A regular tech blogger who have passions for cats.

Saya memang sudah lama tidak menggunakan laman The Pirate Bay (TPB) bagi tujuan pencarian torrent. Pada saya isu privasi lebih penting untuk dijaga dan laman TPB punyai pelbagai isu, terutamanya skrip penggalian Bitcoin yang diserapkan kepadanya.

Atas sebab itulah saya beralih kepada Sky Torrents sehinggalah ia ditutup akibat faktor kos yang semakin meningkat. Dengan berjuta-juta paparan halaman setiap hari, laman web ini terlalu mahal untuk dikendalikan, meninggalkan operatornya tidak ada pilihan lain selain menutup laman tersebut. Mereka meninggalkan datanya untuk dimuat turun oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil alih, dan itulah yang berlaku.

Kini, Sky Torrents sudah kembali dengan operator baru.

Sky Torrents boleh dikatakan seperti The Pirate Bay, namun ia lebih menekankan kepada privasi, oleh itu ia adalah versi yang lebih baik lagi. Ia tidak menawarkan apa-apa jenis akaun kepada pengguna, juga tidak mengaplikasikan apa-apa Javascript pada lamannya.

Laman ini tiada sebarang bentuk penjejak digunakan, tiada cookies, Javascript mahupun keperluan untuk log masuk dari pengguna. Segalanya dilakukan dengan bebas dari moderator.

Paling penting, anda tidak perlu lagi bimbang dengan skrip penggalian Bitcoin seperti yang ada di TPB mahupun YTS. Ini bukan soal ‘berkira’, tetapi tidak semua PC atau laptop punyai kemampuan untuk ‘mengendalikan’ skrip seperti itu.

Anda boleh layari Sky Torrent pada pautan ini: Sky Torrents.