Utama Blog Laman 66

Capaian Internet Lemah Adalah Hasil Sebuah Pembodohan

0

Pandemik Covid-19 nampaknya masih lagi belum berakhir. Pelbagai strategi dirangka namun hasil penurunan belum kelihatan. Dalam darurat ini, pekerjaan masih perlu dilakukan dan pembelajaran masih perlu diteruskan. Melalui pematuhan SOP, kebanyakan aktiviti dijalankan secara tidak berdepan. Yakni, melalui capaian internet.

Ini membawa kepada suatu luka lama kita semua. Capaian internet yang maha lemah terutama sekali di luar bandar. Membaca berita mengenai keluhan ibu bapa di surat khabar tentang capaian internet yang lemah, saya hampir tergelak. Satu permasalahan yang sudah lebih 10 tahun saya deritai, hanya kini surat khabar dan wartawan ingin bawa ke hadapan. Selama ini mereka semua ke mana? Sibuk mengejar sensasi dan bukannya sebuah berita?

Tertarik saya pada keluhan seorang bapa di Pasir Puteh, Kelantan melalui keratan laporan akhbar Sinar Harian. Keluhnya, anaknya banyak kali terpaksa ponteng sesi PDPR kerana masalah capaian internet. Jika dahulu, anak-anak tidak mampu ke sekolah kerana tinggal di pedalaman, kini masalah yang sama juga berlaku. Anak-anak tidak mampu ke sekolah kerana gagal mencapai akses atas faktor kegagalan infrastruktur. Jika dahulu jalan ke sekolah adalah dalam bentuk turapan aspal, kini jalan ke sekolah dijelmakan dalam bentuk capaian jalur internet. Tiada internet=tiada sekolah.

Kebetulan juga, kampung ibu saya juga di Pasir Puteh, Kelantan. Jika berada di kampung, jangankan kata capaian internet, panggilan suara juga sukar didapati. Sebut sahaja telco mana, semuanya sudah saya langgan untuk urusan di kampung ibu saya. Semuanya sampah.

Kini, SKMM mendabik-dabik dada ingin menghapuskan rangkaian 3G dan beralih ke rangkaian baru 4G. Kononnya, lingkungan 4G di seluruh negara sudah mencapai 93%. Statistik ini saya tak tahu lah SKMM petik daripada mana. Hanya sebuah ketawa besar mampu saya ucapkan. Mungkinlah 7% yang masih belum mencapai 4G itu adalah jumlah keluasan Pasir Puteh, Kelantan dan juga Sabah dan Sarawak. Ataupun, kawasan yang saya sebutkan itu tak termasuk pun dalam pengiraan kawasan rangkaian SKMM?

Apa-apa pun, permasalahan capaian internet ini bagi saya adalah hasil daripada sebuah pembodohan turun temurun. Masyarakat secara umumnya masih lagi buta IT. Di kampung ibu saya, sudah saya siapkan surat untuk memohon pencawang baru dan serahkan kepada penghulu kampung tapi penghulu menyuruh saya pula yang membayar dan menghantar sendiri surat tersebut. Saya ingatkan surat tersebut akan diuruskan oleh pusat khidmat DUN, tapi balik-balik saya juga yang kena. Sudah lah surat pun saya yang buat. Mungkin pusat khidmat DUN gunanya hanya sekadar pusat makan laksa dan laksam sahaja.  Jangan kata surat untuk memohon pencawang, QR Code MySejahtera yang sudah saya cetak siap-siap dan diserahkan kepada beliau untuk masjid juga tidak digantung atas alasan “tak ada orang bawa telefon ke masjid“.

Bila diadukan masalah dalam WhatsApp ataupun Facebook, maka ramailah akan marah-marah dan memerli kononnya di kampung lain pun sama sahaja masalah capaian internet. Pelik juga saya, jika semua kawasaan sama, tidakkah ini menunjukkan permasalahan ini serius dan menyeluruh? Adakah hanya kerana masalah ini adalah masalah lama dan menyeluruh maka saya kena redha dan menerima sahaja ia sebagai sesuatu yang normal?

Tak kurang juga ada yang marah-marah dan menyuruh saya berusaha dengan memasang parabola dan tidak mengadu domba masalah saya. Mereka-mereka inilah yang saya katakan hasil daripada sebuah pembodohan. Tidak tahu membezakan antara yang hak dan batil. Tidak tahu hak pengguna. Sebarang aduan dianggap adu domba yang perlu disenyapkan.

Lebih menghairankan, ada juga komen-komen dan pernyataan daripada kononnya seorang guru bahawa modul telah diagihkan dan pelajar sepatutnya berusaha dan saya petik komennya “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” unutk menyertai PDPR. Komen individu ini saya kira sebagai kejahilan tahap tinggi dan saya tidak mahu mengulas lebih. Adakah hanya kerana pelajar ini pelajar di Pasir Puteh, Kelantan maka mereka tidak layak menikmati sesi PDPR secara langsung dengan komunikasi dua hala?

Apakah cukup dengan hanya memberikan modul? Walhal ini masalah yang dialami semua. Sewajarnya, guru itu patut memahami masalah pelajarnya. Bukankah guru juga memerlukan capaian internet yang bagus untuk turut mengajar? Kenapa anda pula yang sibuk-sibuk ingin menjadi jurucakap telco dan ADUN? Anda dibayar gaji oleh telco kah?

Tak menghairankan sekiranya ada di kalangan anda yang ingin berkunjung ke kampung ibu saya ini dipenuhi dengan lubang-lubang di jalanan, lampu jalan yang tidak menyala dan longkang yang tersumbat kerana tak ada siapa yang berani membuat aduan takut diugut dan diherdik. Dalam WhatsApp kampung ibu saya juga, hanya kerana saya mengadu lembu memakan tanaman ayah saya, orang-orang kampung menyebarkan gambar ayah saya kononnya ingin mengatakan saya sebagai anak ‘kurang ajar’. Tuan lembu lepas tangan dan boleh pula menunggang agama dengan mengajar saya ‘adab berjiran’.

Bayangkan, sudah bertahun-tahun masalah capaian ini dialami, tapi tiada langsung pihak individu, NGO atau pertubuhan ingin menyaman telco kerana gagal menyediakan perkhidmatan yang diiklankan. Orang politik pula, tidak membantu langsung dalam hal ini. Mana tidaknya, yang menderita hanyalah anak mukim. Mereka yang berjawatan tidak merasai susahnya capaian internet kerana tinggal di kawasan dengan infrastruktur yang lengkap.

Jadi? Apa tindakan kita dan anda semua? 4G Malaysia? Mimpi sajalah. Capaian internet fiber ke seluruh Malaysia? Kiamat pun belum tentu ada.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

‘The Third Eye’: Mata Ketiga Robotik Untuk Si Penagih Telefon

0

Terkadang solusi kepada sesuatu isu boleh disatirakan, agar masyarakat dapat melihat betapa sinisnya perihal ketagihan pengguna terhadap telefon pintar mereka.

Pereka perindustrian Korea Selatan, Paeng Min-wook, 28, mereka satu bebola mata robot yang boleh diikat di dahi, untuk membolehkan pengguna telefon pintar berjalan-jalan tanpa mengalami kecederaan.

Dia mengatakan bahawa alat itu adalah satu bentuk ‘penyelesaian sindiran‘ yang dia harapkan dapat membuat para ‘penagih‘ ini mengenali keparahan ketagihan terhadap peranti mereka dan ‘merenung‘ kembali diri sendiri.

Peranti yang digelar sebagai The Third Eye itu mempunyai sistem deria, dan dapat ‘merasa’ apabila kepala pengguna diturunkan untuk melihat telefon dan seterusnya ia akan membuka kelopak mata lut sinarnya.

Apabila individu tersebut berada dalam jarak satu atau dua meter dari halangan, mata ketiga ini akan berbunyi untuk memberi amaran bahaya di hadapan.

Paeng berkata:

“Ini adalah pandangan manusia di masa depan dengan tiga biji mata.
“Kerana kita tidak dapat mengalihkan pandangan dari telefon pintar, mata tambahan akan diperlukan di masa depan.”

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Donnie Yen Akan Muncul Dalam John Wick 4

0

Nama Donnie Yen tidak asing lagi dalam filem seni mempertahankan diri. Francais filem Ip Man membawa namanya ke satu tahap yang membanggakan.

Jika Cecep Arif Rahman dan Yayan Ruhian boleh mendapat undangan untuk berlakon dalam filem John Wick 3, tiada sebab untuk Donnie Yen tidak menerimanya juga, tambah lagi beliau masih kelihatan segak meskipun sudah berusia 57 tahun.

Yen termasuk antara nama yang akan berlakon dalam John Wick 4 termasuk Rina Sawayama, dan Ian McShane yang mengekalkan wataknya sebagai Winston.

Francais John Wick yang sedang berkembang ini juga mempunyai rancangan TV spin-off bertajuk ‘The Continental‘, dan sebuah filem spin-off yang berpusat pada pembunuh upahan wanita, iaitu ‘Ballerina‘ – bersama dengan filem John Wick kelima yang telah pun diumumkan.

Dikatakan Yen mungkin memegang watak sebagai kawan lama kepada John Wick.
Memandangkan dalam Chapter 3, keadaan John Wick tidak ubah seperti kain buruk selepas ditembak lalu jatuh dari bangunan tinggi, Wick semestinya memerlukan kesemua kawan lama yang dia pernah ada.

John Wick 4 akan menjengah ke panggung pada 27 Mei 2022. Suatu jangka masa yang agak panjang, dan diharapkan pada ketika itu hidup kita semua sudah kembali normal hendaknya.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Amit Malhotra Dinamakan Sebagai Pengarah Urusan HBO Max Asia Tenggara Dan India

0

Adakah ini jodoh antara HBO Max dan Malaysia? Boleh dikatakan, ya.

Dalam kenyataan media WarnerMedia – di bawah kepimpinan Malhotra, WarnerMedia berharap dapat melancarkan HBO Max di Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan Vietnam di masa depan.

Perkembangan ini agak bagus, memandangkan Malaysia sudah lama mendapat siaran penstriman dari Netflix, dan baru-baru ini menerima pula pelancaran Disney+ Hotstar.

Dengan adanya HBO Max, penonton di Malaysia akan dapat menikmati pelbagai sajian istimewa filem-filem baru yang terus ditayangkan di platform tersebut.

Perpustakaan kandungan semasa yang tersedia, juga dikenali sebagai ‘HBO Max Hubs‘ – adalah HBO, Max Originals, DC, Sesame Workshop, TCM, Studio Ghibli, Cartoon Network, Adult Swim, CrunchyRoll dan Looney Tunes.

Berapa lama lagi baru kita dapat menikmati kandungan baru dari HBO Max ini, tidaklah dapat dipastikan. Tetapi pencetusnya sudah ada, kini hanya perlu menunggu sahaja ketibaannya.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Komuniti Forum DragonForce

0

DragonForce (DF) ialah kumpulan penggodam (grey hat) tempatan yang suatu ketika dulu pernah membuat beberapa ‘aktiviti’ yang bolehlah dikatakan termasuk dalam kategori ‘hacktivist‘.

Selepas mereka kembali, dan ‘meletup’ dengan #OpsISrael/#OpsBedil, kumpulan yang sama melancarkan forum komuniti untuk peminat IT lokal berkumpul dan berkongsi informasi teknologi.

Abam rasa perkembangan ini agak menarik, kerana mereka lebih selesa dan tidak bersembunyi lagi.

Di forum ini juga terdapat berbagai thread yang membincangkan tentang Windows, Linux, Android, sekuriti, dan sebagainya lagi.

Buat korang yang terasa nak belajar benda baru, atau nak kongsikan ilmu, bolehlah ke pautan ini dan daftarkan akaun:

https://dragonforce.my/

*Kami tiada kena mengena dengan pembangunan forum atau kumpulan ini. Sebarang aktiviti anda dan mereka adalah di luar tanggungjawab kami.

Views: 12

Iklan Newspaper Inline

Anda Kaki Mod Modem? Ada Hadiah Menanti Dari Celcom

0

Celcom mula memburu pengguna yang melakukan modifikasi terhadap modem mereka.

Modifikasi yang menjadi perhatian pihak Celcom adalah dengan menggunakan sim mereka ke dalam modem wifi untuk dikongsi kepada peranti lain.

Menurut pelan asal, kuota hotspot adalah kuota yang berbeza daripada kuota untuk telefon pintar. Ada di kalangan pengguna yang melakukan modifikasi dan menggunakan kuota data telefon pintar mereka sebagai hotspot.

Pengguna yang dikesan melakukan modifikasi ini dilihat sebagai melakukan kesalahan dalam penggunaan pelan internet mereka. Mereka yang dikesan akan dikenakan tindakan penalti penggantungan servis selama 2 minggu.

Kami di OMG! Hackers? masih lagi tidak habis berfikir tentang beza penggunaan data di telefon dan wifi. Mungkin cerdik pandai di Celcom lebih arif dalam hal ini. Mungkin mereka lebih banyak mengkaji hal ini daripada mengkaji bagaimana cara untuk memastikan capaian 4G sampai ke kawasan luar bandar dengan sempurna.

Buat guru dan murid yang terlibat dalam “kesalahan” ini, kelas “cancel” 2 minggu.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

FBI Meminta Pihak Persendirian dan Korporat Lebih Aktif Dalam Pencegahan Ransomware

0

FBI dalam kenyataannya meminta supaya pihak persendirian dan korporat mengambil langkah lebih drastik dalam mencegah dan melindungi pihak berkepentingan daripada ransomware.

Menurut FBI lagi, kerajaan Amerika Syarikat ketika ini mempunyai kemampuan yang terbatas dalam menangani ancaman itu. Ditambah pula dengan serangan demi serangan ke atas aset dan utiliti penting, ransomware dilihat sebagai ancaman tahap tinggi setara dengan serangan 9/11 kata mereka lagi.

Pihak berkepentingan diminta memberi latihan dan memasang perlindungan ransomware sendiri. Serangan ransomware ke atas AS dilihat semakin meruncing ekoran pertelagahan di antara Biden dan Putin dengan AS cuba mengaitkan kerajaan Rusia ke atas serangan ransomware di negara Uncle Sam tersebut.

Ransomware kini menjadi ancaman global alaf baru dengan banyak pihak yang berniat jahat mula menyasarkan badan korporat besar dan utiliti malahan sumber asas. FBI meletakkan taraf ancaman ransomware berskala besar ini sebagai setara dengan ancaman keganasan.

Banyak pihak dinamakan FBI sebagai pihak yang bertanggungjawab di dalam serangan malware dan kebanyakan daripada pihak yang dinamakan adalah daripada China dan Rusia; seteru kuat AS seendiri.

Ironi juga apabila Amerika Syarikat yang mendabik dada sebagai negara terkuat di dunia kini hampir lumpuh diserang ancaman ransomware. Sementara itu di Malaysia, bait-bait serangan ransomware yang menyasarkan utiliti dan syarikat korporat mula bertiup melalui khabar-khabar angin.

Bersediakah kita?

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Masalah Siaran Astro Tidak Dapat Diselesaikan Segera

0

Sejak dua hari yang lalu, pelanggan Astro mengalami masalah dalam siaran Astro mereka. Melalui kenyataan daripada Astro, gangguan siaran ini berpunca daripada masalah satelit penyiaran mereka, MEASAT yang terputus hubungan daripada pusat kawalan.

Astro dalam erti kata lain kini masih lagi ‘buta’ dengan status dan kedudukan satelit penyiaran mereka tersebut. Menurut Astro lagi, mereka telah dimaklumkan oleh pihak pengendali satelit, MEASAT Satellite System Sdn Bhd bahawa mereka masih memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan masalah dengan satelit mereka.

Untuk info, MEASAT-3 telah dilancarkan pada tahun 2006 ke orbit dengan jangka hayat misi anggaran selama 15 tahun (2021 menjadikannya genap 15 tahun). Tiada maklum balas tambahan daripada Astro atau Measat Satellite System Sdn Bhd mengenai punca dan tempoh masa anggaran untuk menyelesaikan masalah siaran ini.

MEASAT adalah satelit milik MEASAT Satellite System Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah menjadi pengendali satelit untuk pelbagai perkhidmatan melalui perkhidmatan sewaan dan perlesenan satelit mereka. Astro adalah salah satu daripada penyewa satelit MEASAT dan menyediakan perkhidmatan siaran TV satelit menggunakan keupayaan satelit MEASAT itu.

Melalui kenyataan ringkas Astro di Facebook pula, pelanggan yang mengalami gangguan siaran boleh terus menonton siaran Astro kegemaran mereka di Astro GO, perkhidmatan strim atas talian oleh Astro menggunakan talian internet.

Tiada sebarang pemotongan atau diskaun bil bulanan Astro diumumkan setakat ini walaupun dengan perkhidmatan yang tergendala.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Terabox: Boleh Pakai Atau Tidak?

0

Pernah dengar tak pepatah yang mengatakan, “If it sounds too good to be true, it probably is.

Aplikasi ini mula tular, selepas ramai yang beria-ia mengesyorkannya dalam pelbagai group di Facebook. Berikut adalah beberapa hasil kajian sendiri abam, dan bukan dari mana-mana sumber luar.

Perkara paling penting yang abam lihat terlebih dahulu ialah polisi privasinya. Dalam polisi privasi Terabox, ia ada menyatakan beberapa terma yang bukan sahaja mengelirukan, bahkan juga ‘tidak kena’ atau tidak diperlukan pun untuk tujuan ‘melindungi’ perkhidmatan berkenaan.

Terabox ialah perkhidmatan penyimpanan awan yang menawarkan ruangan storan awan sebanyak 1TB – secara percuma.

Ya, satu terabait.

Ini adalah jauh lebih banyak, dari storan lain seperti Google One, bahkan OneDrive yang memerlukan anda melanggan Office 365 terlebih dahulu (barulah dapat storan 1TB).

Tetapi adakah perkhidmatan ini benar-benar percuma, atau ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik mata? Itu sudah semestinya, kerana sekiranya sesuatu itu kedengaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, mungkin itu adalah benar (terlalu bagus untuk menjadi kenyataan).

Pertama sekali, nama asal bagi Terabox ialah Dubox. Servis/perkhidmatan ini mempunyai nama yang sama dengan TeraBox dari Vietnam, yang juga merupakan perkhidmatan penyimpanan awan. Mohon jangan keliru.

Tidak pasti mengapa mereka menjenamakan semula kepada nama yang sama dengan perkhidmatan lain – yang berada dalam niche yang sama.

Apa pun, Dubox ialah sebuah syarikat dari PopIn, iaitu milik kepada Baidu. Baidu, untuk anda yang tidak mengetahuinya, ialah enjin carian alternatif kepada Google untuk rakyat China. Seperti yang semua sedia maklum, China menggantikan produk luar, dengan produk buatan sendiri supaya dapat mengawal sepenuhnya rakyat mereka.

Dubox merupakan versi ‘untuk luar negara‘ kepada Baidu Netdisk, iaitu storan awan yang dilancarkan untuk rakyat China.

Baidu Netdisk pernah menggunakan taktik yang sama, iaitu dengan menawarkan 1TB hingga 2TB storan awan percuma dengan kelajuan muat naik dan muat turun tanpa had.
Namun, beberapa tahun kemudian, Baidu melancarkan plan berbayar, lalu mengurangkan kelajuan muat turun kepada hanya 50kbps.

50kbps gais!

Seterusnya, abam mula meneliti polisi privasi selepas diminta oleh seorang pembaca yang bertanyakan mengenai aplikasi ini. Didapati, bahawa polisinya terlalu banyak menyimpang dari istilah ‘privasi‘.

Kesemua informasi yang dikumpulkan, dikongsi bersama dengan pihak ketiga.
Antara informasi tersebut ialah maklumat dari/dan tentang peranti yang anda gunakan untuk mengakses aplikasi/servis, seperti alamat IP, maklumat pelayar web dan peranti digunakan, laman web yang anda kunjungi sebelum memasuki laman TeraBox, ‘identifiers‘ yang terhubung dengan peranti anda, dan juga maklumat lokasi (bergantung kepada tetapan semasa peranti).

Tetapi maklumat kritikal yang dikumpul dan dikongsikan kepada pihak ketiga ialah ‘material pengguna’. Antara material dimaksudkan ialah fail, dokumen, gambar, video, dan audio! Adakah anda sudi berkongsi gambar mesra anda bersama keluarga, dengan orang luar secara senyap?

Ada beberapa kata kunci yang apabila digabungkan, akan menyebabkan anda boleh mula berfikir, apakah benar tawaran yang diberikan ini adalah jujur dan ikhlas.

Kata kunci itu ialah = storan awan 1TB, PERCUMA, dari China.

Pada pendapat abam, lebih baik gunakan OneDrive atau Google Drive/One jika anda benar-benar hendak mula menyimpan data dan fail. Keluarkan sedikit modal pada hari ini, adalah lebih baik dari terpaksa keluarkan air mata di kemudian hari.

Views: 63

Iklan Newspaper Inline

Biden Bakal Meminda Senarai Hitam Trump

0

Sesiapa sahaja yang ‘naik’, mungkin dia akan membawa agenda yang sama. Mungkin..
Itulah dia senarionya dengan senarai hitam China, yang pada asal dibuat oleh Trump, tetapi akan dipinda pula oleh Presiden AS ketika ini iaitu Joe Biden. Beliau merancang meminda larangan pelaburan ke atas syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan tentera China.

Di bawah perintah Biden yang dipinda, Jabatan Perbendaharaan akan membuat senarai syarikat yang boleh menghadapi hukuman/denda kewangan kerana hubungan mereka dengan sektor teknologi pertahanan dan pengawasan/perisikan China.

Hingga kini, sekatan kewangan dan pemilihan syarikat yang disasarkan berkaitan dengan laporan Jabatan Pertahanan yang dimandatkan oleh kongres.

Perintah tersebut akan mengubah kriteria entiti yang disenarai hitam, dengan memasukkan pihak lain yang beroperasi dalam sektor teknologi pertahanan atau perisikan.

Pentadbiran Biden akan mengekalkan sebilangan besar entiti yang terdaftar sebelumnya dan Pejabat Perbendaharaan Kawalan Aset Asing akan menambah entiti baru sebagai sebahagian daripada perintah tersebut.

Senator Tom Cotton, dalam satu kenyataan berkata bahawa syarikat-syarikat ini (yang disenarai hitam) tidak sepatutnya mempunyai akses kepada teknologi AS. Menurut ‘fahamannya’, AS telah mempersenjatai dan membiayai pesaing terkemuka mereka.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline