut ialah contoh dari apa yang telah saya buat sendiri, semuanya menggunakan laman DesignCap.

Apa yang paling penting, ia adalah hasil DIY dari saya. Anda boleh gunakan semula poster ini untuk diposkan di Facebook anda. Silakan. Sesiapa sahaja boleh mencipta poster walaupun tidak mahir dalam proses penyuntingan gambar.

Hanya perlu pilih templat, masukkan elemen, dan buatlah penyesuaian semahunya hingga ia siap mengikut kehendak anda. Kalau anda mahu mencari ‘duit lebih’ dengan perkhidmatan membuat poster juga tiada masalah, kerana anda boleh muat naik gambar latar belakang sendiri dan ia dapat menjadikan poster anda unik tanpa perlu bergantung kepada reka bentuk stok.

Demotivational quote untuk hari ini. Heheheh.

Anda boleh dapat gambaran sekarang bukan, bagaimana mudahnya untuk membuat sesuatu poster? Tiada latihan diperlukan, cukup sekadar anda gunakan kreativiti diri sebaik mungkin. Selepas ini jika anda diberikan tugas menyiapkan poster, anda sudah tahu laman manakah yang anda boleh buka bagi mendapat hasil paling memuaskan.

Jika anda hendak cuba, silakan hala ke laman DesignCap sekarang.

Tiada sebarang pendaftaran, tiada juga apa-apa pembayaran, terus gunakan DesignCap dan mulalah mencipta poster dari sekarang.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Fotor: Penyunting Gambar Atas Talian Dan Alat Reka Bentuk Grafik Percuma

1

Fotor ialah alat penyuntingan gambar yang mempunyai pelbagai varian untuk beberapa jenis platform.

Versi webnya adalah satu medium paling berkesan dalam melakukan proses suntingan akhir bagi mendapatkan hasil gambar yang memuaskan.

Ia menyokong semua format fail imej yang popular, dan padat dengan ciri penyunting untuk membuatkan gambar kelihatan terbaik.

Ia mungkin tidak dapat menggantikan aplikasi penyunting gambar popular seperti GIMP dan Photoshop, tetapi bagi pemula ianya adalah amat mudah untuk digunakan.

Ciri Fotor versi suntingan atas talian yang paling saya suka adalah 1-Tap Enhance. Ia akan menjadikan gambar anda yang kurang menyerlah kepada gambar dengan paparan kualiti lebih baik.

Ia ibarat meletakkan kesan khas secara automatik tanpa perlu memahirkan diri dengan mempelajari setiap fungsi suntingan. Kemudian, anda boleh klik pada ‘Compare’ untuk terus membandingkan perbezaannya, sebelum dan selepas diaplikasikan kesan 1-Tap Enhance tersebut.

Satu lagi ciri yang saya suka ialah ‘Magic Clipper’. Ia dapat digunakan untuk membuang gambar latar dan hanya mengekalkan subjek. Terdapat dua jenis brush iaitu Retain Brush dan Removal Brush.

Jelasnya, Removal Brush digunakan untuk memadam latar, manakala Retain Brush pula digunapakai bagi memastikan subjek kekal dalam bentuk asalnya.

Maaf, saya memang noob guna benda ni. Tapi, anda faham kan?

Bagi fungsi-fungsi lain pula, ia adalah seperti berikut.

Basic ialah di mana anda boleh selaraskan Brightness, Contrast, Saturation, dan Sharpness. Hanya perlu seret sahaja nilai mengikut kemahuan anda, semudah aplikasi Snapseed.

Fine-Tune memberikan pilihan untuk menyelaraskan Exposure, Highlights dan Shadows. Jika gambar anda sudah mempunyai tahap expore yang baik, maka tidak perlu lagi ditambah baik. Secara asasnya bahagian ini digunakan bagi menyerlahkan bahagian gelap akibat penggunaan exposure yang tidak tepat.

Color – ada dua pilihan di sini iaitu Temperature dan Tint. Biasanya gambar yang diambil terutamanya menggunakan telefon pintar mempunyai kecenderungan tertentu sama ada warm atau cool. Anda boleh tukarkan mood gambar kepada warm, di mana gambar tampak lebih kekuningan, atau cool iaitu gambar akan tampak lebih kebiruan.

