More

    Netflix Menyekat Alamat IP Perumahan Dalam Usaha Menekan Pengguna VPN

    Bab Netflix cuba menyekat pengguna VPN ni, abam malas nak ulas panjang sebenarnya, sebab Netflix dah lama dibuka untuk negara kita. Katalog filem dan drama untuk negara kita pun dah semakin baik setiap hari, tetapi abam faham jika ada yang masih tegar ke arah katalog AS.

    Netflix menyekat pengguna VPN sejak enam tahun lalu selepas ditekan oleh pemilik hak cipta. Walaupun kecewa dengan perubahan ini, pastinya pengguna yang tidak mahu mengalah tetap mencuba pelbagai ‘workaround’ untuk melangkau sekatan ini. Peralihan kepada perkhidmatan seperti ExpressVPN, NordVPN, Surfshark, dan lain-lain perkhidmatan seumpama dengannya menjadi vital.

    Tetapi, dalam usahanya untuk menghalang kemaraan penonton tegar yang menggunakan VPN sebagai alat membuka katalog AS, Netflix bertindak menyekat alamat IP perumahan yang menyebabkan pengguna biasa juga terpaksa menjadi sebahagian daripada kerosakan cagaran.

    Isu ini mula ditemui oleh pihak WeVPN yang memaklumkan kepada blogger TorrentFreak berkenaan dengan tindakan terbaru Netflix, apabila penyedia perkhidmatan VPN itu mendapati laman penstriman berkenaan mulai menyekat IP perumahan. Meskipun tindakan ini masuk akal, akan tetapi pengguna biasa juga turut menjadi mangsa.

    Menurut jurucakap WeVPN yang menghubungi pihak TorrentFreak, beratus-ratus ribu pelanggan Netflix di kediaman yang sah telah disekat daripada memasuki katalog penuh tempatan syarikat tersebut. Kini apabila mereka log masuk ke perkhidmatan penstriman itu, mereka hanya dapat melihat kandungan Netflix Originals semata, yang juga berlaku untuk pengguna perkhidmatan VPN dan proksi.

    Walaupun Netflix belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini, syarikat itu memberi beberapa ‘nasihat’ atau panduan untuk mereka yang terjejas oleh perubahan dalam tweet baru-baru ini, dengan mengatakan:

    “Jika anda tidak mempunyai proksi, VPN, atau perisian penghalaan lain tetapi masih melihat pesanan ini, hubungi penyedia perkhidmatan internet anda. Mereka akan dapat menentukan mengapa alamat IP anda dikaitkan dengan penggunaan proksi atau VPN. “

    Pada masa ini, masih belum diketahui seberapa luas masalah atau ‘isu’ tersebut sedang menulari pengguna, tetapi mungkin Netflix akan beralih arah kerana aduan dari pengguna internet biasa juga mula muncul dalam talian.

    Kita di Malaysia, tenang-tenang aja.

    Artikel Terkini

    Artikel Berkaitan

    Subscribe
    Notify of
    guest
    0 Comments
    Inline Feedbacks
    View all comments
    0
    Would love your thoughts, please comment.x
    ()
    x
    %d bloggers like this: