Utama Blog Laman 119

Ulasan Surfshark VPN: Pakej Lengkap Dalam Satu Langganan

0

Surfshark, satu lagi nama yang sedang meningkat naik. Tidak pelik, kerana apabila diteliti cirinya tidak jauh berbeza dengan servis VPN yang telah lama bertapak.

Sepertimana ExpressVPN yang dikendalikan di bawah bidang kuasa British Virgin Islands, bayaran bulanannya agak sedikit mahal, tetapi ia ada satu kelebihan, iaitu dengan hanya satu akaun, anda dapat gunakan pada peranti berbilang tanpa had.

Faham tak macam mana kita nak buat workaround supaya bayaran bulanannya lebih murah?

Ya, kongsi akaun tersebut dengan rakan-rakan. Kalau sebulan bayarannya RM50, berkongsi dengan lima orang rakan bayarannya menjadi hanya RM10 sahaja.

Itu kalau lima.

Dari segi kelajuan, anda boleh lihat sendiri paparan tangkap layar berikut.

Sepanjang menggunakannya, tidak terasa pun akan kekurangan kelajuan, walaupun ciri sekuritinya iaitu ‘CleanWeb’ diaktifkan.

Torrent

Dengan Surfshark, mereka tidak menyekat sebarang aktiviti torrent, walaupun digunakan pada IP US dan UK. Cuma apabila anda menggunakannya pada pelayan yang sedang sibuk atau tidak beberapa mesra dengan torrent, rangkaian akan dihalakan kepada pelayan dari Netherlands, seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.

Kelajuannya?

Sudah pasti tidak mengecewakan.

Ini pula ketika saya cuba muat turun melalui telefon pintar, dengan rangkaian Maxis.

Sekuriti

Dari segi perlindungan serta sekuriti, saya dapati tiada masalah pada DNS. Tiada sebarang kebocoran alamat IP yang berlaku. Ini bererti kliennya telah menjalankan tugas dengan sempurna.

Selain itu, ia juga ada ciri ‘NoBorders™ mode’, yang mana pada tanggapan saya ia adalah fungsi Anti-DPI yang mampu melepasi sekatan dari firewall yang agak ketat, dan akan menyekat pula pemantauan rangkaian dari pihak ketiga.

Tidak lupa juga, ia ada ciri ‘CleanWeb’, yang berfungsi sebagai penyekat iklan, malware, dan penjejak (trackers). Ini adalah satu bentuk bonus bagi mereka yang inginkan tambahan perlindungan dari pelbagai anasir tidak baik di internet.

Netflix/Hulu/Laman Penstriman

Agak pelik apabila VPN ini mampu untuk strim Netflix dari mana-mana pelayannya (US), tetapi jika akan log keluar, dan mahu log masuk semula, ia akan memberikan ralat seperti gambar di bawah.

‘Workaround’ bagi isu ini mudah sahaja, cuma gunakan extension/addon proksi CyberGhost untuk melepasi ralat tersebut, dan kemudian nyahaktifkan ia, lalu gunakan sahaja Surfshark seperti biasa.

Sokongan Sebelum/Selepas Jualan

Pada saya, kewujudan kekotak bual (chat box) di laman web rasminya sudah cukup untuk menyedapkan hati. Bila-bila masa sahaja pelanggan atau bakal pelanggannya boleh menghubungi pegawai khidmat jualan mereka bagi bertanyakan sesuatu atau mencari jalan penyelesaian masalah.

Saya pernah cuba menemuramah pegawainya, dan telah disambut dengan baik. Ini juga bererti mereka tidak menggunakan sebarang jenis bot bagi memberikan jawapan. Anda akan berhubung terus dengan manusia.

Extension/Addon

Sebelum saya terlupa, Surfshark juga ada extension/addon yang boleh digunakan untuk melayari internet tanpa sekatan, serta strim laman kegemaran anda seperti Netflix. Ia dinamakan sebagai ‘VPN proxy’ dengan bersebab, kerana kebiasaannya extension seperti ini hanya meletakkan proksi sahaja yang selalunya telah siap sedia disekat oleh Netflix.

Tetapi dengan extension Surfshark ini, tanpa menggunakan klien VPN-nya pun anda sudah boleh melayari laman-laman yang disekat, serta strim Netflix dengan lancar.

Konklusi

Tiada keraguan lagi, Surfshark adalah satu servis menarik, yang mampu menyempurnakan keperluan privasi dan sekuriti yang anda mahukan.

Ditambah dengan ciri bilangan peranti tanpa hadnya yang membolehkan kita untuk berkongsi akaun dengan ramai rakan, ia menjadikan servisnya sebagai mampu dilanggan oleh semua orang.

Anda boleh langgan Surfshark beserta diskaun melalui pautan ini:

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu HEVC?

1

Sebelum ini video yang direkod dikodkan dengan Advanced Video Coding (AVC) yang juga dikenali sebagai H.264.

High Efficiency Video Coding (HEVC) atau H.265 pula adalah standard industri kini, di mana ia adalah proses pemadatan video yang dibangunkan oleh Motion Picture Experts Group (MPEG) dan telah dimuktamadkan standard ini pada tahun 2013.

Ciri utamanya ialah ia menawarkan nisbah dua kali ganda pemadatan data dengan kualiti video yang sama, atau lebih baik lagi pada kadar bit yang sama. Tahap optimal mampatan atau pemadatan dari HEVC membolehkan rakaman dan distribusi fail video berdefinisi tinggi ultra (4K) menjadi lebih efisien.

Kenapa evolusi algoritma pemadatan seperti ini penting?

Cuba anda lihat tangkap layar di bawah.

Video berdurasi lebih kurang 41 minit dengan resolusi 720p (HD) yang telah dikodkan dengan codec HEVC hanya bersaiz 159MB sahaja. Tanpa pengekodan ini, biasanya ia akan bersaiz sekitar 700MB hingga 900MB. Anda boleh kirakan sendiri betapa banyaknya jumlah pengurangan saiz.

Bagaimana dengan kualitinya? Agak susah untuk saya gambarkan hanya dengan tangkap layar sahaja, tetapi anda boleh lihat sendiri gambar di bawah, yang pada saya tidak jauh berbeza dengan pengekodan yang biasa digunakan (AVC/H.264).

