Utama Blog Laman 118

Cara Pasang No Limits Magic Build Pada Kodi 18

0
*Gambar muka depan dari Cloud Tech Support.

‘Bermain’ dengan ‘Kodi build’ bolehlah diibaratkan pengguna Android ‘bermain’ dengan custom ROM. Terdapat banyak build di luar sana yang boleh dicuba, dan walaupun Kodi versi 18 baru dilepaskan, sudah ada beberapa build yang boleh dipasang bagi memudahkan penggunaan.

Salah satu darinya adalah No Limits Magic, yang mana ia mempunyai paparan yang mesra pengguna, serta pelbagai addon turut disertakan.

Saya galakkan agar anda buat pemasangan ‘Fresh Install’ bagi mengelakkan ralat yang tidak diingini. Mari kita lihat bagaimana caranya untuk memasang build kali ini.

Pasang No Limits Magic Build Pada Kodi 18:

1. Dari menu hadapan, klik pada butang tetapan (Settings).

2. Kemudian, terus hala ke File manager.

3. Klik Add source.

4. Klik pada <None>.

5. Kemudian, masukkan URL berikut ke dalam kotak: http://nolimitsbuilds.com/kodi/

6. Pada ruangan kotak untuk namanya, masukkan apa sahaja yang anda suka. Untuk memudahkan pemahaman, saya gunakan nama No Limit.

7. Setelah itu, kembali ke menu sebelumnya dan klik kotak Add-ons.

8. Pilih Install from zip file.

9. Anda akan dapat lihat sumber No Limit berada di situ. Klik untuk masuk ke dalamnya.

10. Anda boleh pilih fail plugin.video.nolimitswizard.zip atau plugin.video.nolimitswizard18.zip. Saya pilih yang berakhir dengan nombor 18 tersebut.

11. Tunggu sehingga ia siap dipasang. Dari menu utama, anda akan dapat lihat No Limits Wizard18 terpapar. Langkah seterusnya, klik pada Wizard tersebut.

12. Pilih INSTALL/UPDATE NO LIMITS BUILDS.

13. Pilih pula No Limits Magic-No XXX Section.

14. Klik FRESH INSTALL (Erase, then Install New Build).

15. Klik Continue.

16. Tunggu sehingga ia siap dimuat turun.

17. Apabila siap, build ini akan dipasang secara automatik.

18. Setelah siap, klik pada Force Close dan buka semula Kodi.

19. Build anda akan kelihatan seperti ini.

Tahniah kerana telah selesai belajar cara pemasangan build pula. Harap anda dapat menikmati Kodi dengan sepenuhnya, dan memanfaatkan apa yang anda belajar dengan tak perlu lagi bergantung harap kepada TV satelit tidak-kalis-hujan itu.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Tips Memulakan Saluran YouTube Bagi YouTuber Baru

0

Baru-baru ini kita dapat perhatikan bahawa ramai orang dari seluruh dunia sedang memuat naik video baharu mereka sama ada video muzik, animasi, pembelajaran atau yang sama waktu dengannya ke YouTube. Ianya kerana YouTube menawarkan peluang kepada pereka dan pemuat naik video untuk menjana pendapatan daripada video yang mereka telah muat naik ke YouTube.

Namun begitu, masih ramai dalam kalangan kita yang tak tahu cara nak mulakan saluran YouTube mereka sendiri. Berikut kami senaraikan 5 tip untuk anda mulakan Saluran YouTube dan tingkatkan pendedahan anda sebagai seorang YouTuber baru.

1. Muat naik video secara konsisten

Salah satu kesilapan yang ramai orang telah buat adalah tidak memuat naik video mereka secara konsisten. Bagi meningkatkan tarikan penonton ke video anda, anda mestilah berusaha untuk memuat naik video anda berkala sama ada secara harian atau mingguan supaya kandungan saluran anda sentiasa diperbaharui setiap hari. Ia dapat mengelakkan orang ramai daripada menjadi jemu atau bosan ketika membuka saluran anda.

2. Buatkan pelan dan jadual muat naik video anda

Pelan dan jadual yang rapi dapat membolehkan anda untuk memuat naik video secara konsisten mengikut jadual dan waktu yang anda telah tetapkan. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat menjadikan jadual dan pelan sebagai peringatan dan matlamat anda ketika memulakan saluran YouTube anda yang pertama. Kewujudan pelan dan jadual membolehkan anda untuk berfikir panjang dan ke hadapan dalam meningkatkan pendedahan saluran YouTube anda secara meluas.

3. Mulakan setiap video dengan tarikan menarik

Kebanyakan video yang akan diklik oleh para penonton adalah kerana pengenalan atau pembukaan video mereka yang menarik dan kreatif. Gambar animasi atau video kesan bunyi khas memainkan peranan dalam menarik minat penonton ke arah menonton video anda. Pembukaan anda tidaklah perlu terlalu gempak atau hebat tetapi hanya sekadar biasa dan menarik sudah mencukupi untuk menarik penonton anda. Tarikan yang menarik akan menjaminkan kedatangan semula oleh penonton anda bagi melihat kandungan baru yang dimuat naik.

4. Hasilkan animasi akhir atau kredit yang mempromosikan channel anda

Biasakan diri anda untuk menghasilkan satu animasi pendek atau kredit yang kreatif pada penghujung video bagi tujuan mempromosikan saluran anda. Ayat-ayat seperti ‘tinggalkan komen’, ‘jangan lupa melanggan’ dan ‘tinggalkan like’ merupakan ayat penting dalam mengharapkan penonton anda kembali ke saluran anda untuk menonton video-video yang seterusnya.