Vignette adalah seperti namanya, anda boleh menambah kesan seperti gambar lama, sedikit gelap di bahagian hujungnya.

Di bahagian bawah panel Basic, terdapat pula pilihan Effect, Beauty, Frames, Sticker, Text, dan Cloud.

Pada Effect terkandung pelbagai jenis kesan khas yang anda boleh pilih. Setiap satunya akan memberikan tampilan menarik dan unik.

Beauty adalah kesan bagi memperbaiki ‘tampilan’ wajah. Terdapat Blemish Fix, Smoothing, Wrinkle Remover, Blush, Weight Lost (huh?), dan sebagainya lagi.

Frames pula adalah bingkai. Kalau tak tahu bingkai itu apa, Google adalah rakan anda.

Sticker – di sini terdapat pelbagai jenis tampalan. Saya sendiri tidak sempat habis lihat lagi kesemuanya kerana terlalu banyak. Anda terokailah sendiri nanti.

Text, seperti namanya adalah untuk menambah teks pada gambar.

Cloud pula, anda akan diberikan 500MB ruang storan awan sekiranya anda melanggan akan Pro. Akaun percuma pula saya tidak pasti berapa kerana saya terus menggunakan akaun Pro sebaik sahaja log masuk.

Salah satu keistimewaan Fotor versi suntingan atas talian ini ialah fungsi HDR. Fungsi ini terletak pada bahagian bawah senarai fungsi Basic. HDR ialah teknik penyuntingan gambar menggunakan dua atau lebih gambar dengan komposisi yang sama tetapi diambil menggunakan tetapan exposure berbeza dan kemudian digabung menjadi satu.

Anda boleh gunakan Fotor secara percuma di sini: Online Photo Editor | Fotor

Bagaimanapun, sekiranya anda mendaftar akaun dan melanggan versi Pro, anda akan nikmati kelebihan seperti mendapat ruang storan awan Fotor Cloud, sokongan muat turun fail gambar versi definisi tinggi, muat naik gambar ke Fotor Cloud, kongsikan gambar ke laman media sosial dan simpan kandungan yang selalu digunakan pada ruang ‘My Favourites’.

Berikut adalah contoh gambar yang telah saya cuba sunting menggunakan Fotor.

Gambar asal sebelum disunting.

Gambar asal menunjukkan suasana gelap meskipun ia telah diambil menggunakan mode HDR pada telefon pintar saya.

Gambar setelah disunting.

Anda boleh dapat gambaran bagaimana Fotor boleh memberikan kepada anda hasil akhir yang benar-benar mengikut kepada kemahuan anda. Sama ada semakin bagus, atau semakin teruk, itu anda tentukan dan suntingkan sendiri.

Baiklah, anda boleh cuba sendiri Fotor Online Editor ini dan kongsikanlah ia kepada rakan-rakan.

Sekali lagi, pautannya ialah: Online Photo Editor | Fotor

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Sky Torrents Kembali: Laman Torrent Dengan Lebih Privasi Dan Bebas Iklan

0

Saya memang sudah lama tidak menggunakan laman The Pirate Bay (TPB) bagi tujuan pencarian torrent. Pada saya isu privasi lebih penting untuk dijaga dan laman TPB punyai pelbagai isu, terutamanya skrip penggalian Bitcoin yang diserapkan kepadanya.

Atas sebab itulah saya beralih kepada Sky Torrents sehinggalah ia ditutup akibat faktor kos yang semakin meningkat. Dengan berjuta-juta paparan halaman setiap hari, laman web ini terlalu mahal untuk dikendalikan, meninggalkan operatornya tidak ada pilihan lain selain menutup laman tersebut. Mereka meninggalkan datanya untuk dimuat turun oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil alih, dan itulah yang berlaku.

Kini, Sky Torrents sudah kembali dengan operator baru.

Sky Torrents boleh dikatakan seperti The Pirate Bay, namun ia lebih menekankan kepada privasi, oleh itu ia adalah versi yang lebih baik lagi. Ia tidak menawarkan apa-apa jenis akaun kepada pengguna, juga tidak mengaplikasikan apa-apa Javascript pada lamannya.

Laman ini tiada sebarang bentuk penjejak digunakan, tiada cookies, Javascript mahupun keperluan untuk log masuk dari pengguna. Segalanya dilakukan dengan bebas dari moderator.

Paling penting, anda tidak perlu lagi bimbang dengan skrip penggalian Bitcoin seperti yang ada di TPB mahupun YTS. Ini bukan soal ‘berkira’, tetapi tidak semua PC atau laptop punyai kemampuan untuk ‘mengendalikan’ skrip seperti itu.

Anda boleh layari Sky Torrent pada pautan ini: Sky Torrents.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Black Mirror: Bandersnatch: Filem Interaktif Ala ‘Game Book’ Dari Netflix

0

Netflix tidak pernah menghampakan dari segi seleksi filem-filem dan drama-drama yang boleh dinikmati di pelbagai jenis peranti.

Cuma dalam banyak-banyak filem, nampaknya Black Mirror: Bandersnatch berjaya membuatkan saya menulis lagi untuk laman penstriman tersohor itu.

Ianya dilepaskan pada 28 Disember lalu, dan ia tidak mengikuti drama bermusim tradisional lain. Sebaliknya, ia adalah dalam bentuk satu filem penuh, dengan pelbagai cabang pilihan untuk penonton klik padanya.

Jika ‘game book’ membenarkan pembaca memilih pengakhiran bagi sesebuah jalan cerita dalam novel grafik, begitu jugalah halnya dengan Black Mirror: Bandersnatch ini.

Anda pasti akan berasa kagum dan seronok dalam masa yang sama kerana filem tersebut dapat ditentukan hala tujunya oleh anda sendiri. Apa yang perlu anda lakukan ialah tekan pada pilihan yang diberikan setiap kali ia muncul. Lihat contoh yang saya paparkan ini:

Nampak biasa sahaja, hanya perlu pilih kaset mana yang hendak dimainkan oleh pelakon. Tetapi lain sungguh perasaannya apabila kaset yang dipilih itu dimainkan di depan mata, kerana seolah-olah anda bersama-sama dengan pelakonnya dalam jalan cerita.

Anda boleh mula ‘bermain’ dengan filem ini pada pautan berikut:

>>> Black Mirror: Bandersnatch | Netflix Official Site

Oh ya, tiada ruang pilihan untuk anda kembali (rewind) filem ini ya. Sekali anda sudah pilih, itu adalah jalan cerita muktamad. Selamat menonton dan berhibur semua!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

AdGuard Kini Mempunyai DNS Khusus Untuk Perlindungan Privasi

0

DNS adalah singkatan dari Domain Name System. Fikirkannya sebagai “buku alamat” Internet: pelayar web dan aplikasi anda menggunakannya untuk menterjemahkan nama domain yang tidak masuk akal kepada alamat IP yang dapat difahami.

Terdapat berbagai DNS yang boleh digunakan. Selain DNS yang disediakan oleh penyedia servis internet anda, ada juga DNS dari Google, Cloudflare, dan sebagainya lagi.

Terkini anda boleh juga menggunakan DNS dari AdGuard. AdGuard DNS adalah cara mudah untuk menyekat iklan di internet yang tidak memerlukan pemasangan sebarang aplikasi. Ia mudah digunakan, percuma, dengan mudah dapat ditetakan pada mana-mana peranti, dan memberikan anda fungsi minimum yang diperlukan untuk menyekat iklan, penjejak, laman web berniat jahat, dan kandungan dewasa (18+).

Dengan AdGuard, anda akan selamat dari penjejak dalam talian dan sistem analitik yang bersembunyi di laman-laman web yang cuba mencuri maklumat sensitif anda.

Anda boleh gunakan DNS tersebut pada mana-mana peranti, dengan memasukkan alamat DNS seperti di bawah:

176.103.130.130
176.103.130.131

Manakala untuk pilihan ‘Family protection’ (penyekat kandungan dewasa), gunakan pula DNS ini:

176.103.130.132
176.103.130.134

Bagi cara tetapan untuk lain-lain peranti, anda boleh semak How to setup AdGuard DNS.

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Asian TV HD: Strim Saluran Televisyen Asia Di Telefon Dan Android Box Anda

0

Ini adalah salah satu dari aplikasi yang patut anda pasang pada Android Box anda kerana padanya anda boleh strim pelbagai saluran televisyen Asia, tidak ketinggalan juga saluran-saluran filem lokal dan luar negara.