Dengan setiap pengekod meningkatkan kualiti penalaan masing-masing, imej yang dihasilkan tidak akan terlalu ‘lembut’, banyak noise, atau kelihatan terpecah-pecah. Video yang sama, dengan mencari talaan terbaik bagi mengurangkan data tanpa mengurangkan integriti serta kualiti video, itulah dia matlamat penciptaan HEVC.

Tetapi, bagaimanakah caranya HEVC ini bekerja di sebalik tabir?

Pertama sekali, algoritma ini akan melihat bingkai berbilang untuk menyemak perkara atau subjek yang tidak berubah.

Sebagai contoh, kita ambil adegan subjek manusia yang sedang bercakap di hadapan kamera. Pada kebanyakan masa, arah tuju kamera adalah pada bahagian kepalanya sahaja. Latar belakangnya tidak banyak berubah.

Kebanyakan piksel yang mewakili wajah subjek mungkin tidak akan berubah banyak selain dari bibirnya.

Kaedah ia menjalankan pengekodan adalah dengan hanya mengekod bingkai awal, dan selepas itu hanya perubahan-perubahan ketara sahaja yang dikodkan.

Diharapkan dengan serba sedikit penerangan ini akan dapat menarik minat anda untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang teknologi pemadatan data serta codec. HEVC masih terdapat pesaingnya iaitu AV1, tetapi itu kita akan teliti kemudian di artikel seterusnya.

Saya ingin menulis panjang lagi, kerana penerangan mengenai HEVC masih berbaki, tetapi saya rasa adalah lebih baik saya tinggalkan anda dengan penerangan asas ini untuk anda telaah sendiri apa yang masih tidak cukup.

Sampai di sini sahaja artikel, saya akan menyusul dengan penerangan tentang teknologi pemadatan data yang lain.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

13 Tips Memilih Android Box [2019]

2

Banyak sungguh permintaan untuk artikel ini. Tergerak juga hati untuk menulis tentangnya, kerana di tahun 2019 ini, masih ada lagi yang bertanya,

“Nak beli Android Box, kena beli yang mahal ke?”

Android Box menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia sebagai media alternatif selain televisyen ‘tradisional’. Bab ‘menggantikan’ Astro itu saya tidak mahu sentuh kerana apabila difikirkan semula, mereka yang menggunakan Android Box untuk mengganti Astro tetapi dalam masa yang sama memasang aplikasi yang dapat ‘strim’ saluran Astro secara ‘alternatif’, adalah agak kelakar.

Errr, ya. Saya pun dulu ada juga buat begitu (heh!). Cuma sekarang masa saya banyak dihabiskan di YouTube dan Netflix. Entah kenapa, saluran televisyen sudah tidak menggiurkan hati saya lagi.

Saya faham tujuannya, apabila pengguna ingin mendapatkan saluran penuh tanpa perlu membayar bulanan yang cukup tinggi. Tetapi perkara ini saya sudah sentuh dalam artikel yang lepas: Hidup Tanpa Astro Edisi 2018: Cara Terbaik Bebas Dari Bil Melampau [#CutTheCord]

Berbalik kepada topik, adakah perlu beli Android Box yang mahal untuk menikmati prestasinya? Jawapan mudah, tidak, kerana dengan bajet sekitar RM250 hingga RM300, anda sudah dapat sebuah peranti yang bagus untuk strim kandungan media atas talian dengan baik.

Berikut adalah 12 spesifikasi yang boleh anda ikuti sebagai panduan dalam memilih peranti:

1. OTA Update

Sebelum beli, pastikan terlebih dahulu peranti yang anda minati itu ada menyokong Over-The-Air Update atau OTA. Sokongan sepenuhnya dari pembangun yang memberikan kemas kini melalui OTA adalah penting bagi memanjangkan jangka hayat produk. Paling tidak sekurang-kurangnya ada disediakan firmware di laman sesawang mereka untuk dimuat turun.

2. Widevine L1

Persijilan Level 1 atau L1 diperlukan oleh peranti bagi membolehkan ia untuk strim kandungan dari laman penstriman seperti Netflix dalam kualiti tinggi penuh (HD) dan 4K. Widevine adalah satu bentuk penyelesaian kepada kandungan daripada dijadikan bentuk cetak rompak. Oleh itu, sila periksa terlebih dahulu sama ada peranti tersebut mempunyai Widevine L1 atau tidak.

3. Sokongan pengekodan perkakas H.265

H.265 atau nama ‘panjangnya’ High-Efficiency Video Encoding (HEVC) ialah sebuah standard pemadatan video. Kebanyak peranti yang dapat menjalankan Kodi mempunyai pengekodan H.265, cuma kebiasaannya ia adalah dalam bentuk perisian, dan bukan perkakasan.

Secara umumnya, pengekodan dalam bentuk perkakasan adalah lebih pantas berbanding perisian.

4. RAM?

Android Box dikuasakan dengan sistem operasi Android yang dicipta khusus untuk peranti penstriman. Sistem operasi Android pada masa kini sudah kurang menggunakan RAM, apatah lagi apabila ia dibuat secara khusus untuk Android Box. Peranti dengan RAM antara 2 hingga 3GB RAM sebenarnya sudah mencukupi, namun kebanyakan orang akan mensasarkan peranti dengan 4GB RAM.

Terpulang kepada anda, saranan saya RAM 4GB adalah satu pelaburan ‘future-proof’.

5. Storan?

Ini juga sering menjadi mitos di mana ramai yang menyarankan storan lebih dari 32GB. Storan antara 16 hingga 32GB adalah mencukupi, melainkan anda hendak pasang beratus aplikasi, yang saya kirakan sudah benar-benar membebani peranti tersebut. Sedangkan aplikasi penstriman yang hendak dijalankan tidaklah memenuhi kesemua ruang storan.

Kenapa, anda hendak gunakan Android Box sebagai penyunting gambar pula ke?

Sekali lagi, terpulang. Tiada kerugian pun jika anda berjaya mendapatkan peranti dengan lebih storan.

