Baru-baru ini, seorang saintis penyelidik di The Chinese Academy of Sciences (CAS), Liu Lei, telah mendakwa berjaya mencipta bahasa pemprogram yang baru dan berdikari daripada bahasa pemprogram yang lain di dunia. Bahasa pemprograman yang diberi nama Mulan itu didakwa telah dibangunkan olehnya sendiri bersama sebuah pasukan penyelidik.
“Kita telah benar-benar menguasai teknologi teras”, kata Liu Lei dalam sebuah wawancara yang telah dibuat bersama beliau di China.
Awal Januari lalu, Liu memberitahu media di China bahawasanya pasukannya telah berjaya mencipta sebuah bahasa pemprograman komputer serba baru yang boleh digunakan untuk menghubungkan peralatan elektronik untuk mencapai Internet of Things (IoT). IoT membolehkan mana-mana peranti elektronik, daripada telefon pintar kepada televisyen, untuk berhubung di antara satu sama lain melalui internet bagi membolehkan gaya hidup yang lebih efisen dan pintar.
Tetapi tidak lama kemudian, seorang penyelidik lain di China mendakwa bahawa dakwaan Liu Lei adalah satu penipuan kerana Liu Lei hanya meniru bahasa pemprograman sedia ada iaitu Phyton. Malahan, bahasa pengaturcaraan dan ikon yang digunakan Mulan juga sama dengan Python.
Menerima tekanan awam, Liu Lei akhirnya membuat permohonan maaf. Di dalam permohonan maaf beliau di China Science Daily, Liu mengaku telah meniru daripada Phyton dan memohon maaf kerana telah mencemarkan reputasi baik CAS.
Akaun Google bukan sekadar digunakan hanya semata untuk log masuk ke peranti Android, bahkan padanya adalah portal atau pusat untuk kesemua servis Google. Dari Gmail, GoogleDrive, GooglePhotos, Contacts, PasswordManager, akaun saluran YouTube, dan sebagainya lagi, menggunakan akaun Google sebagai satu ‘kunci’ untuk membuka kesemuanya.
Untuk penduduk AS pula, mereka ada ‘tambahan’ perkhidmatan (semestinya) seperti Google Fi untuk servis telefon, Google Fiber untuk akses internet, dan Google Pay untuk kemudahan pembayaran.
Bagaimana jika ‘kunci’ tersebut dirampas? Atau hilang? Atau… dihapuskan/dinyahaktif oleh pihak Google sendiri?
Sebagaimana yang pernah kami dedahkan sedikit masa dahulu, sistem sokongan sama ada dari Google, mahupun Facebook sendiri adalah ‘wack‘, atau dalam erti kata lain amat melelahkan.
Akaun Facebook atau page anda digodam? Semoga berjaya dapatkannya kembali.
Antara kes terbaru bulan lepas, pemaju Terraria, AndrewSpinks juga terkunci keluar dari akaun Google miliknya kerana dianggap melakukan pelanggaran syarat perkhidmatan YouTube.
Tindakan itu menyebabkan pembatalan sementara permainannya yang sangat popular untuk platform penstriman permainan GoogleStadia.
Dalam sesetengah kes, ada akaun digantung sementara untuk membantu pemilik akaun itu sendiri, contohnya jika ia digodam, mereka dapat melindungi data sendiri. Dalam kebanyakan kes lain, pelanggan perkhidmatan Google tidak tahu mengapa akaun mereka digantung secara tiba-tiba.
Di masa ini, kita bukan lagi takut kepada pencuri identiti, atau penggodam yang mengambil alih akaun kita. Sebaliknya kita takut kepada sistem syarikat besar seperti Google, yang kononnya direka sedemikian rupa untuk melindungi pengguna, tetapi apa yang berlaku, ia bukan sahaja menyukarkan, bahkan juga menakutkan terutamanya kepada pengguna yang kurang dikenali ramai.
Untuk golongan ‘influencers‘ atau pembangun aplikasi terkenal, suara mereka mudah tular, mudah didengari oleh pihak Google.
Untuk individu biasa pula, selamat maju jaya hendaknya.
Insta360 hari ini melancarkan GO 2, kamera aksi stabil yang beratnya hanya 27 gram.
Badan ultra-ringan Insta360 GO 2 membolehkan rakaman bebas-tangan beresolusi tinggi dan membolehkan para perakam menangkap perspektif mereka dengan mudah – tanpa ada aksesori besar dari kamera aksi tradisional. Kalis air dan lensa pelindung yang dapat diganti memastikannya siap untuk setiap jenis aksi.
Kombinasi ukuran, penstabilan dan prestasi Insta360 GO 2 yang tiada tandingannya memungkinkan untuk melakukan apa yang tidak dapat dilakukan oleh kamera aksi lain : Tangkap aksi tanpa pernah menghalangnya. Ini adalah sidekick sinematik yang tidak akan mengganggu para perakam dan atlet.
Insta360 GO 2, lengkap dengan Charge Case serbaguna dan pilihan aksesori pemasangan, boleh dipesan hari ini melalui Insta360.com.
Memperkenalkan Insta360 GO 2
Penggunaan Insta360 GO 2
Insta360 GO 2 adalah Spider-Man kamera – ia melekat pada apa sahaja. Faktor bentuknya yang kecil dan pelbagai aksesori di dalam kotak, Insta360 GO 2 boleh pergi ke mana kamera aksi lain tidak boleh, sama ada pada anda, anjing atau kereta anda.
Magnetnya yang kuat berpasangan dengan Loket Magnet membolehkan anda melekatkan GO 2 di baju anda. Klip Mudah memudahkan GO 2 dipasang pada topi atau band kepala anda sehingga anda senang mendapatkan rakaman video POV dengan mudah. Setelah GO 2 berada dalam posisi diinginkan, merakam video semudah menekan bahagian depan kamera sekali sahaja.
Sensor yang hebat
Walaupun saiznya kecil, GO 2 tidak kurang hebatnya. GO 2 dibina dengan perkakasan berprestasi tinggi yang sama dengan kamera aksi peranti utama lain tetapi dengan berat 6x lebih ringan.
Sensor gambar 1 / 2.3 “, standard untuk kamera aksi utama, membolehkan GO 2 menangkap tangkapan sudut ultra lebar yang jelas dan terperinci. Video 1440p yang dihasilkan menjaminkan video anda menonjol dalam laman sosial anda.
Sentiasa bersedia
Tidak kira di mana anda memasang GO 2, algoritma penstabilan FlowState dan horizon leveling, Insta360 dapat menghilangkan setiap goyang,lekuk yang anda lalui kita beraksi di dalam hutan ataupun hentakan ketika anda berlari.
Dengan tangan anda bebas dan penstabilan FlowState, memastikan rakaman anda tetap stabil : anda boleh berlari, melompat atau menunggang tanpa perlu risaukan rakaman anda ada gegaran. Dengan FlowState, anda boleh hanya membawa kamera Insta360 Go 2 dan kembali dengan rakaman yang kelihatan seperti gambar yang menggunakan gimbal professional.
Isi semula bateri GO 2 semasa dalam perjalanan
Bekas pengecas GO 2 adalah peneman anda dalam perjalanan anda. Hanya perlu masukkan GO 2 ke dalam bekas pengecas dan anda boleh mengecas GO 2 dalam masa setengah jam. Dengan ini, GO 2 dapat terus merakam aksi anda sehingga 150 minit sebelum memerlukan pengecasan semula di rumah. Hampir dua kali ganda tempoh lebih panjang dibandingkan dengan kebanyakan kamera aksi yang ada dalam pasaran.
Bukan sekadar pengecas, bekas GO 2 berfungsi sebagai alat kawalan jauh, tripod dan juga pegangan tangan untuk mengambil swafoto. GO 2 juga mempunyai dudukan pemasangan ¼” yang siap dilekatkan pada bekasnya.
Dengan menggunakan sambungan Bluetooth terbina dalam bekas pengecasnya, anda dapat mengawal GO 2 dari jarak sejauh 10 meter (33 kaki). Cukup dengan hanya pasangkan kamera di mana sahaja anda mahukan dan kemudian gunakan bekas tersebut untuk merakam gambar atau video dari jauh.
Siap beraksi
Berselancar, berenang atau berjemur di tepi laut? Terjun bersama GO 2 sehingga kedalaman 4 meter (13ft) di bawah air tanpa rasa khuatir. GO 2 dilengkapi dengan IPX8 kedap air terus dari kotaknya.
Sementara itu, Lens Guard diperbuat dari kaca yang kalis calar menjaga lensa GO 2 terlindung dari kejadian yang tak diingini. Jika berlaku calar pada Lens Guard, jangan risau. Anda boleh menggantikannya sendiri atau tukarkan dengan filter ND untuk mendapatkan warna dan kontras yang seimbang pada hari cerah.
Aplikasi yang melakukan semuanya
Aplikasi pendamping GO 2 memungkinkan anda pratonton rakaman video anda dalam waktu sebenar melalui WiFi dan menyesuaikan aturan dengan cepat. Setelah anda selesai mengambil gambar atau video, aplikasi ini menawarkan editor berciri lengkap untuk menyempurnakan rakaman anda.
Jika anda sedang terburu-buru, anda tidak perlu memuatturun rakaman ke telefon anda sebelum memulakan penyuntingan — cukup hubungkan dan edit secara langsung melalui WiFi. Tidak perlukan sebarang kabel!
Biarkan AI menyunting untuk anda
Tidak siap untuk peyuntingan manual? Biarkan AI menyunting untuk anda dengan FlashCut 2.0. FlashCut 2.0 secara automatik akan menyunting rakaman anda menjadi sebuah cerita, mengambil detik terbaik dan menyuntingnya bersama-sama kesesuaian dengan rentak muzik.
Pilih dari templat penyuntingan yang telah ditetapkan untuk tema seperti sukan, perjalanan atau binatang peliharaan, atau pilih gambar kegemaran anda dan biarkan FlashCut menguruskan yang lain. Walau apa cara sekali pun, anda akan mendapat penyuntingan ringkas yang siap untuk dikongsi dengan serta-merta.
Kamera kecil bersudut lebar
Lensa GO 2 mungkin kelihatan kecil, tetapi bidang pandangannya yang sangat luas bermaksud anda tidak perlu risau untuk mendapatkan rakaman persekitaran anda.
Pilih dari empat bidang pandangan untuk mendapatkan pembingkaian yang sempurna. Merakam pemandangan yang luas? Cubalah bidang pandangan “Ultra Wide” 120 darjah. Menjelajah dengan basikal anda? Cubalah bidang pandangan “ActionView” 110 darjah, sesuai untuk perspektif orang pertama.
Percepat atau perlahankan
Mampatkan aksi dengan hiperlaps dinamik atau sorot detik-detik penting dalam super slow-mo. Semuanya mudah dengan hanya satu butang dengan GO 2. Tangkap hiperlaps pada kelajuan hingga 6x atau perlahankan rakaman anda sehingga 4x perlahan ketika anda merakam pada 120 fps.
Menyiapkan rakaman timelapse tidak bergerak dapat dilakukan dalam beberapa saat juga. Masukkan GO 2 ke dalam bekas pengecas, lipat kaki tripod dan rakam dari sudut mana anda ingini. Rakaman pada waktu malam? Gunakan tetapan Nightlapse untuk mendapatkan selang dan waktu pendedahan tepat.
Boleh didapati sekarang
Insta360 GO 2 boleh didapati hari ini melalui Insta360.com di seluruh dunia. Tanda harga Insta360 GO 2 adalah MYR 1299.
GO 2 hadir dengan standard Charge Case, Magnet Pendant, Easy Clip, Pivot Stand dan Lens Guard. Anda juga dapat sesuaikan GO 2 anda dengan mereka bentuk “kulit” secara eksklusif di Insta360.com.
Edisi Minions
Edisi Insta360 GO 2 Minions juga akan tersedia pada musim panas ini dengan reka bentuk berdasarkan Illumination’s Minions dari francais filem animasi paling berjaya di dunia. Direka dengan kerjasama Illumination, kamera dan kotak pengecas direka dalam warna kuning dan biru Minion untuk mencerminkan penampilan ikonik Minion. Edisi Minions dijual dengan harga $329.99 di A.S., Kanada, Jepun, Tanah Besar China, Hong Kong, dan Taiwan secara eksklusif di Insta360.com.
Spesifikasi Utama
Dimensi (W x H x D)
Kamera : 52.9 x 23.6 x 20.7mm (2.08 x 0.93 x 0.81in)
Kotak Pengecas:
68.1 x 48.54 x 26.6mm (Tertutup)
132.5 x 26.03 x 26.6mm (Terbuka)
Berat
Kamera : 26.5g (0.93oz)
Kotak Pengecas : 63.5g (2.24oz)
Saiz sensor
1/2.3”
Bukaan
f/2.2
Panjang Fokus Setara 35mm
11.24mm
ISO
Auto, 100-3200
White Balance
Auto, 2700K, 4000K, 5000K, 6500K, 7500K
Nilai Dedahan (EV)
-4 sehingga 4
Tetapan Gambar
Standard, Interval, Night Shot, Starlapse, PureShot
Resolusi Gambar
16:9, 1920×1088
1:1, 2000×2000
9:16, 1088×1920
Format Gambar
INSP (can be exported via App or Studio)
DNG (can be exported via App or Studio)
Tetapan Dedahan Gambar
Auto, Manual (Shutter 1/8000s-120s, ISO 100-3200), Shutter Priority (1/8000s-1s), ISO Priority (100-3200)
Tetapan Video
Video (Basic stabilization), Pro Video (FlowState stabilization), HDR, Timelapse, TimeShift (Hyperlapse), Slow Motion
Resolusi Video
Pro Video (FlowState stabilization)
2560×1440@50fps, 30fps
1920×1080@50fps, 30fps
Video (Basic stabilization):
2560×1440@50fps, 30fps
1920×1080@50fps, 30fps
HDR:
2560×1440@25fps, 24fps
1920×1080@25fps, 24fps
Timelapse:
Interval: 0.5s, 1s, 2s, 5s, 10s, 30s, 60s, 120s
2560×1440@30fps
1920×1080@30fps
TimeShift (Hyperlapse):
Speed: Auto (up to 6x)
2560×1440@30fps
1920×1080@30fps
Slow motion:
1920×1080@120fps
Format Video
MP4
Tetapan Dedahan Video
Auto, Manual (Shutter 1/8000 – 1/30, ISO 100-3200)
Pengekodan Video
H.264
Bitrate Video Maksimum
80Mbps
Kelas Kalis Air
IPX8 sehingga 4 meter (13kaki)
Audio
Mono with optional Wind Noise Reduction
Bluetooth
BLE 5.0
Wi-Fi
802.11a/b/g/n/ac
Penyimpanan
32GB (~28GB boleh digunapakai)
Kapasiti Bateri
Kamera : 210mAh
Kotak Pengeca : 1100mAh
Masa Rakaman
Kamera Sahaja : 30 min – 1440p30 Basic stabilization video
Dengan Kotak Pengecas : 150 min – 1080p30 Basic stabilization video
Durasi Maksimum Rakaman
Pro Video mode (FlowState stabilization): 10 mins
Video mode (Basic stabilization): 15 mins
FPV Mode: 30 mins
Timelapse: Adjustable interval, record up to 110 minutes with the Charge Case for a 7-minute clip
Cara Pengecasan
Type-C USB
Masa Pengecasan
Kamera : 23 min sehingga 80%, 35 min sehingga 100%
Bekas Pengecas : 47 min sehingga 80%, 65 min sehingga 100%
Suhu Penggunaan Kamera
14°F sehingga 104°F (-10℃ sehingga 40℃)
Keserasian Peranti
iOS:
A11 atau ke atas
iPhone 8, 8 Plus, X dan model terbaru.
Android:
Kirin 980 dan ke atas(Huawei Mate 20, P30 dan ke atas)
Qualcomm Snapdragon 845 (Samsung Galaxy S9, Xiaomi Mi 8 dan ke atas)
Exynos 9810 ke atas (Samsung S9, S9+, Note9 dan ke atas)
*peranti yang tidak memenuhi syarat di atas masih boleh menggunakan aplikasi untuk mengawal GO 2, namun prestasi beberapa tetapan AI yang berintensifkan pemproses mungkin kurang optimum. Telefon yang dilengkapi dengan cip Qualcomm SDM765 5G mempunyai keupayaan penyahkodan perkakasan yang lemah dan tidak disarankan untuk digunakan. Pemasangan aplikasi memerlukan telefon bimbit dengan sistem 64-bit.
Ini bukanlah teleportasi seperti dalam filem, di mana mereka yang melakukannya dapat berpindah tempat secara fizikal. Tetapi sedikit sebanyak perancangan ke arah itu sedang dijalankan, dan orang yang bertanggungjawab memikirkan kaedahnya pada ketika ini ialah Mark Zuckerberg.
Mengikut garis masa perancangan, menjelang 2030, Zuckerberg berkata pada waktu itu individu boleh menggunakan kaca mata pintar untuk melakukan ‘teleportasi’ ke rumah orang lain, dan bercakap dengan orang di rumah tersebut seakan mereka berada di sana secara fizikal.
Ini membolehkan perjumpaan atau mesyuarat digantikan dengan pengalaman digital berasaskan alat dengar yang dapat melawan perubahan iklim dengan mengurangkan pergerakan dan perjalanan.
Ucapan Zuckerberg itu agak ketara kesannya kerana ia mewakili visi yang padu dari pemimpin industri mengapa pada waktu ini mereka mulai ada taruhan besar pada teknologi realiti terimbuh, yang semakin dilihat sebagai peralihan pengkomputeran berikutnya selepas telefon pintar.
Hasrat Zuckerberg ini nampak sama seakan hasrat Apple, yang memasarkan iPhone terbaru tanpa adapter pengecasan atas alasan ‘untuk alam sekitar’. Tetapi cadangan Zuckerberg ada kebenarannya dalam usaha mengekang pergerakan secara individual semata-mata untuk hadir bermesyuarat – dan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan perjalanan yang melibatkan kenderaan.
Apa yang menariknya mengenai idea ini, jika ‘kena’ dengan individu dan kumpulannya, ‘mengeteh’ tidak akan sama lagi seperti dulu. Tidak lagi perlu ke restoran mamak, hanya perlu duduk di sofa dalam keselesaan rumah sendiri dan ‘teleport‘ sahaja ke rumah kawan. Ianya bagaikan sedang berada di sana, secara langsung dan kita boleh terus berborak, lalu ‘mengeteh’ bersama.
Tonton bola? Tonton gusti? Filem? Ya, boleh hindari dari terkena hujan sewaktu menonton di luar restoran juga. Pancarkan sahaja siaran langsung menggunakan projektor ke dinding lalu tontonlah bersama.
Kelemahan dari teknologi seperti ini barangkali yang memisahkan antara satu dengan yang lain ialah – harga peranti. Tak mungkin harganya semurah TWS bajet.
Spamdexing: Pencurian Trafik Laman Web Di Tengah Jalan
Menguruskan laman web sendiri bukan sesuatu yang mudah. Banyak masa, tenaga, malah wang ringgit perlu dihabiskan. Bayangkan, anda telah menghabiskan masa dan tenaga dalam usaha untuk meletakkan kedudukan laman web pada kedudukan utama di enjin carian melalui amalan SEO yang baik. Lebih parah lagi, anda juga telah membayar penyedia SEO premium yang secara bulanan untuk laman web anda.
Namun, anda menyedari bahawa seseorang telah mencuri trafik laman web anda dengan memasukkan spam kata kunci mereka sendiri. Ini menjadikan laman web anda tidak terpapar langsung di muka pertama hasil carian di enjin carian seperti Google, Bing, Brave dan DuckDuckGo.
Itulah dia yang dipanggil sebagai ‘spamdexing’(SEO spam malware). Spamdexing bukan benda baru. Tetapi ia berevolusi mengikut peredaran zaman. Spamdexing akan melakukan spam kepada proses enjin carian mencari laman web anda di internet yang dikenali umum sebagai indexing.
Enjin carian akan membaca segala kandungan yang ada di seluruh internet dan menunjukkannya di halaman hasil carian. Satu proses yang kedengaran mudah tetapi sebenarnya memerlukan kuasa pemprosesan dan algoritma yang sangat kompleks dalam pengaturcaraan komputer.
Contohnya, jika anda ingin mengisi borang Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), anda cuma perlu menaip ‘BPR’ di enjin carian pilihan anda seperti Google Search. Enjin carian ini pula akan ‘berfikir’ dan cuba meneka apakah laman web yang anda mahukan daripada berbilion kata ‘BPR’ di internet. Dengan serangan spamdexing, carian ‘BPR’ anda mungkin tidak akan berada di halaman pertama hasil carian dan halaman pertama enjin carian akan membawa anda kepada laman web-laman web sampah dan salah.
Secara mudahnya, spamdexing boleh ditakrifkan sebagai;- laman web yang telah dioptimumkan untuk algoritma enjin carian dalam pengindeksan yang optimum/maksimum. Laman web spam ini akan dinilai oleh enjin carian sebagai laman web yang lebih penting dan patut berada di muka utama hasil enjin carian berbanding laman web anda yang asli.
Di zaman ini, tidak perlu lagi menunggu di dark web untuk menjadi mangsa penggodam atau ‘threat actor‘. Di atas permukaan pun sentiasa berlegar ancaman mencari kambing hitam untuk keuntungan diri sendiri.
Perbuatan spam SEO ini membolehkan laman-laman web spam mendapat lebih banyak pendedahan daripada apa yang selayaknya mereka perolehi untuk kata kunci yang diguna di enjin carian utama. Hasilnya, laman web spam lebih menonjol di halaman pertama berbanding laman web sebenar di hasil enjin carian (SERP).
Keracunan enjin carian (Search Engine Poisoning/SEP) menyalahgunakan algoritma kedudukan laman web dan membawa pengunjung ke laman yang tidak ingin mereka lawati. Ini akan mengelirukan pengguna laman web dan mendorong mereka untuk klik dari satu laman web spam ke laman web spam yang lain tanpa berjaya untuk ke laman web sebenar yang mereka ingini.
Dalam beberapa kes, laman web dibuat dengan sempurna untuk menipu algoritma enjin carian. Manakala di banyak kes yang lain pula, mereka mengeksploitasi laman web yang sah. Pengguna akan menyangka mereka telah melawat laman web yang mereka kehendaki, tapi hakikatnya laman web yang mereka lawati adalah laman web palsu!
Biasanya, perbuatan ini dilakukan oleh individu yang mahukan duit mudah melalui iklan-iklan yang ekstrem di laman web spam mereka. Dalam sesetengah kes juga, motif serangan juga berpunca daripada sabotaj terhadap laman web yang disasarkan seperti cubaan menghalang pengaruh politik individu yang memiliki laman web tersebut. Motif lain juga termasuk mencuri data peribadi dengan menyamar sebagai laman web rasmi sesebuah organisasi.
Malware ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Ia biasanya digunakan oleh penggodam untuk memanfaatkan kedudukan baik laman web terkemuka bagi menyebarkan pautan mereka sendiri kepada sebanyak mungkin pengguna.
Terdapat pelbagai fon kepala yang mampu milik dipasaran sampai tak tahu nak pilih mana satu, kan?
Ada yang murah tapi kualiti produk dan bunyi tak memuaskan tapi fon kepala yang kami nak ulas ni, luaran nampak biasa ja tapi bunyi dia tidak mengecewakan.
Terima kasih kepada pihak Eclipse Marketing kerana sudi memberi peluang pada pihak kami (OMG Hackers) untuk berkolaborasi dengan mereka mengenai fon kepala mampu milik ini, iaitu Sades A2.
Sebelum kita teruskan artikel ni, mai tengok dulu video buka kotak ni.
Kemudian, kita lihat spesifikasi fon kepala Sades A2 ini;
Pembesar Suara
Ukuran pembesar suara
40mm
Kepekaan
102 ± 3dB|1kHz
Tindak balas Frekuensi
20 〜 20 kHz
Impedans
32Ω|1kHz
Kawalan Kapasiti Kuasa
10mW
Mikrofon
Kepekaan Mikrofon
-38dB ± 3dB|1kHz
Tindak balas Frekuensi Mikrofon
50〜10 kHz
Impendans Mikrofon
≤1.8KΩ/ 1kHz
Arah Mikrofon
Semua arah
Sambungan
Input
Bicu 3.5mm 4-tiang
Panjang Kabel
Anggaran 1.2m|3.94ft
Panjang Kabel-Y
Anggaran 1.2m|3.94ft
Ketersambungan
PS4|PS5, Xbox ONE & Series X
Mobil, Nintendo Switch, VR
PC|Laptop (*Guna Kabel-Y jika mempunyai dwi-bicu audio 3.5mm PC|Laptop)
Berat
Berat (Fon Kepala Sahaja)
260g|0.57lb
Berat (Fon Kepala dan Pakej)
480g|1.058lb
Apa yang ada dalam kotak?
Fon Kepala SADES A2
Kabel-Y
Buku Panduan
Pelekat SADES
Kad Jaminan
Sades A2 terdapat dua warna, iaitu Oren dan Pink (Edisi Angle)
Model yang kami dapat warna Oren. Hat ni takda lampu jadi ‘low-profile’ punya fon kepala. heh.
Kami cuba uji Sades A2, antaranya;
Dengar lagu (Spotify, YouTube) dan tengok video (Netflix, N****to)
Main permainan PC dan mobil (PUBG PC dan Mobil)
Menyunting video
Bunyi bass dia agak mengagumkan dan kami terkejut kerana tak sangka fon kepala lagu ni dapat menyajikan bunyi bass yang kedum-dum pow hedoban.
Kalau dalam permainan seperti PUBG (PC), tiada masalah bagi bunyi letupan, tembakan dan orang lalu tepi. Semuanya dengar dengan jelas.
Bagi mikrofon, ada sedikit masalah yang mana bukan masalah suara tak jelas. Suara jelas dan fungsi ‘senyap’ dengan tolak mikrofon ke atas sememangya satu fungsi yang menarik. Mikrofon dia sangat padu sampaikan bunyi dari fon kepala juga tangkap sekali.
Masalah mikrofon boleh tengok video merapu kat bawah ni;
Segan nak rakam main lawan dengan orang, kita rakam lagu ni, aci la noh.
Untuk atasi masalah ini, ampa ada 3 pilihan sama ada;
Padatkan fon kepala untuk mengurangkan bunyi tertiris.
Jangan buka bunyi terlalu kuat, kerana mikrofon dapat tangkap bunyi tu (rujuk video kat atas)
Cakap kuat sikit, tapi pastikan kawalan kelantangan terjaga. Naya kawan atau penonton strim pekak. (Naya Pak Abu kalau suara nyaring hahaha)
Mikrofon Sades A2
Sebut pasal mikrofon, ia mempunyai fungsi yang menarik, iaitu ‘pusing-untuk-senyap’.
Ya, kalau ampa tak guna mikrofon, agak janggal biarkan ia begitu. Jadi, fungsi tersebut secara automatik akan senyapkan mikrofon, tanpa menekan apa-apa butang pada perisian dan perkakasan.
Dibekalkan sekali dengan span untuk membantu kepekaan mikrofon lebih peka.
Tiga ketul span untuk keselesaan kepala ampa
Tiga ketul span dekat bahagian atas tu seakan-akan ‘memory foam’ yang mana akan meninggalkan kesan sementara, tapi bagi Sades A2 ni kena tekan kuat sikit la. (kepala kami kecik huhuhu)
Earmuff|Earcup Sades A2 menggunakan kulit tiruan yang bagi telinga ampa bernyawa setelah terseksa dengan bunyi kuat
Untuk bahagian ‘earmuff|earcup’ pulak, ia bergantung pada saiz telinga jugak. Macam telinga kami capang dan kecik, tiada masalah sangat.
Masalah yang kami alami masa guna Edifier G2 II, iaitu sakit telinga dan telinga panas tiada dekat Sades A2. Mungkin kerana kulit tiruan earmuff|earcup beza dengan model tersebut.
Telinga kami yang capang ni dapat bernafas dengan baik.
3.5mm jack dan penyambung dwi 3.5mm (speaker|mic)
Memandangkan ia menggunakan bicu audio 3.5mm, ampa boleh sambungan Sades A2 ke mana-mana peranti yang ada bicu audio 3.5mm.
Untuk telefon ‘baru’ yang bicu audio 3.5mm dibuang, jangan risau, boleh guna penyesuai audio.
Bagi PC|Laptop yang mempunya dwi-bicu audio 3.5mm (speaker|mic), boleh guna kabel penyambung yang mai sekali dalam kotak.
Kawalan kelantangan mudah diakses
Nak kawal kelantangan sangat mudah diakses kerana terletak dekat kiri belakang. Mujur kawalan tersebut berada sekali dengan kawasan mikrofon, takda la nak meraba cari kat mana.
Bagi kami, Sades A2 ni memang berbaloi untuk fon kepala mampu milik. Walaupun binaan dia tak terasa gah, tapi ia menyediakan bunyi seakan-akan fon kepala yang mahal. Kalau ampa guna ‘Equalizer’, barang biasa menjadi padu! heh.
Dengan harga dia yang berpatutan, kredit kepada Sades kerana menyediakan fon kepala yang menyajikan audio yang secukup rasa bersama mikrofon yang berkualiti.
Berakhirlah sudah ulasan kami disini, Terima kasih Eclipse Marketing kerana sudi berkolaborasi, Jika jodoh kita dipanjangkan lagi, Mungkin masa hadapan kita berkolaborasi lagi.
HP salah satu nama besar dalam dunia pengkomputeran telah mengeluarkan komputer riba khusus untuk gaming menggunakan cip pemproses dari AMD. Ini merupakan kemunculan pertama buat HP menggunakan cip AMD dalam komputer riba keluaran mereka.
HP OMEN 15 dikuasakan dengan cip pemproses sehingga AMD Ryzen 5000 siri ke-7 dan kad grafik Nvidia Geforce sehingga RTX 3060/3070 untuk kepuasan ketika gaming ataupun untuk kuasa sepenuhnya untuk proses penyuntingan video beresolusi tinggi, penghasilan kandungan dan juga untuk penstriman permainan.
Rekabentuk kali ini HP OMEN 15 membawa rekabentuk lebih minimalis berwarna serba hitam dan logo berbentuk permata yang merupakan logo baru untuk siri HP OMEN.
Bahagian papan kekunci ini menggunakan material jenis logam aluminium yang selesa apabila menaip atau ketika gaming. Papan kekunci HP OMEN dikuasai dengan pencahayaan latar belakang RGB untuk setiap kekunci.
HP OMEN 15 yang seberat 2.37kg ini dilengkapi dengan paparan bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan mempunyai kadar segar sehingga 144Hz. Paparan ini juga menggunakan paparan skrin IPS, anti silau, tepi mikro, lampu belakang WLED, berketerangan sehingga 250 nits.
Tanpa penyejukkan yang secukupnya, kuasa yang ada di tangan anda tidak bermakna langsung. HP OMEN 15 dilengkapi dengan OMEN Tempest Cooling Technology. Ciri ini menggunakan 3 bolong sisi dan aliran udara 5 hala menjaminkan stabiliti sistem & tahap optimum suhu ketika sesi gaming.
Dari segi penghasilan audio, HP OMEN 15 menerima talaan dari Bang & Olufsen yang menggunakan pembesar suara dual depan yang akan membuat anda lebih peka pada pergerakan pihak musuh.
Ciri terbina dalam iaitu OMEN Gaming Hub membantu anda memanfaatkan sepenuhnya pengalaman permainan anda dengan lampu latar papan kekunci yang dapat disesuaikan di empat zon.
HP tidak melupakan peminat PC. Mereka telah melancarkan juga HP OMEN 25L Desktop PC yang dikuasai dengan cip pemproses AMD Ryzen sehingga siri ke-7 dan kad grafik Nvidia GeForce Siri RTX 30 yang membawa permainan dengan kadar hampir nyata dan prestasi yang cukup tinggi yang membolehkan anda bermain permainan yang menuntut spesikasi tinggi untuk dijalankan.
HP OMEN 25L ini dipacukan dengan WD Black PCIe TLC SSD berkapasiti tinggi untuk ruang storan. Tidak dilupakan HyperX DDR4 (dengan DRAM 64 GB HyperX bersertifikasi Intel XMP) menjadi nadi untuk memori capaian rawak.
Dari segi sistem chasis, HP Omen 25L menggunakan khidmat dari CoolerMaster nama yang cukup sinonim.
Untuk tujuan penyejukan dalaman, radiator udara 92mm yang boleh dikonfigurasi telah dimuatkan dalam HP Omen 25L. Komponen termal boleh dinaiktaraf dengan komponen RGB dari CoolerMaster.
Dengan OMEN Gaming Hub, anda boleh pantau dan kendalikan prestasi PC anda seperti optimumkan tetapan untuk CPU overclocking, memaksimumkan hubungan rangkaian dua hala dengan Network Booster dan tetapan pencahayaan RGB dalaman dan luaran
Dengan panel kaca tempered pilihan dan bingkai logam penuh, HP Omen 25L akan berdiri gah dalam ruang bilik anda dengan pencahayaan RGB yang menghiasi dalaman chasis. Talaan audio pada PC ini menggunakan teknologi DTS® Headphone: X technology yang menjaminkan kualiti audio yang tinggi untuk kepuasan pendengaran pemain.
Permainan anda tidak akan lengkap tanpa aksesori OMEN Vector Essential Mouse dan juga OMEN Blast Headset.
HP OMEN Vector Essential Mouse dengan tanda harga bermula dari RM 159 menampilkan sensor OMEN Radar 1 dan menyokong sehingga 7.200 dpi. OMEN Blast Headset yang bermula dengan tanda harga RM 319 dikuasakan dengan suara sekeliling 7.1 untuk kesedaran spasial 360 darjah. Gunakan OMEN Gaming Hub untuk membuat dan mengurus profil audio unik dan juga talaan untuk semua permainan anda.
Dari maklumat yang kami terima, kami lampirkan harga bagi HP OMEN 15 dan HP OMEN 25L :
HP OMEN 15 – RM 3899 disertakan dengan Perlindungan Kerosakan Tidak Sengaja selama 2 tahun
HP OMEN 25L – RM 6899 disertakan dengan waranti On-Site selama 3 tahun
Dalam tempoh terhad, anda bakal mendapat :
Dengan setiap pembelian komputer riba OMEN, anda layak menerima e-voucher bernilai RM 100 dari Touch&Go atau Grab
Dengan setiap pembelian komputer riba HP Pavilion Gaming, anda layak menerima e-voucher bernilai RM 80 dari Touch&Go atau Grab
Tiada istilah ‘best free VPN‘ kerana setiap perkhidmatan percuma akan dibayar dengan privasi. Paling teruk sekali, apabila ‘privasi’ itu bocor lalu dapat ke tangan-tangan yang bahaya.
SuperVPN, GeckoVPN, dan ChatVPN ialah antara perkhidmatan VPN percuma yang boleh dimuat turun di Google Play Store.
Tetapi disebalik polisi ‘tanpa log’ mereka, aplikasi dipasang akan mengumpul sejumlah besar maklumat pengguna seperti alamat e-mel, rentetan kata laluan yang dihasilkan secara rawak, maklumat pembayaran, dan ID peranti milik pengguna.
Mengikut kiraan Google Play, ChatVPN telah memperoleh lebih daripada 50,000 pemasangan, GeckoVPN pula lebih daripada 10 juta pemasangan, dan SuperVPN dianggap sebagai salah satu aplikasi VPN percuma paling popular untuk Android, dengan lebih dari 100 juta pemasangan.
Menurut individu yang mencuri maklumat dari SuperVPN, GeckoVPN, dan ChatVPN, data yang dijual merangkumi alamat e-mel, nama pengguna, nama penuh, nama negara, rentetan kata laluan yang dihasilkan secara rawak, data berkaitan pembayaran, status ‘Premium‘ pengguna dan tarikh akhir langganan.
Mengikuti post di forum tersebut, laman teknologi CyberNews juga mendapati bahawa data yang dicuri termasuk nombor siri peranti, jenis telefon beserta maklumat pengeluar, ID peranti, dan nombor IMSI peranti.
Data berkenaan diambil dari pangkalan data yang tersedia secara umum, dibiarkan rentan oleh penyedia VPN selepas pembangun meninggalkan pangkalan data dengan log masuk lalai.
Dalam senarai kawan abam di FB, ada ramai di kalangan mereka yang merupakan novelis dan kartunis. Mereka seringkali memerlukan sandaran untuk fail penting seperti fail novel yang sedang dikarang, atau fail projek lukisan komik.
Ada satu cerita yang agak sadis dan kelakar dalam masa yang sama. Novelis ini sudah hampir menyiapkan novelnya, dan seperti biasa laptop dibiarkan atas meja. Tetapi beliau terlupa, yang beliau mempunyai seekor ‘Garfield‘.
Kita sedia maklum, kucing akan melakukan ‘onar’ kadangkala, tambah lagi jika tidak dilatih untuk membuang air dalam bekasnya sendiri. Nak dijadikan cerita, Garfield beliau buat onar berhampiran dengan laptop, lalu hanguslah laptopnya siap bersama novel dikarang.
Paling sedih, novel belum sempat disimpan lagi – kerana beliau tidak tahu ada cara lebih mudah untuk membuat sandaran atau ‘backup‘. Mengapa kita perlu bergantung kepada manual backup, jika kita ada ‘auto‘ backup?
Caranya pun mudah sahaja. Anda hanya perlu log masuk ke dalam aplikasi OneDrive pada sistem operasi Windows, dan salin fail yang anda hendak simpan ke dalam bahagian tersebut.
Nak rasa lebih mudah lagi? Log masuk ke dalam Microsoft Word, dan anda akan dapat fungsi ‘AutoSave‘. Oleh itu anda tak perlu ada rasa bimbang untuk fail-fail yang sedang diuruskan. Fungsi simpanan dalam OneDrive dan AutoSave mampu menyelamatkan sebarang tugasan dari dihanguskan oleh encik Garfield yang nakal itu.
Salah satu ciri OneDrive yang menarik untuk digunakan ialah Personal Vault. Ini adalah satu ruangan terasing yang boleh dilindungi menggunakan aplikasi Microsoft Authenticator.
Tiada sesiapa dapat suka-suka membuka folder tersebut tanpa kebenaran anda.
Amacam novelis/kartunis/lain² sekalian?
Abam harap dengan sedikit perkongsian ini, ia mampu mengubah hidup anda agar tidak lagi diselubungi onar kucing mahupun sebarang jenis cecair yang dapat menjahanamkan laptop anda
*Abam pilih OneDrive kerana ia ada ‘seamless integration‘ dengan Windows 10 dan produk Microsoft lain seperti Microsoft Office. Storan OneDrive percuma ialah 5GB. Kalau tak cukup, boleh langgan plan bersesuaian dengan keperluan.
**Tips ini boleh juga diaplikasikan untuk storan awan lain seperti Google Drive, Dropbox, Mega, Treasure, dan lain-lain. Asalkan anda belajar cara untuk buat penyelarasan pada desktop menggunakan storan pilihan, InsyaAllah di masa akan datang anda tak perlu bimbang tentang sandaran lagi.
Privasi sedang menjadi arus perdana. Itulah yang diungkapkan oleh Brave dalam satu hantaran blog mereka. Brave mengumumkan tentang satu perkhidmatan terbaru yang akan ditawarkan kepada semua pengguna iaitu Brave Search, satu enjin carian yang lebih privasi (fikirkan, DuckDuckGo, Qwant, atau Mojeek).
Mereka mengambil alih Tailcat, enjin carian dibangunkan oleh Cliqz, iatu pelayar web dan carian privasi yang telah ditamatkan pembangunannya tahun lepas. Hasratnya, selepas pengambil alihan ini berlaku, Brave dapat menawarkan alternatif kepada carian Google dan Google Chrome dengan menjadikan Tailcat sebagai tapak kepada Brave Search.
Enjin carian Tailcat dibina di atas indeks bebas sepenuhnya, dan ia mampu memberikan kualiti yang diharapkan pengguna tanpa menjejaskan privasi. Tailcat tidak mengumpulkan alamat IP atau menggunakan maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi untuk meningkatkan hasil carian.
Syarikat itu menegaskan akan menghormati privasi dengan tidak menjejaki atau membina profil individu yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Brave juga menawarkan cara untuk mengakhiri bias enjin carian dengan mengubah output hasil carian ke sistem penyaringan yang dikendalikan oleh komuniti, dinamakan sebagai Goggles.
Buat masa ini, Brave Search belum dilancarkan. Anda yang ingin mengetahui bilakah masanya ia dilepaskan kepada semua pengguna, bolehlah daftarkan ‘minat’ anda itu di: https://brave.com/search/