Utama Blog Laman 85

UniKL Digodam: Individu Dakwa Laporan Kerentanan Tidak Dipeduli UniKL

0

Baru-baru ada individu yang mengakui sebagai penguji tembus sistem telah berjaya menembusi sistem data UniKL. Berdasarkan hantaran di laman Facebook beliau, laporan mengenai kelemahan sistem UniKL ini telah dimaklumkan kepada pihak UniKL sendiri. Malangnya, menurut dakwaannya lagi, pihak UniKL memberikan maklum balas acuh tak acuh kepada beliau.

 

Menerusi perkongsian individu ini lagi di hantaran beliau, dapat dilihat juga akses yang berjaya diperoleh oleh beliau ke dalam sistem UniKL agak ‘mengerikan’ bagi kami. Maklumat nama penuntut, ID pelajar, maklumat staf dan banyak lagi dapat dilihat dengan jelas di dalam tangkap layar yang dikongsikan.

Individu ini juga kelihatan seperti sudah berjaya mendapatkan akses pentadbir sistem di dalam sistem data UniKL. Akses pentadbir sistem sekiranya jatuh ke pihak ketiga adalah satu keadaan yang sangat menakutkan dan serius. Bayangkan sekiranya ada pihak lain yang boleh mencuri dan mengubah data dalaman sesuka hati? Ataupun boleh memadamkan dan memalsukan rekod bayaran mahupun markah peperiksaan?

Penguji tembus sistem berkenaan juga berkongsi tangkap layar perbualan yang didakwa perbualan teks melalui WhatsApp dengan beberapa orang staf pentadbir sistem UniKL yang cuba mengambil kesempatan tetapi akhirnya mencuri laporan daripada beliau dan melaporkannya kepada pihak pentadbiran UniKL sebagai laporannya sendiri.

Setakat ini belum ada maklum balas daripada pihak UniKL mengenai sebarang kehilangan data. Tidak dapat dipastikan setakat ini samada dakwaaan individu yang mengaku sebagai penguji tembus sistem ini benar dan berasas ataupun tidak. Tapi kami di Omg! Hackers? berharap agar setiap entiti dan syarikat di Malaysia yang berurusan dengan data sensitif sentiasa memastikan keselamatan data di tahap yang terjamin.

Views: 14

Iklan Newspaper Inline

3 Punca Utama Kegagalan Pendigitalan Dalam Kehidupan

0

Digital Overload, Digital Dementia, dan Digital Distraction, ialah 3 komponen ‘jahat’ utama dalam pendigitalan hidup. Komponen digital sememangnya dicipta untuk memudahkan kita, tetapi apabila ianya berlebihan, tanpa penggunaan yang tepat, komponen-komponen ini boleh merosakkan ritma dan hubungan sosial kita.

Digital Overload berlaku apabila anda menghadapi masalah memproses jumlah maklumat yang anda ambil dalam talian, menyebabkan anda merasa terganggu, cemas, keletihan, atau bahkan tertekan. Ini juga berkaitan dengan bagaimana anda mengambil maklumat tersebut.

Satu tinjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa rata-rata, orang dewasa menghabiskan lebih dari 11 jam sehari menggunakan telefon, komputer riba, tablet, televisyen, dan alat permainan mereka.

Walaupun penyelidikan belum mengetahui berapa had manusia untuk waktunya berada dalam talian, sebuah kajian pada remaja menunjukkan bahawa setelah sekitar 2 jam penggunaan skrin, subjek melaporkan lebih banyak gejala kegelisahan dan kemurungan.

Mungkin juga bagi orang dewasa, lebih sedikit masa di peranti adalah lebih baik. Pokoknya, terlalu banyak maklumat, sekaligus atau dalam jangka masa tertentu, boleh menyumbang kepada sejumlah masalah emosi.

Menyentuh mengenai Digital Dementia, masihkah anda ingat sewaktu permulaan telefon bimbit dahulu, berapa banyak nombor telefon yang dapat kita ingati? Paling kurang pun 3, iaitu nombor ayah, ibu, dan mungkin adik beradik, kawan, atau cinta lama yang tidak kesampaian.

Sekarang? Nombor telefon isteri sendiri pun kita boleh lupa. Semuanya diingati oleh aplikasi yang dipasang, bahkan beratus nombor tidak menjadi masalah kerana ia diselaraskan oleh akaun Google.

Digital Distraction pula boleh ditafsirkan sebagai lambakan mesej dan notifikasi dari telefon pintar, laptop, desktop, tablet, jam pintar, televisyen, dan sebagainya lagi.

Sambungan hidup secara digital selama 24 jam ini memberi kesan kepada minda dan hubungan kekeluargaan mahupun profesional. Kita banyak membuang masa, perhatian, dan tenaga pada maklumat dan interaksi yang agak kurang penting berbanding interaksi secara terus di sekeliling kita.

Kadangkala, kita berusaha memutuskan ‘hubungan’ dengan dunia digital, juga menggunakan alat atau aplikasi digital seperti Digital Wellbeing.

Minda kita memerlukan ‘pengecasan’ semula setelah sekian lama digunakan untuk menerima dan mengurus maklumat menerusi alat-alat teknologi. Hanya dengan pengurusan masa dan pengalihan tumpuan dari sepenuhnya diberikan kepada notifikasi digital, kita tidak akan mampu memacu minda untuk menyelesaikan segala urusan serta tugasan.

Untuk memenangi perlumbaan tanpa pendigitalan hidup, memang sangat sukar sekali, tambahan lagi dengan situasi pandemik ketika ini, kebanyakan kerja bertukar kepada bentuk digital seperti sidang video dan mesyuarat. Tetapi bukan bererti kita memberi semua aturan diuruskan oleh aplikasi.

Setiap perkara yang boleh kita tetapkan sendiri, hendaklah diselenggara sebaiknya tanpa penglibatan komputer mahupun telefon pintar. Mulakan dengan benda mudah, seperti mengingati nombor telefon pasangan masing-masing, atau mengurus emel secara berkala, sedikit demi sedikit.

Anda boleh mengubahnya, anda boleh mengaturnya – sendiri.

#OMGHSharing #ThatsWhatsUp #DigitalDistractions

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

As Above, So Below: Sesak Nafas!

0

Philosopher’s Stone‘ muncul dalam pelbagai filem dan drama. Orang Arab sebut sebagai ḥajar al-falāsifa. Apa dia benda ni? Ia merupakan batu mistik yang dipercayai dapat melanjutkan usia seseorang manusia, untuk dapat hidup buat selama-lamanya, dan dapat menukar raksa menjadi emas atau perak.

Kenapa perlu faham perkara ini dulu? Kerana inilah dia subjek yang menjadi tumpuan dalam filem As Above, So Below. Sekali lagi ia bertemakan ‘found footage‘, dan bersandar kepada suasana seram gaya ‘Lovecraft’ (Lovecraftian Horror).

Atmosfera alam ghaib dan persekitaran kultus dalam filem ketika watak sedang menuju ke ‘destinasi’, akan menyebabkan mereka yang claustrophobic terus sesak nafas. Sebabnya? Kesemua watak masuk ke dalam sebuah kawasan misteri, lalu menyelinap ke gua yang gelap dan sempit, dipenuhi dengan makhluk-mahkluk yang menakutkan.

Scarlett Marlowe, seorang sarjana muda dalam bidang kimia ingin meneruskan legasi kajian bapanya mengenai ‘philosopher’s stone‘, batu ajaib yang dapat memanjangkan hayat manusia.

Dalam perjalanan, dia memerlukan bantuan dari bekas kekasihnya, George, yang berkali-kali menolak pelawaannya untuk menyambung kajian tentang batu tersebut.

Tetapi siapalah George, seorang lelaki biasa hendak menolak permintaan dari gadis cantik yang pernah dicintainya. George ‘terperangkap’ jua akhirnya apabila dia terpaksa mengikuti pengembaraan Scarlett bersama beberapa orang kru yang lain setelah mereka dikejar oleh polis.

Malang memang tidak berbau, kerana kalau berbau manusia tak akan tertimpa dek malang.

Itulah nasib mereka dalam ‘Catacombs of Paris‘. Perjalanan yang mulanya nampak mencabar, hanyalah secebis sahaja dari apa yang bakal mereka lalui. Mungkinkah batu itu hanya teori atau khayalan seorang manusia yang sudah gila?

Anda boleh tonton As Above, So Below di: https://www.netflix.com/title/70307661

#GengStreaming #CutTheCord #CutTheCable #ItsMoveTime #HPLovecraft

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Bank Teratas Menyertai Linux Dan Kumpulan Perlindungan Paten Sumber Terbuka

0

Barclays, bank korporat dan pelaburan global yang berpusat di London, dan TD Bank Group, telah bergabung dengan kumpulan pertahanan harta intelektual sumber terbuka terkemuka, Open Invention Network (OIN).

Apakah sebabnya? Ini adalah kerana bank juga menentang penyalahgunaan hak harta intelektual oleh Entiti Penegasan Paten (PAE), yang lebih dikenali sebagai ‘troll patent‘.
Jumlah tuntutan pelanggaran paten yang diajukan oleh troll patent ini terus meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan, bahkan pihak bank juga tidak terselamat dari golongan tersebut.

Sekiranya perkara ini tidak ditangani, amalan penegasan paten yang meragukan akan mengalih sumber syarikat daripada menggunakan ia ke arah inovasi kepada mempertahankan hak dari dicabuli para troll paten.

TD, bank utama Amerika Utara pertama yang bergabung dengan OIN juga turut memahami situasi ini. TD fokus untuk terus meningkatkan platform operasi mereka dengan menggunakan perisian sumber terbuka. Dengan gabungan bersama OIN, TD menunjukkan komitmen untuk melindungi hak pencerobohan dalam OSS.

Berita dari: ZDNet

#OMGHNews #OSS #OpenSourceSoftware

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Treasure Cloud Storage: Storan Awan Dengan Privasi

0

Jarang kita jumpa storan awan yang mementingkan privasi. Kebiasaannya kita jumpa, pasti ada terselit terma yang membenarkan syarikat untuk berkongsi data anda dengan pihak ketiga.

Terdapat satu storan awan baharu yang perlu dikenali ramai. Bertapak dan berpusat di Singapura, Treasure Cloud Storage ialah storan awan yang kita tunggu selama ini.

Anda boleh baca polisi privasi mereka di:

Privacy Policy

Secara umum, ada beberapa klausa pada polisi yang abam tidak beberapa ‘berkenan’, tetapi kebanyakan pernyataan dan penegasan lain agak memuaskan hati berbanding storan dari syarikat lain.

Untuk orang awam mudah faham, Treasure Cloud Storage lebih mementingkan dasar privasi dan keselamatan data peribadi pengguna daripada modus operandi bersandarkan kepada bisnes semata.

Buat masa ini, mereka ada promosi untuk ruang storan yang biasanya diberi hanya 10GB sahaja untuk pengguna baru, tetapi untuk waktu yang terhad, anda boleh dapatkan 20GB secara percuma!

Daftar akaun untuk dapatkan promosi melalui pautan: https://cutt.ly/BkVuMC8

Aplikasi Android: Pautan

Aplikasi iOS: Pautan

Laman web rasmi: https://treasure.cloud/

*Sori, tak jumpa pula ruang nak letak promo code.

#OMGHSharing #CloudStorage #TreasureCloud

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Apa Keperluan Simpan Wang Di Bank Jika Simpanan Tidak Selamat?

0

Siraj Jalil, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) dalam satu kenyataannya menegaskan bahawa, tiada gunanya menyimpan wang di bank sekiranya wang disimpan tidak selamat.

Negara kehilangan sebanyak 5 billion Ringgit Malaysia kerana sindiket penipuan pada tahun 2018-2019. Negara mempunyai Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara, dianggotai oleh beberapa orang menteri, manakala Dasar Keselamatan Siber pula adalah dibawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Malangnya apabila berlaku penipuan yang berjumlah puluhan malah ratusan ribu, mangsa tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari jawatankuasa diharapkan, manakala institusi kewangan pula seakan ‘lost track‘.

Siraj Jalil – Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA)

Penipuan sudah berlaku bertahun lamanya. Rakyat berhak merasa lebih selamat untuk setiap penyimpanan dilakukan, dan sekiranya terjadi transaksi yang tak diingini, wang tersebut mesti berjaya dipulangkan kepada pemiliknya.

Sumber Transkrip: https://youtu.be/C4RoSxHox54

 

#OMGHNews #MCCA #KeepItReal

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Aleph Farms Membuat Stik 3D Cetakan Bio Pertama Dunia

0
Stik daging yang dicetak secara bio.

Sebuah syarikat Israel, Aleph Farms, untuk pertama kalinya, melancarkan stik 3D yang dicetak secara bio pada hari Selasa, 9 Februari.

Kini mereka sedang menunggu persetujuan dari Food and Drug Administration (FDA) untuk pengeluaran besar-besaran dan dilancarkan kepada umum.

Stik daging yang dicetak secara bio.

“Kaedah ini menggabungkan otot dan lemak yang serupa dengan haiwan yang disembelih,” kata Aleph Farms.

Aleph Farms telah bekerjasama dengan fakulti kejuruteraan bioperubatan di Institut Teknologi Technion-Israel untuk mengusahakan daging tulang rusuk (rib-eye) yang dikultur di makmal menggunakan bioprinting 3D.

Proses pembuatan daging ini – dibuat dengan cara mencetak sel hidup yang diinkubasi untuk membesar, ‘membezakan’, dan berinteraksi bagi menghasilkan tekstur dan kualiti stik yang sebenar.

Pengumuman ini dibuat pada saat kesedaran yang sedang meningkat mengenai kesan industri daging terhadap alam sekitar dan permintaan yang semakin meningkat untuk alternatif kepada daging.

P/s: Pada waktu kita sedang berkelahi tentang alternatif sumber terbuka kepada semua aplikasi proprietary, Israel dah buat daging alternatif kepada daging sebenar.

Anda selera tak nak makan?

Sumber:
https://www.techtimes.com/…/israel-creates-first-ever…

#OMGHNews #3DBioprinting #NewKindOfMeat

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Selamat Tinggal Daft Punk! – Lagenda Berpisah Setelah 28 Tahun

0

Ikon muzik elektronik lagenda dunia, Daft Punk telah mengumumkan perpisahan mereka Isnin lalu menerusi video rasmi mereka di saluran Youtube rasmi mereka dengan tajuk ‘Epilogue‘. Kali ini, dua robot berjalan di tengah gurun dan diakhiri dengan salah satu daripadanya meminta supaya dirinya diletupkan. Bagi peminat Daft Punk, sudah tentu anda ingat dengan babak berjalan di gurun ini melalui album mereka, Human After All di mana dua robot telah datang ke bumi dan melalui pelbagai pengembaraan.

Bagi saya, ‘Epilogue‘ adalah penutup kepada album Human After All yang telah dilancarkan pada 2005 itu. Kini setelah 16 tahun, akhirnya album Human After All akhirnya lengkap dengan ‘Epilogue‘.

Daft Punk merupakan sebuah kumpulan muzik elektronik yang terdiri daripada dua pemuzik Thomas Bangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo. Terkenal dengan imej futuristik mereka yang sentiasa berpenampilan seperti robot.

Kumpulan tersebut telah diasaskan pada di Paris pada tahun 1993 dan telah memperkenalkan genre French Underground House ke seluruh dunia dengan lagu-lagu popular mereka seperti One More Time, Da Funk dan Around The World.

Walaupun telah mengumumkan perpisahan, bagi saya mereka tetap duo yang terbaik dan paling setia sepanjang zaman. Mereka telah melalui pelbagai zaman dan peralihan genre di mana korporat mengawal dunia muzik. Banyak kumpulan telah berpecah dan ramai penyanyi kugiran akhirnya bergerak solo serta kehilangan identiti kerana lebih mengejar wang dan permintaan rekod.

Bayangkan, sekiranya Daft Punk tidak kekal utuh bersama selama 3 dekad ini, mungkin kita tidak mampu untuk menikmati pelbagai genre dan lagu-lagu elektronik sekarang ini. Banyak filem-filem ikonik juga mungkin tidak akan jadi ikonik kerana tidak diiringi dengan muzik latar penuh bertenaga dan emosi daripada Daft Punk.

Selamat tinggal kepada lagenda. Muzik dan lagu-lagu mereka akan kekal segar sepanjang zaman. Obor telah dipindahkan kepada pemuzik lapisan baru. Buat Thomas Bangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo pula, kerjaya muzik mereka tidak berkakhir di sini. Tetapi bagi Daft Punk, ini adalah pengakhiran. Saya berharap agar suatu hari nanti Daft Punk akan kembali semula. Namun, mereka telah berhenti ketika mereka masih di puncak dan ia pengakhiran yang terhormat buat lagenda.

 

“It might not be the right time
I might not be the right one
But there’s something about us I want to say
‘Cause there’s something between us anyway

I might not be the right one
It might not be the right time
But there’s something about us I’ve got to do
Some kind of secret I will share with you

I need you more than anything in my life
I want you more than anything in my life
I’ll miss you more than anyone in my life
I love you more than anyone in my life”

(Daft Punk – Something Between Us)

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cheerlux C9 Android, Projektor Mampu Milik Untuk Suasana Wayang Dalam Rumah

0

Pandemik COVID-19 di Malaysia meninggalkan kesan yang agak besar dekat rakyat Malaysia yang mana terpaksa mengubah norma baharu kehidupan dan tidak lagi seperti dahulu yang mana jumlah kes ‘baru’ masih lagi empat angka. (semasa artikel ini ditulis)

Ramai yang pakat kena kerja dari rumah la, belajar dari rumah la dan banyak lagi.

Bagi kaki tengok wayang, mesti rasa janggal tak pi panggung wayang untuk menikmati filem kegemaran ampa kan?

Kini jangan risau, ampa boleh tengok wayang dalam rumah atau lebih terperinci, di mana ada ruang yang muat untuk memancar projektor, di situ la panggung wayang tertutup ampa.

Terima kasih kepada pihak Cheerlux Malaysia kerana sudi memberi peluang pada pihak kami (OMG Hackers) untuk berkolaborasi dengan mereka mengenai projektor mampu milik ini, iaitu Cheerlux C9 Android.

Tidak lupa jugak dekat Mamu kerana kenalkan produk ini. Pertama kali ni kami buat ulasan mengenai projektor. Sebelum ni hanya guna beda buat pembentangan masa zaman belajar dekat institusi pendidikan ja.

Kali ni, gambar buka kotak takda, digantikan dengan video buka kotak. Jemput tengok video buka kotak pertama kami kat bawah ni;

Macam biasa, sebelum kita teruskan merapu kat bawah, kita tengok spesifikasi projektor ini;

Cheerlux C9 Android
Sistem Projektor Panel LCD + Lampu LED
Resolusi Asli 720P asli dan menyokong 1080P
Kecerahan 2800 lumens|4000 LUX
Nisbah Kontras “2000:1
Lensa Fokus secara manual
Lampu Lampu LED; Jangkahayat 50,000 jam bagi kegunaan harian 20 jam|hari dapat bertahan 6 tahun.
I/O HDMI x 2|USBx 2|VGA (PC)|Composite AV|3.5mm Headphone jack (output)
Nisbah Aspek 16:9|4:3
Gambar Flip 360° flip ke atas
Saiz Unjuran 50″ – 120″
Jarak Unjuran 1m – 3m
Kaedah Unjuran Depan,belakangm pemasangan siling dan atas meja
Pembesar suara terbina dalam Ya, stereo
Keystone ± 20°
Wi-Fi 2.4GHz
Bluetooth 4.0
Bahasa OSD English dan lain-lain
Bekalan Kuasa AC 90-240V, 50-60Hz
Saiz 222mm x 165mm x 87mm
Berat 1.4kg
Aksesori Dalam Kotak Buku Panduan Projektor dan Android|Alat Kawalan Jauh|Kabel Kuasa|Kabel AV dan Tapak Sokongan
Jaminan Jaminan 1 Tahun (Local) Malaysia

 

Fail Sokongan
Sokongan Video PAL|NTSC
Sokongan Audio BG|DK|I|M/N
Sokongan Teks TXT|PowerPoint|Excel|Word
Port USB|SD .txt|.jpg|.png|.bmp|.avi|.mkv|.mp4|.mov|.mpg|.mpeg|.ts|.tp|.m2ts|.dat|.vob
Tidak Menyokong DivX|RM|RMVB|VC1|FLV|Dobby AC3|DTS|WMA |VC1

 

Sistem Android
Android 6.0, Marshmallow
API 23
CPU ARM Cortex-A53 @ 1700MHz, 64-bit
GPU Mali-400 MP
RAM 1GB
Stor Penyimpanan 8GB

 

Ampa dah tengok video buka kotak dan spesifikasi kat atas kan, jom kita tengok barang apa yang mai sekali dengan Cheerlux C9 Android ini.

Projektor Cheerlux C9 Android

Kita mula dengan seketul projektor yang berwarna dia kelabu digabungkan dengan warna hitam. Harap takda la tersepak dalam suasana gelap. Jangan hilangkan penutup lensa tu tau, nanti lensa cepat kotor atau calar jika dibiarkan ia terdedah.

Buku panduan

Buku panduan ada dua iaitu Panduan Penggunaan Android dan Panduan Penggunaan projektor. Ampa tak baca, ampa sesat la.

Kabel kuasa

Projektor ini tak perlu adapter kuasa kerana ia terbina dalam projektor, jadi hanya perlu sambung kabel kuasa ni dekat soket dan layan.

Kabel Signal AV

Bagi yang nak sambungkan projektor ini dekat pemain CD|DVD, boleh guna kabel signal AV yang mai sekali dalam kotak. Hanya perlu pasang dekat AV di projektor dan sambungkan dekat pemain CD|DVD mengikut warna kabel. Jangan salah pasang pulak, senang dah tu. hahahah

Kabel HDMI

Depa tak bagi kabel VGA, tapi bagi kabel HDMI untuk sambung dekat PC ka, laptop dan lain-lain barangan yang menggunakan port HDMI.

Tapak sokongan
Terdapat dua lubang untuk memasang tapak sokongan ataupun pasang dekat siling.

Tapak sokongan juga disediakan untuk menyokong ketinggian projektor. Terdapat dua lubang, jangan salah lubang pulak.

Alat kawalan jauh

Alat kawalan jauh dia agak ringkas dan mudah paham untuk guna dia. Tapi jika ampa buka aplikasi seperti YouTube dan lain-lain, butang Main, Seterusnya dan Sebelumnya tidak dapat digunakan untuk aplikasi berkenaan.

Butang ‘SauceSource’ macam biasa jika ampa ada sambungkan projektor dengan HDMI atau VGA, tekan tu untuk akses sumber tersebut dan butang exit, macam biasa kembali|keluar.

Boleh rujuk buku panduan pada halaman 6 untuk butiran selanjutnya.

‘Port’ yang terdapat pada projektor ni

Sebut pasal VGA dan HDMI, gambar atas tunjuk gena rupa dia. (boleh rujuk buku panduan untuk cara penggunaan yang lebih jelas)

Komponen yang terdapat pada projektor ini;

  • 2x HDMI
  • Headphone Jack (3.5mm)
  • Port AV
  • 2x USB 2.0
  • VGA
  • IR receiver

Boleh rujuk buku panduan pada halaman 10-14 untuk butiran selanjutnya.

Butang media dekat projektor

Pastikan ampa tak hilangkan alat kawalan jauh sebab butang dekat projektor ni kekurangan butang penting, iaitu butang ubah kelantangan. Jika tekan butang tu atau tekan butang dekat alat kawalan jauh, lampu dekat sini akan berubah.

Warna merah menandakan ia sedang berehat, warna kuning menandakan ia sedang beraksi dan jika tekan butang dekat alat kawalan jauh ataupun dekat projektor tu akan keluar warna merah menunjukkan bahawa ia sedang proses butang yang ampa tekan tu.

Pembesar suara yang comel

Nampak kecik tapi bunyi dia, kuat weh. (bilik kami takda besar sangat)

Tempat letak projektor, nak Apollo?
Ruangan bilik kami, memang terhad. hahahaha

Sebut pasal bilik, macam ni la ruang bilik kami dan projektor ini diuji dalam bilik ni dengan memancarkan visual projektor dekat dinding sebelah kiri. Dinding kanan dah padat dengan komputer.

Bilik ni boleh duduk dua orang, tapi kami sewa duduk sorang. Jadi, tak guna katil atas, maka kami buat tempat letak projektor la.

Bahagian penyejuk projektor

Cheerlux C9 Android mempunyai kipas dwi-pendingin (masuk dan keluar) yang direka untuk mengelak projektor terlalu panas. Pastikan ia mempunyai ruang pengudaraan yang baik sebab ia menghasilkan haba panas tapi takda sampai boleh goreng makanan atas dia.

Kalau dah penuh habuk, boleh servis sendiri. (jangan buka bahagian lain pulak)

Bahagian melaraskan keystone dan fokus secara manual
Melaraskan ‘keystone’ dan penskalaan skrin dalam perisian

Sebut pasal visual, Cheerlux C9 Android boleh melaraskan ‘keystone‘ sama ada melalui perkakasan ataupun perisian dalam sistem Android. (nama lain dia Digital Keystone)

Kami terangkan fungsi untuk melaraskan ‘keystone‘ melalui perisian di bawah mengikut dekat mana ampa letak projektor tersebut.
Trapezoid
Membenarkan pengguna melaraskan ‘keystone‘ projektor dengan lebih mudah kerana melaraskan ‘keystone‘ dengan lebih terperinci.
Four Point Scaling
Membenarkan pengguna betulkan bucu imej dengan mudah untuk padankan dengan lokasi projektor dan jarak dengan dinding.
Infinitely Scaling
Fungsi ini akan mengembalikan tetapan Trapeziod dan Four Point Scaling pada lalai dan ia membenarkan ampa ubah visual kononnya ala-ala panggung wayang pun boleh. (tapi imej nampak kecik la)

Tetapan ini bergantung pada posisi projektor

Fungsi ini menarik, ampa boleh guna jika ampa letak projektor posisi luar biasa. Macam pasang dekat siling sebagai contoh, boleh pilih bahagian siling yang ada.

Kami cuba pasang terbalik dan cuba fungsi ni. Menarik, ia berfungsi macam posisi normal. Jadi pasang dekat siling, tiada masalah.

Kami tak boleh pasang dekat siling, nanti tuan halau keluar rumah sebab tebuk siling dia. hahahaha

Gambar lensa apabila ia memancarkan visual

Dengan kecerahan 2800 lumens, walaupun lumens tidak tinggi, tapi ia mampu memancarkan visual pada waktu siang dengan syarat tutup tingkap dengan tirai la.

Tapi bila malam tiba, pancaran visualnya tidak mengecewakan.

Mengukur keluasan visual menggunakan aplikasi Measure

Berdasarkan gambar bilik dan gambar di atas menunjukkan yang bilik kami ‘lepas’ pancarkan visual saiz 55-inci atau lebih. Walaupun tidak dapat besarkan lagi visual, 55-inci ini pun dah cantik.

Ukuran tu dari penjuru (letak anak panah sebelum ia hilang dari pandangan) ke penjuru.

Terdapat sokongan ‘Screen Mirror’ pada Android (Miracast) dan AirScreen (iOS)

Selain daripada mempunyai sistem Android, Cheerlux C9 Android juga mempunyai fungsi ‘Screen Mirroring‘ pada Android dan iOS dengan bantuan aplikasi Miracast (untuk Android) dan AirScreen (untuk iOS).

Oh ya, hampir terlupa mengenai aplikasi yang dipasang siap-siap ialah;

  • AirScreen
  • Kodi
  • Miracast
  • Netflix
  • YouTube

Jadi, jika ampa kemaskini aplikasi dan ia tidak berfungsi dengan baik, boleh ‘reset’ ataupun nyahpasang aplikasi. Dengan syarat ia aplikasi yang dipasang secara lalai lah.

‘Screen Mirroring’ OnePlus 6 pada Cheerlux C9 Android

Kami cuba kas OnePlus 6, keputusan dia tidak mengecewakan. Ia berfungsi dengan baik cuma terdapat sedikit masalah ‘delay’, tapi tidak menganggu penggunaan fungsi tersebut.

Bukan setakat tengok animasi Jepun sahaja, nak main permainan pun boleh tapi masalah ‘delay’ tu jangan lupa. Ia ada walaupun tidak datang selalu, mungkin sebab ‘delay’ jugak kot, eh.

Tiada gambar untuk versi iOS kerana kami tengah guna iOS 14.5 Developer Beta 2, dan ia menganggu ‘Screen Mirroring‘ dengan projektor ni. Masa guna iOS 14.4 takda masalah, tapi ‘footage’ hilang bersama si dia. eh.

Sampai di sini bahagian gambar, kerana kita akan bermula bahagian video pulak. Mesti ampa terfikir bunyi lagu mana, visual macam mana kan?

Jangan risau, kami ada sunting satu dua video mengenai visual dan suara Cheerlux C9 Android kat bawah ni, boleh jemput tengok.

Kalau ampa nak tengok video tu, kami cadangkan ampa pilih kualiti 1080p, baru la cantik dan jangan risau, iframe ni menyokong tengok skrin penuh video. Jadi, enjoy!

Kebanyakan klip video yang ada siang dan malam tu, Audio dari klip siang punya dan semua audio tambah 10% dalam suntingan untuk kuat sikit, sikit ja. Kira aci la naaa.

Video pertama ni, video kami main gitar yang dimainkan dari aplikasi YouTube pada Cheerlux C9 Android. Ia mengandungi 5 klip intro lagu Scandal Band dan terdapat 2 keadaan iaitu Siang (hanya tutup tingkap dengan tirai) dan Malam (tutup semua lampu).

Bunyi muzik dan gitar agak nyaring tapi ia tidak mengecewakan.

Abaikan kami main gitar macam apa lagi. hahahaha

Video kedua ni pulak, sama macam video pertama. Tapi hat ni rakaman dari permainan Dragon Ball Z – Kakarot punya intro. Tengok visual ni, dah macam masuk panggung wayang rakam video pulak. hahahaha

Ok la, terubat rindu macam masuk panggung wayang kan? hehehe

Video ketiga ini pulak, projektor disambung ke PC dan main permainan Forza Horizon 4 serta main dengan Xbox One Controller secara langsung.

Kadar segar semula hanyalah 60Hz dan terdapat beberapa tempat jika gelap sangat tak nampak tapi kalau tempat yang cerah, cantik gila dan guna pada waktu siang dan malam memberikan pengalaman yang berbeza!

Video keempat ni, bukan video main secara langsung, tapi rakaman yang kami letak dalam YouTube dan dimainkan semula, seperti video satu dan dua.

Warna putih dekat badan kereta Mazda RX7 dekat skrin lain pun sama, jadi kami tidak terkejut jika dekat projektor ia turut menghasilkan visual yang sama.

Jangan tanya kenapa bunyi enjin|ekzos Madza RX7 lagu tu, dah macam F1 kan? hahahaha

Video kelima ni, kami sambung PC (malam) dan Laptop (siang) ke projektor menggunakan kabel HDMI dengan menjalankan perisian Guitar Pro 6, lagu BABYMETAL – Megitsune.

Nak berlatih dengan tengok sayur toge dan nombor fret pun mudah kan? Tak perlu bimbang gitar tersentuh secara lembut pada monitor. hahahaha

Video terakhir yang mana merupakan video kegemaran kami, BABYMETAL dengan lagu Megitsune dan Da Da Dance.

Hat ni ampa akan nampak betapa menyerlahnya warna merah pada kedua-dua klip tersebut. Kalau posisi dekat memang nampak teruk sikit tapi kalau jauh ok la.

Masa pertama kali guna, mata kami agak masalah kerana sudah biasa tengok visual yang jelas dekat monitor, skrin telefon. Tidak lupa jugak masalah fokus, susah nak dapatkan visual yang jelas tanpa korbankan ruangan visual atas dan bawah kurang jelas dan hanya fokus tengah sahaja.

Tapi akhirnya dapat jugak tetapkan fokus yang terbaik tanpa korbankan visual atas dan bawah. Tiap kali balik kerja, akan guna untuk tengok animasi Jepun, tengok YouTube, dan pada hujung minggu, berlatih gitar dan main permainan mobil dan PC.

Setelah 2 minggu lebih kami pakai dan  ini pendapat kami mengenai Cheerlux C9 Android ni;

  1. Harga dia berpatutan dan tak rugi beli, lagi-lagi ada sistem Android.
  2. Jarak tempat letak projektor dengan dinding, kira-kira 1 depa jugak la. Walaupun jarak terhad, tapi ia mampu memaparkan visual dengan baik
  3. Resolusi asli 720p native, tapi ia menyokong 1080p.
  4. Kecerahan 2800 lumens, tidak terlalu terang tapi boleh gagah la tengok pada waktu siang, janji tutup tingkap dengan tirai.
  5. Seperti kami bagitau dekat bahagian video tadi, kalau guna waktu siang, visual ‘gelap’ boleh nampak dengan cantik tapi bila guna waktu malam, visual ‘gelap’ tu sungguh gelap (teringat AMOLED punya gelap hahahah). Tapi tidak menjejaskan pengunaan.
  6. Mempunyai sistem Android, boleh buat macam-macam cuma spesifikasi dia serta bukan versi Android terkini. Jika ampa dah biasa laju dan versi Android terkini, makan masa nak biasakan diri.
  7. Aplikasi yang mai sekali, memudahkan proses penggunaan dan penyelesaian masalah jika terciduk. (sambungan kat bawah nanti)
  8. Mempunyai sokongan ‘Screen Mirroring‘ untuk Android dan iOS, amatlah berguna bagi Si Kaya yang pakai dua telefon yang mempunyai sistem operasi yang berbeza.
  9. Sambungan internet tanpa wayar (Wi-Fi) dan mempunyai teknologi Bluetooth, dapat menggunakan internet dengan mudah (kalau ampa bawak pi mana-mana, janji ada Wi-Fi) dan Bluetooth untuk penghantaran fail dan lain-lain.
  10. ‘Port’ USB juga banyak membantu untuk menyambung papan kekunci dan tetikus untuk memudahkan urusan penggunaan projektor kerana nak kawal dengan alat kawalan jauh, renyah wey.
  11. Rekabentuk dia comel, cuma kena ingat projektor ini menghasilkan haba panas. Jadi pastikan nak letak projektor ni, kena tempat yang ada pengudaraan yang cantik dan jauh dari barang-barang mudah terbakar. Tak pasal-pasal layan 6D, kesan efek yang realiti. hahahaha

Macam biasa, setiap produk pasti akan ada masalah dan kebanyakkan masalah boleh dibaiki, selagi bukan masalah perkakasan. (kalau perkakasan, lain cerita la)

Jadi, ini masalah yang kami alami dan jalan penyelesaian untuk atasi masalah tersebut.

Aplikasi YouTube gagal berfungsi dengan baik apabila kemaskini dari App Store
Kalau ampa alami masalah ini, terdapat 2 jalan penyelesaian iaitu;

  1. Masuk Settings > Apps > cari aplikasi YouTube  > tekan tiga titik dekat penjuru atas kanan > Uninstall update. Ia akan kembali ke versi asal yang datang sekali dengan projektor.
  2. Mungkin kemaskini yang ampa pasang tu, tak ngam dengan arch projektor. Jadi disarankan sedut .APK yang arch armeabi-v7a. (boleh tutup dan buka semula projektor sebelum jalankan aplikasi tersebut)

Tak boleh kemaskini Google Play Services sebab nak guna Google Chrome
Nasib baik dia tak bagi pasang kemaskini sebab jika ampa salah pasang benda ni, akan keluar ‘Si Dia sudah tawar hati dengan awak Google Play Services keeps stopping’ atau sama jenis dengannya.

Jadi, penyelesaian dia kena pasang mengikut versi yang sesuai dengan dia. Boleh klik sini untuk sedut atau guna aplikasi Gudang pihak ke-tiga seperti AptoideTV (contoh) untuk kemaskini aplikasi yang tidak disokongan dengan ‘App Store’ sedia ada.

Sistem Android ‘heng’, ‘lag’, tekan apa-apa tak jadi apa.
Mudah sahaja, tekan butang Kuasa yang warna merah 2x, lepas tu tekan butang kuasa semula. Problem heng, lag solved. hahaha

Susah nak laraskan fokus, keliru nak ejas lagu mana
Jangan bimbang, ini penyelesaian dia;

  1. Mengikut buku panduan pada halaman 8, pastikan kedudukan projektor itu lurus, tidak senget.
  2. Mengikut buku panduan pada halaman 9, pastikan ampa laraskan keystone mengikut keselesaan ampa.
  3. Mengikut buku panduan pada halaman 10, pastikan ampa laraskan fokus sampai nampak jelas gambar.

Pro tips : Guna tetapan Trapezoid dan Four Point Scaling selepas betulkan kedudukan projektor, baru laraskan fokus. Fokus yang terbaik ialah bahagian tengah nampak jelas dan atas|bawah nampak jelas sikit sudah memadai.

Cheerlux C9 Android ni merupakan salah satu projektor mampu milik dengan harga berpatutan yang mai sekali dengan sistem Android, dibawah RM530. (dapatkan segera sementara stok dan promosi masih ada)

Dia mai dua jenis, iaitu C9 Standard dan C9 Android yang tengah hangat dipasaran. Hat kami ulas ni model C9 Android.

Jadi, ingin memiliki projektor ini? Klik pautan bawah untuk membeli dengan dekat Shopee (kod promosi CHEEC910) dan Lazada. (jangan lupa baucer dekat Lazada tau)

Kunjungi Cheerlux Malaysia di laman web atau Facebook Page untuk maklumat mengenai promosi dan produk baru yang akan datang.
Laman web: Cheerlux Malaysia
Facebook Page Rasmi: Cheerlux Malaysia

Berakhirlah sudah ulasan kami disini, 
Terima kasih Cheerlux Malaysia kerana sudi berkolaborasi,
Jika jodoh kita dipanjangkan lagi,
Mungkin masa hadapan kita berkolaborasi lagi.

Eh, main pantun la pulak. hahahahaha

Jumpa lagi pada artikel akan datang….

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Flydigi CyberFox T1 : TWS Gaming Dengan Rekabentuk Cyberpunk

0

Pada masa kini, ramai yang suka main game menggunakan telefon bimbit depa. Mamu gak terkecuali. Dah ada anak nih leceh sikit nak main game kat PC. Ramai lebih selesa main game pada telefon bimbit pasaipa? Senang bawa ke mana sahaja & telefon sekarang pun banyak boleh sokong permainan yang canggih manggih.

Kali ini Mamu berpeluang untuk mengulas tentang Flydigi CyberFox T1, TWS gaming yang bagi Mamu memang padu, sepadu nasi kandaq Deen Jelutong kuah campoq. Gaming TWS yang Mamu pernah ulas sebelum nih, hangpa boleh baca kat sini :

Edifier Hecate GM4 Mini1 : Dewi Greek Mengganas

Sebelum Mamu ulas tentang TWS nih, mai kita tengok sikit spesifikasi TWS dari Flydigi nih.

Spesifikasi Flydigi CyberFox T1

Audio

Pemacu HCCAW Voice Coil (High-Tension Copper-Clad Aluminum Wires) 12mm Dynamic Driver
Impedan 16Ω
Respon Frekuensi 20-20000Hz

 

Sambungan & Kawalan

Sambungan Wireless Bluetooth V5.0
Mikrofon Ya
Jangka Hayat Bateri TWS 4 Jam (40mAh)
Jangka Hayat Bateri Kotak Simpanan TWS 20 Jam (500mAh)
Masa Mengecas 1.5 Jam (TWS)
1.5 Jam (Kotak Simpanan)
Input DC 5V 1A
Sokongan Codec SBC/AAC
Jarak Wireless Sehingga 10m

 

Rekabentuk 

Cara Penggunaan In-Ear dengan sokongan ENC
Dimensi 9.9 x 9.9 x 4.6 cm
Berat 130 gram

 

Video Unboxing Flydigi CyberFox T1

Kotak Pembungkusan Flydigi CyberFox T1

Reka bentuk kotak dia memang sempoi abis. Depa gunakan warna putih kelabu dan ada gambaq produk sebagai watak utama dalam reka letak kotak depa.

Dalam kotak, hangpa akan disambut dengan beberapa benda seperti :

  • TWS CyberFox T1 (kalau hatni takdak, hangpa kena Macau Scam tu)
  • 2 set eartips
  • Kabel type C
  • Manual

Dari kotak, hangpa akan dapat spesifikasi untuk TWS ni. Hangpa boleh tengok kat gambaq di bawah :

Reka bentuk yang ala Cyberpunk bagi Mamu memang menarik perhatian. Depa menggunakan bahan plastik berkilat berwarna kelabu untuk TWS depa ni.

TWS ni menggunakan reka bentuk in ear seakan Pea Shooter dalam Plants VS Zombies. (kang sebut macam Earpods Pro ada sentap plak)

TWS ni menggunakan kawalan jenis sesentuh. Kawasan untuk kawalan bagi Mamu agak besar & sesuai untuk hat jari lebaq macam Mamu.

Walaupun takdak lampu RGB lip-lap ala kedai tomyam, bagi Mamu tu bukan satu kekurangan. Bunyi bila TWS ni tersambung ke telefon bagi Mamu dah gaming centric dah. Terdapat juga satu tambahan mikrofon pada kawasan ni. Untuk apa hangpa tanya? Ni la gunanya ENC Noise Cancellation.

TWS ini menggunakan port type C untuk pengecasan. Takyah pening kepala takdak kabel nak cas semula kan?

Pada belakang TWS ada butang reset. Mamu kena gunakan teknik dalam video di bawah. Dari wakil Flydigi, teknik sambungan ni hanya untuk sesetengah model telefon sahaja kena buat.

TWS nih didatangkan dengan IP54. Sesuai untuk bersenam dan berperang dengan kawan-kawan dalam COD Mobile. Penat kot lari dalam Battle Royale.

Setelah hampir sebulan Mamu menggunakan TWS ni dalam pelbagai scenario, bagi Mamu prestasi dia memang Mamu tak sangka.

Dari segi Gaming, depa menggunakan teknologi yang depa namakan FoxSpeed Low Latency Technology. Nak aktifkan mod ni, hangpa triple tap earbud sebelah kanan hangpa. Hangpa akan disambung dengan nada pengaktifan mod game. Dalam mod ni, latency akan berada pada tahap 60ms. Sedikit pantas dibandingkan dengan Edifier Hecate GM4 Mini1 dengan latency 65ms.

Dari keselesaan jangka lama, Mamu takdak rasa ear fatigue. Mamu gunakan untuk dengar lagu dalam perjalanan ke tempat kerja. TWS ni takdak fungsi ANC tapi tanpa fungsi ni pun noise isolation masih boleh diterima. Ini dapat dilihat bila Mamu gunakan TWS ni dan deruman motor FZ150i RR standard kilang masih lagi kedengaran sayup.

Untuk panggilan suara, Mamu dah cuba dalam scenario berbeza. Ternyata ENC banyak membantu dan penerima dapat mendengar suara Mamu dengan jelas tanpa bunyi bising mesin. (Mamu kerja kilang so sesiapa kerja kilang tahu macam mana bisingnya bunyi mesin berjalan)

Dari segi penghasilan bunyi bila dengar lagu, ini yang buat Mamu agak terkesima. Dikuasakan dengan HCCAW Voice Coil (High-Tension Copper-Clad Aluminum Wires) 12mm Dynamic Driver yang membuatkan setiap lagu Mamu dengaq memang mengasyikkan. Talaan gaming pada TWS ni membuatkan lagu yang berkumandang pada TWS ni jadi lebih sedap.

 

Bunyi keseluruhan  Cyberfox T1 agak dinamik.

Apa yang mereka lakukan untuk muzik adalah menonjolkan suara vokalis. Jadi, suara vokalis lebih terasa lebih prominent. Mamu cuba dengar lagu Dig – Mudvayne suara Chad Gray tidak tenggelam dalam spektrum lain.

Treble diselaraskan dengan cara di mana hangpa dapat mendengari banyak perincian halus. Hatni hangpa boleh rasa bila bermain game dengan bunyi letupan dan tapak kaki musuh bergerak ke arah hangpa. Ini juga terjadi bila hangpa dengaq lagu.

Bass agak longgar kadang-kadang tetapi takpa. Hatni hangpa dapat rasa seakan perasaan ada subwoofer dalam telinga hangpa. Hatni Mamu dapat rasa bila dengaq lagu Alone Pt 2 (Da Tweekaz Remix) – Alan Walker,Ava Max.

Dari segi soundstage dan sound imaging, Cyberfox T1 mempunyai bunyi yang lebih terbuka dan bunyi yang dinamik. Biasanya apabila TWS mempunyai bunyi yang dinamik, bunyi yang terhasil akan sedikit tertutup tetapi dengan Cyberfox bunyi dihasilkan terdengar  agak terbuka.

Pada tanda harga RM 248, bagi Mamu Flydigi CyberFox T1 boleh dimasukkan dalam senarai pembelian hangpa. Mana nak beli? Hangpa klik pautan di bawah naa. Hangpa boleh gak pi tengok Facebook depa. Mana tau ada depa buat giveaway kan.

Lazada

Shopee

Flydigi Malaysia

Setakat itu ulasan Mamu untuk kali ini. Kita berjumpa di lain masa. Mamu signing out!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline