Ada sebab mengapa saya tidak pernah bertukar servis VPN sejak dari mula menggunakannya, hinggalah sekarang. Sudah lebih setahun, jadi anda boleh bayang apa keistimewaan servis ini hingga boleh menyebabkan orang seperti saya setia dengannya.

Saya perkenalkan sekali lagi kepada anda, TorGuard VPN.

TorGuard tidak dibuat dengan ‘normal users’ dalam fikiran. Tidak seperti Goose VPN yang telah saya ulas sebelum ini, TorGuard mempunyai semua tetapan dan pilihan yang sentiasa dimahukan oleh ‘power users’.

Mari kita teliti satu persatu, akan mengapa sebabnya TorGuard masih menjadi pilihan nombor satu saya setelah sekian lama.

Reka Bentuk (Design)

Reka bentuk aplikasi TorGuard adalah selaras bagi setiap platform. Sebagaimana yang anda lihat pada Windows, lebih kurang begitu jualah reka bentuknya pada Android. Oh ya, tidak lupa juga, Linux. Tahukah anda, TorGuard mempunyai klien rasmi bagi Arch Linux?

Arch Linux tu sedara sedari sekalian!
Paparan antaramuka penggunanya juga adalah sama, ya sama!

Kredit: Mark Coppock/Digital Trends

Platform Berbilang

Dari segi klien, TorGuard tidak pernah mengecewakan. Platform yang disokong terdiri dari Windows, Mac OS, iOS, Android, Linux, dan pelbagai lagi. Kalau distro Arch Linux sendiri mempunyai klien yang mana paparan antaramukanya tiada beza dengan apa yang anda dapat lihat pada klien Windows, anda boleh bayangkan betapa maju sekali team pembangun TorGuard ini.

Anda tidak perlu bimbang tentang platform apa yang anda gunakan. Tinggal langgan, dan muat turun klien bagi platform masing-masing.

Apa barang sambungan ke pelayan menggunakan Network Manager (Linux). Kita guna klien-lah, baru style.

Stealth VPN

VyprVPN boleh berbangga dengan teknologi Chameleon-nya, BolehVPN mempunyai xCloak, maka TorGuard pula ada Stealth. Stealth telah dijurutera untuk melepasi sekatan dari firewall dengan Deep Packet Inspection.

Pada saya inilah ciri TorGuard yang paling ‘mahal’ sekali, tiada ciri lain yang dapat menyamai taraf keunikannya. Ramai yang mungkin memandang enteng, tetapi Stealth adalah enkripsi berkualiti tinggi. Kalau dalam filem, biasanya kita akan dengar dialog ‘military grade encryption‘. Begitulah gambaran terhadap kualitinya.

Enkripsi dari jenis ini, iaitu AES (Avanced Encryption Standard) dengan kekunci 256-bit adalah teknologi pengenkripsian yang juga telah digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat (A.S/US) untuk melindungi maklumat/informasi sulit dan oleh NSA untuk melindungi data keselamatan negara.

Stealth Proxy

Anda lihat gambar di atas. Ianya adalah tangkap layar sewaktu saya sedang menggunakan Stealth Proxy TorGuard yang diaktifkan melalui Chrome Extension. Pertamanya, saya hanya menggunakan proksi melalui extension. Kedua, tiada sebarang kebocoran alamat IP ditunjukkan dan ketiga, ia dapat melepasi sekatan firewall yang dibuat di… *ehem*pejabat*ehem*.

Kebiasaannya mana-mana proksi atau VPN yang cuba bersambung kepada pelayan melalui extension tidak akan dapat melepasi firewall. Tetapi ini tidak berlaku kepada TorGuard, dan ia amat memuaskan hati saya.

Lepasi Sekatan Netflix, Hulu, Dan Lain-Lain Laman Penstriman

Sebagaimana yang kita tahu, Netflix sudah lama menyekat mana-mana pengguna yang melayari laman tersebut melalui VPN ataupun proksi. Anda tidak akan dapat memainkan video jika internet anda bersambung kepada VPN/proksi.

Berbeza dengan TorGuard, ia mempunyai sokongan terhadap laman Netflix, dan pelbagai lagi laman penstriman lain yang memerlukan anda untuk bersambung dan menggunakan dedicated IP dari US. Ya, benar, untuk ini anda perlukan langganan lain, cuma tips saya selaku individu yang sudah menggunakan TorGuard lebih dari setahun, masih ada alamat IP dari US, Malaysia, dan Australia yang ‘terlepas’ dari sekatan Netflix.

Anda pasti akan ‘terjumpa’ dengannya sekiranya anda ‘rajin’ mencuba. Saranan saya, anda simpan alamat IP tersebut pada bahagian dedicated IP addresses di klien TorGuard. Jadi anda tidak perlu melanggan plan berbeza untuk memanfaatkannya.

Konklusi

Sekiranya anda amat pentingkan privasi, zero logging policy, state of the art client, sokongan laman penstriman seperti Netflix, dan VPN yang tidak akan memperlahankan kelajuan internet anda, maka TorGuard adalah jawapannya.

Anda boleh daftar satu akaun melalui pautan ini: TorGuard VPN

Juga jika anda inginkan diskaun sebanyak 50% seumur hidup, anda boleh gunakan kod TGLifetime50 sewaktu mendaftar.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda agar mereka juga dapat sama-sama memanfaatkan TorGuard dan kesemua cirinya yang ohsem.

Komen Facebook

Comments

  1. Alhamdulillah tak terungkap seribu kata mcm mana saya nak ucapkan terima kasih kepada mr.hack. Dari MyHackersAreHere sehinggalah dijenamakan kepada OMGHackers entah seberapa banyak input yang telah saya cedok dari laman sesawang ini. dari pengguna biasa sehinggalah kepada pengguna yang agak maju, laman inilah yang menjadi titik permulaan kepada kearifan saya dalam dunia IT. dari seorang pengguna yang tidak tahu sistem operasi alternatif seperti Linux terus menjadi pengguna setia Mint KDE(Pejabat) dan Ubuntu(Dual Boot). Mungkin kita takkan pernah bersua tapi apa yang saya boleh buat adalah mendoakan kesihatan Mr.Hack dan keluarga semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Terima kasih banyak Mr.Hack , teruskan berkarya dan saya akan sentiasa menyokong. Terima kasih lagi untuk kod promosi tersebut, dah berjaya melanggan torvpn secara quaterly fuhh berbaloi2.

Leave a Reply

Your email address will not be published.