Insta360 One X2 : Lebih Baik Dari GoPro Max?

0
113

Bagi sesetengah orang rakaman video dalam 360 darjah sebagai satu ciri tambahan tapi bagi Mamu yang telah menggunakan One R sebelum ini, video dalam 360 darjah membuka sudut menonton yang jarang dapat kita lihat sebelum ini. Ya, nak biasakan diri untuk merakam dalam 360 darjah bukan satu kerja yang mudah tapi bila hangpa dah cekap, ia merupakan satu kaedah kreatif yang menarik penonton hangpa tengok video hangpa hasilkan.

One X2 merupakan model yang menggantikan One X yang dikeluarkan sekitar hampir 3 tahun dahulu. Walaupun secara kasar dua model ini hampir serupa dari segi rekabentuk tapi dari segi kuasa pemprosesan, aplikasi yang lebih mesra pengguna membuatkan penghasilan video lebih mudah & cepat.

Spesikasi Insta360 One X2

  • Tarikh Pelancaran Oktober 2020
  • Berat 5.3 oz.
  • Dimensi Produk 1.8 x 1.2 x 4.4 in.
  • Warna Hitam
  • Waranti 1 Tahun
  • Saiz Sensor 2x 1/2.3-in CMOS
  • Lensa 2x 7.2mm f2 (setara 35mm)
  • Simpanan MicroSD (u3/v30 atau lebih laju disarankan)
  • Mikrofon 4 Mikrofon 360 darjah
  • ISO 100 sehingga 3200
  • Paparan 1.33-in skrin sentuh
  • Resolusi Rakaman 5.7K 360-darjah tangkapan dijahit secara automatik
  • Kalis Air Sehingga 33 kaki
  • Suhu Pengendalian -4 sehingga 104 darjah Fahrenheit
  • Penyambungan Wi-Fi dan Bluetooth
  • Bateri 1630 mAh
  • Pengecasan USB Type C
  • WB Auto, 2700K, 4000K, 5000K, 6500K, 7500K
  • Resolusi Foto 360: 6080×3040 (2:1) Pano: 4320×1440 (3:1)
  • Resolusi Video :
    360 : [email protected], 25fps, 24fps, [email protected], 30fps, [email protected]
    Steady Cam Mode : 2560×[email protected], 30fps, 1920×[email protected], 30fps

Video Nyahkotak

Kali ini pihak Insta360 hantaq kat Mamu Insta360 One X2 untuk diulas memandangkan sebelum ini Mamu dah ulas tentang One R dan juga lensa Leica 1 Inch mod depa di sini :

Insta360 One R Twin Edition : Pencabar Takhta GoPro?

Ulasan Insta360 1 Inch Leica Lens Mod & GPS Smart Remote

Produk yang depa hantaq kat Mamu kali ini adalah :

  • One X2 siap dengan kad memori 64GB
  • Fast Charge Hub
  • Lens Cap
  • Bullet Time Cord
  • Selfie Stick V2
  • GPS Smart Remote
  • Adapter Mikrofon
  • Ulanzi Hotshoe
  • Smallrig Utility Frame
  • Hardcase Untuk One X2

Dalam kotak hangpa akan dapat :

  • Insta360 One X2
  • Soft Pouch
  • Kabel Type C
  • Stiker Insta360
  • Kain Lap
  • Manual
  • Kad Waranti

Dari segi luaran, ada informasi tentang One X2 di sebelah tepi dan informasi lain tertera dibelakang kotak juga.

Kualiti binaan One X2 lebih kurang sama dengan kualiti binaan One X. Mari kita lihat apa yang ada pada One X2 ini dari segi fungsi dan butang untuk rakaman video.

Dibawah terbina dalam lubang untuk hangpa pasangkan kayu selfie ataupun untuk guna pada tripod hangpa. Berbeza dengan One R dimana hangpa kena pakai casing dia kalau nak pasang selfie stick sebagai contoh.

Dari pandangan depan, hangpa akan dapat melihat skrin untuk navigasi, butang rakam dan juga lampu LED untuk menunjukkan status rakaman hangpa.

Pada sebelah kiri pula kita akan nampak dua benda iaitu slot bateri dan juga slot port USB C.

Atas sekali tu merupakan mikrofon untuk One X2. Hati-hati bila merakam jangan sampai tertutup mikrofon tu pula.

Di sebelah kanan pula ada mikrofon lagi satu untuk rakaman audio. Disini juga hangpa akan jumpa butang kuasa untuk One X2. Sisi depan ada juga lampu LED rakaman.

Port USB Type C yang terselindung bawah penutup kalis air. Hati-hati bila buka pasal benda ni senang tercabut.

Pandangan depan dengan jenama Insta360 terpampang secara melintang. Auto ensem +10 bila pakai.

