More

    Sample Page Title

    Untuk aktiviti penstriman, sememangnya saya gunakan pelayar Edge sebagai pelayar utama. Cirinya yang menyokong main semula Netflix sehingga 4K menyebabkan ia menjadi pilihan terbaik. Tetapi untuk sebarang aktiviti lain, pelayar Brave menjadi keutamaan.
    Selain cirinya yang mementingkan privasi, ia juga jauh lebih pantas berbanding pelayar lain.

    Baru-baru ini saya ada kongsikan tentang Brave Together, iaitu fungsi panggilan video pada pelayar Brave. Boleh rujuk mengenai Brave Together di sini: OMG Hackers | Page

    Tetapi bukan itu sahaja produk dari Brave yang sudah atau bakal dikeluarkan. Selain panggilan video, Brave juga telah melancarkan Brave Search, iaitu enjin carian privasi yang menjadi pesaing kepada enjin carian seperti DuckDuckGo.

    Terkini, mereka menjadikan enjin carian ini dapat digunakan secara terbuka oleh semua orang awam.

    Saya telah terpilih menjadi beta tester beberapa bulan lepas untuk Brave Search dan di sini saya ingin kongsikan sedikit pandangan terhadap enjin carian Brave Search yang dikatakan lebih privasi tanpa perlu membuat sebarang kompromi pada hasil carian pengguna.

    Terdahulu, Brave telah memperoleh pemilikan terhadap Tailcat, iaitu enjin carian terbuka yang dibangunkan pasukan sama kepada enjin carian privasi Cliqz.
    Enjin carian ini menjadi tapak asas kepada Brave Search. Secara amnya, hampir semua enjin carian hari ini dibina oleh/atau bergantung kepada hasil dari syarikat teknologi besar.

    Enjin carian Tailcat dibina di atas indeks bebas sepenuhnya, yang mampu memberikan kualiti diharapkan pengguna tanpa menjejaskan privasi mereka. Tailcat tidak mengumpulkan alamat IP atau menggunakan maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi untuk meningkatkan hasil carian.

    Dengan Brave Search, pengguna dapat memilih enjin carian lalai yang berfungsi dengan lancar bersama pelayar Brave untuk memberikan pengalaman menghormati privasi pengguna yang lengkap.

    Anda boleh gunakan enjin carian Brave Search tanpa perlu memasang pelayar Brave, sama sahaja dengan enjin carian lain seperti Google, Bing, DuckDuckGo, dan sebagainya.
    Pun begitu, dengan kombinasi pelayar Brave dan enjin carian Brave Search, semestinya ia memberikan pengalaman berupa privasi yang lebih baik dalam aktiviti di internet seharian.
    Brave Search dibina di atas indeks bebas yang tidak menjejak kembali pengguna, carian, dan klik mereka. Ia dapat digunakan di semua platform, dari Android, iOS, dan desktop.

    Carian Imej/Gambar

    Perkara yang paling saya suka pada Brave Search berbanding Google ialah carian gambarnya yang lebih komprehensif dan menyeluruh. Anda boleh memilih pelbagai jenis saiz, jenis, dan susun atur/bentuk  (layout) gambar.

    Selain itu, ia juga menambah fungsi ‘View File’ yang telah dibuang oleh Google suatu ketika dahulu (View Image).

    Tetapan

    Tetapan yang ada dalam pilihan tidaklah terlalu banyak, tetapi saya berasa agak gembira juga melihat pilihan untuk tema terang dan gelap yang tidak terdapat pada Google (melainkan anda gigih dan konsisten menggunakan akaun Google AS, barulah anda akan nampak pilihan untuk tetapan itu).

    Anda juga diberi pilihan untuk membantu hasil carian dengan berkongsikan hasil carian lokal, tanpa memberi perincian alamat IP atau maklumat peranti. Selain itu, tiada apa yang terlalu menarik untuk diceritakan, cukuplah sekadar apa yang ada hanya bertujuan membantu Brave Search berkembang dengan lebih baik lagi.

    Hasil Carian

    Buat masa ini, setakat yang saya cuba, hasil carian diberikan adalah memuaskan hati. Cuma, saya agak terperanjat juga kerana hasil cariannya hanyalah satu muka sahaja. Ya, tiada nombor untuk menghala ke halaman lain di bawah. Sama ada anda berpuas hati, atau tidak puas hati, itu sahaja pilihan yang ada.

    Tetapi, mujurlah juga anda diberikan butang untuk mendapatkan hasil carian alternatif dari sumber Google, Bing, atau Mojeek. Jadi, sekiranya anda rasakan hasil ditunjuk belum mencukupi untuk apa jua carian dibuat, maka anda bolehlah mendapatkan hasil dari enjin carian alternatif.

    Saya sudah pun menghantar maklum balas kepada Brave berkenaan dengan hal ini. Tidak pasti sama ada pada masa akan datang, mereka akan menambah bilangan halaman untuk hasil carian ataupun tidak. Tetapi mana-mana enjin carian pun sama, akan melalui fasa evolusi dari semasa ke semasa. Kita selaku pengguna terawal inilah yang menjadi sebahagian daripada sejarah teknologi.

    Minat nak cuba Brave? Muat turun Brave di: Brave Browser

    Anda boleh melayari Brave Search di pautan: https://search.brave.com/

    Arya Putra
    Arya Putrahttps://omghackers.com/
    I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future. My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging. If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

    Artikel Terkini

    spot_imgspot_img

    Artikel Berkaitan

    MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

    Sila masukkan komen anda!
    Sila masukkan nama anda di sini

    spot_imgspot_img