Saintis China Menipu Tentang Bahasa Pemprograman Ciptaannya

Baru-baru ini, seorang saintis penyelidik di The Chinese Academy of Sciences (CAS), Liu Lei, telah mendakwa berjaya mencipta bahasa pemprogram yang baru dan berdikari daripada bahasa pemprogram yang lain di dunia. Bahasa pemprograman yang diberi nama Mulan itu didakwa telah dibangunkan olehnya sendiri bersama sebuah pasukan penyelidik.

“Kita telah benar-benar menguasai teknologi teras”, kata Liu Lei dalam sebuah wawancara yang telah dibuat bersama beliau di China.

Awal Januari lalu, Liu memberitahu media di China bahawasanya pasukannya telah berjaya mencipta sebuah bahasa pemprograman komputer  serba baru yang boleh digunakan untuk menghubungkan peralatan elektronik untuk mencapai Internet of Things (IoT). IoT membolehkan mana-mana peranti elektronik, daripada telefon pintar kepada televisyen, untuk berhubung di antara satu sama lain melalui internet bagi membolehkan gaya hidup yang lebih efisen dan pintar.

Tetapi tidak lama kemudian, seorang penyelidik lain di China mendakwa bahawa dakwaan Liu Lei adalah satu penipuan kerana Liu Lei hanya meniru bahasa pemprograman sedia ada iaitu Phyton. Malahan, bahasa pengaturcaraan dan ikon yang digunakan Mulan juga sama dengan Python.

Menerima tekanan awam, Liu Lei akhirnya membuat permohonan maaf. Di dalam permohonan maaf beliau di China Science Daily, Liu mengaku telah meniru daripada Phyton dan memohon maaf kerana telah mencemarkan reputasi baik CAS.

Sumber : China Daily dan Global Times

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x