10 Tips Cara Melajukan Rangkaian Internet Yang Terhubung Dengan VPN

VPN adalah medium atau alat kepada mereka yang inginkan internet tanpa sekatan dan melindungi data-data peribadi dari dicerobohi oleh pihak ketiga. Akan tetapi, keselamatan tambahan dari VPN mungkin akan menyebabkan internet anda kehilangan kelajuannya.

Kelajuan VPN bergantung kepada kelajuan asal internet anda. Apa sahaja kelajuan sambungan, VPN tidak boleh menjadikan ia lebih cepat. Anda patut menjangkakan sama ada ia menjadi sedikit lebih perlahan, atau kelajuannya sama seperti asal.

Dengan itu berikut dikongsikan sedikit tips asas dalam membantu melancarkan kelajuan internet anda setelah disambungkan kepada VPN. Kita terus kepada poin-poin penting iaitu:

1. Kelajuan dapat diterjemahkan melalui perkakasan yang lebih baik.

Prestasi perkakasan yang semakin teruk juga menyumbang kepada prestasi internet anda, kerana apabila ia disambungkan kepada VPN, ia memerlukan kepada ‘kuasa’ tambahan dari perkakas.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai Android Box dengan CPU yang sudah tidak lagi disokong oleh sistem operasi baharu, ditambah pula saiz RAM dan ROM yang kecil, sudah semestinya apabila anda ingin strim sesuatu saluran tidak selancar peranti Android Box dengan spesifikasi lebih cemerlang.

Pendek kata, kuasa pengkomputeran menyumbang kepada kelancaran internet ber-VPN.

2. Periksa terlebih dahulu kelajuan internet anda, terutamanya jika anda menggunakan internet berkuota.

Jika kuota sudah habis, tidak pelik sekiranya kelajuan anda diperlahankan. Jika anda menggunakan data tanpa had, maka anda bolehlah ke tips seterusnya.

3. Kemaskini sistem operasi, sekiranya ada.

Kadangkala terdapat ralat pada sistem dan kernel yang perlu kepada pembaikan dan kemaskini. Apabila ianya dibiarkan, sudah pasti prestasi peranti akan mengalami gangguan lalu memberi kesan kepada kelajuan internet.

4. Tukar tetapan protokol.

Tambahan jika anda menggunakan VPN seperti TorGuard, kliennya mempunyai menu pilihan yang sangat banyak. Tukar satu demi satu hingga anda mendapat hasil paling memuaskan.

Contoh diambil dari TorGuard, selain dari protokol UDP dan TCP, ia juga ada pilihan penukaran nombor port dan kekuatan cipher. Port yang berbeza juga memberikan prestasi/kelajuan berlainan.

5. Tukar pelayan VPN.

Terkadang ‘muatan beban’ (iaitu pengguna) melebihi had yang mampu ditanggung oleh pelayan tersebut. Bertukar ke pelayan yang kurang penggunanya meskipun jarak lebih jauh berbanding pelayan ‘terlebih muatan’ yang sedang digunakan pada ketika itu adalah lebih baik.

Klien ProtonVPN sebagai contoh, ada memberikan info mengenai muatan semasa pelayan.

6. Periksa sokongan telco/ISP terhadap VPN.

Sebagai contoh, dahulu webe (sekarang Unifi Mobile) dengan jelas tidak menyokong ciri VPN, yang mana sekiranya VPN digunakan pada rangkaian tersebut, dengan serta-merta kelajuan akan diperlahankan. Saya tidak pasti sama ada ini masih lagi berlaku kerana sudah lama saya bertukar ke telco lain.

7. Periksa rangkaian dan router anda.

Kadang-kadang tanpa sedar, sebenarnya kelajuan anda perlahan disebabkan ada individu lain yang sedang menggunakannya tanpa kebenaran (a.k.a rangkaian anda digodam). Pantau mana-mana alamat IP atau alamat mac selain dari peranti yang sedang anda gunakan. Jika ia memang bukan peranti anda, buang ia dari senarai peranti.

8. Periksa dinding api (firewall) sistem operasi.

Boleh jadi ia menyekat sambungan VPN anda, oleh itu anda perlu masukkan VPN anda ke dalam senarai pengecualian. Tidak perlu pun untuk anda nyahaktifkan antivirus mahupun dinding apinya, kerana selama saya menggunakan VPN, kedua-duanya sentiasa aktif dan tidak memberikan sebarang masalah kepada kelajuan.

9. Mulakan semula peranti (restart).

Nampak seperti kelakar, tetapi kadangkala hanya itu yang diperlukan untuk membantu menetapkan semula (reset) kelajuan internet beserta VPN yang hambar. Peranti juga ada masanya memerlukan kepada permulaan yang segar (fresh start).

10. Dapatkan bantuan dari staf penyedia perkhidmatan VPN tersebut.

Saya amat menyukai setiap servis yang ada tetingkap bual (chat) kerana ia memudahkan untuk pelanggan mendapat bantuan selepas jualan. Biasanya jika VPN tersebut punyai klien yang agak maju (seperti TorGuard, CyberGhost), ada menyediakan live chat bagi membantu para pengguna terutamanya yang baru hendak berjinak dengan VPN.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x