Tutorial Ringkas Pengaturcaraan DOS/Batch File : Bahagian 1, ECHO dan PAUSE

Pernah tak anda teringin untuk mempelajari pengaturcaraan Batch File atau secara umum bahasa pengaturcaraan komputer, tetapi kurang memahami tutorial yang sedia ada dalam Internet. Terdapat banyak faedah mempelajari bahasa pengaturcaraan tetapi saya tidak akan menjelaskan dalam artikel kali ini. Saya juga bukan pakar dalam pengaturcaraan komputer tetapi saya akan berkongsi sedikit pengetahuan pengaturcaraan saya dalam tutorial bersiri ini.

Antara perisian yang kita akan gunakan dalam tutorial ini adalah sangat senang dan biasanya mudah didapati di hampir setiap Sistem Operasi Windows. Dua perisian tersebut merupakan Notepad dan Command Prompt.

Anda boleh melancarkan Command Prompt dari butang Start Windows anda.

Start >  taip ‘command prompt’ dan klik perisian Command Prompt yang terpapar seperti berikut:

Dalam artikel ini kita akan terus fokus kepada penulisan aturcara Batch File, di dalam pengaturcaraan Batch File terdapat banyak Commands . Commands(arahan) merupakan perkataan-perkataan yang berbentuk arahan yang membolehkan kita mengarah komputer untuk melaksanakan sesuatu perkara melalui Command Prompt

Pada tutorial kali ini , saya cuma akan masukkan dua Commands sebagai permulaan, echo dan pause.

Setiap commands mempunyai format penggunaannya sendiri seperti berikut:

echo Teks yang ingin dipaparkan

Contoh bagi Commands echo:

echo Selamat Datang Ke OMGHackers!

Buka perisian Notepad anda dan taipkan baris aturcara di atas

Mari kita cuba lancarkan aturcara ini, klik File-> Save As dan tukarkan Save as type: daripada Text Documents(*.txt) ke All Files: manakala File name: taipkan test.bat :

Setelah menyimpan Batch File tersebut ,selepas melancarkan Batch File tersebut dengan double-click, anda mungkin anda perasan tiada apa-apa berlaku atau paparan cuma keluar sekejap sahaja.

Jangan risau.

Di sini, Command yang satu lagi pause memainkan peranan

Edit semula Batch File tadi dengan mengklik kanan pada fail tersebut dan memilih Edit:

 

Buat baris baru, dan taip pause , seperti dalam gambar di bawah:

 

Save dan lancarkan semula Batch File tersebut dengan cara yang sama seperti tadi. Anda patut mendapat paparan seperti ini :

 

Okay, itu sahaja untuk tutorial kali ini. Untuk tutorial seterusnya saya akan tunjukkan cara untuk menghilangkan paparan aturcara, hasinya dalam gambar di bawah:

Lebih cantik kan? Okay semoga tutorial ini jadi pendorong bagi sesiapa sahaja yang ingin mula belajar bahasa pengaturcaraan. Jika anda rasa tutorial bersiri ini berguna , sila beri komen dan Share kepada rakan-rakan anda. Selamat mencuba!

xD xD xD

-AtotheP

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x