5 Extension/Addon Terbaik Bagi Menjaga Privasi

Tak perlu terlalu banyak extension atau addon pada pelayar web untuk sesuatu tujuan. Sebagai contoh, untuk YouTube, satu extension, untuk Netflix pula satu extension. Tidakkah keterlaluan jika memasang 10 extension hanya untuk ‘memeriahkan’ fungsi di YouTube sahaja? Itu contoh.

Perkara yang sama juga bagi privasi. Tidak perlu terlalu banyak. 3 hingga 5 sudah memadai. Anda perlu tahu, semakin banyak extension yang anda gunakan, anda menjadi semakin ‘unik’ di atas dunia internet tanpa sempadan ini. Contohnya, anda bernama Ahmad. Tetapi di bandar yang anda duduki ada lima ratus orang lain bernama Ahmad juga. Cuma uniknya anda, sewaktu lahir anda dinamakan sebagai The Ahmad Albab. Atas keunikan itu anda menjadi satu-satunya insan yang lebih dikenali berbanding ‘Ahmad-Ahmad’ yang lain.

Begitu jugalah halnya dengan pelayar web. Jika anda pasang terlalu sedikit pun akan menunjukkan keunikan anda, pasang terlalu banyak juga akan memberi kesan sama, seraya menjadikan anda lebih mudah dijejaki. Atas sebab itu, bersederhana adalah jawapannya.

Jadi di sini saya cuba untuk senaraikan 5 extension/addon yang menjadi pilihan saya sendiri dalam hal menjaga privasi.

1. Decentraleyes

Apabila melayari mana-mana laman web, ia akan memuatkan kandungan seperti jQuery, Ajax, dan sebagainya dari rangkaian penyampai kandungan seperti Google, Cloudflare. Apa yang dilakukan oleh extension ini ialah ia akan memuatkan kandungan tersebut secara lokal, kerana ia telah dimuatkan sekali bersama dengan extension tersebut.

Kalau pening dengan penerangan saya, bacalah dari pembangunnya:

Kalau pening juga pergilah ambil sijil MUET. ?

2. MinerBlock

Satu-satunya extension yang saya percayai untuk menyekat penggali data Bitcoin menerusi pelayar web.

Chrome: minerBlock Chrome

Firefox: minerBlock Firefox

Mungkin ada yang bertanya apakah ia ada kena mengena dengan privasi, tetapi bagi saya, saya tidak suka ada ‘sesuatu’ yang berjalan di balik tabir pelayar web secara senyap dan menggunakan sumber kuasa peranti bagi menjana kewangan pihak ketiga.

3. CyberGhost VPN Free Proxy

Selalunya jika saya hendak cepat menukar IP, saya akan terus lancarkan extension ini. Ia dibangunkan oleh mereka yang mengendalikan CyberGhost VPN, satu servis VPN yang dipercayai.

Chrome: CyberGhost Chrome

Firefox: CyberGhost Firefox

Untuk perlindungan lebih unggul, adalah disarankan supaya anda gunakan aplikasi VPN dari mereka.

4. WebRTC Leak Prevent

Ini hanya sesuai untuk pelayar web seperti Chrome sahaja. Ya, jika pentingkan privasi lebih baik jangan guna Chrome. Tetapi saya juga berfikirkan tentang mereka yang masih lagi belum bersedia beralih kepada alternatif seperti Brave dan Firefox.

Untuk Firefox, anda boleh nyahaktif sahaja WebRTC melalui about:config dan cari media.peerconnection.enabled lalu tukar nilainya kepada false.

5. uBlock Origin

Ia ibarat satu extension ‘hero yang tak didendang’. Selalu disebut orang tetapi jasanya dalam melindungi pengguna dari dicerobohi oleh sesuatu bersifat hasad mungkin kurang menjadi bualan. Ia menyokong pelbagai skrip seperti AdsBypasser dan Maknyos Autoin yang akan memudahkan anda melayari laman penuh iklan-iklan ‘berat’, hasad, dan bertempoh. Ia juga sama seperti minerBlock di atas, mampu menyekat skrip penggalian crypto.

Chrome: uBlock Origin Chrome

Firefox: uBlock Origin Firefox

*Sedikit pesanan penaja, kalau berada di laman web yang bagus, silalah nyahaktifkan penyekat iklan anda. Contohnya OMG Hackers. Heheh. Terima kasih.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x