3 Punca Utama Kegagalan Pendigitalan Dalam Kehidupan

Digital Overload, Digital Dementia, dan Digital Distraction, ialah 3 komponen ‘jahat’ utama dalam pendigitalan hidup. Komponen digital sememangnya dicipta untuk memudahkan kita, tetapi apabila ianya berlebihan, tanpa penggunaan yang tepat, komponen-komponen ini boleh merosakkan ritma dan hubungan sosial kita.

Digital Overload berlaku apabila anda menghadapi masalah memproses jumlah maklumat yang anda ambil dalam talian, menyebabkan anda merasa terganggu, cemas, keletihan, atau bahkan tertekan. Ini juga berkaitan dengan bagaimana anda mengambil maklumat tersebut.

Satu tinjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa rata-rata, orang dewasa menghabiskan lebih dari 11 jam sehari menggunakan telefon, komputer riba, tablet, televisyen, dan alat permainan mereka.

Walaupun penyelidikan belum mengetahui berapa had manusia untuk waktunya berada dalam talian, sebuah kajian pada remaja menunjukkan bahawa setelah sekitar 2 jam penggunaan skrin, subjek melaporkan lebih banyak gejala kegelisahan dan kemurungan.

Mungkin juga bagi orang dewasa, lebih sedikit masa di peranti adalah lebih baik. Pokoknya, terlalu banyak maklumat, sekaligus atau dalam jangka masa tertentu, boleh menyumbang kepada sejumlah masalah emosi.

Menyentuh mengenai Digital Dementia, masihkah anda ingat sewaktu permulaan telefon bimbit dahulu, berapa banyak nombor telefon yang dapat kita ingati? Paling kurang pun 3, iaitu nombor ayah, ibu, dan mungkin adik beradik, kawan, atau cinta lama yang tidak kesampaian.

Sekarang? Nombor telefon isteri sendiri pun kita boleh lupa. Semuanya diingati oleh aplikasi yang dipasang, bahkan beratus nombor tidak menjadi masalah kerana ia diselaraskan oleh akaun Google.

Digital Distraction pula boleh ditafsirkan sebagai lambakan mesej dan notifikasi dari telefon pintar, laptop, desktop, tablet, jam pintar, televisyen, dan sebagainya lagi.

Sambungan hidup secara digital selama 24 jam ini memberi kesan kepada minda dan hubungan kekeluargaan mahupun profesional. Kita banyak membuang masa, perhatian, dan tenaga pada maklumat dan interaksi yang agak kurang penting berbanding interaksi secara terus di sekeliling kita.

Kadangkala, kita berusaha memutuskan ‘hubungan’ dengan dunia digital, juga menggunakan alat atau aplikasi digital seperti Digital Wellbeing.

Minda kita memerlukan ‘pengecasan’ semula setelah sekian lama digunakan untuk menerima dan mengurus maklumat menerusi alat-alat teknologi. Hanya dengan pengurusan masa dan pengalihan tumpuan dari sepenuhnya diberikan kepada notifikasi digital, kita tidak akan mampu memacu minda untuk menyelesaikan segala urusan serta tugasan.

Untuk memenangi perlumbaan tanpa pendigitalan hidup, memang sangat sukar sekali, tambahan lagi dengan situasi pandemik ketika ini, kebanyakan kerja bertukar kepada bentuk digital seperti sidang video dan mesyuarat. Tetapi bukan bererti kita memberi semua aturan diuruskan oleh aplikasi.

Setiap perkara yang boleh kita tetapkan sendiri, hendaklah diselenggara sebaiknya tanpa penglibatan komputer mahupun telefon pintar. Mulakan dengan benda mudah, seperti mengingati nombor telefon pasangan masing-masing, atau mengurus emel secara berkala, sedikit demi sedikit.

Anda boleh mengubahnya, anda boleh mengaturnya – sendiri.

#OMGHSharing #ThatsWhatsUp #DigitalDistractions

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x