Utama Blog Laman 84

Papan Kekunci Virtual: Apa Itu Federated Learning?

0

Pada tahun 2017, data pengguna papan kekunci virtual Ai.type telah terbocor dalam talian dan sebanyak 31 juta pengguna terdedah kepada kebocoran tersebut.

Pelayan aplikasi tidak dilindungi oleh sebarang kata laluan, menyebabkan sesiapa sahaja boleh mendapat akses ke pangkalan data rekod pengguna syarikat, berjumlah lebih kurang 577GB data sensitif.

Apa yang terkandung dalam data ialah nama penuh pengguna, alamat emel, dan berapa lama aplikasi terpasang pada peranti, manakala dalam setiap rekod terkandung lokasi pengguna dengan tepat, termasuklah bandar dan negara mereka berada.

Disebabkan kecuaian ini, pengguna perlu tahu kepentingan Federated Learning untuk papan kekunci virtual yang diasaskan oleh Google.

Proses pembelajaran mesin standard memerlukan data latihan berpusat pada satu mesin atau pusat data.

Federated Learning membolehkan telefon pintar mempelajari model ramalan melalui interaksi bersama pengguna secara kolektif, sambil menyimpan semua data latihan itu pada peranti.

Ini menjadikan latihan untuk papan kekunci dijalankan pada peranti, tanpa keperluan untuk melakukan proses pembelajaran mesin itu melalui penyimpanan data dalam awan. Paling penting, semua data latihan tetap berada di peranti anda, dan tidak ada kemas kini individu yang disimpan di dalam awan.

Untuk rujukan sendiri, anda boleh baca dan fahamkan topik ini di: Google Blog

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu Web: Alternatif Kepada Chrome OS

0

Kalau anda tercari-cari alternatif sumber terbuka kepada Google Chrome/Chromium OS, anda tidak perlu lagi menarik rambut dan menghentak kepala ke dinding. Benda kecil, jangan serabutkan hidup.

Rudra Saraswat, seorang budak lelaki dari India berusia 11 tahun, yang juga ‘maintainer‘ kepada distro Ubuntu Unity dan UbuntuEd (Education), telah melepaskan rilisan pertama untuk Ubuntu Web Remix, distro terbaru yang menurutnya merupakan sebuah alternatif buat anda yang inginkan antaramuka ala Chrome OS, tapi tidak mahu gunakan Chrome OS (untuk apa jua sebab yang anda sahaja tahu).

Ubuntu Web.

Apa yang berbeza, jika Chrome OS/Chromium OS akan melancarkan Chrome/Chromium, Ubuntu Web Remix akan melancarkan Firefox. Sama seperti Chrome OS, ia menyokong aplikasi web, dan anda boleh juga memasang aplikasi biasa sama seperti pemasangan pada Ubuntu.

Ubuntu Web juga menyokong aplikasi web.

 

Di dalamnya terdapat beberapa aplikasi tersedia, terbina dalaman seperti DTube untuk perkongsian video, dan Anbox sekiranya anda ingin menjalankan aplikasi Android. Ada juga beberapa aplikasi web seperti Twitter, Soundcloud, dan Mastodon.

Beberapa aplikasi penting telah tersedia terbina dalam.

Nak test drive?

Boleh. Muat turun ISO di: Arkib Linux

Sumber: Ubuntu

*Laman web rasmi akan dilancarkan dalam sedikit masa lagi.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Alternatif Percuma Kepada Filmora: DaVinci Resolve 17

0

Nak langgan Filmora tetapi tidak mampu? Seringkali tercari-cari penyunting video berkesan yang murah dan mampu milik?

Apa kata anda cuba DaVinci Resolve?

DaVinci Resolve bukan sahaja ada versi ‘Studio‘ (berbayar), bahkan ada juga versi percuma, dan versi percuma ini sudah lebih dari cukup untuk keperluan penyuntingan video harian anda.

Jangan tak tahu, antara filem yang disunting menggunakan DaVinci Resolve ialah seperti Alien: Covenant, Avatar, Deadpool 2, Jason Bourne, Kingsman: The Golden Circle, X-Men: Apocalypse, dan banyak lagi.

Di dalam aplikasi ini terbinanya Neural Engine dan AI, yang memacu fungsi seperti pengecaman wajah, pengesanan objek, pembingkaian pintar, dan berbagai jenis lagi fungsi menarik, yang kadangkala tidak digunakan pun oleh marhaen.

Harga untuk versi Studio ialah $299, tetapi sesuai dengan namanya, kalau anda tidak menggunakan proses penyuntingan video untuk sesuatu projek yang lebih ke hadapan seperti drama TV atau filem, pakai sahaja yang percuma, kerana DaVinci Resolve percuma itu ada berbagai ciri melengkapi keperluan anda.

Usah lagi pasang aplikasi crack, sebaliknya hanya muat turun sahaja versi percuma yang anda boleh dapatkan sendiri di: Laman Web Rasmi DaVinci Resolve

Cuba dulu dan bandingkan dengan aplikasi lain.

*Kalau anda berminat nak dapatkan lesen bagi versi Studio, anda boleh beli melalui reseller di Malaysia: DaVinci Resolve Official Seller

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Spotify Melancarkan Spotify HiFi!

0

Spotify HiFi

Rasanya kita dah lama menanti ciri ini. Agak lama juga kita diberikan ‘teaser‘ secara tidak rasmi suatu ketika dulu, tetapi tiada sebarang ‘follow up’ dari Spotify.

Dalam acara virtual ‘Stream On‘ pada Februari lepas, nampaknya tidak lama lagi dalam tahun ini, Spotify akan menawarkan plan HiFi kepada semua penggunanya dalam kawasan pasaran tertentu (Urgh! Harap Malaysia termasuk dalam pilihan kawasan ini).

Plan ini akan memberikan muzik ‘lossless‘, dengan kualiti CD, iaitu muzik tanpa proses pemadatan yang bererti bunyinya lebih menyeluruh dan mantap. Para audiophile akan memilih kualiti ini berbanding yang ditawarkan sekarang.

Buat masa ini, Spotify mempunyai kualiti audio maksimum 320kbps, AAC. Tiada lagi yang dapat menyaingi TIDAL HiFi dengan penawaran audio berkualiti Master.

Servis penstriman lain seperti Qobuz, Deezer, dan Amazon Music HD, juga ada menawarkan plan audio HiFi. Dengan kemasukan Spotify ke dalam penawaran ini, diharap agar pasarannya menyeluruh supaya tiada negara yang terasa ketinggalan.

Pssttt Apple Music, cepat sikit catch up boleh?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Google: Codec Video AV1 Adalah Satu Keperluan Di Masa Hadapan

0

Google akan menjadikan sokongan untuk codec video AV1 sebagai satu keperluan kepada mana-mana peranti dengan Android 10 pada masa akan datang.

Sebarang jenis TV, Android Box, atau apa jua jenis peranti yang ingin menggunakan platform pintar Google akan memerlukan penyahkod AV1 terbina dalaman pada aras chipset sekiranya dilancarkan selepas 31 Mac 2021.

Polisi ini mungkin akan dikenakan kepada peranti baharu sahaja, manakala peranti lama ada ‘harapan’ untuk mendapat kemas kini Android 10 tanpa memerlukan sokongan codec AV1 tersebut.

AV1 ialah pengganti kepada codec sedia ada iaitu HEVC (H.265) yang sedang digunakan untuk video HDR 4K pada platform penstriman seperti Netflix, Disney+, Apple TV+, dan sebagainya.

Anda boleh rujuk lagi mengenai codec AV1 di:

https://omghackers.com/apa-itu-codec-av1-dan-bagaimana-cara-mengaktifkannya-pada-youtube/

Sumber: Twitter

 

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

YouTube Kini Membenarkan Aplikasi Android Memainkan Video 4K

0

Tak pasti siapa yang tertunggu-tungu ciri ini, tetapi sekurang-kurangnya sesiapa yang berhajat tu dah boleh cuba.

YouTube akhirnya melepaskan ciri main semula dalam resolusi 4K kepada pengguna Android. Sebelum ini, resolusi maksimum dihadkan mengikut spesifikasi telefon pintar, dan secara umum 1080p menjadi standard.

Sekarang tidak lagi. Pengguna Android sudah boleh memilih resolusi 2160p/4K atau 4K HDR. Untuk iOS, sokongan HDR tiba pada tahun 2019 yang lalu, manakala 4K pula dilepaskan seiring iOS 14.

Tidak pasti sama ada ini sememangnya sesuatu yang diingini oleh Google kerana nampaknya peranti bajet dengan skrin 720p pun dapat membuka pilihan resolusi 1080p.

Untuk memain video 4K secara strim, kelajuan secara konsisten 30Mbps ke atas adalah diperlukan. Tidak lupa juga kemampuan pemproses ada peranan penting untuk penstriman yang lancar.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

SHAREit: Kerentanan Aplikasi Popular Membolehkan Data Diakses Pihak Ketiga

0

SHAREit, sebuah aplikasi popular di telefon pintar untuk berkongsi fail di antara dua peranti. Berpusat di Singapura, aplikasi ini mendapat tempat dan populariti dengan cepat kerana mudah digunakan dan berfungsi dengan baik.

Tetapi, baru-baru ini terdapat laporan daripada firma keselamatan siber, Trend Micro yang melaporkan bahaya pada aplikasi ini. Mereka mendakwa aplikasi Share It mempunyai beberapa kerentanan yang membolehkan pihak ketiga menyuntik kod hasad dan mencuri data penting daripada peranti anda.

Trend Micro mendapati SHAREit menyediakan fungsi yang membolehkan ia memasang fail APK bernama ‘sapk‘ yang boleh digunakan untuk memasang aplikasi hasad. Ini membolehkan suntikan kod dari jauh apabila pengguna menekan pada URL. SHAREit mempunyai fungsi yang dapat diakses dengan menggunakan URL.

Trend Micro menasihati agar pengguna sentiasa mengemaskini aplikasi untuk mengelakkan mereka terdedah kepada sebarang risiko daripada godaman data dan kerentanan aplikasi. India juga telah menyenarai hitam aplikasi SHAREit pada Jun 2020 lalu kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kerajaan negara China.

Sumber : NDTV 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Mpow M30: Ulasan Setelah Sebulan Penggunaan

0

Intro

Sebelum ini saya sudah pun menulis artikel tanggapan awal atau ‘first impression’ untuk Mpow M30. Jelasnya, dengan ‘sayap-sukan’ yang memantapkan lagi lekapan pada telinga, Mpow M30 sangat sesuai dibawa ketika liburan mahupun aktiviti kesukanan.

Awalnya, saya agak kecewa juga kerana codec ‘maksimum’ untuk TWS ini ialah AAC, menunjukkan tiadanya kewujudan chipset Qualcomm di dalam. Namun, sesuailah dengan harganya yang hanya mencecah RM100+ sahaja. Secara asasnya, M30 ialah model M30 Plus tanpa bekas pengecas yang dapat digunakan sebagai power bank.

Bekas untuk M30 pula adalah lebih kecil, lebih sesuai diletakkan dalam poket tanpa menimbulkan rasa kurang selesa. Cuma kelebihan bekas pengecas M30 plus, kapasitinya memungkinkan anda untuk turut mengecas telefon sekiranya terdesak. Untuk M30, bekasnya dapat mengecas earbuds sehingga 4 kali kitaran, manakala M30 Plus pula sehingga 20 kali!

Dalam senarai TWS yang saya miliki, meskipun M30 hanya dapat memanfaatkan codec AAC, tetapi bentuknya yang ergonomik menyebabkan saya seringkali mengambil M30 berbanding yang lain. Tidak dapat dinafikan, reka bentuk juga memainkan peranan kerana kita hendak menggunakan TWS ini bukan hanya untuk mendengar lagu atau mendengar bunyi-bunyian lain, tetapi kita melibatkan ia dalam aktiviti seharian.

Cuma sedikit terkilan kerana silikon gantian/sandaran yang dibekalkan seperti melepaskan batok di tepi tangga semata, kerana ia hanya ada 3 saiz sahaja. Kepelbagaian saiz juga adalah penting bagi memastikan lekapan kemas dan bunyi lebih kedap ke dalam telinga daripada bunyian luaran terlepas masuk bersama audio yang sedang dinikmati.

Butang/Panel Kawalan

Terdapat panel kawalan sesentuh di sisi. Tahap sensitivitinya agak bagus. Tidak terlalu sensitif hingga menyebabkan kejengkelan, dan tidak pula terlalu culas hingga menyusahkan kawalan.

Seperti biasa, anda tekan sekali untuk memain atau menjeda, tekan dua kali untuk melangkau (atau dua kali pada sebelah kiri untuk kembali ke trak sebelumnya), dan tekan tiga kali untuk mengaktifkan pembantu suara maya. Saya jarang menggunakan fungsi pembantu suara, tetapi ciri ini dapat menjadi pintasan tanpa perlu tersipu-sipu menyerunya – “OK GOOGLE!”

Tapi kita tidak terhenti setakat itu sahaja. Mpow M30 dibuat dengan memikirkan keseluruhan aspek kawalan, yang mana apabila anda ingin menaikkan laras kekuatan bunyi, anda boleh tekan lebih lama sehingga anda rasa kekuatan bunyinya sesuai dengan tahap yang anda mahukan.

Kualiti Panggilan Suara

Saya jenis manusia introvert. Oleh itu, sebolehnya saya akan cuba elak dari membuat sebarang panggilan suara. Nak berurusan dengan saya? Mudah. WhatsApp/Signal/Telegram/ sahaja. Tak perlu dengar suara pun tak mengapa.

Untuk menguji sejauhmana Mpow mengendalikan panggilan suara, saya buat juga satu panggilan keluar – kepada Maxis.

Setakat yang saya cuba, kualiti panggilan suara agak kurang bagus. Suara orang yang anda panggil boleh jadi sekejap kuat, sekejap perlahan (tenggelam). Barangkali ada kena mengena dengan telco digunakan, tetapi jika buat panggilan kepada telco sendiri pun sama, boleh jadi ada yang tidak kena dengan TWS ini.

Saya tidak boleh mewakili keseluruhan pengguna Mpow M30. Tetapi untuk diri sendiri, saya akan cuba gunakan TWS lain sekiranya hendak membuat panggilan keluar.

YMMV.

Ketahanan Bateri

Sepanjang pengujian, jika ada beberapa aspek yang boleh diperbaiki untuk model ini ialah jangka hayat kuasa baterinya.

Mpow M30 menawarkan penggunaan selama lima jam untuk setiap earbuds, dan jika dicampur dengan bekas pengecas, anda akan menikmati penggunaan selama 25 jam. Bukan hendak katakan ia tidak bagus, tetapi ada model TWS lain mampu menawarkan kadar penggunaan melebihi 30 jam.

Untuk bekas pengecasnya pula, walaupun bentuknya tidak terlalu besar (ertinya mudah untuk anda bawa ke mana-mana), dalam masa yang sama tiada apa yang istimewa padanya. Hasil akhir plastik, akan membuat anda terasa sungguh menggunakan TWS murah. Tetapi itulah dia apa yang dikatakan you get what you pay.

Kualiti Audio

Kebiasaannya, untuk TWS bajet seperti ini, saya akan berpesan jangan terlalu berharap dan menjangka kualiti tinggi untuknya. Tetapi, Mpow M30 tidak menghampakan, sekiranya bajet anda agak ‘suam-suam kuku’, dan masih inginkan sesuatu yang dapat memberi kepuasan.

M30 menggunakan profil bunyi V-shape, yang biasa diaplikasikan pada kebanyakan produk-produk audio baru. Kebiasaannya bunyi seperti ini akan mengetengahkan bass yang berat dan vokal lebih terkehadapan.

Cuma, apa yang saya dapati dan perhatikan, treble untuk Mpow tidak kedengaran begitu runcing atau tajam, dan ini sesuatu yang baik. Untuk mengatakan profil audio adalah seimbang, tidak tepat sama sekali, kerana bahagian bass bagi TWS ini agak ketara beratnya, menyebabkan vokal sedikit terkebelakang.

Contohnya saya dengarkan lagu Michael Jackson – Billie Jean, vokal Michael agak mendap sedikit, manakala bass walaupun kedengaran begitu berat, ia bukanlah ‘punchy’, sebaliknya ‘muddy’.

Lagu lain seperti The Barden Bellas – Price Tag/Don’t You (Forget About Me)/Give Me Everything/Just The Way You Are/Party In The U.S.A/Turn The Beat Around – memperdengarkan hasil lebih kurang sama.

Cuma bahagian vokal untuk wanita agak lebih jelas dalam lagu Ester Dean, Skylar Astin – Since U Been Gone dan The Bellas – Toxic (sekadar beberapa contoh). Antara lagu yang dapat saya benar-benar nikmati dengan profil seperti ini. Jika anda ingin mendapatkan kadar kejelasan lebih jitu, anda perlulah membuat penalaan sendiri menggunakan equalizer atau aplikasi setara.

Malang sekali untuk peminat metal, treble menjadi frekuensi yang ‘dilupakan’ bagi TWS ini. Beberapa lagu seperti I Prevail – Scars, Cannibal Corpse – Red Before Black, dan Kataklysm – In Shadows & Dust menjadi bukti kepada apa yang saya perkatakan ini. Akibat bass berlebihan dan penalaan lalai, beberapa instrumen ‘terkorban’ seperti (lead) gitar dan rhythm. Audio didengari tidaklah seperti diinginkan oleh para pemuzik.

Sekiranya anda peminat Hip-Hop atau genre lain yang lebih ke arah vokal, Mpow M30 sesuai buat anda. Tetapi jika anda memang inginkan profil lebih seimbang tanpa perlu mengorbankan instrumen penting, anda harus menabung lebih lagi dan dapatkan TWS lain.

Pun begitu, dengan sedikit talaan equalizer, ia dapat ‘diubati’ tanpa modal besar. Seperti saya ingatkan dari awal artikel, pada julat harga bawah RM150, tidak banyak dapat kita jangkakan dari sudut audio. Mpow M30 masih sesuai dijadikan teman ketika anda sedang bersenam atau ketika bersendirian dalam taman sambil menikmati keindahan alam.

Jika anda berminat dengan sebahagian senarai main yang selalu saya gunakan, anda boleh ikut senarai main ini:

Konklusi

Pada pendapat saya, setelah menilai dari sudut reka bentuk, harga, dan prestasi, Mpow M30 agak berbaloi untuk dimiliki, tambahan lagi harganya yang tidak menjejaskan perbelanjaan dapur menjadikan ia ‘auto’ – add to cart. Sesuai dijadikan teman sewaktu bersukan, dan menonton video, manakala bekasnya pula tidaklah terlalu besar untuk dimuatkan ke dalam poket, Mpow M30 tidak mengecewakan.

Untuk pembelian, anda boleh ke:

Lazada:

Shopee:

Promosi:

Kod voucher Shopee untuk diskaun 10%: MPOWOMG1

Pautan voucher diskaun Lazada: 10% Voucher

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Data UniKL Dijual?: Individu Dakwa Miliki 1TB Data UniKL Di Forum

0

Individu Dakwa Miliki Data Sebesar 1TB Daripada UniKL Termasuklah Maklumat Perbankan?

Baru sahaja semalam kami melaporkan mengenai sistem UniKL yang digodam, hari ini kami temui pula iklan mengenai data UniKL untuk dijual di forum. Iklan tersebut telah dimuat naik ke dalam forum pada 22 Februari yang lalu. Dalam iklan yang sama, individu ini mendakwa memiliki maklumat bank dan banyak lagi data daripada UniKL.

Iklan yang mendakwa memiliki data sebesar 1TB daripada UniKL.

Semakan ringkas mendapati iklan tersebut telah dimuat naik oleh pengguna baru forum berkenaan dan hantaran iklan tersebut adalah satu-satunya hantaran yang pernah dibuat olehnya di forum berkenaan. Akaun individu berkenaan juga baru sahaja dibuat pada bulan Februari tahun ini di laman berkenaan.

 

Februari 2021.

Setakat ini, masih tiada balasan lain atau mana-mana pengguna forum berkenaan yang kelihatan berminat dengan hantaran dan data yang didakwa dijual individu berkenaan. Semalam kami telah melaporkan mengenai satu hantaran di laman Facebook seorang individu yang mendakwa telah berjaya menggodam sistem data UniKL dan memiliki pelbagai data dan akses penting UniKL.

Hantaran di laman Facebook mengenai sistem UniKL yang berjaya digodam.
Hantaran di laman Facebook mengenai sistem UniKL yang berjaya digodam.

Tidak dapat disahkan sama ada individu di laman Facebook dan juga laman forum jualan data tersebut adalah individu yang sama ataupun tidak. Sehigga ke tarikh hari ini, masih tiada maklumbalas daripada UniKL di atas kedua-dua dakwaaan kecurian dan penjualan data ini. Diharapkan agar pihak berwajib dapat menyiasat dakwaan ini kerana ia melibatkan data penting dan keselamatan privasi.

Kami juga menggesa mana-mana pemegang data sensitif agar sentiasa memastikan keselamatan data yang disimpan. Perbuatan sambil lewa dan lepas tangan terhadap keselamatan siber adalah perkara yang tidak dapat dimaafkan pada era kemodenan ini. Keselamatan data adalah keperluan asas, bukan lagi kemewahan.

Views: 22

Iklan Newspaper Inline

Monster Clarity 550 LT : Kejelasan Bunyi Yang Nyata

0

Kembali lagi kita dalam segmen yang hangpa nantikan. Kali ni Mamu berpeluang mencuba TWS dari Monster iaitu model Clarity 550 LT. Sebelum Mamu mulakan ulasan, mai kita tengok sedikit informasi tentang syarikat Monster.

Monster Inc. adalah syarikat Amerika yang terkenal dengan kabel audio dan video. Syarikat ini diasaskan oleh audiophile dan jurutera, Noel Lee, pada tahun 1979 dengan bereksperimen dengan pelbagai cara untuk membina kabel audio. Ia mula mengeluarkan fon kepala dalam kerjasama dengan Dr. Dre pada tahun 2008, yang berakhir pada tahun 2012, dan ia mencipta produk fon kepala berjenama selebriti atau jenama Monster yang lain.

Monster Clarity 550 LT ni didatangkan dalam kotak berwarna putih dengan gambar produk tersebut sebagai watak utama dalam rekabentuk bungkusan depa ni. Mai kita tengok spesifikasi TWS ni dengan lebih dekat lagi.

Spesifikasi Produk :

  • Bluetooth : versi 5.0
  • Jarak transmisi Bluetooth : lebih dari 10M
  • Sensitiviti : 98±3dB
  • Respon frekuensi : 20Hz-20KHz
  • Spesifikasi pemacu : 13mm pemacu dinamik
  • Bateri TWS : 45mAh * 2
  • Bateri bekas simpanan : 500mAh
  • Volt mengecas : 5V / 0.5A (menyokong pengecasan tanpa wayar)
  • Masa mengecas : 1.5H
  • Masa penggunaan : 100% kelantangan lebih kurang 4.5 jam
  • Masa bercakap : lebih kurang 3.5 jam
  • Berat produk : lebih kurang 47g (keseluruhan termasuk TWS+kotak pengecasan)

Mai kita layan video unboxing Mamu buat untuk hangpa pula.

Dalam kotak hangpa akan disambut dengan 3 benda saja :

  • TWS
  • Manual pengguna
  • Kabel Type-C

Satu-satunya produk paling minimal barang dalam kotak Mamu pernah ulas.

Dari luaran kotak, hangpa boleh tengok spesifikasi TWS ni tertera dibelakang dan informasi lain.

Clarity 550 LT menggunakan reka bentuk semi in ear design. Rekabentuk ni bagi Mamu ada peminat yang tersendiri. Dengan lambakan rekabentuk in ear depa berani mengeluarkan produk hat lain dari dalam pasaran. TWS ni juga mempunyai IPX5 rating.

Kabel pengecasan pun agak menarik dengan adanya logo Monster pada kepala USB. All the finer things in details kata mat saleh. Kualiti kabel ini agak tebal dan dapat tahan penggunaan lasak dari Mamu sendiri.

Operasi sentuhan Monster Clarity 550 LT juga sangat lengkap, dari fungsi audio dan video hingga panggilan sangat intuitif, penyesuaian kelantangan tidak akan tersedia dalam mod monaural, yang merupakan bahagian yang paling tidak dapat diatasi dari alat dengar Bluetooth tanpa wayar sebenar. Tidak dilupakan TWS ni juga dilengkapi dengan fungsi in ear detection.

Pengecasan TWS ni menggunakan port Type-C dibelakang dan ada 4 lampu untuk menunjukkan kadar bateri yang masih ada dalam kotak pengecasan.

Monster Clarity 550 LT menggunakan cip AB1532 Bluetooth 5.0 Airoha. Berbanding dengan TWS tradisional, teknologi transmisi MCSync berprestasi lebih baik dalam pertukaran telinga kiri dan kanan dan penggunaan bebas dan ada juga teknologi anti-gangguan eksklusif Airoha.

Lagu kebiasaan yang Mamu gunakan dari playlist Mamu kat Tidal. Hangpa boleh cuba dengaq kat senarai kat bawah ni.

Selama penggunaan TWS ni, Mamu pakai masa naik motor ke tempat kerja dan tengok Netflix. Walaupun sound isolation dia tak boleh lawan dengan in ear design, TWS ni amat sesuai untuk pengguna hat tak suka perasaan tertutup bila menggunakan TWS.

Dari segi penghasilan audio pula, Monster Clarity 550 LT membawa rasa pendengaran baru yang berbeza buat Mamu. Reka bentuk semi in ear akan membuatkan bunyi bass meluap, jadi tidak mudah untuk membuatkan bass kedengaran padat dan jitu. Untuk basshead TWS ni bukan untuk hangpa pakai.

Monster Clarity 550 LT salah satu TWS dengan bunyi sekunder yang bagus. Vokal lelaki pada frekuensi pertengahan jelas kedengaran. Malangnya, bahagian frekuensi rendah agak lemah kerana reka bentuk itu sendiri. Sekiranya anda suka mendengar muzik rock yang penuh dengan tenaga, TWS ni sesuai untuk hangpa.

Dari segi kualiti panggilan, Monster Clarity 550 LT mempunyai mikrofon pada bahagian atas sisi luar dan bahagian bawah rod yang menyokong pengurangan kebisingan ENC. Bagi Mamu kualiti panggilan Monster Clarity 550 LT agak baik walaupun ada sedikit gangguan dari bunyi luaran tetapi kejelasan suara pemanggil agak jelas dan nyata.

Akhir kata Monster Clarity 550 LT ni sesuai untuk hangpa yang tak gemar in ear design dan suka mendengar muzik rock, ini antara TWS yang boleh didalam senarai pembelian hangpa.

Hangpa boleh dapatkan Monster Clarity 550 LT di pautan di bawah :

Monster Audio Malaysia

Nobel It Distribution Sdn Bhd

Sehingga kita berjumpa lagi. Mamu signing out!

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline