Betul Ke Off Telefon Setiap Hari Boleh Elakkan Telefon Kena Hack?

Sebelum saya menjawab soalan ini, anda kena tanya dulu diri anda. Penting sangat kah anda sampai orang nak hack?

Kalau ya, jawapan mudah dia adalah kemungkinan besar TIDAK.

Pertama sekali, kalau telefon anda sudah pun di hack ataupun di tapped, tak kira lah berapa kali anda off pun, sebaik sahaja anda on semula, hacker akan terus mengakses telefon anda. Ini sudah tahun 2021, semuanya sudah automatik. Robot yang bekerja, bukan lagi orang. Ini pun bercakap dalam konteks Targeted Hacking lah.

Kedua, telefon sekarang kebanyakannya mempunyai bateri terbina dalam. Tak boleh cabut. Walaupun anda off sekalipun, data dan maklumat tetap hidup. Kuasa bateri tetap berjalan kerana rekaan peranti moden. Ini bukan lagi tahun 1992, sekarang ni semuanya di atas talian. Ada kitaran kuasa dan ada kuasa atas papan memori untuk jam dan sebagainya.

Ketiga, untuk menguatkan point kedua, eksperimen pernah dijalankan oleh seorang wartawan. Wartawan ini telah menggunakan mod aeroplane dan mematikan telefonnya.
Setelah off telefon, beliau menaiki kapal terbang ke negara lain. Sewaktu tiba ke negara lain, beliau terus berjumpa seorang pakar teknologi untuk ‘membaca’ telefonnya.

Ternyata, walaupun setelah mematikan telefon dan meletakkan telefon di dalam mod aeroplane, telefonnya masih lagi mengelog setiap aktivitinya termasuklah ketika bangun atau duduk!

Lain pula ceritanya sekiranya anda ingin bercakap dari segi data mining atau pencurian data daripada peranti melalui aplikasi seperti TikTok, Facebook, Google dan sebagainya. Dengan pemasangan aplikasi ini di dalam telefon, anda seolah-olah sudah memberi kunci rumah anda kepada pihak ketiga.

Mereka bebas membaca peranti anda, menyimpan log dan mencuri data daripada anda bila-bila masa sahaja. Jangan buat-buat lupa, sebelum memasang aplikasi, anda telah bersetuju dengan segala macam kebenaran yang diminta oleh aplikasi.

Jadi, tak kiralah sama ada anda on-off berapa kali sekalipun, selagi mana aplikasi tersebut terpasang pada peranti anda, selagi itulah ia akan bekerja tanpa henti. Menjejaki setiap pergerakan anda dan merekodkan segala macam log yang mereka mahukan di belakang tabir tanpa anda sedar.

Log rekod yang disimpan aplikasi ini bukannya besar sangat. Terbuka sahaja tingkap ke talian internet, data ini akan segera dihantar terus ke pelayan aplikasi. Umpama lipas yang terkurung di dalam bekas, akan melompat terbang sebaik sahaja anda membuka penutup.

Jadi? Terpulanglah pada anda. Percayalah apa yang anda mahu percaya. Jangan taksub.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x