6. Sokongan Netflix Dan Lain-Lain Aplikasi Strim

Sila pastikan peranti tersebut menyokong Netflix, Hulu, dan lain-lain aplikasi penstriman. Ini penting, kerana terdapat kes di mana aplikasi Netflix yang dipasang dari kilang adalah versi diubahsuai, dan apabila terdapat kemas kini bagi aplikasi tersebut, ianya sudah tidak dapat digunakan lagi.

7. Mempunyai Dynamic Refresh Rate Switching

Dynamic Refresh Rate Switching ialah fungsi di mana peranti akan mengubah refresh rate secara automatik antara sumber video dan juga televisyen. Oleh itu katakan sumber video anda adalah 24Hz manakala televisyen anda pula 60Hz, ia akan menyelaraskan refresh rate itu secara automatik, jadi anda akan dapat menonton dengan baik tanpa video yang ‘berbelang’.

8. WiFi

Pastikan sekurang-kurangnya ia mempunyai 802.11 ac. Apa-apa sahaja yang kurang dari ini akan menjadikan kelajuan internet anda perlahan.

Nota kaki: Gunakan Router Android Box Yang Menyokong Dual-Band

Dual-band router mempunyai dua penyesuai radio tanpa wayar iaitu 2.4GHz dan 5GHz. Kebanyakan darinya dapat menghantar kedua-dua frekuensi pada masa yang sama.

Selain penting untuk memilih peranti tanpa wayar yang ‘kuat’, ia seharusnya ‘pintar’ juga.

Frekuensi 2.4GHz dan 5GHz akan melantun di sekitar rumah anda dengan cara dan kekuatan yang berbeza. Frekuensi 5GHz adakah kuat dan dapat membawa lebih banyak data serta lebih pantas dari 2.4GHz, akan tetapi ia tidak dapat melalui dinding bilik anda dan lain-lain objek pepejal dengan baik.

Router dual-band dapat membantu untuk mengimbangi rangkaian yang berada dalam keadaan penggunaan tinggi dengan memindahkan frekuensinya.

Oleh itu menggunakan Android yang menyokong ciri ini semestinya akan membantu kelancaran ketika anda sedang strim rancangan kegemaran.

9. Android Versi 6 Ke Atas

Android Marshmallow (6.0) mempunyai banyak kelebihan berbanding versi sebelumnya. Versi 6 (ke atas) mempunyai prestasi yang sangat bagus atas jasa Android RunTime (ART) yang baharu.

Ia juga punyai kesinambungan Material Design yang semestinya lebih menarik, dan ada sokongan untuk OpenGL ES 3.1 bagi penampilan grafik 3D dan 2D yang lebih baik.

Saranan saya bagi ‘future proof’, dapatkan Android Box dengan sistem operasi Android versi sama ada 6 atau 7, dan 8 semestinya lebih baik.

10. HDMI 2.0

HDMI 2.0 telah lama dilepaskan iaitu pada tahun 2013 dan ia mempunyai satu bentuk penambahbaikan berbanding versi 1.4 iaitu bandwidth.

Secara teorinya, HDMI 1.4 tetap dapat menjalankan penstriman video 4K, akan tetapi ia sudah berada pada had teknologi tersebut. HDMI 2.0 telah meningkatkan kapasiti teknologinya kepada 18Gb per saat, yang lebih dari cukup untuk menjalankan 4K pada 60fps.

11. USB 3.0

USB 3.0 seakan bukan satu keperluan wajib bagi Android Box. Tetapi katakanlah anda ingin menyambung kepada storan luaran untuk memainkan video anda darinya, maka anda perlukan sekurang-kurangnya satu port USB 3.0.

USB 2.0 tetap dapat menjalankan tugasnya, tetapi dengan kelajuan yang lebih perlahan, semestinya, dan ia akan memberi kesan kepada kualiti video.

12. CPU

Terdapat tiga syarikat utama yang mengeluarkan pemproses bagi Android Box iaitu AmLogic, RockChip dan Allwinner.

Abaikan dua yang lain, pilihlah peranti dengan pemproses AmLogic.

Pendek cerita, Allwinner dan RockChip ada rekod trek masing-masing yang menghampakan. Anda boleh ambil risiko dengan membeli mana-mana peranti yang dikuasakan dengan salah satu dari pemproses tersebut, tetapi jangan katakan kepada saya bahawa saya tidak pernah memberi peringatan.

*Melainkan peranti yang menggunakan pemproses RockChip atau Allwinner tersebut ada sokongan komuniti forum yang kuat, belilah ia. Jika tiada, kekal dengan AmLogic sahaja.

13. Peranti dengan Kelulusan SKMM

Semakin banyak peranti Android Box membanjiri pasaran. Sampaikan tak tahu nak pilih yang mana. Cara yang paling mudah untuk membeli android box yang berkualiti adalah dengan membeli android box dengan kelulusan SKMM/MCMC. Ini kerana, peranti dengan kelulusan SKMM ini akan ditapis dan diuji dahulu sama ada sesuai atau tidak untuk digunakan di Malaysia. Lebih khusus, peranti ini akan diuji sama ada boleh menerima dan mengganggu gelombang telekomunikasi yang digunakan di Malaysia.

Selain itu, jenama yang menghantar peranti mereka untuk kelulusan SKMM sudah tentulah jenama dari syarikat yang kukuh dan rasmi di Malaysia. Oleh itu, kita boleh dapatkan lebih keyakinan yang peranti mereka lebih selamat daripada ancaman malware serta memiliki perkhidmatan waranti rasmi di Malaysia.

Outro

Baiklah, setakat itu sahaja panduan untuk kali ini. Diharap anda dapat menekan butang share yang tersedia di atas ini dan kongsikanlah panduan yang diberikan kepada rakan-rakan anda.

Selamat memilih dan selamat menikmati hasil dari kempen saya, #CutTheCable!

Views: 10

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu WEB-DL?

1

Format video Blu-ray atau BRRip menjadi pilihan bagi mereka yang gemar memuat turun fail-fail filem dari laman lanun cetak rompak.

Kebelakangan ini format web-dl pula dijadikan sandaran, apabila laman lanun seperti YTS sendiri secara tidak langsung mempromosikannya. Mereka mengguna format tersebut bagi mengganti format BRRip yang selalu dimuat naik.

Jika diambil definisi yang diberikan oleh YTS, terjemahannya adalah:

“Disalin sebelumnya dari servis penstriman, kualiti menyamai BluRay”.

Namun benarkah kualitinya sama dengan hasil fail yang disalin dari Blu-ray?

Jadi apa sebenarnya WEB-DL?

WEB-DL adalah format bagi fail yang dimuat turun (web download) dari laman-laman distribusi video seperti Amazon Video, iTunes, dan sebagainya lagi. Kualitinya adalah sangat bagus kerana ia tidak dikodkan semula dan tiada informasi fail yang hilang (lossless).

Berbeza dengan WEB-RIP, ia adalah fail yang dikodkan semula, kebiasaannya untuk mengurangkan saiz fail dan mengeluarkan DRM. Kualitinya adalah kurang dari WEB-DL kerana failnya dikod semula dari fail asal yang sudah dikodkan dengan sempurna.

Jawapan pendek kepada persoalan di atas ialah, 1080p dari WEB-DL kebiasaannya tidaklah sama kualiti dengan 1080p Blu-Ray.

Bergantung kepada siapa pengekodnya, jika dia benar-benar mahir maka 1080p dari sumber Blu-ray akan sentiasa mempunyai bitrate yang lebih tinggi berbanding WEB-DL, oleh itu kualitinya secara tidak langsung adalah lebih baik. Bagus atau tidak fail WEB-RIP pula disandarkan kepada kemahiran pengekod, sumber asal fail yang dimuat turun, dan spesifikasi peranti digunakan oleh pengekod bagi menyalin/merekodkan video dari sumbernya itu.

Cuma jika anda tidak sabar lagi menunggu rilisan Blu-ray (BDRip/BRRip), muat turun sahaja sumber dengan hasil WEB-DL. Jika anda adalah seorang pengumpul, apabila rilisan Blu-ray sudah dilepaskan, padam rilisan WEB-DL tersebut dan gantikan sahaja dengan Blu-ray.

Artikel ini sebenarnya akan jadi panjang lebih dari ini, kerana ia memerlukan penerangan mengenai bitrate, jenis pengekodan, jenis video serta audio, dan sebagainya lagi. Untuk memendekkan ia, anda boleh rujuk sendiri pautan-pautan yang diberikan di bawah.

1. 1080p Web-DL vs. 1080p BluRay

2. What are the difference among the BluRay / BRrip / BDrip / DVDrip / R5 / WEB-DL / etc available for movies in torrent?

3. Which is better: 720p web-dl or 720p Blu-ray?

4. Pirated movie release types

5. What would you consider a WEBRip is?

Views: 27

Iklan Newspaper Inline

Pembangun TVZion Mengancam Lanun Aplikasi Dengan ‘Pembalasan’ Setimpal

0

Baru saja kami menulis mengenai aplikasi TVZion yang mendapat sambutan ramai, terkini pembangun aplikasi tersebut mengeluarkan ancaman kepada pengguna aplikasinya yang mengakses versi pro secara tidak sah.

Selain dari laman-laman torrent yang semakin diancam kepupusan akibat tuntutan saman dan notis DMCA, aplikasi strim lanun juga tidak kurang mengalami kejatuhannya yang tersendiri.

Selain pembangunan dihentikan, ia juga sebenarnya ‘dibunuh’ secara tidak sedar oleh pengguna versi lanun cetak rompak.

Perkara sama terjadi kepada aplikasi TVZion.

Versi standardnya adalah percuma dan disokong oleh iklan-iklan. Manakala terdapat versi ‘pro’ bagi mereka yang ingin membuang paparan iklan serta mendapatkan ciri-ciri premium lain, dengan sedikit bayaran.

Seperti biasa, apabila terdapatnya pilihan bayaran, maka akan wujudlah lanun-lanun aplikasi yang cuba mendapatkan ciri-ciri premium tersebut tanpa membayarnya.

Masalahnya ialah kos-kos yang ditanggung oleh pembangun tidak dapat diselesaikan apabila perbuatan lanun-lanun yang menikmatinya secara percuma menggagalkan usaha itu.

Sedikit petikan kata dari pembangun:

“Jadi semalam saya terpaksa menutup pelayan seketika untuk melancarkan pengoptimuman yang lain. Setelah memeriksa log, boleh dikatakan kira-kira 35% pengguna aplikasi adalah dari pengguna mod. Terima kasih kepada YouTubers tidak berakal, mereka hanya mempromosikan versi yang diubahsuai”.

“Pendek kata aplikasi berasaskan pelayan tidak akan kekal dengan keadaan seperti ini kerana akhirnya saya akan kehabisan pengoptimuman dan sewa pelayan. Jadi, saya memikirkan tindakan balas untuk menghalang pengguna daripada menggunakan versi yang diubahsuai dan juga menghalang YouTubers dari mempromosikannya”.

Antara ‘cadangan’ yang difikirkan oleh beliau bagi membanteras para lanun ini ialah:

1. Log pengguna aplikasi mod untuk dapatkan alamat IP, cap waktu (timestamps) dan kandungan yang diakses.

2. Perlombongan Crypto – Menggali wata wang crypto secara tersembunyi di balik tabir.

3. Menggunakan peranti sebagai proksi. Ini pada dasarnya akan menjadikan peranti mereka sebagai pelayan proksi dan ia akan digunakan sebagai sandaran kepada pengguna lain.

Setakat ini masih belum ada jalan penyelesaian muktamad yang telah dibuat. Ramai pengguna meluahkan rasa kurang senang dengan idea-idea tersebut kerana ironinya TVZion sendiri adalah aplikasi lanun penstriman, dan pembangun mendapatkan hasil dari kerja-kerja lanunnya.

Cubaan menyekat aktiviti lanun ke atas aplikasi lanun adalah satu ironi paling besar, walaupun justifikasinya adalah dapat difahami. Banyak cara lain boleh digunakan, terserahlah kepada pembangun untuk melaksanakan cara yang mana.

Sekarang anda sudah nampak bukan, betapa pentingnya menjaga data sulit dan melindungi privasi?

Sumber: Discussion, what to do with mod users?

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

10 Laman Sesawang Terbaik Bagi Menggantikan Aplikasi Desktop

0

Sama ada aplikasi web atau laman sesawang yang mempunyai pelbagai ciri seakan pada aplikasi asal, keduanya memberikan peluang kepada pengguna komputer untuk menyiapkan kerja atau memainkan media tanpa perlu memasang aplikasinya.

Oleh itu tanpa melengahkan masa lagi berikut disenaraikan 10 laman sesawang berguna yang dapat diguna pakai bagi menggantikan aplikasi desktop.

1. Online-Convert

Penukaran format fail media dari satu format kepada jenis lainnya dapat dilakukan hanya dengan menggunakan Online Convert. Tidak perlu bersusah payah lagi mencari aplikasi, di mana laman ini dapat melakukan semuanya dalam satu.

Lawati: Online Convert

2. Clipchamp (Web App)

Kadang-kadang kita nak sunting dengan cepat, terutamanya video. Laman Clipchamp Create adalah salah satu dari pelbagai laman yang menawarkan kemudahan ini. Ia sudah semestinya ringkas, tidak membebankan pelayar web, sistem operasi serta peranti, dan ia percuma.

Hala ke sini: Clipchamp

3. Aconvert

Aconvert ialah satu lagi laman penukaran format fail. Ini adalah laman kegemaran saya sendiri, di mana saya selalu gunakan ia untuk menukar format fail gambar webp kepada jpg. Nampak seperti ‘biasa’ sahaja, tetapi laman ini punyai pelbagai lagi jenis media untuk ditukarkan formatnya.

Klik: Aconvert

4. Spotify Web

Seriuslah, ada lagi yang tak tahu apa itu Spotify ke? Baiklah. Jika masih ada yang belum kenal, Spotify adalah aplikasi atau servis penstriman muzik paling popular, setara dengan Google Play Music, TIDAL, Deezer dan sebagainya lagi.

Saya selalu menggunakan Spotify versi web ini pada PC-PC tua milik kerajaan yang masih belum ditukar kerana alasan ‘kerajaan tiada peruntukan’. Tak mengapalah, selagi PC tua ini bernyawa, ia akan diguna untuk memberikan faedah kepada semua orang.

Strim di: Spotify Web Player

5. Photopea

Saya telah pun mengulas sedikit sebanyak mengenai Photopea di sini. Ia adalah penyunting gambar versi web yang mampu membantu para penggunanya menyelesaikan tugas di mana-mana sahaja, asalkan peranti tersebut berhubung dengan internet.

Sunting gambar anda di: Photopea

6. DesignCap

DesignCap adalah sebuah laman yang membolehkan anda untuk mencipta poster sendiri tanpa perlukan kepada bantuan pakar, melainkan anda memang sangat-sangat noob. Laman ini ada ratusan templat yang boleh dipilih berdasarkan kepada kategorinya. Hanya tinggal sunting sedikit, dan simpan (save) poster tersebut ke peranti anda.

Cipta poster di: DesignCap

7. Budget Tracker

Menguruskan kewangan tidaklah mudah, terutamanya apabila bil sudah mula bertambah, tanggungan pula bersusun paku. Tetapi itu semua cerita lama, kerana laman Budget Tracker ini boleh menyusun sumber kewangan anda hinggalah kepada bil-bilnya.

Macam cerita sedih pula.

Kunjungi penjejak kewangan anda di sini: Budget Tracker

8. Prezi

Dalam senarai ini, Prezi adalah satu-satunya laman yang paling menarik bagi saya. Ia adalah laman pembuat tayangan slaid percuma, dengan animasi dari templat-templatnya yang penuh kreatif. Akaun percumanya seperti biasa tidaklah menawarkan sesuatu yang sangat menawan hati, tetapi cukuplah untuk menyiapkan projek terbengkalai dengan idea yang pasti akan datang dengan sendirinya saat anda memilih salah satu dari templat tersedia.

Cipta tayangan slaid anda di: Prezi

9. VirusTotal:

VirusTotal sangat terkenal sebagai laman pengimbas virus percuma yang akan menggunakan kuasa imbasan dari 72 jenis antivirus terkenal. Ia tidak dapat menggantikan sepenuhnya aplikasi natif desktop, namun untuk tugasan ‘ringan’ bagi mengimbas fail-fail yang mencurigakan, VirusTotal tidak akan menghampakan anda.

Imbas fail anda di: VirusTotal

10. LastPass

‘Last but not least’, laman LastPass adalah laman pengurus kata laluan paling popular di mana ia dikombinasikan dengan extension/addon untuk menyimpan, menjana, serta memasukkan kembali kata laluan anda di mana-mana laman sesawang yang sudah anda simpan datanya.

Tidak perlu lagi pening kepala untuk menghafal, apatah lagi orang zaman sekarang terlalu kuat makan semut.

Oleh itu tiada isu terlupa, kerana betapa kompleks sekalipun kata laluan anda, ia tersimpan rapi dan dapat diguna semula apabila anda memerlukannya.

Jana, simpan, dan jaga kata laluan anda di: LastPass

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

FlareGet Download Manager: Inilah Alternatif Dan Pengganti IDM

1

Ada banyak sebenarnya alternatif IDM, tapi paling penting ia mestilah serasi (compatible) dengan Windows, Linux dan Mac, serta paparan antaramukanya tak jauh berbeza dengan IDM (sebab itu yang kita biasa guna).

Contohnya uGet, EagleGet, FDM, SteadyFlow, MultiGet, Xtreme Download Manager, PyLoad Download Manager, dan sebagainya lagi.

Tetapi kebanyakannya mempunyai paparan antaramuka yang kurang menarik, dan sukar hendak dibiasakan, hinggalah FlareGet muncul.

Setakat ini untuk Windows, sememangnya IDM adalah ‘king’. Tiada lagi yang mampu menandingi IDM dari segi ‘pengalaman penggunanya’. Apabila sesuatu pautan diklik, tetingkap dari IDM akan segera ‘menangkapnya’, lalu dimasukkan ke dalam senarai muat turun, disusun elok-elok mengikut jenis failnya, dimuat turun dengan kaedah segmentasi, dan seterusnya hinggalah kepada selesainya muat turun, kita diberitahu pula akan tugasnya yang telah disiapkan. Tidak dilupakan juga apabila dimuat turun melalui IDM, kita boleh ‘resume’ muat turun tersebut jika berlakunya ralat.

Begitulah ‘kemasnya’ pengalaman pengguna untuk aplikasi IDM.

Inilah perkara yang kebanyakan pemuat turun alternatif lain gagal untuk ikuti. Jika pun ada, paparan antaramukanya pula tidak sesedap mata memandang, seumpama kita melihat IDM. Ini bukan soal kita sudah terbiasa. Tidak. Ini soal sememangnya ia tidak ‘secantik’ paparan IDM, barangkali kerana ia dicipta tidak sebagai pesaing terus, oleh itu ciri paparan antaramukanya tidak begitu dititik beratkan.

Perkara ini tidak terjadi kepada FlareGet Download Manager.

Sekali imbas pabila pertama kali menggunakannya, ia kelihatan tidak ubah seakan-akan IDM. Saya tahu saya tidak salah melihat, kerana anda boleh cuba bandingkan sendiri melalui tangkapan layar di bawah.

Apabila satu perkara ini sudah diselesaikan dengan jayanya, bagaimana pula dengan ciri yang lain?

Dari segi kelajuan muat turun, ia tiada perbezaan dengan IDM, bahkan boleh dikatakan menandingi pesaingnya itu dengan begitu baik sekali.

Ini adalah kelajuan IDM.

*Kelajuan internet yang saya gunakan adalah 30Mbps.

Ini pula kelajuan FlareGet.

Kadang-kala ‘sedutannya’ agak mengejutkan..

Apabila selesai muat turun, tetingkapnya juga saling tidak tumpah ibarat ia ‘menyalin’ tetingkap IDM.

Dari segi ciri yang lain, ia juga mempunyai fungsi muat turun segmentasi mengikut pilihan anda. Sepertimana IDM, rekomendasinya adalah sebanyak 8 segmen.

Ciri yang paling disukai pada IDM adalah pengkategorian, yang mana FlareGet juga ada.

Dari segi integrasi dengan pelayar web, ia mempunyai extension atau addon untuk pelayar-pelayar popular seperti Chrome, Firefox, Opera, Internet Explorer dan Safari.

Baiklah, kita cerita perkara yang ‘seronok’ sahaja, bagaimana pula dengan kekurangannya?

Buat masa ini, kekurangan paling ketaranya ialah YouTube Grabber yang ‘tidak berfungsi’. Saya telah menghubungi pembangun aplikasi berkenaan dengan hal ini, dan menurutnya, YouTube Grabber hanya dapat berfungsi untuk Firefox. Itu pun, dengan menggunakan addon yang tiada kena mengena dengan FlareGet.

Addon yang beliau suruh saya pasang adalah Easy Youtube Video Downloader Express.

Jadi, saya mencari ‘workaround‘ atau solusi sementara bagi pengguna Brave/Chrome. Oleh itu, terjumpalah pula dengan extension YouTube Video and MP3 Downloader oleh Addoncrop.com. Pada saya ia bolehlah digunakan sebagai satu jalan penyelesaian sementara bagi memuat turun video dari YouTube untuk pengguna Brave/Chrome, dan boleh juga dipasangkan pada Firefox jika anda mahu.

Selain itu, saya belum dapat mencari lain-lain kelemahan yang ada padanya.

FlareGet boleh dimuat turun secara percuma, tetapi ia hadir dengan tempoh percubaan selama 7 hari. Selepas habisnya tempoh tersebut, anda masih dapat menggunakan FlareGet, cuma segmentasi fail dikurangkan. Saya lupa berapa jumlahnya, kalau tidak silap rasanya hanya dua segmentasi.

Tetapi jika anda hendak membeli lesennya, tidak perlu bimbang kerana harganya tidaklah mahal. Bagi lesen untuk satu sistem operasi, harga lesen adalah RM43 sahaja. Ia dapat digunakan untuk seumur hidup dan anda akan menerima kemas kini bagi aplikasi ini selama mana ia terpasang.

Bagi lain-lain kombo lesen, anda boleh beli dengan harga dari 19.99USD atau lebih kurang RM86 (nilai pertukaran mata wang ketika artikel ini ditulis).

 

Anda boleh dapatkan maklumat mengenai FlareGet di laman sesawang rasminya di sini : FlareGet Download Manager.

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

7 Tips Dan Trik Bagi Android Box: Maksimumkan Fungsi Peranti

0

Android Box telah menjadi pilihan paling popular di kalangan rakyat Malaysia dalam usaha menggantikan televisyen ‘tradisional’ seperti Astro.

Jika ia dimanfaatkan secara kreatif, terdapat berbagai perkara yang boleh dibuat dengan peranti kecil itu.

Berikut disenarai beberapa perkara menarik yang dapat dilakukan untuk menjaga dan menggunakan Android Box kepada kemampuan maksimumnya.

1. Sejukkan Android Box

Sebenarnya kipas penyejuk USB selain dapat diguna bagi menyejukkan laptop, ia juga boleh diguna untuk menyejukkan Android Box anda.

Cari kipas penyejuk bersaiz kecil, dan letakkan Android Box di atasnya. Sekarang anda boleh pasang ia seharian tanpa terlalu bimbang akan suhunya.

2. Gunakan Smart YouTube TV

YouTube sememangnya aplikasi terbaik dalam mencari video-video menarik untuk ditonton. Tetapi aplikasinya boleh menjadi kes ‘hit and miss’, di mana ada antara fungsinya dapat ditambah baik bagi menikmati saluran atau video kegemaran dengan sebaik mungkin.

Oleh itu aplikasi Smart YouTube TV adalah alternatif terbaik untuk anda yang menggunakan YouTube sebagai media utama. Ia menyokong resolusi 4K, direka paparan antaramukanya khusus untuk skrin televisyen, dan dapat dijalankan tanpa Google Play services.

3. Langgan Myiptv 4K

Ia bukan lagi rahsia apabila rakyat marhaen menggunakan Android Box bagi menonton saluran televisyen penuh.

Salah satu dari caranya adalah dengan melanggan Myiptv (4K) dan memasang aplikasinya pada peranti.

Harga langganan kebiasannya bermula dari RM50+ dan menginjak naik mengikut bilangan bulan langganan yang dipilih. Di mana hendak melanggan? Anda kena pandai-pandailah mencari. Sedikit tips, di Facebook terdapat ramai penjualnya.

4. Beli Alat Kawalan Jauh Beserta Papan Kekunci

Biasanya laman lain akan mengesyorkan anda pasang aplikasi alat kawalan jauh pada telefon pintar sahaja. Mudah dan percuma. Tetapi saya berbeza dan tidak menggalakkannya kerana walaupun ia dibangunkan oleh Google, tetapi ia sudah pun ‘mereput’ di Play Store tanpa kemaskini.

Oleh itu, beli sahaja alat kawalan jauh yang mempunyai papan kekunci. Harganya lebih kurang RM30 hingga RM60. Percayalah, anda tidak akan menyesal.

5. Dapatkan Kemaskini Firmware

Sekiranya ada, jangan lupa kemaskini firmware bagi peranti anda. Ini bagi memastikan anda mendapat pembaikan ralat dan tampalan sekuriti terkini.

Sebagai contoh, saya masih menggunakan Tanix TX3 Mini. Firmware bagi peranti ini boleh dimuat turun di laman TANIX TV Box. Ya, peranti ini sudah lama, memang elok diganti baru. Tapi apa boleh buat, saya sendiri pun sudah jarang menonton televisyen.

Ada sesiapa nak taja Android Box baru? Ianya akan digunakan untuk tujuan sains.

6. Gunakan Adoptable Storage

Tips ini khusus untuk mereka yang menggunakan Android Box dengan ruangan storan berkapasiti kecil. Anda perlukan kad microSD, atau storan luaran bagi tujuan menambah kapasiti.

Buka Settings -> Storage and reset, lalu pilih ruang storan anda. Klik Set up as internal storage, dan pilih Format. Selepas proses ini selesai, peranti anda akan menjadikan kad microSD atau storan luaran anda sebagai ruang storan dalamannya.

Cuma jangan keluarkan ia dari peranti.

7. Gunakan Kemudahan Casting Untuk Memainkan Media Pada TV

Tanpa peranti Chromecast atau seumpama dengannya, anda boleh cast sama ada melalui telefon atau melalui laptop dan strim kandungan media pada televisyen. Tiada sebarang trik sukar yang diperlukan.

Anda boleh cari tetapan bagi mengaktifkan cast pada Settings di telefon pintar. Manakala untuk laptop, cara mudah adalah menggunakan aplikasi seperti VLC atau gunakan Chrome.

Pada Chrome, klik butang menu, dan pilih Cast… Pastikan telefon atau laptop anda berhubung dengan Android Box melalui WiFi yang sama.

Demikianlah sedikit perkongsian untuk digunakan oleh anda, jika anda mempunyai Android Box. Harap anda dapat memaksimumkan potensi sebenar peranti tersebut kerana disebalik saiznya yang kecil, ia dikuasakan oleh Android, dan jika anda tahu memanipulasi kelebihan Android, banyak perkara menarik dapat dibuat.

Jom kita layan televisyen dengan kuasa Android Box, strim Netflix sambil makan popcorn dan chill.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

7 Laman Torrent Pilihan OMG Hackers Bagi Tahun 2019

0
Close-up view on white conceptual keyboard - Links (blue key)

Laman penstriman dah menjadi pilihan di kalangan ‘lanun’. Lebih mudah untuk strim kerana tidak perlu menunggu lagi fail siap dimuat turun.

Pun begitu, laman torrent masih popular meskipun penstriman mengambil alih kedudukannya, di tambah pula sekarang musim muat turun melalui Telegram sedang rancak berjalan.

Saya sendiri lebih berminat mencari sesuatu (video khususnya) di laman torrent kerana terdapat banyak pilihan di situ. Jadi saya cuba senaraikan beberapa laman torrent pilihan saya, yang akan sentiasa dikunjungi sepanjang 2019 ini.

1. WatchSoMuch

Laman WatchSoMuch mungkin tidak sepopular laman torrent lain. Malah namanya juga hanya diketahui selepas laman Seven Torrents ditutup, dan di muka depannya diberikan pautan ke WatchSoMuch.

Namun selepas beberapa bulan ia beroperasi, WatchSoMuch menunjukkan tiada tanda-tanda ingin perlahan. Setiap hari laman dikemaskini dengan filem-filem dan drama-drama baru.

2. 1337x.to

Laman seterusnya ialah 1337x.to. Ia adalah antara laman torrent ‘terbersih’, dan mempunyai para pemuat naik berdedikasi yang akan menyediakan kandungan terbaru setiap hari.

Di laman muka depannya dibahagikan kepada kategori-kategori seperti Movies, Television, Games, dan sebagainya lagi.

3. RARBG

RARBG adalah laman utama yang menjadi sumber kepada pelbagai laman indeks fail torrent. Ianya popular kerana mempunyai pengekod bagi fail video dan boleh dikatakan distribusi mereka berada di mana-mana sahaja, tidak terhad kepada RARBG.

Kalau ada ciri yang tidak beberapa digemari ialah laman ini tidak beberapa mesra kepada telefon pintar. Selain dari itu ‘masalah’ itu, ia adalah sumber torrent yang mantap.

4. Sky Torrents

Sky Torrents adalah laman indeks torrent ala The Pirate Bay (TPB) tanpa sebarang penjejak mahupun skrip penggalian Bitcoin yang boleh menjejaskan privasi pengguna serta prestasi peranti. Anda cuma perlu tahu nama ‘perkara’ yang anda hendak cari dan gunakan kata kuncinya pada ruangan bar carian.

Laman ini adalah pengganti atau alternatif unggul kepada TPB bagi mereka yang sudah muak dengan isu privasi yang melanda laman TPB. Anda akan masuk ke Sky Torrents dengan minda yang ‘lega’.

5. PSARips

PSARips mendapat populariti apabila menggunakan pengekodan HEVC yang menjadikan fail video bersaiz kecil namun masih dapat mengekalkan kualitinya. Ia menjadi pilihan setelah laman YTS diambil alih oleh para ‘entiti’ yang mencurigakan.

Tampilannya tampak seperti blog-blog biasa, tetapi kandungannya bukan biasa-biasa.

6. KickassTorrents

Laman ini suatu ketika dahulu pernah ditutup akibat domainnya disita oleh kerajaan Amerika Syarikat. Tidak seperti YTS dan EZTV yang diambil alih oleh pihak yang tidak dapat dikenal pasti sama ada mereka dari admin asal atau tidak, KickassTorrents atau KAT ‘dihidupkan’ semula oleh beberapa orang staf dengan ciri dan paparan asal laman tersebut.

Ia pernah suatu ketika mengungguli carta Alexa dan trafiknya melebihi TPB bagi menempatkan ia di nombor satu. Sekarang, KAT kembali bertatih perlahan-lahan.

7. Solid Torrents

Saya memilih Solid Torrents kerana laman ini sangat kemas. Ia tidak menyakitkan mata dengan reka bentuk yang bercelaru mahupun memenuhi lamannya dengan indeks fail. Ianya sama seperti Sky Torrents, agak ‘bersih’ dengan fokusnya adalah kepada privasi.

Ok gais, harap anda berpuas hati dengan senarai yang diberikan. Jika anda inginkan sebarang artikel seperti ini, atau ingin menyumbangkan artikel sendiri, anda bolehlah berbuat demikian dengan menghantar emel ke admin@omghackers.com.

Views: 29

Iklan Newspaper Inline

10 Tips Cara Melajukan Rangkaian Internet Yang Terhubung Dengan VPN

0

VPN adalah medium atau alat kepada mereka yang inginkan internet tanpa sekatan dan melindungi data-data peribadi dari dicerobohi oleh pihak ketiga. Akan tetapi, keselamatan tambahan dari VPN mungkin akan menyebabkan internet anda kehilangan kelajuannya.

Kelajuan VPN bergantung kepada kelajuan asal internet anda. Apa sahaja kelajuan sambungan, VPN tidak boleh menjadikan ia lebih cepat. Anda patut menjangkakan sama ada ia menjadi sedikit lebih perlahan, atau kelajuannya sama seperti asal.

Dengan itu berikut dikongsikan sedikit tips asas dalam membantu melancarkan kelajuan internet anda setelah disambungkan kepada VPN. Kita terus kepada poin-poin penting iaitu:

1. Kelajuan dapat diterjemahkan melalui perkakasan yang lebih baik.

Prestasi perkakasan yang semakin teruk juga menyumbang kepada prestasi internet anda, kerana apabila ia disambungkan kepada VPN, ia memerlukan kepada ‘kuasa’ tambahan dari perkakas.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai Android Box dengan CPU yang sudah tidak lagi disokong oleh sistem operasi baharu, ditambah pula saiz RAM dan ROM yang kecil, sudah semestinya apabila anda ingin strim sesuatu saluran tidak selancar peranti Android Box dengan spesifikasi lebih cemerlang.

Pendek kata, kuasa pengkomputeran menyumbang kepada kelancaran internet ber-VPN.

2. Periksa terlebih dahulu kelajuan internet anda, terutamanya jika anda menggunakan internet berkuota.

Jika kuota sudah habis, tidak pelik sekiranya kelajuan anda diperlahankan. Jika anda menggunakan data tanpa had, maka anda bolehlah ke tips seterusnya.

3. Kemaskini sistem operasi, sekiranya ada.

Kadangkala terdapat ralat pada sistem dan kernel yang perlu kepada pembaikan dan kemaskini. Apabila ianya dibiarkan, sudah pasti prestasi peranti akan mengalami gangguan lalu memberi kesan kepada kelajuan internet.

4. Tukar tetapan protokol.

Tambahan jika anda menggunakan VPN seperti TorGuard, kliennya mempunyai menu pilihan yang sangat banyak. Tukar satu demi satu hingga anda mendapat hasil paling memuaskan.

Contoh diambil dari TorGuard, selain dari protokol UDP dan TCP, ia juga ada pilihan penukaran nombor port dan kekuatan cipher. Port yang berbeza juga memberikan prestasi/kelajuan berlainan.

5. Tukar pelayan VPN.

Terkadang ‘muatan beban’ (iaitu pengguna) melebihi had yang mampu ditanggung oleh pelayan tersebut. Bertukar ke pelayan yang kurang penggunanya meskipun jarak lebih jauh berbanding pelayan ‘terlebih muatan’ yang sedang digunakan pada ketika itu adalah lebih baik.

Klien ProtonVPN sebagai contoh, ada memberikan info mengenai muatan semasa pelayan.

6. Periksa sokongan telco/ISP terhadap VPN.

Sebagai contoh, dahulu webe (sekarang Unifi Mobile) dengan jelas tidak menyokong ciri VPN, yang mana sekiranya VPN digunakan pada rangkaian tersebut, dengan serta-merta kelajuan akan diperlahankan. Saya tidak pasti sama ada ini masih lagi berlaku kerana sudah lama saya bertukar ke telco lain.

7. Periksa rangkaian dan router anda.

Kadang-kadang tanpa sedar, sebenarnya kelajuan anda perlahan disebabkan ada individu lain yang sedang menggunakannya tanpa kebenaran (a.k.a rangkaian anda digodam). Pantau mana-mana alamat IP atau alamat mac selain dari peranti yang sedang anda gunakan. Jika ia memang bukan peranti anda, buang ia dari senarai peranti.

8. Periksa dinding api (firewall) sistem operasi.

Boleh jadi ia menyekat sambungan VPN anda, oleh itu anda perlu masukkan VPN anda ke dalam senarai pengecualian. Tidak perlu pun untuk anda nyahaktifkan antivirus mahupun dinding apinya, kerana selama saya menggunakan VPN, kedua-duanya sentiasa aktif dan tidak memberikan sebarang masalah kepada kelajuan.

9. Mulakan semula peranti (restart).

Nampak seperti kelakar, tetapi kadangkala hanya itu yang diperlukan untuk membantu menetapkan semula (reset) kelajuan internet beserta VPN yang hambar. Peranti juga ada masanya memerlukan kepada permulaan yang segar (fresh start).

10. Dapatkan bantuan dari staf penyedia perkhidmatan VPN tersebut.

Saya amat menyukai setiap servis yang ada tetingkap bual (chat) kerana ia memudahkan untuk pelanggan mendapat bantuan selepas jualan. Biasanya jika VPN tersebut punyai klien yang agak maju (seperti TorGuard, CyberGhost), ada menyediakan live chat bagi membantu para pengguna terutamanya yang baru hendak berjinak dengan VPN.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline