A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Sekian lama pencarian dilakukan untuk mendapat pengganti bagi Terrarium TV, ianya tidak membuahkan sebarang hasil. Kebanyakan aplikasi yang ditemui tidak mencapat standard yang telah ‘diletakkan’ oleh Terrarium TV. Ia bagaikan satu penanda aras atau kayu ukur bagi mana-mana aplikasi baharu yang tiba.

Setelah beberapa lama berlegar, saya diperkenalkan kepada TVZion oleh salah seorang dari admin kami (terima kasih MamuSembangGG).

Biar saya beritahu anda, aplikasi ini sangat bagus! Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat apa yang menarik tentang aplikasi TVZion ini.

TVZion mempunyai pelbagai fungsi sebagai aplikasi penstriman yang melayakkan ia menjadi alternatif unggul bagi Terrarium TV.

TVZion ini dicipta untuk Android TV, jadi paparan antaramuka penggunanya tidak menyusahkan anda yang menggunakan alat kawalan jauh bagi membuat navigasi dalam aplikasi.

Sama seperti Terrarium TV, dari muka hadapannya ia dibahagikan kepada beberapa kategori bagi memudahkan anda mencari sesuatu drama atau filem khusus.

Apabila anda klik pada mana-mana filem atau drama yang anda mahu, anda akan diberikan dengan senarai pautan yang anda boleh terus strim melaluinya. Scrapper TVZion amat bagus, di mana ia akan mencari host video terbaik lalu dibezakan dengan kualiti video, kelajuan host, dan saiz fail video tersebut.

Bila diklik pada salah satu host, terdapat pula pilihan seperti mainkan video secara terus, pencarian sarikata, muat turun video, cast, salin pautan dan mainkan video melalui pemain media yang lain.

Apabila ada kemas kini bagi aplikasi ini, akan terus terpapar maklumat penuh mengenai versi terbaru yang perlu dimuat turun. Tidak perlu buka laman web TVZion bagi menyemak versi terkininya.

Bergantung kepada kelajuan internet anda, klik sahaja pada butang UPDATE, dan fail apk baharu akan segera dimuat turun. Ia perlukan pemasangan manual, sepertimana ketika mula-mula anda pasang aplikasi di peranti.

Melalui tetapan di dalamnya, anda diberikan pilihan untuk menggunakan pemain video TVZion, MX Player, atau VLC. Jika ditanya kepada saya, saya sendiri akan memilih mainkan video pada pemain sedia ada sahaja kerana lebih mudah memilih sarikata. Oh ya, penyedia sarikata tetapan lalai adalah dari OpenSubtitles. Buat masa ini ada satu sahaja, barangkali untuk versi akan datang barulah mereka memberikan pilihan lain.

Iklan yang ada terpapar adalah sangat-sangat minimal dan tidak mengganggu seperti aplikasi lain. Jika anda membuat keputusan untuk membuang iklan dan menyokong para pembangun TVZion, anda boleh sertai ZionClub. Bayaran penyertaan paling rendah adalah 6USD bagi 4 bulan dan 5 peranti, di mana dengan bayaran ini anda akan mendapat faedah-faedah premium seperti tiada lagi iklan dalam aplikasi, strim torrent berkualiti tinggi (via Real Debrid/Premiumize), pengesanan meta data lebih maju dan tepat, penapisan pautan-pautan, dan menambaik fungsi autoplay.

Selain itu laporan pepijat atau ralat juga akan diberikan lebih prioriti kepada ahli ZionClub. Saya juga bercadang hendak mencuba selama 4 bulan ciri-ciri premium ini.

Ciri yang selalui diminta oleh para pengguna adalah sokongan terhadap ChromeCast, dan ini satu-satunya ciri yang tidak dilupakan oleh pembangun. Ah, dan juga ciri sokongan terhadap anime (9Anime). Jadi peminat-peminat anime tak perlu pening kepala lagi tercari-cari di manakah laman paling sesuai hendak tonton. TVZion menyajikan terus kepada anda.

Anda boleh tonton bagaimana paparan antaramuka pengguna dan lain-lain fungsi TVZion melalui video berikut.

Pro Dan Kontra:

Pro: Aplikasi ini percuma, masih mempunyai iklan tetapi sangat minimal, punyai pelbagai ciri yang dirindui pada Terrarium TV, sedang dibangunkan dengan pertambahan ciri dan pembaikan ralat, serta paparan antaramuka yang serasi dengan Android TV.

Kontra: Popup penyertaan ZionClub setiap kali anda buka aplikasi. Boleh ditutup dengan menekan butang ‘back’ di telefon anda.

Bagaimana? Berminat? Muat turun apk TVZion pada pautan ini: TVZion.

Jangan lupa tekan butang share ke Facebook jika anda mahukan artikel seperti ini lagi. Terima kasih.