Bateri yang dikelilingi dengan getah kalis air untuk mengelak dari air masuk ke dalam One X2. Kalo dah masuk boleh menyebabkan emosi hangpa terganggu tau.

Selama penggunaan Mamu untuk beberapa bulan ni, banyak perubahan yang bagus untuk pengguna One X2 ini. Seperti contoh kapasiti bateri lebih besar iaitu sebesar 1630mAh berbanding One X yang mempunyai bateri berkapasiti 1050mAh sahaja. Adanya kuasa sebesar ini, hangpa mampu merakam video sehingga sejam setengah bergantung pada keadaan sekeliling ketika hangpa tengah buat rakaman.

Suka aktiviti air? Jangan risau One X2 ini kalis air sehingga kedalaman 10 meter. Kalo hangpa suka menyelam, Mamu sarankan hangpa beli underwater case One X2. Kalau hangpa suka mandi laut, pastikan lepas gunakan One X2 hangpa tu sila bilas dengan air biasa naa.

Fungsi lain yang menarik bagi Mamu adalah Deep Track 2.0. Fungsi ini menyenangkan kerja hangpa nak ikut subjek contoh anak hangpa tengah berlari kat padang. Tak payah nak risau video tak menjadi dengan adanya penyuntingan AI. Benda ini memang banyak menjimatkan masa Mamu untuk edit video 360.

Mai kita cuci mata dengan hasil gambar yang dapat dihasilkan dengan One X2 ini.

Panorama

Foto 360 Darjah

Siang

Night Mode

Pure Shot

HDR
Foto 2D

Dari segi suntingan, hangpa boleh pakai aplikasi di telefon ataupun menggunakan PC. Aplikasi di telefon lebih banyak ciri-ciri menarik yang hangpa boleh buat yang PC tak boleh buat.

Satu rakaman video atau gambar, hangpa boleh hasilkan pelbagai sudut atau ciri yang sesuai untuk hasil yang hangpa nak. Bila hangpa dah biasakan diri dengan aplikasi Insta360, pastinya hari-hari hangpa nak rakam menggunakan One X2.

Ini antara video yang Mamu hasilkan menggunakan aplikasi Insta360. Abaikan perut comel Mamu yang timbul dalam video dibawah naa.

Menarik video yang Mamu hasilkan? Semua ini hangpa boleh buat menggunakan template yang ada dalam ShotLab. Depa sertakan tutorial macam mana nak hasilkan video tersebut. Less headache, more shooting.

Keburukan pada sesuatu produk mesti ada walaupun secanggih mana pun. Bagi Mamu bila hangpa pakai One X2 hangpa kena berhati-hati kalau jatuh memang merana jiwa lensa calar. Mamu sarankan hangpa pakai Lens Protector yang ada jual untuk kesenangan jiwa sepanjang masa.

One X2 ini juga senang panas jika hangpa rakam video durasi panjang. Cara nak atasi adalah dengan buat rakaman hangpa lebih pendek. Tu dapat mengurangkan One X2 ini menjadi cepat panas. Biasa Mamu akan buat rakaman setakat 5 minit satu video. Ini juga akan menyenangkan kerja suntingan hangpa kemudian.

Slot kad memori dia boleh buat Mamu gaduh dengan One X2. Hangpa kena keluarkan bateri baru boleh keluarkan kad memori yang tersembunyi agak dalam. Hangpa kena gunakan kepakaran hangpa untuk keluarkan kad memori hangpa. Cara lain? Gunakan kabel yang tersedia sekali untuk muat turun gambar dan rakaman hangpa ke PC. Kalo hangpa memang sunting terus dari One X2, masalah ini bukan masalah besar bagi hangpa.

Satu masalah yang agak leceh bagi Mamu adalah telefon hangpa kena spesifikasi agak tinggi. Mamu menggunakan telefon Redmi Note 10 Pro dan setakat ini telefon ini masih mampu mengeksport video dengan pantas.

Walaupun ada masalah seperti yang Mamu sebutkan diatas, bagi Mamu ini boleh diatasi jika hangpa boleh cari penyelesaiannya seperti Mamu dah sebutkan. One X2 ini boleh dijadikan teman untuk hangpa rakam video anak-anak hangpa ataupun aktivitiviti berbasikal hangpa.

Teringin nak beli satu dan merasai pengalaman macam Mamu? Jangan risau hangpa boleh klik pautan dibawah & terus order satu set. Pastinya hangpa akan gembira tapi poket hangpa akan merana. Tanda harga Insta360 One X2 pada ketika ini adalah sekitar RM1800.

Insta360 One X2

Sehingga kita berjumpa lagi pada ulasan akan datang. Mamu signing out! 😀

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments