UniKL Digodam: Individu Dakwa Laporan Kerentanan Tidak Dipeduli UniKL

Baru-baru ada individu yang mengakui sebagai penguji tembus sistem telah berjaya menembusi sistem data UniKL. Berdasarkan hantaran di laman Facebook beliau, laporan mengenai kelemahan sistem UniKL ini telah dimaklumkan kepada pihak UniKL sendiri. Malangnya, menurut dakwaannya lagi, pihak UniKL memberikan maklum balas acuh tak acuh kepada beliau.

 

Menerusi perkongsian individu ini lagi di hantaran beliau, dapat dilihat juga akses yang berjaya diperoleh oleh beliau ke dalam sistem UniKL agak ‘mengerikan’ bagi kami. Maklumat nama penuntut, ID pelajar, maklumat staf dan banyak lagi dapat dilihat dengan jelas di dalam tangkap layar yang dikongsikan.

Individu ini juga kelihatan seperti sudah berjaya mendapatkan akses pentadbir sistem di dalam sistem data UniKL. Akses pentadbir sistem sekiranya jatuh ke pihak ketiga adalah satu keadaan yang sangat menakutkan dan serius. Bayangkan sekiranya ada pihak lain yang boleh mencuri dan mengubah data dalaman sesuka hati? Ataupun boleh memadamkan dan memalsukan rekod bayaran mahupun markah peperiksaan?

Penguji tembus sistem berkenaan juga berkongsi tangkap layar perbualan yang didakwa perbualan teks melalui WhatsApp dengan beberapa orang staf pentadbir sistem UniKL yang cuba mengambil kesempatan tetapi akhirnya mencuri laporan daripada beliau dan melaporkannya kepada pihak pentadbiran UniKL sebagai laporannya sendiri.

Setakat ini belum ada maklum balas daripada pihak UniKL mengenai sebarang kehilangan data. Tidak dapat dipastikan setakat ini samada dakwaaan individu yang mengaku sebagai penguji tembus sistem ini benar dan berasas ataupun tidak. Tapi kami di Omg! Hackers? berharap agar setiap entiti dan syarikat di Malaysia yang berurusan dengan data sensitif sentiasa memastikan keselamatan data di tahap yang terjamin.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x