Tips Memulakan Saluran YouTube Bagi YouTuber Baru

Baru-baru ini kita dapat perhatikan bahawa ramai orang dari seluruh dunia sedang memuat naik video baharu mereka sama ada video muzik, animasi, pembelajaran atau yang sama waktu dengannya ke YouTube. Ianya kerana YouTube menawarkan peluang kepada pereka dan pemuat naik video untuk menjana pendapatan daripada video yang mereka telah muat naik ke YouTube.

Namun begitu, masih ramai dalam kalangan kita yang tak tahu cara nak mulakan saluran YouTube mereka sendiri. Berikut kami senaraikan 5 tip untuk anda mulakan Saluran YouTube dan tingkatkan pendedahan anda sebagai seorang YouTuber baru.

1. Muat naik video secara konsisten

Salah satu kesilapan yang ramai orang telah buat adalah tidak memuat naik video mereka secara konsisten. Bagi meningkatkan tarikan penonton ke video anda, anda mestilah berusaha untuk memuat naik video anda berkala sama ada secara harian atau mingguan supaya kandungan saluran anda sentiasa diperbaharui setiap hari. Ia dapat mengelakkan orang ramai daripada menjadi jemu atau bosan ketika membuka saluran anda.

2. Buatkan pelan dan jadual muat naik video anda

Pelan dan jadual yang rapi dapat membolehkan anda untuk memuat naik video secara konsisten mengikut jadual dan waktu yang anda telah tetapkan. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat menjadikan jadual dan pelan sebagai peringatan dan matlamat anda ketika memulakan saluran YouTube anda yang pertama. Kewujudan pelan dan jadual membolehkan anda untuk berfikir panjang dan ke hadapan dalam meningkatkan pendedahan saluran YouTube anda secara meluas.

3. Mulakan setiap video dengan tarikan menarik

Kebanyakan video yang akan diklik oleh para penonton adalah kerana pengenalan atau pembukaan video mereka yang menarik dan kreatif. Gambar animasi atau video kesan bunyi khas memainkan peranan dalam menarik minat penonton ke arah menonton video anda. Pembukaan anda tidaklah perlu terlalu gempak atau hebat tetapi hanya sekadar biasa dan menarik sudah mencukupi untuk menarik penonton anda. Tarikan yang menarik akan menjaminkan kedatangan semula oleh penonton anda bagi melihat kandungan baru yang dimuat naik.

4. Hasilkan animasi akhir atau kredit yang mempromosikan channel anda

Biasakan diri anda untuk menghasilkan satu animasi pendek atau kredit yang kreatif pada penghujung video bagi tujuan mempromosikan saluran anda. Ayat-ayat seperti ‘tinggalkan komen’, ‘jangan lupa melanggan’ dan ‘tinggalkan like’ merupakan ayat penting dalam mengharapkan penonton anda kembali ke saluran anda untuk menonton video-video yang seterusnya.

5. Kekalkan tajuk dan pembukaan pendek

Permulaan video yang menarik tidak semestinya perlu dibuat terlalu panjang kerana penonton anda mungkin akan berasa jemu dan menolak minat penonton untuk teruskan tontonan mereka ke atas video mereka. Oleh itu, jadikan tajuk dan pembukaan video sependek yang mungkin sambil memperkenalkan tanda dagangan video anda secara ringkas.

Kemajuan saluran YouTube anda tidaklah terhad kepada 5 tip di atas kerana ianya hanyalah sebagai panduan asas untuk seseorang YouTuber mendapat pendedahan yang tinggi ketika memuat naik videonya.

Anda juga boleh jadikan video-video terkenal di YouTube sebagai panduan untuk menarik jumlah penonton ke video anda. Anda boleh memuat turun video YouTube tersebut jika tidak sempat untuk menontonnya pada saat ini.

Pemuat turun video YouTube ini dapat membolehkan anda untuk memuat turun video daripada YouTube kepada mana-mana peranti dengan mudah dan pantas. Oleh itu, gunakanlah panduan yang ada sebagai langkah pertama untuk anda memulakan saluran YouTube baharu dan dengan jayanya meningkatkan pendedahan anda sebagai seorang YouTuber.

Kredit artikel kepada: Rayesa Putri.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x