More

    Sades A6, Fon Kepala ‘Premium’ Mampu Milik Yang Berbaloi

    Rumusan

    Jumlah skor ni berdasarkan citarasa peribadi dan mungkin ia tidak sama dengan orang lain. Tapi hanya sekadar dijadikan sebagai penanda aras serta terpulang pada ampa jika kena dengan citarasa dan bajet, angkatlah segara sementara stok masih ada.

    Terdapat pelbagai fon kepala ‘premium’ yang mampu milik dipasaran sampai tak tahu nak pilih mana satu, kan?

    Ada yang murah tapi kualiti produk dan bunyi tak memuaskan tapi fon kepala yang kami nak ulas ni, luaran nampak biasa ja tapi bunyi dia tidak mengecewakan.

    Terima kasih kepada pihak Eclipse Marketing kerana sudi memberi peluang pada pihak kami (OMG Hackers) untuk berkolaborasi dengan mereka mengenai fon kepala ‘premium’ mampu milik ini, iaitu Sades A6.

    Sades A6 terjual sebanyak 3000 unit! dekat AliExpress dan mendapat komen yang baik sebanyak 99%. Menarik.

    Sebelum kita teruskan artikel ni, mai tengok dulu video buka kotak ni.

    Mari kita lihat spesifikasi fon kepala Sades A6 ini;

    Pembesar Suara
    Ukuran pembesar suara 40mm
    Kepekaan 96 ± 3dB|1kHz
    Tindak balas Frekuensi 20 ~ 20,000Hz
    Impedans 24Ω|1kHz
    Kawalan Kapasiti Kuasa 10mW

     

    Mikrofon
    Dimensi Mikrofon Φ 4.0 * 1.0 mm
    Kepekaan Mikrofon -28dB ± 3dB|1kHz
    Tindak balas Frekuensi Mikrofon 50 〜 10 kHz
    Impendans Mikrofon ≤ 2.2KΩ|1kHz

     

    Sambungan
    Input Plug USB bersalut-Emas
    Panjang Kabel Anggaran 2.2m/7.22 ft

     

    Keserasian
    PC/Laptop — Windows 7/ 8/ 10
    PS4/ PS5*
    Nintendo Switch*
    * Beberapa ciri mungkin tidak berlaku pada peranti tertentu

     

    Berat
    Berat (Fon Kepala Sahaja) 260g|0.57lb
    Berat (Fon Kepala dan Pakej) 503g|1.11lb

     

    Apa yang ada dalam kotak?
    Fon Kepala SADES A6
    Buku Panduan
    Pelekat Sades
    Sades A6 terdapat dua warna, iaitu Oren dan Pink (Edisi Angle)

    Model yang kami dapat warna Oren dan sambung dekat komputer, ada lampu oren.

    Fon kepala yang kami tengah guna selepas ada ‘PC Gaming’ ialah Edifier G2 II, beli brand sama macam pembesar suara yang dah pakai lama, iaitu Edifier M3200.

    Jadi, adakah Sades A6 dapat ubah selera kami?

    Kami cuba uji Sades A6, antaranya;

    • Dengar lagu (Spotify, YouTube) dan tengok video (Netflix, N****to)
    • Main permainan PC (PUBG, Apex Legends, Forza Horizon 4 dll)
    • Menyunting video

    Bunyi dia agak mengagumkan dan kami terkejut kerana tak sangka fon kepala lagu ni padu, walaupun tanpa Equalizer, jika dengan Equalizer, simpan kotak G2 II tu. hahahaha

    Kalau dalam permainan seperti PUBG dan Apex Legends, tiada masalah bagi bunyi letupan, tembakan dan orang lalu tepi. Semuanya dengar dengan jelas.

    Permainan Forza Horizon 4 pulak, tiada masalah dan bunyi kereta (enjin dan ekzos) sangat merdu. Tak nyaring.

    Mikrofon Sades A6 agak fleksibel dan terdapat lampu berwarna oren

    Bagi mikrofon, tiada masalah. Suara jelas, dan mempunyai beberapa fungsi menarik dalam perisian audio.

    Segan nak rakam main lawan dengan orang, kita rakam lagu ni, aci la noh.

    Jika ampa buka kipas tala kat muka tu, kena perlahankan kipas sebab ia tangkap sekali bunyi angin. (kami balaih Edifier G2 II punya span mikrofon, sedap sikit. hahaha)

    Serta ia fleksibel, boleh ubah arah mana mengikut keselesaan ampa.

    Kawalan kelantangan, lampu, mikrofon dan seketul mikrofon yang sangat peka dengan sekeliling

    Kalau ampa buka lampu dan tekan butang tutup mikrofon tu, dia akan berkelip-kelip pada lampu mikrofon.

    Selain daripada mengawal lampu dan mikrofon, ampa juga boleh mengawal kelantangan bunyi. Hati-hati kerana kawalan kelantangan itu agak peka sikit.

    Sades A6 mempunyai kawalan lampu seperti bernyala dan bernyawa berwarna oren. Jika tak suka lampu, boleh tutup. Tapi bukan ‘gamer’ la kalau takda lampu kan? hahahaha

    Cekak kepala dengan plastik lembut yang dalam dia ada kekuli ringan

    Cekak kepala dan plastik lembut (dalam ada kekuli ringan) membuatkan fon kepala ni terletak dengan selesa.

    Earmuff|Earcup Sades A6 menggunakan kulit tiruan yang bagi telinga ampa bernyawa setelah terseksa dengan bunyi kuat

    Untuk bahagian ‘earmuff|earcup’ pulak, ia bergantung pada saiz telinga jugak. Macam telinga kami capang dan kecik, tiada masalah sangat.

    Masalah yang kami alami masa guna Edifier G2 II, iaitu sakit telinga dan telinga panas tiada dekat Sades A6. Mungkin kerana kulit tiruan earmuff|earcup beza dengan model tersebut.

    Telinga kami yang capang ni dapat bernafas dengan baik.

    Kawalan kelantangan, lampu, mikrofon dan USB Type-A

    Memandangkan ia menggunakan USB Type-A, ampa boleh sambungan Sades A6 ke mana-mana peranti yang menyokong USB Type-A.
    Untuk telefon atau gadjet yang lain, boleh guna penyesuai audio seperti Type-A ke Type-C.

    Kami tak boleh nak cuba dekat OnePlus 6 sebab ia dah ada bicu 3.5mm. hahaha

    Memandangkan Sades A6 ni ada perisian dia, kita belek sekali la noh.

    Antaramuka pengguna perisian audio Sades
    Klik ikon bulat bawah ikon tolak tu untuk akses Panel Profil

    Kami cadangkan guna Hi-Fi, tapi tanpa guna Hi-Fi pun dah sedap. Cuma profil Movie dan Music tu dia aktifkan sekali dengan ‘Environment Effects’. Sila tutup ya kalau tak selesa.

    Untuk akses menu tambahan, kena klik 2x
    Penambah perisa yang wajib ampa main.
    Fungsi ala-ala pembesar suara 7.1.

    Ampa boleh ejas dia dengan tarik ikon ‘speaker’ tu mengikut citarasa ampa dan boleh buatkan ia berpusing ikut|lawan jam atau pusing secara manual.

    Tapi kami tak usik pun, hanya aktifkan benda ni untuk aktifkan fungsi kat bawah ni.

    Fungsi Xear Surround Max, luaskan jarak bunyi

    Kami suka aktifkan fungsi ni sebab nak bagi bunyi tu lagi besar. hahaha

    Fungsi untuk bagi audio kecik, besar dan buang suara

    Fungsi ni mungkin ada yang pernah main untuk bagi audio kecik, besar dan buang suara. Kami tak guna fungsi ni, pelik bunyi dia.

    Untuk akses menu tambahan, kena klik 2x
    Xear SingFX, untuk bagi suara bergema dan tukar suara

    Kami tak guna fungsi bergema tapi ‘Magic Voice’ tu boleh ampa cuba. Boleh tukar suara kepada suara Besar, Kecik, Lelaki atau Perempuan.

    Jangan lupa muat-turun ‘driver’ Sades A2 ni pada pautan di bawah, nanti tak boleh nak godek pulak
    https://www.sades.gg/driver/headsets

    Bagi kami, Sades A6 ni memang berbaloi untuk fon kepala ‘premium’ mampu milik. Jika kami bandingkan dengan Edifier G2 II, Sades A6 jauh lebih baik kerana menang tanpa|dengan Equalizer. (Edifier G2 II selamat masuk kotak, cuma kami balaih span mikrofon dia untuk letak dekat Sades A6 hahaha)

    Dengan harga dia yang berpatutan, kredit kepada Sades kerana menyediakan fon kepala yang menyajikan audio yang secukup rasa bersama mikrofon yang berkualiti.

    Berkenan? Jangan lepaskan peluang untuk memiliki Sades A6 dekat pautan bawah ni, sementara stok masih ada dengan harga RM119.00!
    https://shopee.com.my/Sades-A6-Virtual-7.1-Surround-Sound-Gaming-Headset-i.188397058.8607134972

    Berakhirlah sudah ulasan kami disini, 
    Terima kasih Eclipse Marketing kerana sudi berkolaborasi,
    Jika jodoh kita dipanjangkan lagi,
    Mungkin masa hadapan kita berkolaborasi lagi.

    Kalau nak cari fon kepala mampu milik dalam keluarga Sades, iaitu Sades A2, klik pautan di bawah.
    Sades A2, Fon Kepala Mampu Milik Yang Berbaloi

    Ringkasan Ulasan

    Kualiti Produk
    9
    Penampilan
    9
    Pengalaman Pengguna
    10
    Nilai
    10
    Ciri Produk
    10
    Keselesaan
    10
    Amir Hussaini
    Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

    Artikel Terkini

    Artikel Berkaitan

    Subscribe
    Notify of
    guest
    0 Comments
    Inline Feedbacks
    View all comments
    0
    Would love your thoughts, please comment.x
    ()
    x
    %d bloggers like this: