Utama Blog Laman 64

Sinar Baru Jaringan Internet di Kelantan?

7

Terlebih dahulu, tahniah saya ucapkan kepada Tan Sri Datuk Panglima TPR Anuar Haji Musa di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia di Kementerian  Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sebagai rakyat Kelantan, pelantikan Tan Sri yang juga merupakan rakyat dan ahli parlimen negeri Kelantan membawa satu sinar harapan buat saya secara peribadi. Tan Sri juga antara ahli parlimen yang aktif di media sosial dan kerap juga pulang ke kampung halaman di Kelantan.

Oleh itu, saya kira Tan Sri sangat cerap dengan masalah sambungan dan kualiti internet di Kelantan ini. Mana tidaknya, kawasan Tan Sri di Ketereh juga masih mengalami masalah zaman-berzaman ini di kebanyakan kawasan. Kakak saya tinggal di Ketereh dan setiap kali melawat rumahnya, talian internet di rumahnya sama sahaja kualitinya seperti rumah ibu saya di Pasir Puteh.

Saya mendengar di radio akan ucapan beliau mengenai fokus beliau untuk menambah baik jaringan internet negara melalui inisiatif JENDELA. Tan Sri juga menyebut secara spesifik akan masalah jaringan internet di Kelantan seperti di kawasan Gua Musang yang masih lagi ketinggalan.

Mengulas lanjut mengenai visi beliau untuk negeri Kelantan, Tan Sri Datuk Panglima TPR Anuar Haji Musa juga memaklumkan, kelajuan purata internet di negeri ini masih lagi berada pada 2Mbps dan rancangan beliau adalah untuk meningkatkan kelajuan purata internet di negeri Che Siti Wan Kembang itu kepada 35Mbps.

Ini dapat dilakukakan dengan penambahbaikan infrastruktur dan Tan Sri juga secara spesifik menyebut untuk memasang jaringan fiber optik di kawasan yang masih tiada sebarang infrastruktur tersebut. Beliau juga berjanji untuk mengarahkan telco memasang fiber optik di kawasan yang dahulunya tidak digemari telco seperti kawasan kampung atas alasan pengguna sedikit dan tidak menguntungkan.

Kawasan kampung ibu saya di Pasir Puteh juga, berdekatan dengan kem tentera Gong Kedak. Kawasan berdekatan kem seperti Sungai Petai, Sungai Gali, Gong Datok, Gong Pasir, dan sekitarnya masih lagi ditolak permohonan pemasangan kabel fiber optik. Talian internet jalur lebar di kawasan ini rata-ratanya sangat teruk dan antara punca yang menjadi bualan penduduk setempat adalah kerana gangguan radar tentera di kem Gong Kedak. Oleh itu, penyelesaian internet jalur lebar bukan lagi satu solusi yang mapan dan seharusnya jaringan internet fiber optik perlu disegerakan dengan pertambahan penduduk yang semakin meningkat.

Di masjid-masjid kampung ini juga, penduduk mengalami kesukaran untuk mendaftar masuk dengan MySejahtera kerana talian internet tiada! Begitu juga dengan majlis kenduri sebelum perintah PKPD dan majlis masih dibenarkan, pengunjung tidak boleh mendaftar masuk dengan MySejahtera kerana di kawasan rumah juga tiada talian internet. Lebih teruk lagi, untuk membuat panggilan telefon, kami terpaksa keluar rumah kerana tiada talian di dalam rumah!

Jika anda mahukan sedikit talian internet, anda terpaksa berhabis sehingga ribuan ringgit dengan memasang antena dan parabola untuk ‘menarik line’ internet. Penyelesaian ini juga, bukannya berkesan sangat dan tidak semua orang mampu. Jika SKMM datang melawat, tuan rumah akan dikenakan denda pula. Bukankah ini satu kezaliman? Sedangkan ia tangguggjawab SKMM untuk memastikan setiap rakyat dan pelanggan telco yang membayar setiap bulan sepatutnya mendapat hak mereka untuk talian internet yang pantas dan stabil?

Pelik juga sedangkan di Sungai Petai ada sebuah Kolej Vokasional Pasir Puteh dan banyak lagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan berhampiran. Saya sendri sudah memohon banyak kali daripada TM Unifi, Celcom, Maxis dan Digi untuk pemasangan internet fiber di rumah tetapi sekadar ditolak mentah-mentah atas alasan kawasan ini tidak menguntungkan dan tiada perancangan untuk pemasangan kabel fiber optik.

Dengan ucapan Tan Sri sehari dua yang lepas itu juga, saya berharap agar aspirasi JENDELA dapat dipenuhi dan bukannya sekadar slogan. Tan Sri Datuk Panglima TPR Anuar Haji Musa juga sebagai anak jati negeri semestinya memahami dan sudah banyak mendengar keluhan yang sama daripada anak mukim.

Warga Kelantan seperti yang kita ketahui, ramai menjadi pelajar IPTS dan IPTA, menjadi warga pendidik, dan juga mempunyai bisnes dalam talian yang mana semuanya memerlukan internet yang pantas di zaman ini. Sampai bila lagi baru masalah ini akan selesai?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Telegram Dikenakan Tindakan Undang-Undang – Diarah Memasang Sistem Anti Cetak Rompak

0

Penerbit terbesar di Rusia telah memfailkan saman ke atas akta hak cipta terhadap Telegram, kerana aplikasi itu membenarkan salinan cetak rompak buku Stephen King dan Dmitry Glukhovsky dapat dimuat turun melalui platform tersebut.

Matlamat pemfailan sama itu adalah untuk menyekat Telegram dari digunakan di Rusia, menurut kumpulan anti-cetak rompak yang terlibat dalam tindakan tersebut, pengenalan teknologi pengesanan ‘fingerprinting’ menjadi pilihan mereka.

Telegram sebagai platform cetak rompak adalah tidak memelikkan. Sudah sekian lama aplikasi permesejan itu dijadikan sebagai tempat anak² riang bertukar-tukar fail, dari video berdurasi panjang kepada pelbagai aplikasi ‘crack’.

Bagaimanapun, Rusia baru-baru ini memberi isyarat bahawa ia memiliki kemampuan untuk menyekat akses ke kandungan yang dianggap menyalahi undang-undang atau menyinggung perasaan terhadap perkhidmatan yang bermasalah.

Menurut India Today, Telegram pernah diharamkan/disekat di Rusia suatu ketika dulu, iaitu pada tahun 2018 selama dua tahun, dan sekatan tersebut dibatalkan pada tahun 2020. Pada waktu itu, Telegram telah disekat oleh firewall Rusia, iaitu Roskomnadzor.

Fuhhh. Nama firewall pun ‘cool’ je Rusia ni kan? Serupa dengan China, ‘The Great Firewall of China’. Malaysia ada juga. Namanya Smoothwall.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Memperkenalkan Brave Search: Buat Carian Tanpa Dijejak Semula

0

Untuk aktiviti penstriman, sememangnya saya gunakan pelayar Edge sebagai pelayar utama. Cirinya yang menyokong main semula Netflix sehingga 4K menyebabkan ia menjadi pilihan terbaik. Tetapi untuk sebarang aktiviti lain, pelayar Brave menjadi keutamaan.
Selain cirinya yang mementingkan privasi, ia juga jauh lebih pantas berbanding pelayar lain.

Baru-baru ini saya ada kongsikan tentang Brave Together, iaitu fungsi panggilan video pada pelayar Brave. Boleh rujuk mengenai Brave Together di sini: OMG Hackers | Page

Tetapi bukan itu sahaja produk dari Brave yang sudah atau bakal dikeluarkan. Selain panggilan video, Brave juga telah melancarkan Brave Search, iaitu enjin carian privasi yang menjadi pesaing kepada enjin carian seperti DuckDuckGo.

Terkini, mereka menjadikan enjin carian ini dapat digunakan secara terbuka oleh semua orang awam.

Saya telah terpilih menjadi beta tester beberapa bulan lepas untuk Brave Search dan di sini saya ingin kongsikan sedikit pandangan terhadap enjin carian Brave Search yang dikatakan lebih privasi tanpa perlu membuat sebarang kompromi pada hasil carian pengguna.

Terdahulu, Brave telah memperoleh pemilikan terhadap Tailcat, iaitu enjin carian terbuka yang dibangunkan pasukan sama kepada enjin carian privasi Cliqz.
Enjin carian ini menjadi tapak asas kepada Brave Search. Secara amnya, hampir semua enjin carian hari ini dibina oleh/atau bergantung kepada hasil dari syarikat teknologi besar.

Enjin carian Tailcat dibina di atas indeks bebas sepenuhnya, yang mampu memberikan kualiti diharapkan pengguna tanpa menjejaskan privasi mereka. Tailcat tidak mengumpulkan alamat IP atau menggunakan maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi untuk meningkatkan hasil carian.

Dengan Brave Search, pengguna dapat memilih enjin carian lalai yang berfungsi dengan lancar bersama pelayar Brave untuk memberikan pengalaman menghormati privasi pengguna yang lengkap.

Anda boleh gunakan enjin carian Brave Search tanpa perlu memasang pelayar Brave, sama sahaja dengan enjin carian lain seperti Google, Bing, DuckDuckGo, dan sebagainya.
Pun begitu, dengan kombinasi pelayar Brave dan enjin carian Brave Search, semestinya ia memberikan pengalaman berupa privasi yang lebih baik dalam aktiviti di internet seharian.
Brave Search dibina di atas indeks bebas yang tidak menjejak kembali pengguna, carian, dan klik mereka. Ia dapat digunakan di semua platform, dari Android, iOS, dan desktop.

Carian Imej/Gambar

Perkara yang paling saya suka pada Brave Search berbanding Google ialah carian gambarnya yang lebih komprehensif dan menyeluruh. Anda boleh memilih pelbagai jenis saiz, jenis, dan susun atur/bentuk  (layout) gambar.

Selain itu, ia juga menambah fungsi ‘View File’ yang telah dibuang oleh Google suatu ketika dahulu (View Image).

Tetapan

Tetapan yang ada dalam pilihan tidaklah terlalu banyak, tetapi saya berasa agak gembira juga melihat pilihan untuk tema terang dan gelap yang tidak terdapat pada Google (melainkan anda gigih dan konsisten menggunakan akaun Google AS, barulah anda akan nampak pilihan untuk tetapan itu).

Anda juga diberi pilihan untuk membantu hasil carian dengan berkongsikan hasil carian lokal, tanpa memberi perincian alamat IP atau maklumat peranti. Selain itu, tiada apa yang terlalu menarik untuk diceritakan, cukuplah sekadar apa yang ada hanya bertujuan membantu Brave Search berkembang dengan lebih baik lagi.

Hasil Carian

Buat masa ini, setakat yang saya cuba, hasil carian diberikan adalah memuaskan hati. Cuma, saya agak terperanjat juga kerana hasil cariannya hanyalah satu muka sahaja. Ya, tiada nombor untuk menghala ke halaman lain di bawah. Sama ada anda berpuas hati, atau tidak puas hati, itu sahaja pilihan yang ada.

Tetapi, mujurlah juga anda diberikan butang untuk mendapatkan hasil carian alternatif dari sumber Google, Bing, atau Mojeek. Jadi, sekiranya anda rasakan hasil ditunjuk belum mencukupi untuk apa jua carian dibuat, maka anda bolehlah mendapatkan hasil dari enjin carian alternatif.

Saya sudah pun menghantar maklum balas kepada Brave berkenaan dengan hal ini. Tidak pasti sama ada pada masa akan datang, mereka akan menambah bilangan halaman untuk hasil carian ataupun tidak. Tetapi mana-mana enjin carian pun sama, akan melalui fasa evolusi dari semasa ke semasa. Kita selaku pengguna terawal inilah yang menjadi sebahagian daripada sejarah teknologi.

Minat nak cuba Brave? Muat turun Brave di: Brave Browser

Anda boleh melayari Brave Search di pautan: https://search.brave.com/

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Oukitel WP9 : Telefon Lasak Yang Hangpa Tak Risau Baling Kat Orang

0

Klik link dibawah untuk pembelian :

#MamuVsTech #ApaDalamKotak #banggood

OUKITEL WP9:https://ban.ggood.vip/ZllC

Follow us & Win Giveaway:https://www.facebook.com/Banggoodsea2006
Join Banggood VIP Group: https://www.facebook.com/groups/banggoodsea

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Netflix Menyekat Alamat IP Perumahan Dalam Usaha Menekan Pengguna VPN

0

Bab Netflix cuba menyekat pengguna VPN ni, abam malas nak ulas panjang sebenarnya, sebab Netflix dah lama dibuka untuk negara kita. Katalog filem dan drama untuk negara kita pun dah semakin baik setiap hari, tetapi abam faham jika ada yang masih tegar ke arah katalog AS.

Netflix menyekat pengguna VPN sejak enam tahun lalu selepas ditekan oleh pemilik hak cipta. Walaupun kecewa dengan perubahan ini, pastinya pengguna yang tidak mahu mengalah tetap mencuba pelbagai ‘workaround’ untuk melangkau sekatan ini. Peralihan kepada perkhidmatan seperti ExpressVPN, NordVPN, Surfshark, dan lain-lain perkhidmatan seumpama dengannya menjadi vital.

Tetapi, dalam usahanya untuk menghalang kemaraan penonton tegar yang menggunakan VPN sebagai alat membuka katalog AS, Netflix bertindak menyekat alamat IP perumahan yang menyebabkan pengguna biasa juga terpaksa menjadi sebahagian daripada kerosakan cagaran.

Isu ini mula ditemui oleh pihak WeVPN yang memaklumkan kepada blogger TorrentFreak berkenaan dengan tindakan terbaru Netflix, apabila penyedia perkhidmatan VPN itu mendapati laman penstriman berkenaan mulai menyekat IP perumahan. Meskipun tindakan ini masuk akal, akan tetapi pengguna biasa juga turut menjadi mangsa.

Menurut jurucakap WeVPN yang menghubungi pihak TorrentFreak, beratus-ratus ribu pelanggan Netflix di kediaman yang sah telah disekat daripada memasuki katalog penuh tempatan syarikat tersebut. Kini apabila mereka log masuk ke perkhidmatan penstriman itu, mereka hanya dapat melihat kandungan Netflix Originals semata, yang juga berlaku untuk pengguna perkhidmatan VPN dan proksi.

Walaupun Netflix belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini, syarikat itu memberi beberapa ‘nasihat’ atau panduan untuk mereka yang terjejas oleh perubahan dalam tweet baru-baru ini, dengan mengatakan:

“Jika anda tidak mempunyai proksi, VPN, atau perisian penghalaan lain tetapi masih melihat pesanan ini, hubungi penyedia perkhidmatan internet anda. Mereka akan dapat menentukan mengapa alamat IP anda dikaitkan dengan penggunaan proksi atau VPN. “

Pada masa ini, masih belum diketahui seberapa luas masalah atau ‘isu’ tersebut sedang menulari pengguna, tetapi mungkin Netflix akan beralih arah kerana aduan dari pengguna internet biasa juga mula muncul dalam talian.

Kita di Malaysia, tenang-tenang aja.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kamen Rider Revice: Merah Jambu Itu Menawan

0

Hnnnggghhh. Selepas berakhirnya siri Kamen Rider Saber nanti, penggantinya pula menyusul. Kamen Rider Revice nama diberi, dan membawa warna merah jambu yang menyerlah.

Revice merupakan Kamen Rider era Reiwa ketiga yang membuat kemunculannya. Siri ini akan ditayangkan pada 5 September, 2021 selepas episod finale Kamen Rider Saber.

Ada kisah di sebalik nama ‘Revice’ itu sendiri. Menurut plotnya, dunia Rider kali ini berkisar tentang sebuah organisasi penyembah syaitan bernama Deadmans.

Dengan menggunakan ‘Vistamp’, raksasa yang dipanggil sebagai ‘Deadman’ dapat dihasilkan dan dilahirkan dari dalam manusia.

Ikki Igarashi – nama watak utama merangkap hero, mempunyai kontrak perjanjian dengan Vice, iaitu syaitan yang hidup di dalam tubuhnya. Ikki berjuang untuk melepaskan keluarganya daripada cengkaman Deadmans, dan untuk melakukannya, Ikki perlu bekerjasama dengan Vice.

Tetapi bagaimana?

Mereka bertukar menjadi dua Kamen Rider, yang mana Ikki menjadi Kamen Rider Revi, dan Vice menjadi Kamen Rider Vice. Kerana itulah bersama-sama, mereka adalah ‘Kamen Rider Revice’.

Merah jambu, sungguh ayu.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Mengapa Steam Deck Menggunakan Linux?

0

Sebelum Steam Deck wujud, terlebih dahulu peranti yang dinamakan sebagai Team Machines dilancarkan oleh Valve pada tahun 2015.

Kenapa butiran ini penting? Kerana pada ketika itu, Windows 8 baru sahaja dilancarkan, dan selepas itu pula, lahirnya SteamOS untuk pemain PC Linux.

Windows 8 dipersembahkan sebagai sebuah sistem operasi yang membawa paparan antara muka mobil/peranti mudah alih atau bahasa lainnya lebih disasarkan kepada skrin sentuh.

Seterusnya, Windows Store dilancarkan bersama beberapa syarat ketat mengenai jenis perisian yang dibenarkan, dan bayaran mahal untuk membolehkan aplikasi pembangun disertakan sekali ke dalam Windows Store. Atas faktor ini, para pembangun aplikasi dan permainan bimbang Microsoft akan mengetatkan lagi peraturannya. Maklum sahaja, sejarah mengajar kita bahawa Windows tidak mesra pembangun.

Ini tentu sahaja menimbulkan keresahan dan rasa tidak senang di kalangan pembangun.

Atas sebab itulah, SteamOS tercipta. SteamOS merupakan sebuah medium ‘perlepasan’ atau dicipta bertujuan untuk ‘melarikan diri‘ dari Windows.

Kemudian, Steam Machines pula menyusul pada tahun 2015, dengan bernadikan SteamOS.

Malangnya peranti permainan ini gagal mendapat tempat di pasaran. Pelbagai faktor menyumbang kepada kegagalannya, seperti penangguhan penghantaran, perkhidmatan jualan dari Valve yang lemah, dan Steam Controller yang agak janggal untuk digunakan.

Tetapi penyumbang kepada masalah utama ialah SteamOS itu sendiri.

SteamOS hanya dapat menjalankan permainan untuk Linux sahaja, dan seperti yang kita sedia maklum, jumlah permainan untuk Linux adalah tidak memberansangkan. Tambahan pula pada tahun tersebut, pembangun kurang cakna dan minat untuk membangunkan permainan khusus Linux, oleh itu bermacam isu timbul – yang menatijahkan jatuhnya penjualan Steam Machines dalam pasaran.

Namun begitu, satu kejatuhan dan kegagalan tidak menghentikan Valve daripada meneruskan usaha mereka dalam percubaan menempatkan ‘Steam’ di mata pemain global. Selepas hayat Steam Machines berakhir, Valve melahirkan sesuatu yang mampu menamatkan gemelut permainan dalam Linux.

Sesuatu yang dinamakan sebagai Proton.

Valve mengambil keputusan untuk melabur ke dalam satu perkara yang membolehkan permainan Windows dapat dijalankan dalam Linux seperti permainan natif/asli untuk Linux. Tidak mengapa, jika pembangun tidak mahu membangunkan permainan untuk Linux, kerana disebabkan itulah lahirnya Proton, sejenis lapisan keserasian hasil daripada fork WINE.

Berbeza dengan WINE, Proton benar-benar merupakan perubahan yang sekian lama dinanti terutamanya oleh para pengguna Linux. Beribu-ribu permainan Windows baru sudah boleh dimainkan pada PC Linux kini, walaupun adakalanya memerlukan beberapa ‘usikan’ pada tetapan. Pada ketika ini, laman web ProtonDB yang dikendalikan oleh komuniti menyenaraikan hampir 19,000 permainan yang serasi dengan Proton, dan lebih dari 15,000 daripadanya dapat dijalankan dengan baik di Linux.

Ya, teknologi ini masih lagi belum sempurna sepenuhnya, kerana terdapat beberapa permainan yang memerlukan elemen seperti Easy Anti-Cheat dan BattlEye masih tidak berfungsi di Linux kerana ia tidak serasi dengan Proton. Tetapi dengan sokongan daripada studio dan tekad Valve untuk menyelesaikannya, dalam sedikit masa lagi pastinya isu ini akan dapat diperbaiki.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Zombitopia: Abam Sakit Kepala Menonton Filem Ini

0

Awal filem dah bagus, dengan menawarkan jalan cerita berkaitan zombi. Tetapi, apa hal paleontologist buat vaksin penawar zombi pulak? Maaf, seingat abam paleontogy ni bidang kajian fosil, dinosaur, dan pelbagai artifak purba. Mana datang dia jadi pencipta vaksin?

Dah tu pula, katanya “Bila kita ekstrak strain dari virus tu, dan kita gabungkan sel daripada obor-obor, aaa.. berjaya untuk menjadi antidote.”

Errr. Huh?

Kemudian, di hujung filem, tiba-tiba keluar seekor dinosaur. Seriuslah? Awal filem berkenaan zombi, hujung filem tukar niche pulak? Dah kenapa?

Ini belum disebut tentang CGI asap, letupan, solekan zombi. Alahai. Kalau ada yang bagus pun ialah nama barisan pelakonnya, yang terdiri daripada Shaheizy Sam, Bront Palarae, Sharifah Amani, dan zombi cantik iaitu Elvina Mohamad.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

MPOW 059 Plus: Stailo, Sambungan 2 Peranti Serentak Dengan Fungsi ANC

0

Pandang Pertama

MPOW antara jenama yang popular juga di pasaran Amerika terutama sekali di Amazon. Banyak juga review daripada Youtuber luar negara tentang kualiti produk daripada MPOW ini. Kali ini, MPOW ingin meluaskan pasaran mereka di Malaysia pula dan kami antara yang terpilih untuk mencuba produk terbaru mereka.

Secara umumnya, tiada apa yang begitu menarik dalam pembungkusan kotak mereka. MPOW nampaknya menggunakan rona warna merah dan hitam pada setiap kotak mereka. Bagi saya, ia identiti. Bagi korporat, ia penjimatan kos. Haha…

Apa Dalam Kotak?

Di dalam kotak, anda akan menerima sepasang headphone yang dimuatkan di dalam beg PVC percuma dengan setiap pembelian MPOW 059 Plus ini. Sayang, saya mengharapkan sebuah beg keras seperti mana TaoTronics SoundSurge 60 saya.

Selain itu, anda akan mendapat buku manual, kabel AUX 3.5mm, kabel pengecas USB mikro (oof) dan kad jaminan. MPOW Malaysia nampaknya tidak ragu-ragu dengan kualiti produk mereka dan menawarkan sehingga DUA TAHUN jaminan untuk MPOW 059 Plus mereka. Menarik!

Spesifikasi Ringkas

Cipset QCC3024
Jarak Operasi 10 meter
Bateri 3.7V/500mAh (ketahanan sehingga 40 jam)
Impedan 32 ohm
Bluetooth V5.0
Pengecasan 5V1A 2-3 jam untuk penuh
Protokol HSP/HFP/A2DP/AVRCP/GAVDP
Frekuensi 20-20kHz
Saiz Pemacu Audio 40mm
Mikrofon CVC 8.0
ANC Ya

 

Kualiti Bunyi

Bunyi pada MPOW 059 Plus ini bagi saya adalah tipikal. Talaan spektrum berbentuk V dengan warna bunyi yang agak warm. Bunyi lebih banyak bermain pada mid, memberikan pendengaran yang santai. High tidak mencengkam telinga. Ada sedikit bass boost terutama sekali jika anda menghidupkan fungsi ANC.

Soundstage juga agak lebar. Jadi, bunyi tidak kedengaran terlalu dekat tapi tidak juga terlalu jauh. Pengalaman mendengar adalah seolah-olah anda sedang mendengar stereo yang berada dekat dengan anda. Talaan bunyi MPOW 059 Plus ini lebih kepada jalan selamat dan universal dengan cukup kejelasan dan perincian bunyi pada setiap kawasan.

Setelah Sebulan Penggunaan

Banyak juga produk baru di tangan saya sejak awal tahun ini. Jadi masa untuk menguji MPOW 059 Plus ini agak terbatas. Namun begitu, kebaikannya, saya boleh membuat penilaian secara langsung dengan produk-produk yang lain.

Mahu tak mahu, berangkut juga headphone ini dan bermacam lagi produk ke pejabat saya untuk diuji sambil bekerja. Masuk beg, campak ke sana sini, jemur dalam kereta parking, macam-macam lagi. Setakat ini tak meletup lagi macam satu telefon dari telco tu. Huhu…

Headphone ini juga masih berfungsi dengan baik. Dengan cuaca hujan dan panas ketika ini, kulit pada heapdhone ini tidak berkulat ataupun pecah. Saya pakai juga heapdhone ini selepas mandi dengan rambut basah. Pelarasnya juga masih ketat dan tidak longgar. Walaupun binaan separa plastik, bagi saya produk ini menunjukkan ketahanan yang memuaskan setakat ini.

Apa Yang Saya Suka Dengan MPOW 059 Plus?

GAYA– MPOW 059 Plus ini sememangnya bergaya. Dengan rona merah, warna dua ton dan rekaan seperti turbin turbo di bahagian luar telinga. Sememangnya kena dengan gaya moden. Tak terlalu berlebihan, tapi cukup kemas, minimal dan ranggi. Agak agresif tapi tak keterlaluan.

 

KESELESAAN– Perkara pertama yang saya perasan semasa menyarungkan headphone ini ke telinga adalah keselesaan dalam memakainya. Pad telinga, lengkung kepala yang lembut dan bahan binaan yang lembut pada sentuhan memberikan pemakaian yang selesa dan tidak panas walau mendengar muzik dalam masa yang lama.

SAMBUNGAN– Sambungan dan kestabilan bluetooth pada MPOW 059 Plus ini saya boleh beri dua ibu jari. Tekan sahaja butang kuasa dan ia akan terus masuk ke mod pairing secara automatik sekiranya tidak bersambung dengan mana-mana peranti. Apabila anda pernah menyambungkannya, ia akan segera bersambung dengan pantas kepada peranti sedia ada. Ia juga menyokong sehingga dua peranti dalam satu masa. Jadi, sambungkan saja ke PC dan ke telefon serentak sewaktu bekerja. Dengar muzik di PC tanpa perlu risau terlepas sebarang panggilan atau mesej penting di telefon anda.

SOKONGAN SAMBUNGAN BERWAYAR– MPOW 059 Plus ini juga menyokong sambungan berwayar menggunakan kabel AUX 3.5mm. Walaupun saya hampir pasti tidak akan menggunakannya memandangkan ini headphone wireless, tapi tak salah jika sesusatu produk itu hadir dengan pelbagai ciri. Ia juga sangat berguna sekiranya headphone anda kehabisan bateri di saat genting. Sambung sahaja kabel, dan anda boleh terus mendengar dengan MPOW 059 Plus ini.

BATERI– Bateri pada MPOW 059 Plus ini tahan sehingga 40 jam pendengaran. Anda hanya perlu mengecas sekali sahaja seminggu secara purata dengan kapasiti bateri yang besar ini. Saya cuma mengecas bateri headphone saya seminggu sekali. Tambahan lagi, ia juga menyokong pengecasan pantas dengan hanya kurang 2 jam untuk pengecasan penuh.

PELARAS BESI– Pelaras pada headphone ini menggunakan bahan besi dan mempunyai skala nombor untuk melaraskannya dengan simetri. Seperti yang kita semua tahu, pelaras besi selalunya bertahan lebih lama daripada plastik. Untuk julat harga ini, ini satu ciri yang saya harapkan. Kualiti.

ANC– ANC pada MPOW 059 Plus ini melangkaui jangkaan saya. Selalunya, ANC hanyalah satu perkataan yang saja ditambah bagi menaikkan harga sesebuah headphone wireless. Untuk MPOW 059 Plus ini, dengan ANC dipasang, bunyi luar menurun dengan ketara walau tidaklah sehingga tidak dengar langsung. Jika anda mendengar lagu dengan ANC dipasang, muzik akan kedengaran lebih jelas dengan bass kedengaran seperti digandakan dan kedengaran agak warm.

Apa Yang Saya Harap MPOW 059 Plus Perbaiki?

CODEC?– MPOW 059 Plus ini mempunyai cipset Qualcomm QCC3024 sebagai pemproses audio dan pengawal sambungan bluetooth. Namun, pelik juga kerana ia hanya menyokong codec AAC. Apabila disambung dengan telefon saya, ia hanya menggunakan codec AAC, bukan aptX ataupun aptX HD. Ia masih berfungsi dengan baik dengan sambungan yang lancar, tapi agak pelik juga ia tidak menyokong aptX. Fail lossless seperti FLAC juga agak kurang menyekat kerana ia hanya menyokong AAC setakat ujian saya.

 

PORT USB– MPOW, tolonglah. USB Mikro? Saya mengharapkan USB-C. Ya, anda menyediakan kabel percuma. Tapi, bukankah USB-C lebih baik?

LEBIH SENDI– Saya berharap MPOW 059 Plus ini mempunyai lebih banyak sendi pergerakan terutama sekali pada pembesar audio di kiri dan kanannya. Pergerakan yang agak terbatas kadangkala menyebabkan headphone ini terasa seperti headphone murah.

BUTANG– Butang pada MPOW 059 Plus terasa agak murah dan tidak kemas. Dengan plastik yang berkilat. Saya kira jika ia direka semula ataupun diwarnakan dengan warna merah legap pasti ia akan kelihatan lebih elegan dan premium.

Kesimpulan

MPOW 059 Plus adalah sepasang headphone yang menawarkan gaya dan keselesaan kepada pemakai. Ia ringan, lembut dengan pengayaan yang moden dan menarik. Fungsi ANC nya juga signifikan dan memberi kesan yang dapat dirasai apabila dihidupkan dan bukan sekadar gimik semata-mata. Sambungan yang pantas dan stabil juga sangat memudahkan ditambah lagi dengan sokongan sambungan dua peranti serentak. Sangat sesuai bagi mereka yang inginkan pengalaman tanpa wayar pada PC dan juga telefon pintar mereka.

Kualiti bunyi bukanlah kekuatan utama MPOW 059 Plus tapi ini tidak bermakna ia berbunyi teruk. Bunyinya memuaskan, tidak meletihkan ketika pendengaran lama dan berpanjangan dan tidak terlalu menikam di mana-mana julat. Ia warm dengan soundstage yang lebar. Bagi mereka yang tidak memiliki perkakasan audio ribuan ringgit, headphone ini akan kedengaran cukup bagus bagi anda. Sesuai bagi pendengar kasual.

Dapatkannya Di Kedai Rasmi

Harga semasa: RM269

Shopee

Lazada

Views: 0

Iklan Newspaper Inline