5. Kekalkan tajuk dan pembukaan pendek

Permulaan video yang menarik tidak semestinya perlu dibuat terlalu panjang kerana penonton anda mungkin akan berasa jemu dan menolak minat penonton untuk teruskan tontonan mereka ke atas video mereka. Oleh itu, jadikan tajuk dan pembukaan video sependek yang mungkin sambil memperkenalkan tanda dagangan video anda secara ringkas.

Kemajuan saluran YouTube anda tidaklah terhad kepada 5 tip di atas kerana ianya hanyalah sebagai panduan asas untuk seseorang YouTuber mendapat pendedahan yang tinggi ketika memuat naik videonya.

Anda juga boleh jadikan video-video terkenal di YouTube sebagai panduan untuk menarik jumlah penonton ke video anda. Anda boleh memuat turun video YouTube tersebut jika tidak sempat untuk menontonnya pada saat ini.

Pemuat turun video YouTube ini dapat membolehkan anda untuk memuat turun video daripada YouTube kepada mana-mana peranti dengan mudah dan pantas. Oleh itu, gunakanlah panduan yang ada sebagai langkah pertama untuk anda memulakan saluran YouTube baharu dan dengan jayanya meningkatkan pendedahan anda sebagai seorang YouTuber.

Kredit artikel kepada: Rayesa Putri.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

AnTuTu Melepaskan Penanda Aras Untuk Menguji Prestasi AI Pada Telefon

0

Assalamualaikum dan Hai, lama betul kan kami tak buat artikel kat sini. Banyak post dekat Facebook Page ja. Jadi topik kita kali ni ialah AnTuTu AI Review, atau nama lain AiTuTU. Apa, penanda aras AI?

Sejak kebelakangan ini, banyak syarikat berlumba-lumba untuk fokus pada AI, merupakan menjadi benda wajib dalam produk mereka (tak semua syarikat la) untuk bersaing sapa lagi padu. Dengan ini membuatkan AI menjadi satu permintaan yang tinggi yang wajib depa boh dalam produk mereka.

AnTuTu, pasti ramai kenal nama ni. Merupakan aplikasi penanda aras yang pakat dok lumba-lumba tunjuk telefon sapa yang mendapat markah penanda aras yang tinggi. AnTuTu telah pun mengeluarkan satu aplikasi, hasil kerjasama dengan pengeluar cip yang nama dia “AI Review” yang fokus dia untuk mengukur prestasi AI dalam telefon pintar.

Tapi, tak semua telefon yang memenuhi standard untuk AI, yang membawa kepada situasi di mana setiap pengeluar cip mempunyai pemahaman dan pelaksanaan AI mereka sendiri. Seperti :

  • Qualcomm mempunyai operasi AI melalui Hexagon DSP.
  • HiSilicon pula melalui NPU (Neural Processing Unit).
  • Samsung dan MediaTek pula mempunyai operasi AI melalui cip khusus, masing-masing dirujuk sebagai NPU (Neural Processing Unit) dan APU (AI Processing Units).

Keadaan menjadi lebih rumit apabila sinergi antara perkakasan dengan perisian, amat penting untuk prestasi AI berkesan. Setiap vendor (pembekal telefon pintar) menyediakan SDK mereka sendiri untuk AI, antaranya :

  • Qualcomm ada SNPE (Snapdragon Neural Processing Engine).
  • HiSilicon ada HiAI.
  • MediaTek ada NeuronPilot.
  • dan lain-lain.

Sambung balik pasal AnTuTu AI Review, jauh melencong kan? Aduh
Aplikasi ni terbahagi kepada dua ujian, iaitu

  1. Klasifikasi Imej (Image Classification) = Menguji ulasan Data ujian yang terdiri daripada 200 imej, berdasarkan pada rangkaian Neural Inception V3.
  2. Pengiktirafan Objek (Object Recognition) = Menguji ulasan video 600-frame dan berdasrkan rangkaian Neural MobileNet SSD.

Rangkaian saraf ini kemudian diterjemahkan ke dalam rangkaian saraf yang disokong oleh pengeluar cip melalui SDK yang disediakan oleh vendor. Kalau cip tu takda sokongan algorithm AI, aplikasi ni akan guna TFLite untuk penandaarasan. AnTuTu sendiri bagi amaran bahawa keputusan dari penandaarasan tersebut tidak memuaskan dan tak boleh dipercayai.

Markah penanda aras ini secara langsung berkaitan dengan kelajuan dan ketepatan. Sekiranya ketepatan tak selari dengan kelajuan, AnTuTu akan bagi penalti dekat markah tersebut. Ini akan mengelakkan penipuan dalam penanda aras AI yang hanya bergantung kepada hasil yang pantas tetapi salah.

AnTuTu juga telah meletakkan beberapa ‘remarks‘ khas untuk penggunaan aplikasinya. Iaitu platform yang menggunakan pemproses AI yang sama mungkin tidak mempunyai jurang skor yang besar kerana penanda aras tidak hanya menguji prestasi, tapi fokus kepada pretasi AI. Samsung (buat masa sekarang), tidak lagi melancarkan AI SDK mereka sendiri, dan HiSilicon menggunakan TFLite untuk fungsi tertentu, yang bermaksud markah mereka akan menjadi rendah sehingga keadaan itu bertambah baik. Bukan itu sahaja, versi asas Android juga akan mempengaruhi markah kerana Google sendiri telah mengoptimumkan sokongan AI pada peringkat sistem.

Malah, AnTuTu membuat kenyataan dekat blog mereka, jelas bahawa matlamat untuk mengukur prestasi AI tak mungkin dengan mudah hanya berdasarkan nombor semata-mata. Terdapat banyak pembolehubah yang terlibat dalam pengiraan AI ini, yang menambah satu lagi lapisan kerumitan kepada interaksi sudah kompleks untuk penyelesaian di antara perkakasan dan perisian yang berbeza. Nombor markah yang akan keluar dari aktiviti penanda aras tidak adil terhadap nuansa yang terlibat dalam dunia AI.

Ini kami lampirkan screenshot aplikasi ni yang dipasang, diuji pada peranti OnePlus 6, TreskMod 9, RedFlare Kernel.

Markah yang telefon kami dapat.

 

Ini merupakan ujian yang pertama, iaitu Klasifikasi Imej.

 

Ini merupakan ujian yang kedua, iaitu Pengiktirafan Objek.

Jadi apa pendapat ampa mengenai AnTuTu AI Review, penanda aras AI? Kalau ampa nak uji, cuba aplikasi tersebut, klik pautan bawah ni
AnTuTu AI Review Benchmark

Oh ya, telefon kami sangkut dekat ujian kedua tu, pakai OxygenOS Open Beta 12 + Radioactive Kernel tapi pakai TreskMod 9 lepas pulak ujian tu. hmm.

Sumber : XDA dan Blog AnTuTu

Views: 16

Iklan Newspaper Inline

Cara Pasang Addon The Magic Dragon Pada Kodi 18

0

Sambutan terhadap Kodi nampaknya agak luar biasa sejak aplikasi penstriman kegemaran seperti Terrarium TV tidak lagi dibangunkan dan apa yang ada hanyalah aplikasi klonnya.

Menggunakan Kodi tidaklah semudah Terrarium TV dan alternatifnya, tetapi apabila telah dapat memahami rentaknya, ia menjadi selancar kenaikan harga minyak petrol.

The Magic Dragon adalah addon utama pilihan saya, kerana ia tidak pernah lagi setakat ini menghampakan saya. Crawler atau scrapper pada addon ini memberikan sumber pautan strim yang segar, serta pantas berbanding addon lain.

Oleh itu mari kita lihat bagaimana cara untuk memasangnya, pada Kodi 18 Leia. Muat turun Kodi di sini: Kodi | Open Source Home Theater Software

1. Buka Kodi dan klik pada Settings.

2. Seterusnya klik pada File manager.

3. Tekan pilihan Add source.

4. Klik pada <None>.

5. Taipkan URL sumber berikut: http://supremacy.org.uk/zip/repo/

6. Pada namanya anda bolehlah taipkan apa sahaja yang anda suka. Untuk memudahkan pemahaman, saya masukkan nama Supremacy.

7. Kembali ke menu utama dan klik pada Add-ons. Pada tangkap layar di bawah sudah terpapar addon The Magic Dragon. Abaikan kerana saya telah memasangnya lebih awal.

8. Klik pada butang berlogo seperti kotak. Rujuk gambar tangkap layar di bawah.

9. Klik Install from zip file.

10. Di sini anda akan nampak nama sumber iaitu Supremacy yang telah kita namakan itu tadi. Klik pada nama sumber tersebut.

11. Terdapat tiga fail zip. Klik pada yang bernama repository.supremacy-2.6.zip. Namanya mungkin akan berubah-ubah mengikut versi. Contohnya kali ini ia berversi 2.6. Jika ia berubah di masa hadapan, janganlah cuak. Pilihlah sahaja versi tersebut.

12. Tunggu sehingga ia selesai dipasang. Notifikasi pemasangan yang selesai akan muncul.

13. Kemudian, klik pada Install from repository.

14. Tekan pada pilihan supremacy.

15. Pilih pula Video add-ons.

16. Hala ke The Magic Dragon. Klik padanya untuk memasang.

17. Seterusnya, klik butang Install.

18. Di sini terdapat pilihan add-ons tambahan. Klik sahaja pada butang OK.

19. Tunggu sehingga pemasangan addon ini selesai.

Sekarang anda sudah ada satu addon, yang boleh digunakan untuk menonton filem atau drama kegemaran anda. Jika tiada aral, saya akan cuba kemas kini dan tambahkan lagi tutorial untuk addon lain pula. Selamat menonton.

Views: 12

Iklan Newspaper Inline

5 Extension/Addon Terbaik Bagi Menjaga Privasi

0

Tak perlu terlalu banyak extension atau addon pada pelayar web untuk sesuatu tujuan. Sebagai contoh, untuk YouTube, satu extension, untuk Netflix pula satu extension. Tidakkah keterlaluan jika memasang 10 extension hanya untuk ‘memeriahkan’ fungsi di YouTube sahaja? Itu contoh.

Perkara yang sama juga bagi privasi. Tidak perlu terlalu banyak. 3 hingga 5 sudah memadai. Anda perlu tahu, semakin banyak extension yang anda gunakan, anda menjadi semakin ‘unik’ di atas dunia internet tanpa sempadan ini. Contohnya, anda bernama Ahmad. Tetapi di bandar yang anda duduki ada lima ratus orang lain bernama Ahmad juga. Cuma uniknya anda, sewaktu lahir anda dinamakan sebagai The Ahmad Albab. Atas keunikan itu anda menjadi satu-satunya insan yang lebih dikenali berbanding ‘Ahmad-Ahmad’ yang lain.

Begitu jugalah halnya dengan pelayar web. Jika anda pasang terlalu sedikit pun akan menunjukkan keunikan anda, pasang terlalu banyak juga akan memberi kesan sama, seraya menjadikan anda lebih mudah dijejaki. Atas sebab itu, bersederhana adalah jawapannya.

Jadi di sini saya cuba untuk senaraikan 5 extension/addon yang menjadi pilihan saya sendiri dalam hal menjaga privasi.

1. Decentraleyes

Apabila melayari mana-mana laman web, ia akan memuatkan kandungan seperti jQuery, Ajax, dan sebagainya dari rangkaian penyampai kandungan seperti Google, Cloudflare. Apa yang dilakukan oleh extension ini ialah ia akan memuatkan kandungan tersebut secara lokal, kerana ia telah dimuatkan sekali bersama dengan extension tersebut.

Kalau pening dengan penerangan saya, bacalah dari pembangunnya:

Kalau pening juga pergilah ambil sijil MUET. ?

2. MinerBlock

Satu-satunya extension yang saya percayai untuk menyekat penggali data Bitcoin menerusi pelayar web.

Chrome: minerBlock Chrome

Firefox: minerBlock Firefox

Mungkin ada yang bertanya apakah ia ada kena mengena dengan privasi, tetapi bagi saya, saya tidak suka ada ‘sesuatu’ yang berjalan di balik tabir pelayar web secara senyap dan menggunakan sumber kuasa peranti bagi menjana kewangan pihak ketiga.

3. CyberGhost VPN Free Proxy

Selalunya jika saya hendak cepat menukar IP, saya akan terus lancarkan extension ini. Ia dibangunkan oleh mereka yang mengendalikan CyberGhost VPN, satu servis VPN yang dipercayai.

Chrome: CyberGhost Chrome

Firefox: CyberGhost Firefox

Untuk perlindungan lebih unggul, adalah disarankan supaya anda gunakan aplikasi VPN dari mereka.

4. WebRTC Leak Prevent

Ini hanya sesuai untuk pelayar web seperti Chrome sahaja. Ya, jika pentingkan privasi lebih baik jangan guna Chrome. Tetapi saya juga berfikirkan tentang mereka yang masih lagi belum bersedia beralih kepada alternatif seperti Brave dan Firefox.

Untuk Firefox, anda boleh nyahaktif sahaja WebRTC melalui about:config dan cari media.peerconnection.enabled lalu tukar nilainya kepada false.

5. uBlock Origin

Ia ibarat satu extension ‘hero yang tak didendang’. Selalu disebut orang tetapi jasanya dalam melindungi pengguna dari dicerobohi oleh sesuatu bersifat hasad mungkin kurang menjadi bualan. Ia menyokong pelbagai skrip seperti AdsBypasser dan Maknyos Autoin yang akan memudahkan anda melayari laman penuh iklan-iklan ‘berat’, hasad, dan bertempoh. Ia juga sama seperti minerBlock di atas, mampu menyekat skrip penggalian crypto.

Chrome: uBlock Origin Chrome

Firefox: uBlock Origin Firefox

*Sedikit pesanan penaja, kalau berada di laman web yang bagus, silalah nyahaktifkan penyekat iklan anda. Contohnya OMG Hackers. Heheh. Terima kasih.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Buat Carian Di YouTube Seperti Seorang Pro

0

Jangan risau, jangan bimbang. Tajuk sahaja gempak, tapi artikelnya santai. Anda yang di ‘permulaan’ atau newbie pun akan boleh ikut artikel ini dengan mudah.

YouTube bukan sahaja gedung video, ia juga punyai enjin carian yang dikuasakan oleh Google, semestinya.

Sebagai contoh, anda boleh ‘pinjamkan’ Google Dorks seperti allintitle untuk mencari tajuk video spesifik.

allintitle:”cromok live rock the world”

Tetapi, bukan itu sahaja keistimewaan enjin carian YouTube. Hanya dengan menambah beberapa kata kunci pendek pun anda sudah boleh mencari video-video unik mengikut kehendak anda.

Di sini saya cuba berikan beberapa contoh ringkas.

Mencari Video 3D

Dengan menambah kata kunci ‘3d’ selepas tajuk, anda akan dapat menemui video-video dalam bentuk 3D yang boleh dinikmati menggunakan kata mata 3D anda. Kalau ada lah.

the amazing spiderman, 3d

Mencari Filem Penuh

YouTube ada tersedia filem-filem penuh yang tersorok disebalik sekatan geografi dan sebagainya.

Gunakan kata kunci movie untuk menyelak senarai filem penuh yang ada. Kalau nak cari filem-filem Rajinikanth, gunakan:

Rajinikanth, movie

Mencari Saluran

Saluran spesifik dapat dicari dengan amat-amat senang sekali. Hanya masukkan apa jenis niche yang anda minat, dan sambung dengan ‘channel’. Sebagai contoh,

ghost hunting, channel

Mengehadkan Carian Kepada Waktu Tertentu

Ini juga mudah. Anda hanya perlu tambah kata kunci ‘today’, ‘this week’, ‘this month’, untuk mengehadkan pencarian video.

Ambil contoh ini,

omargoshtv, today

Mencari Video Siaran Langsung

Cuba teka apa kata kuncinya yang perlu digunakan untuk mencari video siaran langsung?

Ya betul, live. Jika anda minat memasak, maka boleh cuba,

cooking, live

Cari Video Rasmi

Jika anda tidak mahu video parodi dan material dari peminat, tambahkan ‘partner’ di hujungnya.

cromok, partner

Mencari Senarai Main

Senarai main adalah satu cara mendapatkan ‘album penuh’, atau mencari video yang berkaitan dalam satu senarai.

Tambahkan ‘playlist’ selepas kata kunci pilihan. Contoh:

av1 video, playlist

Mencari Video Berdefinisi Tinggi

Logiknya, ‘hd’ adalah semudah-mudah kata kunci bagi carian ini.

transformers trailer, hd

Juga boleh digantikan dengan 4k, sekiranya anda ingin hanya menonton video 4k.

transformers trailer, 4k

Mencari Video Berdurasi Panjang

Tambahkan kata kunci ‘long’ pada hujung carian anda. Contohnya,

robocop, long

Begitu juga sebaliknya, apabila anda ingin mencari hanya video berdurasi pendek, tambahkan sahaja ‘short’ dibelakangnya.

robocop, short

Menggabungkan Kata Kunci

Setelah anda mengingati kata kunci carian di atas, anda juga boleh menggabungkan ia untuk mencari video ‘super-spesifik’. Contoh,

aew, hd, today, short

Demikianlah kaedahnya dalam mencari video yang spesifik di YouTube. Cubalah, anda pasti akan rasa agak ‘terhibur’ kerana YouTube akan ‘mengikut’ kehendak anda. Juga kaedah yang sama anda boleh manfaatkan pada aplikasinya di peranti mudah alih seperti telefon pintar.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Jom Dual Boot Windows Dengan Ubuntu

0

Seringkali saya melihat agak ramai juga yang berminat hendak memasang sistem operasi Linux, namun ragu-ragu dek kerana masih belum mahir.

Tetapi apabila mengetahui yang mereka boleh ‘dual boot’ antara Windows dan juga Linux, rata-rata ramai yang ingin tahu kaedahnya, supaya mereka dapat belajar dengan mudah tanpa memikirkan tentang partisi Windows.

Saya telah banyak menulis artikel tentang bagaimana cara hendak dual boot, baik menggunakan Ubuntu, Linux Mint, mahupun Arch Linux. Kali ini saya cuba kemaskini artikel lama supaya ianya terasa lebih ‘segar’ dan semestinya lebih ‘baru’ (walaupun paparan pemasangnya tidak jauh berbeza pun).

Jadi tanpa melengahkan masa lagi, mari kita teruskan kepada pemasangan. Dalam tutorial ini saya memilih Ubuntu (18.10) sebagai distro Linux yang akan dipasang secara dual boot.

Cara Pasang Ubuntu Dual Boot Dengan Windows

1. Baiklah, pertama sekali, apabila anda selesai boot ke desktop, anda akan nampak paparan desktop yang kosong. Klik pada ‘Install Ubuntu 18.10′ (atau apa-apa versi Ubuntu yang anda telah muat turun) untuk melancarkan Ubiquity.

2. Kemudian, anda akan dapat lihat paparan seperti berikut muncul. Pilih bahasa yang anda ingin gunakan, dan klik ‘Continue’. Bahasa lalai yang dipilih adalah Bahasa Inggeris.

3. Seterusnya, anda perlu memilih susun atur papan kekunci. Pada saya, melainkan anda memang menggunakan susun atur bahasa selain Inggeris, bahagian ini juga tidak perlu diubah-ubah. Klik sahaja pada butang ‘Continue’.

Nampak mudah sahaja bukan?

Memang mudah pun. Tak tahu kenapa orang fikir ianya rumit.

4. Tetingkap seterusnya terdapat beberapa pilihan. Jika anda tidak mahu berfikir panjang selepas selesai pemasangan, anda boleh tandakan pada pilihan ‘Normal Installation’, dan di bawahnya terdapat juga pilihan untuk memuat turun kemaskini sistem operasi serta codec asas.

Tandakan sahaja pada semua kotak seperti contoh di bawah.

5. Pemilihan pada tetingkap berikut adalah ‘direct-to-the-point’.

Klik ‘Install Ubuntu alongside Windows 7‘ (atau Windows 10, mengikut kepada sistem operasi Windows apa yang sedang anda gunakan ketika itu).

6. Di sini anda boleh terus klik pada ‘Install Now‘ dan selesaikan sahaja pemasangan sehingga ke akhir. Melainkan ada sebab anda hendak tentukan sendiri saiz partisi (dan membuat swap), tidak perlulah anda klik pada pilihan lain.

Tetapi jika anda ingin menukar saiz dan tempat partisi Ubuntu, serta membuat swap baginya, maka kliklah pada advanced partitioning tool.

*Linux menggunakan ruang swap sebagai memori virtual untuk membantu host (sistem operasi) ketika ia sedang dijalankan.

7. Di sini anda boleh tentukan saiz partisi. Anda perlu berhati-hati agar tidak terpadam partisi Windows. Cuma tidak perlu risau bab itu, kerana partisi untuk Windows pasti akan dilabelkan sedemikian.

Pada contoh gambar tangkap layar di bawah, sda1 dan sda2 adalah partisi untuk Windows. Bahagian yang kecil adalah untuk ‘boot’, dan bahagian besar adalah untuk sistem operasi dan aplikasi-aplikasinya.

Cuba banding beza dengan paparan tangkap layar berikut pula. Sda2 adalah Local Disk (C:), manakala sda3 adalah Data (D:). Sda1 tersembunyi, jadi ia tidak dapat dilihat pada paparan info ‘Hard Disk Drives’.

Mohon jangan ketawa tengok warna merah tu. Biasalah, PC tua.

8. Saya harap anda sudah faham dengan sedikit penerangan mengenai partisi di atas. Penentuan partisi (Partitioning) adalah sangat penting kerana ianya menentukan sama ada sistem operasi anda berjaya dipasang atau tidak.

Bagi contoh seterusnya, jika anda hendak menukar saiz partisi, pilih pada partisi yang anda hendak ubah dan pasang Ubuntu padanya, lalu klik ‘Change’.

Anda akan dapat lihat seperti tetingkap di bawah.

9. Pada ‘Size’, ubah sahaja ia kepada saiz partisi yang anda kehendaki. Kebiasaannya bagi saya sendiri, saya akan tolakkan jumlahnya dengan 1GB (1024MB), kerana baki 1GB tersebut saya akan gunakan pula untuk dijadikan swap.

Jika anda hendak buat saiz swap lebih dari itu pun tidak mengapa, dan sebenarnya lebih besar lebih bagus. Ini sekadar contoh sahaja.

Pada ‘Use as’ adalah format atau jenis partisi. Untuk memudahkan kefahaman, tukarkan sahaja ia kepada ‘Ext4’, iaitu jenis partisi yang biasa digunakan untuk Linux.

‘Mount point’ pula adalah titik lekapan untuk sistem operasi. Tukarkan ia kepada ‘/’. ‘/’ adalah root, dan untuk penerangan mengenai bahagian ini kita perlukan artikel berasingan. Di sini, cukup sekadar anda fahamkan dulu ia adalah ‘mount point’ bagi menempatkan sistem operasi.

10. Jika anda telah selesai tentukan saiz untuk partisi Ubuntu dan swap, langkah seterusnya pula hanyalah klik pada ‘Install Now’, tetapi sila pastikan ianya dipasang pada partisi Ubuntu tersebut. Jangan anda ‘ter-halakan’ ia (highlight) kepada partisi swap atau Windows pula.

Dari ini, anda perlu tentukan lokasi (Kuala_Lumpur), nama PC, nama pengguna dan kata laluan. Saya rasa ianya amat mudah untuk difahami dan tidak perlukan sebarang tunjuk ajar.

Saya tinggalkan anda di sini. Jika anda perlukan sebarang bantuan, anda boleh ‘pm’ laman Facebook kami.

Kemaskini:

Disebabkan saya bimbang ada yang tetap tak faham bagaimana nak teruskan dari langkah di atas, jadi saya tambah sedikit sahaja lagi.

11. Apabila anda klik ‘Install Now’, anda perlu masukkan maklumat lokasi agar sistem operasi dapat tentukan masa di tempat anda. Taipkan sahaja ‘Malaysia’, dan klik pada perkataan tersebut. Klik ‘Continue’ untuk meneruskan pemasangan.

12. Seterusnya, masukkanlah maklumat nama pengguna, nama komputer, dan kata laluan. Klik ‘continue’.

13. Apabila selesai sahaja semuanya, inilah dia tetingkap penghabisan. Sekarang, anda cuma perlu tunggu Ubuntu dipasang dan apabila ia reboot, anda akan dapat memasuki persekitaran meja Ubuntu melalui GRUB.

Selesai tutorial kita kali ini. 🙂

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Codec AV1 Dan Bagaimana Cara Mengaktifkannya Pada YouTube

0

Baru sahaja kita membicarakan mengenai HEVC atau H.265, satu codec yang menjadi penyambung kejayaan kepada AVC (H.264), sekarang kita perlu ambil tahu pula mengenai AV1.

Kenapa kita tidak dengan pantas beralih kepada HEVC, setelah industri kini mempunyai peranti yang sudah mampu mengendali dan memainkan ia?

Ianya adalah kerana isu lesen paten pada codec video menjadi semakin mahal. Royalti yang perlu dibayar menyebabkan tertubuhnya kesatuan baharu yang diasaskan bagi mencipta codec alternatif bebas royalti.

Alliance for Open Media

Alliance for Open Media (AOMedia) merupakan gabungan dari nama-nama besar seperti Adobe, Amazon, Google, Facebook, Cisco, Mozilla, Netflix, Nvidia, Apple, AMD, dan beberapa lagi adalah kombinasi yang telah mencipta AV1.

Pemegang paten bersama teknologi HEVC telah menuntut bayaran lesen yang banyak, dan peneraju industri menganggap ia bukan satu bentuk pelaburan yang berbaloi.

Kos perlesenan HEVC menjadi mahal kerana ia diperlukan dari tiga pemilik bersama iaitu MPEG LA, HEVC Advance, dan Velos Media – yang mewakili Ericsson, Panasonic, Qualcomm, Sharp, dan Sony.

Terciptanya AV1, sebagai penyambung kepada VP9, dan berasaskan dari kod VP10, ia dilihat mampu menjadi pesaing yang bebas dari sebarang royalti serta bersumber terbuka, sekaligus menggantikan HEVC.

Secara ringkasnya, selain tiada lagi tuntutan royalti, AV1 adalah codec yang dicipta khas untuk internet. Kenapa? HEVC telah menyelesaikan masalah kualiti video dengan saiz yang kecil, dan AV1 pula menyusul dengan membawakan agenda yang sama, tetapi bertambah 30% dari segi keberkesanan.

Oleh itu kualiti video berbanding HEVC sudah semestinya lebih baik dan tampak signifikan, dan saiznya juga adalah lebih kecil.

Bagaimana cara nak cuba AV1?

Cara paling mudah adalah menggunakan YouTube.

Buka pautan berikut: YouTube – TestTube

Pada bahagian AV1, klik pilihan ‘Always Prefer AV1‘.

Untuk memudahkan anda, bukan sahaja pautan ini: AV1 Beta Launch Playlist.

Bagaimana pula nak tahu jika YouTube sedang menggunakan codec AV1 ini?

Anda cuma perlu klik kanan pada video, dan klik pula pada ‘Stats for nerds‘.

Jika YouTube sedang menggunakan codec AV1, akan terpapar informasinya di bahagian Codecs.

Jika anda lebih berminat hendak muat turun video pula, Netflix ada menyediakannya di: AV1/Chimera

Semestinya pemain media pilihan saya adalah MPC-HC.

Sedikit nota, untuk YouTube, belum tentu semua video sudah menggunakan codec AV1 ini. Manakala apabila ia sudah pun menggunakannya, tidak semua video sudah beresolusi definisi tinggi penuh. Jika anda nampak video hanya beresolusi definisi standard, anda boleh tukarkan tetapan kepada ‘Prefer AV1 for SD’ atau kembali kepada ‘Auto’.

Ianya masih dalam proses ujian, maka tidak hairanlah ia perlu diaktifkan terlebih dahulu.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Strim YouTube Menggunakan MPC-HC

0

YouTube seringkali dianggap hanyalah sebagai platform untuk menonton video-video pendek dan vlog.

Akan tetapi, jika anda tahu bagaimana hendak memanfaatkannya, YouTube boleh jadi satu sumber tontonan yang memuaskan, tanpa anda perlu membayar apa-apa yuran langganan.

Dengan menggunakan pemain video berprestasi tinggi, seperti Media Player Classic – Home Cinema atau pendeknya MPC-HC, anda boleh tonton video dari YouTube tanpa gangguan serta mempunyai kawalan video dari MPC-HC itu sendiri.

Ya, benar, jika guna VLC atau SMPlayer (SMPlayer adalah pemain media kegemaran saya untuk Linux), ianya adalah ‘effortless’. Ia berfungsi memainkan video dari YouTube secara out-of-the-box.

Tetapi di mana cabarannya tu?

Lagipun, sekarang saya lebih menggemari MPC-HC kerana prestasinya yang sangat bagus. Anda boleh lihat pada tangkap layar di bawah bagaimana ia beraksi memainkan video YouTube.

Jadi, apa yang diperlukan?

1. Aplikasi K-Lite Codec Pack

2. youtube-dl

3. Microsoft Visual C++ 2010 Redistributable Package (x86)

*Untuk anda yang masih tidak tahu, pembangunan MPC-HC telah dihentikan oleh pembangun asalnya. Namun salah seorang dari ‘penyumbang kod’ MPC-HC telah mengaktifkan kembali pembangunannya, dan setiap kemas kini disertakan dalam K-Lite Codec Pack.

Rujuk: Doom9’s Forum

Jika anda ingin tahu kenapa saya lebih memilih MPC-HC berbanding VLC, berikut adalah tangkap layar perbandingan antara keduanya. Di sebelah kiri adalah MPC-HC, manakala di sebelah kanannya pula adalah VLC. Contrast lebih baik, paparan tampak lebih ‘tajam’, dan secara keseluruhannya kualitinya lebih bagus jika hendak dibandingkan dengan VLC.

Sumber gambar: ResetEra

Baiklah, setelah cukup semua yang diperlukan, apa pula perlu dibuat?

Mudah sahaja. Anda tempatkan youtube-dl.exe di mana-mana direktori. Paling mudah faham, letakkanlah ia dalam direktori MPC-HC sahaja. Rujuk paparan tangkap layar berikut untuk kefahaman.

Kemudian, klik pada File > Open File/URL.

Masukkan URL video YouTube yang anda ingin strim. Lihat tangkap layar supaya anda tahu di mana hendak masukkan ia. Klik pada butang OK bagi memainkan video tersebut.

Tunggu untuk seketika, dan youtube-dl akan dengan segera strim pautan tersebut melalui MPC-HC. Ya, ia semudah a,b,c.

Demikianlah caranya. Tidak susah dan ringkas sahaja. Tidak perlu lagi bergantung harap kepada VLC jika anda lebih sukakan MPC-HC.

Muat turun:

1. MPC-HC (K-Lite Codec Pack)

2. youtube-dl

3. Microsoft Visual C++ 2010 Redistributable Package (x86)

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Cara Memuat Turun Video Dari Netflix Dengan Mudah

0

Saya percaya, ramai antara anda yang teringin hendak muat turun video dari Netflix. Jika video dari YouTube, ia dapat dimuat turun dengan mudah menggunakan Internet Download Manager (IDM). Tetapi laman penstriman seperti Netflix memerlukan satu aplikasi khas kerana pautan strimnya dilindungi oleh DRM.

Satu aplikasi yang bernama FlixGrab (ada beza dengan FlixGrab+ ya), dibangunkan oleh FreeGrabApp Team, mampu melaksanakan tugas tersebut dengan berkesan.

Ia membolehkan pengguna untuk muat turun keseluruhan siri Netflix, rancangan televisyen kegemaran anda, dokumentari, filem-filem dan apa sahaja video yang ada pada Netflix menggunakan enjin strim-berbilang FreeGrabApp.

Sama seperti matlamatnya apabila anda muat turun video dari YouTube, anda akan dapat menonton video dari Netflix tanpa menggunakan rangkaian internet (offline). Ia juga tidak akan menggunakan ‘kuota skrin’ akaun anda, oleh itu anda dapat muat turun tanpa sebarang limitasi.

Pra-syarat Menggunakan Aplikasi FlixGrab:

1. Akaun Netflix.
2. Aplikasi FlixGrab.
3. Internet semestinya.

1. Pertama sekali, anda perlu muat turun aplikasi FlixGrab dari laman web rasminya di sini: FlixGrab

Kemudian, anda log masuk ke laman Netflix dengan kata nama pengguna dan kata laluan akaun anda. Ini bertujuan bagi mendapatkan pautan video yang dikehendaki.

2. Setelah itu, pasang aplikasi FlixGrab hingga selesai.

3. Salin pautan video yang anda mahu muat turun.

4. Buka aplikasi FlixGrab, dan klik pada butang ‘Paste’.

5. Aplikasi ini akan menganalisa terlebih dahulu video, bagi mendapatkan pautan strimnya.

6. Seterusnya, apabila ia telah selesai menganalisa, akan terdapat logo muat turun di tengah-tengah video. Klik pada butang tersebut.

7. Aplikasi FlixGrab akan muat turun video, mengikut kepada ‘kelayakan’ akaun anda, dan apa yang ia dapat ‘baca’ dari pautan tersebut.

Apa maksudnya?

Contohnya begini, saya menggunakan versi percuma FlixGrab, jadi ia akan mengehadkan resolusi video kepada SD sahaja. Jika anda menggunakan versi berbayar (langganan tahunan), ia akan memberikan kebebasan kepada anda untuk muat turun dengan resolusi apa pun.

Percubaan pertama saya, saya hanya mendapat fail bersaiz sekitar 73MB sahaja. Tidak pasti apakah resolusinya, tetapi yang pasti ia tersangatlah buruk.

Kemudian saya mencuba sekali lagi. Kali ini, mungkin disebabkan kelajuan internet sudah bertambah baik, saya dapat muat turun video beresolusi 480p. Saiznya pula sudah meningkat kepada 280MB.

8. Selesai. Sekarang apa yang anda perlu buat hanyalah tunggu sehingga ia habis dimuat turun.

Sejujurnya, bagi anda yang tidak gemar membayar untuk sesuatu, versi percumanya sudah cukup jika anda tidak kisah menonton video dengan resolusi berdefinisi standard (SD).

Bagaimanapun, jika anda ingin membuang limitasi aplikasi percuma bagi mendapatkan video beresolusi definisi tinggi (HD), anda perlulah membeli lesennya (sama seperti anda membeli lesen IDM) yang berharga lebih kurang RM53.

Lesen tersebut adalah sah untuk setahun.

Pada pendapat saya, jika anda menjalankan laman web lanun seperti YTS (errr, boleh kan saya bagi pendapat tentang perkara ini?), memang sangat sesuai anda beli lesennya.

Di mana lagi anda boleh dapatkan perisian atau aplikasi yang membolehkan anda ‘rip’ video dan menjadi versi web-dl semudah a,b,c?

Bukan saya hendak mempromosikan sangat pun, cuma aplikasi yang boleh muat turun dari laman yang dilindungi oleh DRM ini jarang-jarang ada. Apabila sekali dia ada, selalu pula diganggu oleh ‘copyright trolls’ yang menyebabkan pembangunnya tersekat.

Apa lagi faedah yang anda boleh dapat sekiranya melanggan?

Selain muat turun versi definisi tinggi penuh, anda juga boleh tentukan sendiri kualiti video, audio, bahasa apa yang akan digunakan dalam video, serta kebolehan untuk muat turun sarikata.

Ya, sayangnya versi percuma tiada kebolehan itu.

 

Berikut pula adalah tangkap layar setelah selesai ia muat turun video.

Anda dapat lihat saiz akhirnya menjadi 317MB. Di kotak tersebut ada logo fail, yang mana apabila diklik akan membawa anda kepada direktori tempat fail video tersebut disimpan.

Gambar di bawah adalah bukti video tersebut saya mainkan dengan bantuan MPC-HC. Dengan resolusi 480p, bolehlah dikatakan saya berpuas hati hasil yang telah saya perolehi melalui aplikasi ini.

Sekian sahaja penyampaian saya. Diharapnya agar anda dapat berhibur dengan apa yang saya kongsikan pada kali ini.

Sekali lagi pautan bagi muat turun adalah di sini: FlixGrab

Jangan lupa kongsikan artikel dengan semua rakan-rakan anda.

Views: 67

Iklan Newspaper Inline