Utama Blog Laman 65

Betul Ke Off Telefon Setiap Hari Boleh Elakkan Telefon Kena Hack?

0

Sebelum saya menjawab soalan ini, anda kena tanya dulu diri anda. Penting sangat kah anda sampai orang nak hack?

Kalau ya, jawapan mudah dia adalah kemungkinan besar TIDAK.

Pertama sekali, kalau telefon anda sudah pun di hack ataupun di tapped, tak kira lah berapa kali anda off pun, sebaik sahaja anda on semula, hacker akan terus mengakses telefon anda. Ini sudah tahun 2021, semuanya sudah automatik. Robot yang bekerja, bukan lagi orang. Ini pun bercakap dalam konteks Targeted Hacking lah.

Kedua, telefon sekarang kebanyakannya mempunyai bateri terbina dalam. Tak boleh cabut. Walaupun anda off sekalipun, data dan maklumat tetap hidup. Kuasa bateri tetap berjalan kerana rekaan peranti moden. Ini bukan lagi tahun 1992, sekarang ni semuanya di atas talian. Ada kitaran kuasa dan ada kuasa atas papan memori untuk jam dan sebagainya.

Ketiga, untuk menguatkan point kedua, eksperimen pernah dijalankan oleh seorang wartawan. Wartawan ini telah menggunakan mod aeroplane dan mematikan telefonnya.
Setelah off telefon, beliau menaiki kapal terbang ke negara lain. Sewaktu tiba ke negara lain, beliau terus berjumpa seorang pakar teknologi untuk ‘membaca’ telefonnya.

Ternyata, walaupun setelah mematikan telefon dan meletakkan telefon di dalam mod aeroplane, telefonnya masih lagi mengelog setiap aktivitinya termasuklah ketika bangun atau duduk!

Lain pula ceritanya sekiranya anda ingin bercakap dari segi data mining atau pencurian data daripada peranti melalui aplikasi seperti TikTok, Facebook, Google dan sebagainya. Dengan pemasangan aplikasi ini di dalam telefon, anda seolah-olah sudah memberi kunci rumah anda kepada pihak ketiga.

Mereka bebas membaca peranti anda, menyimpan log dan mencuri data daripada anda bila-bila masa sahaja. Jangan buat-buat lupa, sebelum memasang aplikasi, anda telah bersetuju dengan segala macam kebenaran yang diminta oleh aplikasi.

Jadi, tak kiralah sama ada anda on-off berapa kali sekalipun, selagi mana aplikasi tersebut terpasang pada peranti anda, selagi itulah ia akan bekerja tanpa henti. Menjejaki setiap pergerakan anda dan merekodkan segala macam log yang mereka mahukan di belakang tabir tanpa anda sedar.

Log rekod yang disimpan aplikasi ini bukannya besar sangat. Terbuka sahaja tingkap ke talian internet, data ini akan segera dihantar terus ke pelayan aplikasi. Umpama lipas yang terkurung di dalam bekas, akan melompat terbang sebaik sahaja anda membuka penutup.

Jadi? Terpulanglah pada anda. Percayalah apa yang anda mahu percaya. Jangan taksub.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Insta360 One X2 : Lebih Baik Dari GoPro Max?

0

Bagi sesetengah orang rakaman video dalam 360 darjah sebagai satu ciri tambahan tapi bagi Mamu yang telah menggunakan One R sebelum ini, video dalam 360 darjah membuka sudut menonton yang jarang dapat kita lihat sebelum ini. Ya, nak biasakan diri untuk merakam dalam 360 darjah bukan satu kerja yang mudah tapi bila hangpa dah cekap, ia merupakan satu kaedah kreatif yang menarik penonton hangpa tengok video hangpa hasilkan.

One X2 merupakan model yang menggantikan One X yang dikeluarkan sekitar hampir 3 tahun dahulu. Walaupun secara kasar dua model ini hampir serupa dari segi rekabentuk tapi dari segi kuasa pemprosesan, aplikasi yang lebih mesra pengguna membuatkan penghasilan video lebih mudah & cepat.

Spesikasi Insta360 One X2

  • Tarikh Pelancaran Oktober 2020
  • Berat 5.3 oz.
  • Dimensi Produk 1.8 x 1.2 x 4.4 in.
  • Warna Hitam
  • Waranti 1 Tahun
  • Saiz Sensor 2x 1/2.3-in CMOS
  • Lensa 2x 7.2mm f2 (setara 35mm)
  • Simpanan MicroSD (u3/v30 atau lebih laju disarankan)
  • Mikrofon 4 Mikrofon 360 darjah
  • ISO 100 sehingga 3200
  • Paparan 1.33-in skrin sentuh
  • Resolusi Rakaman 5.7K 360-darjah tangkapan dijahit secara automatik
  • Kalis Air Sehingga 33 kaki
  • Suhu Pengendalian -4 sehingga 104 darjah Fahrenheit
  • Penyambungan Wi-Fi dan Bluetooth
  • Bateri 1630 mAh
  • Pengecasan USB Type C
  • WB Auto, 2700K, 4000K, 5000K, 6500K, 7500K
  • Resolusi Foto 360: 6080×3040 (2:1) Pano: 4320×1440 (3:1)
  • Resolusi Video :
    360 : 5.7K@30fps, 25fps, 24fps, 4K@50fps, 30fps, 3K@100fps
    Steady Cam Mode : 2560×1440@50fps, 30fps, 1920×1080@50fps, 30fps

Video Nyahkotak

Kali ini pihak Insta360 hantaq kat Mamu Insta360 One X2 untuk diulas memandangkan sebelum ini Mamu dah ulas tentang One R dan juga lensa Leica 1 Inch mod depa di sini :

Insta360 One R Twin Edition : Pencabar Takhta GoPro?

Ulasan Insta360 1 Inch Leica Lens Mod & GPS Smart Remote

Produk yang depa hantaq kat Mamu kali ini adalah :

  • One X2 siap dengan kad memori 64GB
  • Fast Charge Hub
  • Lens Cap
  • Bullet Time Cord
  • Selfie Stick V2
  • GPS Smart Remote
  • Adapter Mikrofon
  • Ulanzi Hotshoe
  • Smallrig Utility Frame
  • Hardcase Untuk One X2

Dalam kotak hangpa akan dapat :

  • Insta360 One X2
  • Soft Pouch
  • Kabel Type C
  • Stiker Insta360
  • Kain Lap
  • Manual
  • Kad Waranti

Dari segi luaran, ada informasi tentang One X2 di sebelah tepi dan informasi lain tertera dibelakang kotak juga.

Kualiti binaan One X2 lebih kurang sama dengan kualiti binaan One X. Mari kita lihat apa yang ada pada One X2 ini dari segi fungsi dan butang untuk rakaman video.

Dibawah terbina dalam lubang untuk hangpa pasangkan kayu selfie ataupun untuk guna pada tripod hangpa. Berbeza dengan One R dimana hangpa kena pakai casing dia kalau nak pasang selfie stick sebagai contoh.

Dari pandangan depan, hangpa akan dapat melihat skrin untuk navigasi, butang rakam dan juga lampu LED untuk menunjukkan status rakaman hangpa.

Pada sebelah kiri pula kita akan nampak dua benda iaitu slot bateri dan juga slot port USB C.

Atas sekali tu merupakan mikrofon untuk One X2. Hati-hati bila merakam jangan sampai tertutup mikrofon tu pula.

Di sebelah kanan pula ada mikrofon lagi satu untuk rakaman audio. Disini juga hangpa akan jumpa butang kuasa untuk One X2. Sisi depan ada juga lampu LED rakaman.

Port USB Type C yang terselindung bawah penutup kalis air. Hati-hati bila buka pasal benda ni senang tercabut.

Pandangan depan dengan jenama Insta360 terpampang secara melintang. Auto ensem +10 bila pakai.

Bateri yang dikelilingi dengan getah kalis air untuk mengelak dari air masuk ke dalam One X2. Kalo dah masuk boleh menyebabkan emosi hangpa terganggu tau.

Selama penggunaan Mamu untuk beberapa bulan ni, banyak perubahan yang bagus untuk pengguna One X2 ini. Seperti contoh kapasiti bateri lebih besar iaitu sebesar 1630mAh berbanding One X yang mempunyai bateri berkapasiti 1050mAh sahaja. Adanya kuasa sebesar ini, hangpa mampu merakam video sehingga sejam setengah bergantung pada keadaan sekeliling ketika hangpa tengah buat rakaman.

Suka aktiviti air? Jangan risau One X2 ini kalis air sehingga kedalaman 10 meter. Kalo hangpa suka menyelam, Mamu sarankan hangpa beli underwater case One X2. Kalau hangpa suka mandi laut, pastikan lepas gunakan One X2 hangpa tu sila bilas dengan air biasa naa.

Fungsi lain yang menarik bagi Mamu adalah Deep Track 2.0. Fungsi ini menyenangkan kerja hangpa nak ikut subjek contoh anak hangpa tengah berlari kat padang. Tak payah nak risau video tak menjadi dengan adanya penyuntingan AI. Benda ini memang banyak menjimatkan masa Mamu untuk edit video 360.

Mai kita cuci mata dengan hasil gambar yang dapat dihasilkan dengan One X2 ini.

Panorama

Foto 360 Darjah

Siang

Night Mode

Pure Shot

HDR
Foto 2D

Dari segi suntingan, hangpa boleh pakai aplikasi di telefon ataupun menggunakan PC. Aplikasi di telefon lebih banyak ciri-ciri menarik yang hangpa boleh buat yang PC tak boleh buat.

Satu rakaman video atau gambar, hangpa boleh hasilkan pelbagai sudut atau ciri yang sesuai untuk hasil yang hangpa nak. Bila hangpa dah biasakan diri dengan aplikasi Insta360, pastinya hari-hari hangpa nak rakam menggunakan One X2.

Ini antara video yang Mamu hasilkan menggunakan aplikasi Insta360. Abaikan perut comel Mamu yang timbul dalam video dibawah naa.

Menarik video yang Mamu hasilkan? Semua ini hangpa boleh buat menggunakan template yang ada dalam ShotLab. Depa sertakan tutorial macam mana nak hasilkan video tersebut. Less headache, more shooting.

Keburukan pada sesuatu produk mesti ada walaupun secanggih mana pun. Bagi Mamu bila hangpa pakai One X2 hangpa kena berhati-hati kalau jatuh memang merana jiwa lensa calar. Mamu sarankan hangpa pakai Lens Protector yang ada jual untuk kesenangan jiwa sepanjang masa.

One X2 ini juga senang panas jika hangpa rakam video durasi panjang. Cara nak atasi adalah dengan buat rakaman hangpa lebih pendek. Tu dapat mengurangkan One X2 ini menjadi cepat panas. Biasa Mamu akan buat rakaman setakat 5 minit satu video. Ini juga akan menyenangkan kerja suntingan hangpa kemudian.

Slot kad memori dia boleh buat Mamu gaduh dengan One X2. Hangpa kena keluarkan bateri baru boleh keluarkan kad memori yang tersembunyi agak dalam. Hangpa kena gunakan kepakaran hangpa untuk keluarkan kad memori hangpa. Cara lain? Gunakan kabel yang tersedia sekali untuk muat turun gambar dan rakaman hangpa ke PC. Kalo hangpa memang sunting terus dari One X2, masalah ini bukan masalah besar bagi hangpa.

Satu masalah yang agak leceh bagi Mamu adalah telefon hangpa kena spesifikasi agak tinggi. Mamu menggunakan telefon Redmi Note 10 Pro dan setakat ini telefon ini masih mampu mengeksport video dengan pantas.

Walaupun ada masalah seperti yang Mamu sebutkan diatas, bagi Mamu ini boleh diatasi jika hangpa boleh cari penyelesaiannya seperti Mamu dah sebutkan. One X2 ini boleh dijadikan teman untuk hangpa rakam video anak-anak hangpa ataupun aktivitiviti berbasikal hangpa.

Teringin nak beli satu dan merasai pengalaman macam Mamu? Jangan risau hangpa boleh klik pautan dibawah & terus order satu set. Pastinya hangpa akan gembira tapi poket hangpa akan merana. Tanda harga Insta360 One X2 pada ketika ini adalah sekitar RM1800.

Insta360 One X2

Sehingga kita berjumpa lagi pada ulasan akan datang. Mamu signing out! 😀

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Creative Outlier Air V2: Kualiti Audio Setanding Dengan Harga

0

Hai semua. Kali ini saya thysevensigns berpeluang untuk mencuba sendiri TWS daripada jenama Creative iaitu Outlier Air V2.  Sebelum itu, saya berkongsi sedikit info tentang syarikat Creative ini.

Syarikat Creative adalah peneraju produk hiburan digital di seluruh dunia. Ditubuhkan di Singapura pada tahun 1981, Syarikat Creative bermula dengan visi mereka sendiri bahawa multimedia akan merevolusikan cara orang berinteraksi dengan PC mereka.

Pada mulanya, Syarikat Creative memfokuskan tentang kad bunyi pada pc. Namun begitu sejak akhir-akhir ini, mereka telah memperkenalkan banyak produk berasaskan bunyi, iaitu headset dan juga TWS.

Creative Outlier Air V2 didatangkan dengan kotak berwarna putih penuh dengan infomasi didalamnya. Mari kita lihat secara teliti spesifikasi TWS ini.

Spesifikasi Produk:

  • Bluetooth: versi 5.0
  • Warna: biru metalic
  • Berat: Pengecas 60g & 12g bagi dua belah TWS
  • Jarak transmisi Bluetooth: lebih pada 10M tidak lebih daripada 33M
  • Respon frekuensi: 20–20,000 Hz
  • Bateri TWS: 160mAh untuk dua belah.
  • Bateri bekas Simpanan: 450mAh
  • Ketahanan air: Diakui IPX5
  • Masa penggunaan: sehingga lebih 12jam
  • Jumlah penggunaan bateri: sehingga lebih 34jam
  • Codec audio: aptX, AAC, SBC
  • Antaramuka: menyokong USB-C & Bluetooth 5.0
  • Tersedia mikrofon: Ya

Mari saksikan video unboxing bagi produk ini.

Dalam kotak TWS pula terdapat aksesori berikut:

  • 1 x Creative Outlier Air V2
  • 1 x Kotak Pengecas USB-C
  • 1 x Kabel Pengecas USB Type-C
  • (K), (S) and (B) plastik telinga
  • 1 x Bantuan manual mudah
  • 1 x Borang aduan
  • 1 x Kad jaminan waranti
SXFI Apps for Creative

Sistem Super X-Fi Ready sangat membantu dalam menghasilkan kualiti audio terbaik pada TWS ini, tetapi ada berita buruk; ianya tidak membantu sepenuhnya dalam penstriman muzik seperti Spotify, Deezer dan juga Tidal. Tetapi, kualiti audionya masih dalam keadaan optimum dan sedap didengar. Saya berharap agar pihak Creative dapat bekerjasama dengan syarikat penstriman muzik untuk menyokong fungsi Super X-Fi Ready pada masa yang akan datang.

Super X-Fi Ready

Saya turut mencuba dengan menggunakan senarai main yang ada di dalam telefon saya. Hasilnya memang sangat mengancam! Walaupun ia tidak menyokong penstriman muzik, namun ia begitu cemerlang pada fail lossless yang dimainkan pada aplikasi SXFI.

SXFI Apps Songs list

Terdapat profil Head & Ear-Maping didalam aplikasi. Fungsi Head & Ear-Mapping adalah bagi mendapatkan bunyi TWS yang amat neutral. Jadi sekiranya anda ingin menggunakan fungsi ini, mungkin bagi sesetengah orang amat sukar untuk mendekatkan skrin telefon pada telinga seperti saya, namun setelah beberapa kali mencuba akhirnya berjaya juga membuat dan menyiapkan profil Head & Ear-Mapping.

Head & Ear-Mapping Calibration

Dengan adanya ciri kalis air, Outlier Air V2 memang sesuai dengan saya kerana saya seorang yang kuat berpeluh, jadi ketika berjoging ataupun bersenam, dapatlah saya menggunakan TWS ini tanpa ragu-ragu.

Jika anda boleh meneka dengan tepat apa yang saya cuba nyatakan, jawapannya ya, Creative telah kembali sebagai satu syarikat yang mengeluarkan tahap kualiti audio yang baik. Dengan sokongan daya bateri yang lama dan butang kawalan yang baik, semestinya saya mengesyorkan produk ini kepada anda semua.

Anda boleh mendapatkan product ini dengan harga SGD $69 di pautan laman ini:

Creative Outlier Air V2

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Maono AU-MH601: Headphone Studio Dengan Harga Bajet

0

Pandang Pertama

Saya memang seorang penggemar headphone. Bagi saya, headphone lebih selesa, lebihn sedap didengar dan mempunyai julat bunyi yang lebih pelbagai berbanding earphone. Kali ini, saya mencuba pula headphone daripada Maono, iaitu Maono AU-MH601. Sebuah headphone studio dengan rekaan dan bunyi yang menarik.

Maono adalah antara jenama yang semakin mendapat populariti dengan produk audio mereka. Jadi, dengan headphone studio Maono AU-MH601 ini, saya sudah tentunya teruja!

Apa Dalam Kotak?

Maono AU-MH601 dibungkus dalam sebuah kotak besar. Warna kuning dan hitam sudah menjadi identiti bagi jenama ini dan ia juga dizahirkan dengan jelas dalam kotak produk mereka.

Di dalamnya, anda akan mendapat sepasang headphone studio, seutas kabel berpintal 3 meter dan sebuah buku manual. Kabel audio untuk Maono AU-MH601 ini hadir bersama aksesori tambahan untuk menjadikan bicu audio 3.5mm kepada saiz 6.3mm.

Spesifikasi Ringkas

Jenis: Over-Ear.

Rekaan belakang: Tertutup

Frekuensi: 20-20kHz.

Impeden: 32 ohms.

Sensitivit: 116dB ±3dB.

Saiz pemacu audio: 50mm.

Sambungan: Wired-3.5mm/6.3mm Stereo Adapter.

Bahan binaan: Plastik

Di atas adalah rajah frekuensi bagi headphone AU-MH601 yang dihantar oleh pihak Maono. Saya bukanlah jurutera audio, tetapid daripada graf ini boleh dikatakan heapdhone ini mempunyai kualiti bunyi yang lebih neutral.

Ia mempunyai dua lubang untuk bicu audio di kedua-dua belah telinga. Menjadikan ia padan dengan saiz bicu audio standard 3.5mm dan juga saiz 6.3mm. Dengan saiz pemacu audio sebesar 50mm dan juga pad telinga yang besar, ia mampu memberikan anda pengasingan bunyi pasif yang berpatutan.

Setelah Sebulan Penggunaan

Untuk sebulan dua ini, saya banyak melakukan kerja-kerja produksi. Saya menyunting video, mengkompos beberapa trek audio dan mendengar banyak lagu untuk projek sampingan saya. Tidak ada masa untuk menukar headphone dan saya gunakan sahaja Maono AU-MH601 ini.

Setakat menggunakannya, saya dapati ia selesa dan boleh berfungsi dengan cemerlang untuk kerja saya. Bunyi yang dihasilkan olehnya sangat neutral dan sesuai dengan kehendak saya. Tidak terlalu menonjol dalam mana-mana aspek bunyi dan pendengaran terasa jelas dan rata tanpa bayangan daripada frekuensi tertentu.

Binaannya pula setakat ini masih utuh dan tiada tanda-tanda kerosakan. Kabel audionya pula, walau lain dari yang lain, masih lagi berfungsi sama seperti baru dikeluarkan daripada kotak. Tiada longgar atau karat. Secara puratanya, penggunaan jangka panjang yang menyenangkan dan menyeronokkan.

Apa Yang Saya Suka Dengan Maono AU-MH601?

KUALITI BUNYI– Ini adalah perkara pertama yang anda akan perasan apabila mencuba mana-mana headphone. Kualiti bunyi adalah perkara pertama yang saya nilaikan apabila mencuba sebarang headphone. Seperti yang saya katakan di atas, bunyi pada MH-AU601 ini bersifat neutral. Bass yang tepat dan terarah, mid yang begitu jelas dan juga frekuensi tinggi yang tidak terlalu menikam gegendang telinga anda.

Saya boleh menggunakannya untuk mendengar pelbagai genre lagu untuk jangka masa yang lama dan semunya kedengaran sangat natural dan santai. Dalam erti kata ringkas, ia sesuai untuk semua genre lagu yang telah saya cuba.

KESELESAAN– Maono AU-MH601 ini selesa dipakai. Pad telinga diperbuat daripada kulit protein yang lembut pada kulit dan memberi pengudaraan kepada telinga. Saiznya juga besar. Jika telinga anda tidak bersaiz terlalu besar, telinga anda akan duduk selesa dikelilingi pad telinga. Saya yang memakai kaca mata juga tidak terasa tekanan pada telinga walaupun memakainya selama 2-3 jam lamanya.

REKAAN– Rekaan headphone ini bagi saya menarik. Dengan bentuk yang minimalis dan tona warna yang elegan. Headphone ini sememangnya nampak seperti satu headphone ‘bekerja di studio’ yang serius. Apabila anda memakainya, atau bergambar dengan headphone ini di kepala, nampak persis seorang komposer (walau hakikatnya anda baru mula berjinak menonton YouTube cara-cara untuk menyunting video, macam saya. Hahaha).

Bahagian sisinya juga direka dengan permukaan yang rata. Saya lihat ada pengguna yang melakukan modifikasi pada bahagian luar telinga ini dengan menampal pelekat saluran YouTube ataupun logo syarikat mereka sendiri. Satu Idea yang menarik.

BICU DAN KABEL AUDIO– Bicu dan kabel audio pada headphone ini sangat unik. Boleh ditukar guna samada 3.5mm ataupun 6.3mm. Kabel berpintal yang diberikan bersama juga tebal dan terasa berkualiti tinggi. Dengan kepanjangan 3 meter, ia sudah cukup untuk memenuhi keperluan anda untuk bangun dan duduk daripada kerusi semasa membuat kerja di meja anda.

BERSENDI DAN MUDAH DIBAWA– Headphone ini penuh dengan artikulasi. Pemegang telinganya boleh dipusing menghadap ke depan sebanyak 90 darjah. Angkup telinganya pula boleh dimasukkan ke dalam sehingga 180 darjah. Menjadikannya senang dikecilkan untuk dibawa ke mana-mana. Ia headphone yang pandai melakukan gimnastik!

Apa Yang Saya Harap Maono Perbaiki?

BAHAN BINAAN YANG LEBIH KUKUH– Secara jujurnya, Maono AU-MH601 ini kelihatan murah apabila dilihat dari dekat kerana binaannya yang 100 plastik. Ia terasa premium pada sentuhan dengan plastik yang seakan baldu. Tapi seriuslah? Pelaras telinganya juga dibuat daripada 100% plastik? Saya mengharapkan setidaknya bahagian ini dibuat daripada besi atau aluminium. Ya, untuk sebuah headphone yang kononnya untuk kegunaan studio, saya harapkan headphhone saya bertahan lama dan ‘tahan campak’.

WARNA– Sedikit warna tak akan melukakan sesiapa. Saya faham dengan prinsip rekaan Maono AU-MH601 ini yang lebih ke arah minimalisma dan memberi lebih fleksibiliti untuk pengguna menggunakan logo sendiri pada headphone ini. Ia juga hadir dalam 3 warna mengikut maklumat pada kotaknya. Tetapi, sedikit kemasan krom tidak akan menjadi masalah kan?

SOKONGAN BLUETOOTH?– Ya, saya tahu. Ini headphone studio berwayar. Tapi saya sukakan idea sebuah headphone semua dalam satu. Siap sahaja kerja saya di meja, saya berharap saya boleh cabui sahaja kabel daripada headphone saya, ambil telefon dan keluar. Kemudian, teruskan hari saya dengan mendengar lagu dengan headphone studio saya, secara tanpa wayar. Menarik bukan?

Kesimpulan

Maono AU-MH601 adalah satu headphone yang seimbang, bajet dan sesuai untuk mereka yang banyak melakukan kerja-kerja penyuntingan dan audio. Untuk penggemar audio tanpa bajet yang tinggi juga sesuai mendapatkan headphone ini kerana kualiti bunyinya yang agak mengagumkan dengan harganya.

Bagi mereka yang memiliki headphone amplifier juga, boleh gunakan bersama dengan Maono AU-MH601 ini mendapatkan bunyi yang lebih jitu dengan tindak balas bass yang lebih cekap dan tepat. Cuma, ia agak berat dengan berat sehingga 390 gram. Tak sesuai untuk bersenam, tapi siapa saja yang bersenam dengan headphone berwayar kan?

Dapatkannya di kedai rasmi:

Shopee

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

2 Poco X3 GT Untuk Dimenangi Malam Ini!

0

POCO Malaysia dengan kerjasama Lazada Malaysia akan menganjurkan satu sesi tonton dan menang di platform membeli-belah dalam talian yang popular di Malaysia itu. Acara akan dimulakan tepat jam 11:00 malam ini.

Aturcara acara termasuklah sesi buka kotak POCO X3 GT oleh tetamu istimewa. Selain daripada POCO X3 GT, banyak lagi cenderahati POCO untuk dimenangi! POCO X3 GT merupakan peranti mercu terbaru daripada POCO yang memfokuskan kepada kuasa pemprosesan untuk permainan video.

Tonton LIVE Lazada di pautan: https://s.lazada.com.my/s.djxkP

Antara spesifikasi ringkas POCO X3 GT:

  • 6.6” FHD+ LCD DotDisplay with 120Hz Refresh Rate and 240Hz Touch Sampling Rate
  • Corning® Gorilla® Glass Victus™
  • MediaTek Dimensity 1100 (6nm Flagship Process Technology)
  • LiquidCool Technology 2.0
  • X-axis Linear Motor
  • LPDDR4X RAM + UFS 3.1 Storage
  • MIUI 12.5 for POCO, based on Android 11
  • 64MP+8MP+2MP AI Triple Rear Camera (64MP Main Camera, 8MP Ultra-Wide Camera, 2MP Macro Camera)
  • 16MP Front Camera
  • Dolby Atmos® Dual Speakers with Hi-Res Audio certification and Hi-Res Wireless Audio
  • Dual 5G SIM Standby
  • Bluetooth 5.2
  • Wi-Fi 6
  • NFC
  • IR Blaster
  • 5,000mAh (typ) Battery
  • 67W Turbo Charging (67W In-box Charger)
  • Side-mounted Fingerprint Sensor

Harga promosi pada 3 Ogos 2021 sehingga 4 Ogos 2021:

8GB RAM + 128GB Storage: RM 1,199 (RRP: RM 1,299)

8GB RAM + 256GB Storage: RM 1,399 (RRP: RM 1,599)* 

*hadiah misteri bernilai RM169 untuk pembelian varian 8GB + 256GB pada 3 Ogos 2021 sahaja.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Portal No More Ransom Menawarkan Decryptor Ransomware Secara Percuma

0

Semua yang kita perlukan disimpan dalam peranti digital, seperti komputer peribadi, komputer riba dan telefon bimbit, yang mengandungi maklumat penting mengenai kehidupan peribadi dan profesional.

Digitalisasi telah mewujudkan persekitaran hidup fleksibel yang memberikan kita kebebasan untuk mengakses alam semesta maklumat dengan mudah.

Ia juga memberi kita ruang untuk menyimpan beratus-ratus ribu fail yang berbeza: gambar anak² dan haiwan peliharaan, tiket elektronik, projek², matriks penting yang telah kita kerjakan selama berminggu², arkib yang dipenuhi dengan pengetahuan dan kenangan selama puluhan tahun.

Namun, ransomware membolehkan penjenayah mencuri semua ini dalam sekelip mata. Itulah sebabnya sangat penting untuk berhati-hati, cakna dan melindungi dunia digital anda.

Decryptor yang terdapat di repositori No More Ransom telah membantu lebih daripada enam juta orang dalam memulihkan fail mereka secara percuma.

Ini menghalang penjenayah memperoleh hampir satu bilion Euro melalui serangan ransomware. Ketika ini ia menawarkan 121 alat decryptor percuma yang dapat menyahsulit 151 varian ransomware.

Portal ini tersedia dalam 37 bahasa dan boleh diakses di pautan: https://www.nomoreransom.org/en/index.html

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Kingslim D5: Dashcam Bajet Yang Menyerlah Dengan Rakaman 4K

0

Pada waktu kini, dashcam bukan lagi satu gajet yang dilambangkan sebagai bentuk kemewahan, kerana rakaman yang dibuat sewaktu memandu boleh dijadikan bukti sekiranya berlaku kemalangan. Ia menjadi unsur yang sangat penting kepada sesebuah kenderaan, tidak kiralah motosikal sekalipun.

Kingslim cuba memenuhi kerompongan dalam ruangan bajet, apabila syarikat ini mengeluarkan dashcam yang mampu dimiliki oleh ramai orang. Dengan model D5, kini sesiapa sahaja mampu menggunakan dashcam, dengan rakaman beresolusi 4K.

Mari kita tonton terlebih dahulu segmen buka kotak.

Apa Ada Dalam Kotak?

1x Kingslim D5 dashcam.
1x Pendakap GPS.
2x Pita pelekat dua sisi.
5x Klip kabel.
1x Pengecas (kereta).
1x Manual panduan pengguna.
2x Pelekat GPS.
1x Pry Tool.

Spesifikasi Kingslim D5:

Rakaman 4K Ultra HD:
Kingslim D5 merakam video UHD 4K (2160P @ 30fps) dan 2.5K (2560×1440 @ 30fps)/1080P @ 60fps video HD Penuh.

WiFi Terbina Dalaman:
Mudah menyambungkan kamera kereta D5 dengan aplikasi telefon melalui fungsi WiFi. Anda boleh memainkan semula dan memuat turun video tanpa mengeluarkan kad SD dan menyesuaikan tetapannya secara langsung melalui aplikasi telefon.

Rakaman & Penjejakan GPS:
Fungsi GPS terbina dalaman dan modul GPS disertakan, yang dapat merekod data laluan dan kelajuan pemanduan anda dalam video.

Sony STARVIS Night Vision:
Dilengkapi dengan sensor imej Sony, lensa kaca 6-lapisan dan bukaan f/1.8 yang besar, alat perakam dashboard ini mencapai penglihatan malam yang jelas dan terang walaupun dalam lingkungan cahaya rendah.

Pasang & Mainkan Dalam 5 Minit:
Kamera pemuka depan tunggal dengan reka bentuk palam dan main tanpa kerja pendawaian yang rumit, sesiapa sahaja boleh memasangnya dan menggunakannya dalam 5 minit.

Kingslim ialah anak syarikat kepada Akaso. Saya sudah pernah menggunakan beberapa model kamera aksi dari Akaso sebelum ini iaitu Brave 4 dan V50 Pro, jadi saya tahu apa yang boleh dijangkakan untuk kamera pemuka atau dashcam ini.

Menawarkan kualiti rakaman yang baik dengan sensor imej STARVIS oleh Sony, saya lebih tertarik untuk mencubanya di waktu malam kerana secara umumnya, kebanyakan kamera pemuka pada masa kini sudah boleh memberikan penggambaran yang bagus di waktu siang. Di hujung artikel ini ada dikongsikan kualiti penggambaran di kedua-dua belah masa, iaitu siang dan malam.

Kamera ini mempunyai sokongan GPS terbina dalaman, dan ia akan memaparkan koordinat GPS serta kelajuan semasa ketika rakaman berlangsung. Ini memudahkan pemungutan data tentang lokasi kejadian yang lebih tepat.

Untuk mewujudkan ekosistem yang lebih lengkap, ia turut menyokong aplikasi pihak ketiga iaitu Roadcam. Jujurnya, saya amat tidak sukakan aplikasi ini kerana ia meminta beberapa kebenaran (permission) untuk beroperasi, yang lebih dari sepatutnya.

Tidak lupa juga paparan antara muka pengguna yang kurang kemas, sambungan kepada ciri WiFi yang agak mengelirukan, dan ciri auto rakam di paparan muka depan agak menjengkelkan. Berikut adalah paparan aplikasi tersebut:

Tanpa aplikasi ini pun, Kingslim D5 masih dapat berfungsi seperti biasa, cuma jika anda hendak mengalihkan data dari kad SD mikro, anda perlulah mengeluarkan kad itu terlebih dahulu. Melainkan anda tidak kisah tentang keselamatan data dan hal privasi anda, maka silalah gunakan aplikasi Roadcam.

Selain itu, Kingslim D5 juga menyokong ciri:

  • Sudut pandang 170°.
  • Skrin IPS 2 inci.
  • Pemantau parkir.
  • Rakaman kecemasan (G-sensor/pemantau parkir/pengesan pergerakan).
  • Resolusi tangkapan gambar – 12M/10M/5M/3M.
  • Super Night Vision dengan HDR.

Berikut pula ialah beberapa gambar set aksesori Kingslim D5 yang diberikan dalam kotak, dan beberapa gambar close up. Set ini hanyalah beberapa aksesori asas sahaja, tetapi sudah cukup untuk anda mula menggunakan kamera pemuka Kingslim – asalkan anda sudah beli kad SD mikro terlebih dahulu. Oh ya, kamera ini menyokong kad berkapasiti sehingga 256GB.

Pelekat untuk pendakap GPS.

Pengecas dalam kereta yang perlu dipalamkan ke dalam soket pencucuh rokok.

Butang kuasa, dan slot untuk kad SD mikro serta plug kuasa USB.

Paparan skrin depan.

Lensa 4K dengan bukaan f/1.8.

Pry tool, klip kabel, dan pelekat.

Butang memilih pilihan dalam tetapan.

Grill pembesar suara.

Ciri GPS terbina dalaman.

Sebuah kamera pemuka kereta yang lengkap, tetapi masih murah.

Sampel rakaman video di waktu siang:

Melihat kepada kualiti rakaman waktu siangnya, selain kestabilan rakaman yang agak mengagumkan, ia juga menonjol dengan ciri HDR. Ini suatu fungsi yang selalunya ada pada kamera yang lebih mahal. Cuma apabila ditonton semula, dapat dilihat profil warnanya yang lebih ke arah ‘warm’.

Selain itu, di bahagian video juga disertakan informasi koordinat GPS, kelajuan kenderaan, tarikh dan waktu rakaman.

Sudut pandang kamera agak luas, yang mana merangkumi sebahagian besar cermin hadapan. Anda boleh pilih untuk lekatkan di tepi atau di tengah, sesuai dengan citarasa anda sendiri.

Perincian pada video bolehlah dikatakan agak baik, walaupun saya pernah melihat kualiti yang lebih bagus lagi dari ini. Asal saja anda rakamkan dengan resolusi 4K, perincian penting seperti nombor plat akan dapat dilihat selepas zoom.

*Bunyi getaran yang anda dengar tidak datang dari kamera, tetapi dari radio kereta saya. Maaf, ada duit lebih nanti saya tukar. Hehehe.

Sampel rakaman video di waktu malam:

Melihat kepada kualiti rakaman di waktu malam pula, terserlah ciri Night Vision yang diiklankan oleh Kingslim. Walaupun suasana agak gelap, video yang dirakamkan masih cerah dan sempurna, cuma kadangkala noise dapat dilihat dengan jelas.

Kualiti rakaman masih stabil, audio pula memuaskan. Cuma disebabkan tona warnanya yang agak ke arah ‘warm’ seperti dinyatakan di atas, adakala video kelihatan kekuningan.

Ya, ya, bunyi getaran radio saya memang menjengkelkan. Tapi nak buat macam mana, kedai aksesori kereta banyak yang tutup di waktu PKP (ini adalah sebuah alasan kukuh.)

Konklusi

Dengan harga sebanyak RM281, saya rasa kamera ini mampu memberikan anda satu kepuasan, terutamanya buat anda yang sudah lama menginginkan sebuah kamera pemuka untuk kereta.

Meskipun rakaman di waktu malamnya belum dapat menandingi kualiti hasil rakaman dari kamera yang lebih mahal, namun dengan harga bajet dan set aksesori lengkap, Kingslim D5 tidak menghampakan sama sekali.

Kalau ada kekurangan yang saya ingin sekali ia ditambah, atau ditambah baik, ialah ciri skrin sentuh. Walaupun butang yang ada amat mudah ditekan dan responsif, jika anda lebih menggemari skrin sentuh, mungkin D5 bukan untuk anda. Tetapi jika anda tidak pedulikan ciri itu, saya yakin anda tidak menyesali pembelian ini.

Beli di sini: Lazada.

Klik di sini untuk voucher RM15 buat pembaca OMGH: Kingslim D5 Voucher.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Maonocaster AU-AM200 S1 Starter Bundle: Streaming, Audio Semua Dalam Satu!

0

Apa Dalam Kotak?

Maonocaster AU-AM200 S1 Starter Bundle adalah antara kotak produk yang paling besar pernah saya dapatkan. Walaupun kotak produk ini telah hancur ketika sampai kepada saya, nasib baiklah semua item di dalamnya masih lagi kekal utuh. Terima kasih kepada kekemasan pembungkusan produk ini yang hadir dengan pelbagai lapisan busa di dalam kotak.

Di dalam kotak, saya mendapat satu unit antaramuka audio Maono AU-AM200, satu unit mikrofon dan kabel XLR jenama Maono, satu unit fon telinga, dua kabel AUX 3.5mm, satu kabel USB-C OTG dan satu kabel USB-C ke USB. Ya, nama ‘Starter Bundle‘ pada kotaknya bukan hanya sekadar slogan. Pakej ini hadir cukup lengkap untuk anda memulakan studio podcast anda sendiri!

Spesifikasi Ringkas

Maonocaster hadir dengan cip pemproses audio terbina dalam dan menyokong sambungan Bluetooth. Ia juga boleh digunakan tanpa dicucuk pada wayar pengecas terima kasih kepada bateri bersaiz 1200MaH yang ada di dalam dek audio tersebut.

Ia juga boleh menyokong sehingga 4 peranti serentak. Satu perkara yang sangat menyenangkan kerja bagi mereka yang sering kali membuat strim atas talian dan menggunakan banyak peranti dalam satu masa.

Kawalan

Maonnocaster AU-AM200 ini menggunakan kawalan analog dengan togol dan tombol yang responsif. Dua tombol besar pada bahagian atas digunakan untuk mengawal kelantangan input daripada mikrofon dan muzik latar. Di baris atas, ada 4 togol untuk mengawal tona bunyi mikrofon dan juga kelantangan rakaman.

Di tengah konsol, terdapat kawalan sentuhan untuk mengawal not bunyi, biasanya digunakan oleh pemain muzik dan penyanyi. Dua tolok pada bahagian kanan pula digunakan untuk mengawal kelantangan bunyi fon telinga dan juga untuk mengawal kekuatan gema suara anda.

Selain daripada butang analog, Maonocaster AU-AM200 juga dilengkapi dengan butang pad getah yang terbahagi kepada dua bahagian. Di bahagian kanan, 8 pad bertanda adalah untuk efek bunyi yang telah diprogramkan. 4 pad kosong di baris bawah pula merupakan butang kosong yang boleh diprogramkan dengan bunyi sendiri.

Di sebelahnya, 6 pad kekunci pula digunakan untuk menjalankan program bunyi. Ada butang “Effect” untuk mengubah kesan bunyi suara dalam 4 tetapan. Butang “Pitch” membolehkan anda mengubah suara anda kepada 4 jenis iaitu suara wanita, lelaki sado, bayi dan juga robot. Butang “Music Only” membolehkan anda membuang suara daripada lagu untuk tujuan karaoke ataupun ‘minus-one’. Butang “Denoise” pula membolehkan Maoncaster memproses bunyi daripada mikrofon anda dan membuang bunyi selain daripada suara anda untuk tujuan rakaman. Dua lagi butang di bawahnya masih lagi menjadi misteri buat saya.

Pengalaman Selepas Menggunakan Sebulan

Setelah sebulan menggunakan Maonocaster AU-AM200 S1 Starter Bundle ini, saya amat berpuas hati dengannya. Saya telah gunakan Maonocaster ini untuk merakam video, mengedit video dan juga untuk kerja dan bermain permainan video secara atas talian. Dengan Maoncaster ini, saya kini ada lebih banyak kawalan ke atas mikrofon saya.

Butang dan fungsi yang telah diprogramkan bersama Maonocaster ini juga memberi lebih keseronokan semasa bermain bersama rakan-rakan di dalam talian. 4 butang kosong pada Maonocaster ini saya gunakan sepenuhnya dengan suara dan efek bunyi saya sendiri.

Antara fungsi lain yang saya suka adalah kebolehan untuk mengubah efek suara dan juga keupayaan Maonocaster untuk membuang bunyi bising semasa rakaman. Dengan mod Pro, saya boleh mengubah tona suara saya dengan 3 togol Low, Mid dan Hi. Butang Denoise juga sangat membantu dengan membuang bunyi bising persekitaran semasa rakaman. Kini saya tidak perlu lagi berjaga malam, menanti keadaan senyap untuk merakam audio.

Kalau ada pun perkara yang saya tidak berapa suka dengan Maonocaster AU-AM200 ini adalah keupayaannya untuk memberi cukup kuasa kepada mikrofon khususnya kepada jenis ‘condenser‘. Mikrofon BM-800 saya boleh digunakan bersama Maonocaster ini dan bunyi yang dihasilkan cukup baik pada apabila diletak pada maksimum. Namun, untuk benar-benar mendapatkan keupayaan sebenar BM-800, saya masih lagi perlu menggunakan phantom power.

Sekiranya anda menggunakan mikrofon yang datang bersama set bundle ini, ia tiada masalah kerana ia telah ditala untuk digunakan bersama. Tetapi jika anda ingin menggunakan mikrofon lain, saya nasihatkan anda untuk membuat kajian dahulu tentang kuasa mikrofon anda.

Maonocaster AU-AM200 ini juga menyokong output kepada peranti rakaman lain seperti kamera dan telefon pintar anda. Jadi, saya boleh gunakan mikrofon saya sendiri, sambung ke Maonocaster, gunakan Denoise dan  kemudiannya sambung Maonocaster saya kepada kamera saya. Dengan ini, saya boleh terus merakam video tanpa saya perlu merakam suara saya secara berasingan untuk suara yang lebih jelas. Semuanya kini boleh dilakukan secara serentak.

Penjimatan masa dan tenaga saya dalam penghasilan video adalah dua kali ganda lebih jimat dengan gabungan Maonocaster dan kamera video.

Kesimpulan

Kesimpulan saya, pada harga yang tidak terlalu mahal, Maonocaster AU-AM200 S1 Starter Bundle ini sememangnya berbaloi untuk dibeli. Ia telah banyak memberi kelegaan kepada saya dalam langkah kerja penghasilan video. Tidak perlu lagi membuat kerja dua tiga kali untuk memproses audio rakaman, tidak perlu lagi berjaga lewat malam dan menanti tiada bunyi di rumah untuk mendapatkan suasana rakaman yang optimum. Sejujurnya, tiada harga yang boleh diletakkan untuk masuk tidur awal dan bangkit pada keesokan pagi dengan tidur malam yang cukup.

Dapatkannya di kedai rasmi:

Shopee

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Mi 12 Bakal Flagship Killer 2021: Snapdragon 895, Skrin 2K, Kamera 200 MP?!

0

Belum pun reda hype daripada pelancaran model mercu daripada Xiaomi untuk tahun 2021, Xiaomi tidak menunggu lama dalam perancangan model mercu mereka yang seterusnya. Menerusi maklumat IMEI yang tertiris, Xiaomi telah pun membangunkan  peranti mercu mereka yang seterusnya dipercayai model Mi 12.

Model tersebut dikatakan akan hadir dengan cip pemporesan mercu terbaru daripada Qualcomm, Snapdragon 895 dan dilengkapi kamera utama sebesar 200 megapiksel! Turut diwar-warkan, ia juga akan dilengkapi dengan skrin LTPO dengan kadar segar semula dinamik daripada 1 – 120 Hz. Turut dinyatakan dalam maklumat tertiris bahawa skrin premium ini akan hadir dalam resolusi 2K.

Gambar dari Weibo

Pengecasan juga dikatakan akan menggunakan pengecasan pantas 120W berwayar dan juga pengecasan pantas 100W tanpa wayar. Xiaomi kebelakangan ini tampak semakin selesa dalam menempatkan barisan model mereka dalam kelompok telefon premium.

Untuk model Mi 12 ini pula, saya secara peribadi agak skeptik sama ada ia akan jadi model “flagship killer” untuk tahun ini. Mungkin ia akan hadir dengan tanda harga premium juga seperti mana model Mi 11 mereka.

Namun begitu, bagi mereka yang masih menabung untuk Mi 11, saya rasa lebih baik anda tunggu dahulu kerana nampaknya Snapdragon 888 mempunyai masalah suhu yang terlalu panas semasa operasi. Mungkin Snapdragon 895 adalah jawapan dan penyelesaian kepada masalah suhu panas Snapdragon 888?

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

PRISM+ X290 & Arc Lite Monitor Arm : Kombo Terbaik Untuk Bekerja

0

PRISM+? Hangpa mungkin tertanya-tanya jenama ni dan mungkin hangpa pernah tengok iklan depa lalu lalang di Facebook hangpa juga. PRISM+ merupakan jenama dari jiran sebelah kita iaitu Singapura dan depa dah mula mengorak langkah masuk ke pasaran monitor di Malaysia. Mereka merupakan antara jenama yang menjadi pilihan utama dalam memilih skrin monitor untuk bekerja mahupun untuk bermain permainan di PC atau konsol.

Pihak PRISM+ Malaysia kali ni sudi berkolaborasi dengan kami & Mamu akan ulas 2 produk yang depa dah hantaq kat Mamu iaitu PRISM+ X290 dan juga Arc Lite yang merupakan monitor arm untuk monitor X290. Kita mulakan dengan ulasan tentang monitor X290 terlebih dahulu.

PRISM+ X290

Spesifikasi Monitor

Saiz Skrin                              29″

Kelengkungan                       1200R

Kadar Segar                          100Hz

Colour Gamut                        120% sRGB

Teknologi Panel                    Vertical Alignment (VA) Technology

Penyegerakan Adaptif          Ya

Dimensi & Berat

Tinggi                                   320 mm

Lebar                                    690 mm

Ketinggian Dengan Stand    410 mm

Berat                                     ~3.55 kg

Berat Dengan Stand             ~4.75 kg

Informasi Teknikal

Pengilang Panel                  Samsung

Masa Respons                      4 ms

Nisbah Aspek                      21:9

Teknologi Lampu Latar       E-LED

Kadar Keterangan              300 cd/m²

Sudut Pandangan               178° (Melintang)/178° (Menegak)

Gamut Warna                     120% sRGB

Warna Sokongan                16.7m (8 bit)

Nisbah Kontras                   3000:1

Kecondongan                      Ya

Berpusing                           Tidak

Tetapan Ketinggian            Tidak

Pemasangan VESA             75 x 75

Resolusi Skrin                    2560 x 1080

Kadar Segar Skrin              100 Hz @ UWFHD (2560 x 1080)

Audio Keluar                       Ya

Pembesar Suara                 Tidak

HDMI 1.4                            2

DisplayPort 1.2                   1

USB                                    Tidak

Cahaya Biru Rendah           Ya

Bebas Kerlipan                   Ya

Adaptive-Sync                     Ya

PRISM+ X290 ni merupakan monitor gaming dan untuk produktiviti yang bersaiz 29 inci, melengkung dengan kadar lengkungan 1200R, mempunyai kadar segar 100Hz, warna gamut sehingga 120% sRGB yang sesuai untuk pengguna yang banyak melakukan proses suntingan gambar atau video & juga aspek ratio 21:9 dengan resolusi UWFHD. (luas habaq hang) 

Monitor ni dibungkus dengan kotak berwarna putih yang dilengkapi dengan spesifikasi monitor di bahagian hadapan.

Dalam kotak pula, hangpa akan disambut dengan beberapa perkakasan penting yang perlu untuk hangpa pasang sebelum menggunakan PRISM+ X290 ni. Dalam kotak hangpa akan dapat :

  • Monitor PRISM+ X290
  • Kaki Monitor
  • Kabel DP
  • Kabel & Blok Kuasa Untuk Monitor
  • Manual
  • Skru Untuk Kaki Monitor
  • Skru Untuk Pemasangan VESA

Monitor ni dilengkapi dengan beberapa port dibahagian belakang untuk hangpa pasang pada pc hangpa ataupun macam Mamu pasangkan dengan laptop Mamu. Port itu terdiri daripada :

  • Port HDMI 1.4    x2
  • Port DP               x1
  • Port Audio          x1
  • Port Kuasa         x1

Di bahagian belakang pula ada tempat untuk hangpa pasangkan kaki monitor atau pun monitor arm yang dilengkapi dengan pemasangan VESA 75×75 ataupun 100×100. Lingkaran putih tu pula adalah lampu berwarna biru yang memberi kesan efek yang sesuai dengan tetapan untuk berkelip ataupun menyala sahaja. Minat lampu kedai tomyam? Hatni memang tak boleh tukar warna naa.

Di sebelah kanan monitor, ada butang kawalan untuk monitor ni. Ia terdiri daripada :

 

  • Butang kuasa
  • Butang talaan skrin (berfungsi sebagai butang Exit di menu skrin)
  • Butang tetapan lampu LED (berfungsi sebagai butang ke atas di menu skrin)
  • Butang tetapan crosshair untuk gaming (berfungsi sebagai butang ke bawah di menu skrin)
  • Butang menu skrin

Monitor PRISM+ X290 ini dilengkapi dengan kecerahan skrin 300 cd/m² dengan kontras warna 3000:1 dan juga ada sokongan warna sRGB 120%. Untuk menjaga mata hangpa dok hadap X290 ni, ia juga dilengkapi dengan teknologi cahaya biru rendah dan bebas berkelip.

Kekurangan pada monitor ni bagi Mamu adalah tiada pembesar suara terbina dalam. Bagi sesetengah pengguna mungkin perlukan ciri ini. Bagi Mamu ini bukan la ciri yang penting untuk Mamu pasai kebiasaannya Mamu lebih selesa menggunakan headphone.

Arc Lite Monitor Arm

Bagi melengkapi kombo ini, Mamu menggunakan monitor Arc Lite yang dihantar sekali dengan X290. Aksesori yang boleh dikatakan ‘must have’ bila ada monitor sebesar ini.

Tema putih bak salju ini dari PRISM+ X290 juga hadir pada kotak Arc Lite monitor arm. Yang Mamu dapat adalah untuk single monitor. Depa ada gak jual untuk dual dan juga tiga monitor setup.

Dalam kotak hangpa akan dapat :

  • Arc Lite monitor arm
  • Pengapit
  • Tapak untuk lengan monitor
  • Skru & kekunci allen
  • Manual

Pemasangan lengan monitor ini agak mudah tanpa sebarang masalah. Spesifikasi lengan monitor Arc Lite adalah seperti berikut :

  • Kecondongan +90 darjah sehingga -45 darjah
  • Boleh berpusing +90 darjah sehingga -90 darjah
  • Skrin boleh diputarkan +180 darjah sehingga -180 darjah
  • Ketinggian boleh laras dari 160mm sehingga 410mm
  • Pemanjangan lengan sehingga 550mm
  • Spring tensioner boleh laras
  • Pengurusan kabel terbina di lengan
  • VESA mount 75×75 dan 100×100
  • Berat boleh ditampung sehingga 6.5KG

Dengan adanya Arc Lite, hangpa dapat menjimatkan ruang pada meja hangpa dan monitor X290 akan nampak lebih selesa untuk digunakan. (anak pun auto pakai monitor nih bila nak PDPR. “bapa aku ada monitor besar!”)

Setelah menggunakan kombo ini hampir sebulan, ada baik dan buruk pada produk ini. Dari segi monitor, keluasan ini amat sesuai untuk orang yang banyak buat kerja seperti penyuntingan video,foto atau yang suka multitasking. Keluasan ini dapat digunakan sepenuhnya seperti dalam penyuntingan video, hangpa dapat melihat keseluruhan garis masa video hangpa edit tanpa perlu tatal. Ini dah menjimatkan masa Mamu dalam penyuntingan video. 

Dari segi multitasking, monitor ini mampu memuatkan 4 tetingkap serentak atau lebih kalau hangpa pandai atur saiz tetingkap hangpa. (cough*forex*cough) Ini dapat meningkatkan produktiviti hangpa dalam menyelesaikan kerja seharian hangpa. 

Sebelum terlupa, hangpa perlu mengatur sedikit monitor PRISM+ X290 ini untuk mendapatkan warna yang jitu sebelum melakukan tugasan hangpa. Nanti warna tak selari macam hangpa nak, jangan salahkan Mamu naa. Dah pesan ni tau.

Mamu dah cuba bermain Call Of Duty Modern Warfare 3 dan monitor PRISM+ X290 ini memberi pengalaman yang mengasyikkan. Ada sesetengah permainan tak dapat menggunakan sepenuhnya ruang paparan monitor ini. Bila ini berlaku, akan ada bar hitam di kiri dan kanan monitor.

Bagi penggunaan media seperti YouTube, masalah ini juga berlaku dek kerana video tak menyokong resolusi ini. Bagaimanapun untuk Netflix, cerita yang Mamu tonton semua dipaparkan penuh pada monitor PRISM+ X290. 

Penggunaan panel VA mungkin membantutkan pembelian sesetengah pengguna yang memerlukan spesifikasi monitor yang lebih tinggi tetapi untuk penggunaan harian seperti Mamu, monitor PRISM+ X290 masih dalam julat boleh digunapakai.

Untuk lengan Arc Lite ni, satu saja keluhan Mamu : ketinggian dia bagi Mamu tak cukup tinggi walaupun pada paras tertinggi. Untuk pengguna yang tak setinggi Mamu, lengan ini dah cukup untuk hangpa guna.

Boleh multi tetingkap untuk multitasking, skrin paparan yang luas, kecerahan monitor yang begitu terang sehingga boleh menerangi hidup hangpa (melawak ja. Hangpa paham maksud Mamu) PRISM+ X290 monitor yang boleh hangpa masukkan dalam senarai wishlist hangpa.

Dengan tanda harga RM999 hangpa boleh dapati monitor PRISM+ X290 di pautan di bawah:

https://prismplus.my/omghackers

Prism+ Lazada X290

Dan Arc Lite monitor arm di pautan ini:

https://prismplus.my/omghackers-arclite 

Prism+ Lazada Arc Lite

Penghantaran bukan dari Singapura naa. Depa akan hantar dari gudang depa yang berpangkalan di Petaling Jaya saja. Tunggu apa lagi, beli selagi stok masih ada!

Jumpa lagi di ulasan akan datang. Mamu signing out!

Views: 5

Iklan Newspaper Inline