Ia percuma, tanpa langganan bulanan, tiada penimbalan (buffering) dan video yang dipaparkan adalah berdefinisi tinggi.

Bagaimana rupa aplikasi ini setelah dipasang pada telefon anda? Anda lihat saja pada tangkap layar berikut.

Saluran-saluran yang ada terdiri daripada berbagai negara dan kategori iaitu:

  • Indonesia
  • Malaysia
  • Singapura
  • China
  • Taiwan
  • Thailand
  • Vietnam
  • Korea
  • Hongkong
  • Saluran filem
  • Saluran berita
  • Saluran sukan

Berikut pula adalah tangkap layar apabila anda membesarkan paparannya kepada skrin penuh.

Bagaimana? Sudah cukup meyakinkan anda untuk dijadikan sebagai aplikasi strim harian?

Anda bolehlah muat turun dan pasang melalui pautan Play Store: Asian TV HD.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

TVZion: Pengganti Terrarium TV Terbaik Setakat Ini!

0

Sekian lama pencarian dilakukan untuk mendapat pengganti bagi Terrarium TV, ianya tidak membuahkan sebarang hasil. Kebanyakan aplikasi yang ditemui tidak mencapat standard yang telah ‘diletakkan’ oleh Terrarium TV. Ia bagaikan satu penanda aras atau kayu ukur bagi mana-mana aplikasi baharu yang tiba.

Setelah beberapa lama berlegar, saya diperkenalkan kepada TVZion oleh salah seorang dari admin kami (terima kasih MamuSembangGG).

Biar saya beritahu anda, aplikasi ini sangat bagus! Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat apa yang menarik tentang aplikasi TVZion ini.

TVZion mempunyai pelbagai fungsi sebagai aplikasi penstriman yang melayakkan ia menjadi alternatif unggul bagi Terrarium TV.

TVZion ini dicipta untuk Android TV, jadi paparan antaramuka penggunanya tidak menyusahkan anda yang menggunakan alat kawalan jauh bagi membuat navigasi dalam aplikasi.

Sama seperti Terrarium TV, dari muka hadapannya ia dibahagikan kepada beberapa kategori bagi memudahkan anda mencari sesuatu drama atau filem khusus.

Apabila anda klik pada mana-mana filem atau drama yang anda mahu, anda akan diberikan dengan senarai pautan yang anda boleh terus strim melaluinya. Scrapper TVZion amat bagus, di mana ia akan mencari host video terbaik lalu dibezakan dengan kualiti video, kelajuan host, dan saiz fail video tersebut.

Bila diklik pada salah satu host, terdapat pula pilihan seperti mainkan video secara terus, pencarian sarikata, muat turun video, cast, salin pautan dan mainkan video melalui pemain media yang lain.

Apabila ada kemas kini bagi aplikasi ini, akan terus terpapar maklumat penuh mengenai versi terbaru yang perlu dimuat turun. Tidak perlu buka laman web TVZion bagi menyemak versi terkininya.

Bergantung kepada kelajuan internet anda, klik sahaja pada butang UPDATE, dan fail apk baharu akan segera dimuat turun. Ia perlukan pemasangan manual, sepertimana ketika mula-mula anda pasang aplikasi di peranti.

Melalui tetapan di dalamnya, anda diberikan pilihan untuk menggunakan pemain video TVZion, MX Player, atau VLC. Jika ditanya kepada saya, saya sendiri akan memilih mainkan video pada pemain sedia ada sahaja kerana lebih mudah memilih sarikata. Oh ya, penyedia sarikata tetapan lalai adalah dari OpenSubtitles. Buat masa ini ada satu sahaja, barangkali untuk versi akan datang barulah mereka memberikan pilihan lain.

Iklan yang ada terpapar adalah sangat-sangat minimal dan tidak mengganggu seperti aplikasi lain. Jika anda membuat keputusan untuk membuang iklan dan menyokong para pembangun TVZion, anda boleh sertai ZionClub. Bayaran penyertaan paling rendah adalah 6USD bagi 4 bulan dan 5 peranti, di mana dengan bayaran ini anda akan mendapat faedah-faedah premium seperti tiada lagi iklan dalam aplikasi, strim torrent berkualiti tinggi (via Real Debrid/Premiumize), pengesanan meta data lebih maju dan tepat, penapisan pautan-pautan, dan menambaik fungsi autoplay.

Selain itu laporan pepijat atau ralat juga akan diberikan lebih prioriti kepada ahli ZionClub. Saya juga bercadang hendak mencuba selama 4 bulan ciri-ciri premium ini.

Ciri yang selalui diminta oleh para pengguna adalah sokongan terhadap ChromeCast, dan ini satu-satunya ciri yang tidak dilupakan oleh pembangun. Ah, dan juga ciri sokongan terhadap anime (9Anime). Jadi peminat-peminat anime tak perlu pening kepala lagi tercari-cari di manakah laman paling sesuai hendak tonton. TVZion menyajikan terus kepada anda.

Anda boleh tonton bagaimana paparan antaramuka pengguna dan lain-lain fungsi TVZion melalui video berikut.

Pro Dan Kontra:

Pro: Aplikasi ini percuma, masih mempunyai iklan tetapi sangat minimal, punyai pelbagai ciri yang dirindui pada Terrarium TV, sedang dibangunkan dengan pertambahan ciri dan pembaikan ralat, serta paparan antaramuka yang serasi dengan Android TV.

Kontra: Popup penyertaan ZionClub setiap kali anda buka aplikasi. Boleh ditutup dengan menekan butang ‘back’ di telefon anda.

Bagaimana? Berminat? Muat turun apk TVZion pada pautan ini: TVZion.

Jangan lupa tekan butang share ke Facebook jika anda mahukan artikel seperti ini lagi. Terima kasih.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Ketahui Kata Laluan WiFi Berhampiran Dengan Mudah

0

WiFi Map adalah aplikasi mudah alih yang membantu pengguna bersambung ke internet percuma di seluruh dunia. Dengan lebih daripada 120 juta WiFi aktif, WiFi Map adalah sumber data kata laluan WiFi percuma berhampiran anda.

Semua kata laluan WiFis terus ditambahkan ke aplikasi oleh ahli komuniti WiFi Map setiap hari. WiFi Map bukanlah satu alat penggodaman melainkan ia menjadi panduan anda untuk mendapatkan akses WiFi percuma di sekitar yang dikongsikan oleh pengguna seperti anda.

Jom Kita Cuba WiFi Map

Tips ini dikongsikan khusus untuk mereka yang masih menggunakan data mobil berkuota. Memang memeningkan saat kuota kehabisan, sedangkan pada waktu itu ada mesej yang perlu dibalas, ada emel yang perlu dihantar.

Kebetulan anda di restoran mamak. Hendak bertanya kata laluan WiFi rasa segan pula, di kala orang lain dengan tenang menghabiskan data mobil sendiri.

Dengan tenang, anda membuka aplikasi WiFi Map dan melakukan imbasan.

Aplikasi WiFi Map terus memberikan kesemua data tentang WiFi di kawasan yang hampir dengan anda. Terlihat pula nama restoran yang anda sedang berada di situ. Senyuman mula terukir.

Anda klik pada nama restoran, Restoran Hamid Maju (ini contoh). Lalu anda klik pula pada butang ‘Unlock Password’. Kata laluan WiFi di restoran itu dipaparkan tanpa perlu apa-apa langkah tambahan.

Anda berasa lega, kerana tidak perlu tebalkan muka bertanya kata laluan WiFi seakan anda tidak mampu membeli kuota data mobil sendiri. Sepanjang hari anda berada di restoran mamak menikmati WiFi percuma tersebut.

WiFi Map terdapat untuk kedua Android dan iOS. Anda boleh muat turun ia pada pautan di bawah:

Muat turun untuk Android: Google Play Store

Muat turun untuk iOS: App Store

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

7 VPN Terbaik Pilihan OMG Hackers [2018]

0

Di penghujung tahun 2018 ini, sukalah untuk kami buat penggulungan terhadap semua artikel-artikel ulasan terhadap VPN yang pernah dicoretkan di sini. Lebih dari 10 penyedia servis VPN yang telah kami guna, uji, dan ulas. Hanya 5 yang memasuki senarai terbaik sepanjang tahun.

1. TorGuard

Di tempat pertama, TorGuard sememangnya menjadi servis yang dipercayai. Meskipun berada dalam negara Lima Mata, namun rekod trek mereka menunjukkan bahawa data pengguna masih terjaga dan tidak berada dalam keadaan terancam.

Ia mempunyai pelbagai ciri yang mengagumkan, disamping klien yang sarat dengan berbagai pilihan tetapan. Jika anda sudah biasa menggunakannya, anda pasti tahu apa yang saya maksudkan.

Satu kekurangannya, ia tidak menyediakan kemudahan dalam plan premium untuk para peminat laman penstriman seperti Netflix untuk terus dapat menikmati kandungan, sebaliknya pengguna perlu melanggan IP tambahan bagi tujuan itu.

2. ProtonVPN

ProtonVPN menjadi pilihan seterusnya kerana syarikat yang mengendalikan servis ini sudah cukup popular dengan perkhidmatan mereka sebelumnya iaitu ProtonMail. Jika anda tercari-cari alternatif paling bagus bagi menggantikan Gmail, beralihlah kepada ProtonMail.

ProtonVPN pula walaupun masih baru, tetapi ia sedang rancak dibangunkan dan menuju kepada kematangan. Kliennya tidaklah mempunyai fungsi yang sarat, cuma bagi pengguna yang baru hendak berjinak dengan VPN premium, ia sangat senang dikendalikan.

Sama ada Windows atau Android (iOS masih peringkat beta), anda tidak akan hampa menggunakannya.

3. NordVPN

Dahulu saya pernah berasa kurang senang dan tidak suka dengan NordVPN. Ia dirasakan seperti satu nama yang sangat dipuji secara berlebihan oleh lain-lain laman blog teknologi. Setelah saya mencubanya sekali lagi pada tahun ini dengan hati terbuka, baru saya dapat merasakan keistimewaannya.

Dari Obfuscated Servers, CyberSec, dan Dedicated IP Servers, NordVPN menjadi salah satu servis yang saya akan letakkan dalam senarai alternatif apabila yang lain secara tiba-tiba ‘gagal’.

Ada sesetengah pengguna mengalami isu kelajuan yang menurun secara mendadak. Saya pula hanya ‘berkesempatan’ merasai kelajuan yang perlahan pada tahun 2017, iaitu kali pertama saya mencubanya. Masuk kali yang kedua, nampak seperti NordVPN berjaya membuat penebusan kepada kegagalannya yang pertama itu. Kelajuan pantas seperti sediakala, dan kliennya tidak sesekali membebankan sistem operasi.

4. ExpressVPN

ExpressVPN, satu nama yang cukup unggul dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Punyai klien yang sangat ringkas, namun ulasan terhadapnya adalah antara yang paling panjang pernah saya tulis.

Jika ada pun kelemahan, satu-satunya kelemahan paling ketara pada ExpressVPN ialah harga langganan. Walaupun kliennya ‘biasa-biasa’, tetapi kadar langganan bulanannya adalah paling mahal antara semua.

5. CyberGhost

CyberGhost berjaya mengejutkan saya dengan klien barunya. Versi 7 menunjukkan pembaharuan ketara pada reka bentuk, susunan fungsi, serta kepelbagaian pilihan mengikut jenis penggunaan.

Jika hendak dibuat perbandingan dengan yang lain, sebenarnya saya lebih gemar sekiranya mereka berjaya membuat satu pelayan yang punyai multi-fungsi. Bererti jika anda boleh strim dengan pelayan tersebut, maka sepatutnya anda juga boleh muat turun torrent melaluinya.

Namun saya faham atas sebab notis DMCA dan sebagainya lagi yang menghalang dari ia terjadi, atas kerana itulah klien CyberGhost mempunyai fungsi yang terbahagi kepada beberapa jenis kefungsian. Ada pelayan yang khusus untuk strim, ada yang khusus untuk torrent dan sebagainya lagi.

6. Private Internet Access

Private Internet Access atau PIA adalah VPN ‘underdog’. Kliennya tidak sedikit pun berjaya membuat diri saya berasa kagum, tetapi jangan pandang rendah kepadanya. Ciri yang ada padanya walaupun ‘cukup makan’, ia tetap dapat buat anda berasa selamat berada atas talian.

Paling penting, kadar langganan bulanan baginya adalah yang termurah. Seperti TorGuard, ia berada dalam negara Lima Mata, dan rekodnya juga adalah sangat bersih kerana telah terbukti servis dari syarikat ini boleh dipercayai.

7. BolehVPN

VPN terakhir dalam senarai ini juga adalah ‘underdog’, kerana jarang sekali ada laman teknologi yang membicarakan mengenainya. Ia bertapak di sini, di Malaysia, dan saya selaku rakyat Malaysia berbangga dengan syarikat ini.

Jangan tak percaya, kliennya adalah lebih menarik berbanding PIA, serta sedap mata memandang pula.

BolehVPN mempunyai pelbagai ciri-ciri yang patut ada pada sesebuah klien, lebih-lebih lagi xCloakRouted, iaitu pelayan Anti-DPI. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah memasukkan pelayan yang serasi dengan laman penstriman, kerana kali terakhir saya mencubanya mereka masih lagi berusaha ke arah itu. Anda bolehlah cuba sendiri dengan harga langganan mampu bayar iaitu RM30 sebulan.

Sekian dahulu dari saya untuk artikel ini. Di tahun hadapan, saya berharap agar lebih banyak lagi alternatif yang akan muncul memeriahkan persada perkhidmatan VPN bagi melengkapkan senarai seterusnya. Hal hak privasi, sekuriti, dan ketanpanamaan adalah milik setiap individu, bukan kepada golongan elit atau pakar IT sahaja.

Signing out,

Arya Putra.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ulasan Maxis Fibre Internet Dari Penggunanya Yang Terawal

0

Intro

Menurut Wikipedia, Maxis Fibre Internet dilancarkan pada 30 Mac 2011. Kalau tak salah ingatan, saya mula melanggannya lebih kurang dua hingga tiga bulan selepas tarikh ia dirasmikan.

Walaupun sudah tiga bulan ia dilepaskan kepada umum, pada waktu itu orang masih belum mempunyai keyakinan terhadap kemampuan Maxis memberikan khidmat internet berasaskan fiber.

Pelbagai khabar angin dan gosip didengari.

“Maxis guna orang TM”,

“Maxis tumpang TM untuk bagi internet fiber”,

“Maxis fiber ada kuota”,

Dan pelbagai lagi cakap bual ditokok-tambah untuk menyedapkan cerita, walhal mereka yang memberikan cerita versi kedai kopi itu tidak pun menggunakan Maxis Fibre sama sekali. Ada yang benar, tetapi lebih banyak yang palsu.

Tetapi saya nekad, biar apa pun terjadi saya mesti pasang juga di rumah. Saya ke Warta Bangi (sekarang Kipmall) dan mendaftar untuk tujuan pemasangan di situ. Plan yang saya daftarkan adalah 10Mbps, RM148 sebulan. Ketika itu ia adalah plan ‘paling murah’ dan ‘paling laju’ untuk internet fiber. Antara sebab juga mengapa saya tidak berdaftar dengan Unifi, kerana mereka menawarkan plan 5Mbps sahaja dengan harga yang lebih kurang sama (atau lebih, saya sudah tidak ingat lagi).

Setelah beberapa tahun menggunakannya, pelbagai perubahan berlaku kepada plan tersebut. Dari Rm148 ia turun, turun, dan terus turun harga bulannya hingga dirasakan plan 10Mbps tidak lagi relevan. Saya juga pernah seketika menamatkan langganan, kemudian sambung kembali, dan terbaru saya ‘menurun taraf’ bayaran bulanan kepada RM89 manakala kelajuannya pula ‘dinaiktaraf’ dari 10 kepada 30Mbps.

Bridge

Dari 2011 hinggalah sekarang, ada sebab mengapa saya tidak beralih dari perkhidmatan ini.

Adakah kerana operator Maxis bekerja dengan baik ketika saya buat panggilan bagi mengadukan masalah atau sesuatu isu? Oh tidak. Bahkan saya selalu ‘ditinggalkan’ dengan lagu yang tidak sedap didengari, berpuluh minit lamanya hinggalah saya sendiri tamatkan panggilan.

 

Gambar dari Carousell (sebab router sendiri dah ditukarkan – tak sempat ambil gambar).

Ada juga cabaran hendak buat temujanji pemasangan router baharu, dan juga dongle yang disertakan dalam plan terbaru ini. Ada ketikanya agak menguji kesabaran juga kerana apabila panggilan dibuat, kata operator “tiada sebarang temujanji dibuat untuk encik pada tarikh ini”.

Maxperts yang datang ke rumah bagi pemasangan dongle.

Apa yang membuatkan saya terus kekal ‘melekat’ dengan Maxis Fibre Internet atau sekarang namanya adalah MaxisONE Home Fibre, ialah kerana kelajuan yang dijanjikan – katakan 10Mbps maka pasti anda akan mendapat 10Mbps bahkan kadangkala lebih (11Mbps maksimum, contohnya).

Jika plan tersebut 30Mbps, anda pasti akan mendapat seperti diiklankan. Anda tidak akan mendapat kelajuan separuh, suku, apatah lagi terputus-putus. Jika anda sangat gemar menikmati kandungan atas talian dengan hanya strim, anda tidak akan lihat bulatan penimbalan akibat sambungan rangkaian yang menghampakan.

Apa yang akan anda nikmati ialah pengalaman menggunakan internet pada potensi maksimumnya.

Bukan saya hendak kata ia tidak punyai sebarang masalah.

Oh, masalah tetap ada, maklum saja ia ‘menumpang’ infrastruktur dari TM. Jadi apabila Unifi bermasalah, maka Maxis fibre akan turun terpalit kesannya. Kadangkala apabila bangun pagi terlihat pada router lampu berwarna merah menyala menandakan sambungan ke rangkaian internet sedang terputus.

Di sinilah saya lihat di mana Maxis menitik beratkan betapa perlunya ia diselesaikan dengan segera. Pengguna tidak akan dibiarkan terlalu lama berada dalam keadaan begitu – ‘kosong’ tanpa internet. Jika anda buat panggilan kepada Maxis, dan ia berpunca dari masalah tetapan pelayar web atau tetapan peranti, anda akan dibantu sehingga berjaya melayari semula.

Andai ia berpunca dari masalah infra fiber, juruteknik dari Maxis dengan pantas akan menyelesaikan isu.

Router baru versi dual band dengan sokongan dongle.

Keadaan bertambah bagus apabila plan terbaru (RM89 – 30Mbps) menawarkan router dual band. Router ini punyai kekuatan pemancar wayarles berbeza dengan router sebelumnya (gambar ada di awal artikel). Apa yang menggembirakan ialah ia turut disokong oleh dongle WiFi dengan kekuatan 4G.

Ini bererti tiada lagi istilah ‘down time’ untuk Maxis Fibre kerana jika rangkaian tersebut bermasalah, ia akan segera beralih kepada rangkaian 4G Maxis. Saya tidak pasti tentang kuota, tetapi oleh kerana setakat ini belum lagi saya berhadapan dengan ‘down time’, jadi anda terpaksa tunggu hingga saya punyai peluang menggunakan dongle tersebut.

Outro

MaxisOne Home Fibre bukanlah satu servis yang sempurna. Jauh dari definisi itu. Operator Maxis perlu lebih ilmu dalam mengendalikan pelanggan dan ilmu tentang servis Maxis Fibre itu sendiri agar mereka dapat membantu semaksimum mungkin. Juga isu liputan, andainya Maxis dapat meneroka dengan lebih jauh ke kawasan-kawasan selain bandar major, pastinya ada sesuatu yang positif menanti kerana bukan semua orang kampung tidak ambil tahu tentang kemudahan berinternet.

Namun pada saya setelah beberapa generasi plan ini berubah, berevolusi dari harga kepada kelajuannya, dan saya masih setia menjadi seorang pengguna (sedangkan saya amat cerewet), cukuplah sekadar itu sebagai penutup agar saya tidak terlampau memuji ataupun mengeji.

Sekarang saya telah menjadi pengguna bagi MaxisONE Prime pula. Dikombinasikan dengan MaxisONE Home Fibre, saya berharap agar plan ini dapat ‘dibina semula’ agar tidak terlalu membebankan.

Views: 9

Iklan Newspaper Inline