Creative Outlier Air V2: Kualiti Audio Setanding Dengan Harga

Hai semua. Kali ini saya thysevensigns berpeluang untuk mencuba sendiri TWS daripada jenama Creative iaitu Outlier Air V2.  Sebelum itu, saya berkongsi sedikit info tentang syarikat Creative ini.

Syarikat Creative adalah peneraju produk hiburan digital di seluruh dunia. Ditubuhkan di Singapura pada tahun 1981, Syarikat Creative bermula dengan visi mereka sendiri bahawa multimedia akan merevolusikan cara orang berinteraksi dengan PC mereka.

Pada mulanya, Syarikat Creative memfokuskan tentang kad bunyi pada pc. Namun begitu sejak akhir-akhir ini, mereka telah memperkenalkan banyak produk berasaskan bunyi, iaitu headset dan juga TWS.

Creative Outlier Air V2 didatangkan dengan kotak berwarna putih penuh dengan infomasi didalamnya. Mari kita lihat secara teliti spesifikasi TWS ini.

Spesifikasi Produk:

  • Bluetooth: versi 5.0
  • Warna: biru metalic
  • Berat: Pengecas 60g & 12g bagi dua belah TWS
  • Jarak transmisi Bluetooth: lebih pada 10M tidak lebih daripada 33M
  • Respon frekuensi: 20–20,000 Hz
  • Bateri TWS: 160mAh untuk dua belah.
  • Bateri bekas Simpanan: 450mAh
  • Ketahanan air: Diakui IPX5
  • Masa penggunaan: sehingga lebih 12jam
  • Jumlah penggunaan bateri: sehingga lebih 34jam
  • Codec audio: aptX, AAC, SBC
  • Antaramuka: menyokong USB-C & Bluetooth 5.0
  • Tersedia mikrofon: Ya

Mari saksikan video unboxing bagi produk ini.

Dalam kotak TWS pula terdapat aksesori berikut:

  • 1 x Creative Outlier Air V2
  • 1 x Kotak Pengecas USB-C
  • 1 x Kabel Pengecas USB Type-C
  • (K), (S) and (B) plastik telinga
  • 1 x Bantuan manual mudah
  • 1 x Borang aduan
  • 1 x Kad jaminan waranti
SXFI Apps for Creative

Sistem Super X-Fi Ready sangat membantu dalam menghasilkan kualiti audio terbaik pada TWS ini, tetapi ada berita buruk; ianya tidak membantu sepenuhnya dalam penstriman muzik seperti Spotify, Deezer dan juga Tidal. Tetapi, kualiti audionya masih dalam keadaan optimum dan sedap didengar. Saya berharap agar pihak Creative dapat bekerjasama dengan syarikat penstriman muzik untuk menyokong fungsi Super X-Fi Ready pada masa yang akan datang.

Super X-Fi Ready

Saya turut mencuba dengan menggunakan senarai main yang ada di dalam telefon saya. Hasilnya memang sangat mengancam! Walaupun ia tidak menyokong penstriman muzik, namun ia begitu cemerlang pada fail lossless yang dimainkan pada aplikasi SXFI.

SXFI Apps Songs list

Terdapat profil Head & Ear-Maping didalam aplikasi. Fungsi Head & Ear-Mapping adalah bagi mendapatkan bunyi TWS yang amat neutral. Jadi sekiranya anda ingin menggunakan fungsi ini, mungkin bagi sesetengah orang amat sukar untuk mendekatkan skrin telefon pada telinga seperti saya, namun setelah beberapa kali mencuba akhirnya berjaya juga membuat dan menyiapkan profil Head & Ear-Mapping.

Head & Ear-Mapping Calibration

Dengan adanya ciri kalis air, Outlier Air V2 memang sesuai dengan saya kerana saya seorang yang kuat berpeluh, jadi ketika berjoging ataupun bersenam, dapatlah saya menggunakan TWS ini tanpa ragu-ragu.

Jika anda boleh meneka dengan tepat apa yang saya cuba nyatakan, jawapannya ya, Creative telah kembali sebagai satu syarikat yang mengeluarkan tahap kualiti audio yang baik. Dengan sokongan daya bateri yang lama dan butang kawalan yang baik, semestinya saya mengesyorkan produk ini kepada anda semua.

Anda boleh mendapatkan product ini dengan harga SGD $69 di pautan laman ini:

Creative Outlier Air V2

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x