Terabox: Boleh Pakai Atau Tidak?

Pernah dengar tak pepatah yang mengatakan, “If it sounds too good to be true, it probably is.

Aplikasi ini mula tular, selepas ramai yang beria-ia mengesyorkannya dalam pelbagai group di Facebook. Berikut adalah beberapa hasil kajian sendiri abam, dan bukan dari mana-mana sumber luar.

Perkara paling penting yang abam lihat terlebih dahulu ialah polisi privasinya. Dalam polisi privasi Terabox, ia ada menyatakan beberapa terma yang bukan sahaja mengelirukan, bahkan juga ‘tidak kena’ atau tidak diperlukan pun untuk tujuan ‘melindungi’ perkhidmatan berkenaan.

Terabox ialah perkhidmatan penyimpanan awan yang menawarkan ruangan storan awan sebanyak 1TB – secara percuma.

Ya, satu terabait.

Ini adalah jauh lebih banyak, dari storan lain seperti Google One, bahkan OneDrive yang memerlukan anda melanggan Office 365 terlebih dahulu (barulah dapat storan 1TB).

Tetapi adakah perkhidmatan ini benar-benar percuma, atau ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik mata? Itu sudah semestinya, kerana sekiranya sesuatu itu kedengaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, mungkin itu adalah benar (terlalu bagus untuk menjadi kenyataan).

Pertama sekali, nama asal bagi Terabox ialah Dubox. Servis/perkhidmatan ini mempunyai nama yang sama dengan TeraBox dari Vietnam, yang juga merupakan perkhidmatan penyimpanan awan. Mohon jangan keliru.

Tidak pasti mengapa mereka menjenamakan semula kepada nama yang sama dengan perkhidmatan lain – yang berada dalam niche yang sama.

Apa pun, Dubox ialah sebuah syarikat dari PopIn, iaitu milik kepada Baidu. Baidu, untuk anda yang tidak mengetahuinya, ialah enjin carian alternatif kepada Google untuk rakyat China. Seperti yang semua sedia maklum, China menggantikan produk luar, dengan produk buatan sendiri supaya dapat mengawal sepenuhnya rakyat mereka.

Dubox merupakan versi ‘untuk luar negara‘ kepada Baidu Netdisk, iaitu storan awan yang dilancarkan untuk rakyat China.

Baidu Netdisk pernah menggunakan taktik yang sama, iaitu dengan menawarkan 1TB hingga 2TB storan awan percuma dengan kelajuan muat naik dan muat turun tanpa had.
Namun, beberapa tahun kemudian, Baidu melancarkan plan berbayar, lalu mengurangkan kelajuan muat turun kepada hanya 50kbps.

50kbps gais!

Seterusnya, abam mula meneliti polisi privasi selepas diminta oleh seorang pembaca yang bertanyakan mengenai aplikasi ini. Didapati, bahawa polisinya terlalu banyak menyimpang dari istilah ‘privasi‘.

Kesemua informasi yang dikumpulkan, dikongsi bersama dengan pihak ketiga.
Antara informasi tersebut ialah maklumat dari/dan tentang peranti yang anda gunakan untuk mengakses aplikasi/servis, seperti alamat IP, maklumat pelayar web dan peranti digunakan, laman web yang anda kunjungi sebelum memasuki laman TeraBox, ‘identifiers‘ yang terhubung dengan peranti anda, dan juga maklumat lokasi (bergantung kepada tetapan semasa peranti).

Tetapi maklumat kritikal yang dikumpul dan dikongsikan kepada pihak ketiga ialah ‘material pengguna’. Antara material dimaksudkan ialah fail, dokumen, gambar, video, dan audio! Adakah anda sudi berkongsi gambar mesra anda bersama keluarga, dengan orang luar secara senyap?

Ada beberapa kata kunci yang apabila digabungkan, akan menyebabkan anda boleh mula berfikir, apakah benar tawaran yang diberikan ini adalah jujur dan ikhlas.

Kata kunci itu ialah = storan awan 1TB, PERCUMA, dari China.

Pada pendapat abam, lebih baik gunakan OneDrive atau Google Drive/One jika anda benar-benar hendak mula menyimpan data dan fail. Keluarkan sedikit modal pada hari ini, adalah lebih baik dari terpaksa keluarkan air mata di kemudian hari.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x