Seringkali apabila diajukan soalan akan sistem operasi Linux manakah yang paling sesuai digunakan oleh pemula, maka nama yang akan dicanang adalah Linux Mint, ataupun...
Memasang Kali Linux Sebagai Windows App
Assalamualaikum,
Cop! Ini bukan umpan klik murahan. Selama berminggu-minggu yang lepas pasukan Kali bekerjasama dengan pasukan Microsoft WSL untuk memasukkan...
Biasanya apabila anda hendak memasang Sistem Operasi seperti Windows 7 dan Linux anda akan sibuk mencari Pendrive anda yang bila anda perlu ia hilang...
Menurut Wikipedia, di dalam pengkomputeran, file system (atau filesystem) digunakan untuk mengawal bagaimana data disimpan dan diambil semula.
Tanpa sistem ini, satu bentuk informasi yang...
Assalamualaikum.
Bagi para pengguna Linux, nama Linus Torvalds bukanlah nama yang asing, kerana inilah tubuh yang bertanggungjawab kepada lahirnya Linux. Lelaki Finland yang kini menetap...
Intro
Pengguna Ubuntu pasti tahu, meskipun sistem operasi itu disokong oleh syarikat yang kukuh, namun pembangunannya dirasakan sedikit terumbang-ambing.
Keputusan yang dibuat untuk perubahan kepada pembangunan...
Setelah anda berjaya memasang Arch Linux serta sebuah persekitaran meja kegemaran anda, contohnya saya pasang MATE Desktop, sudah pasti anda akan tertanya-tanya apa perkara...
Seringkali terjadi buat pemula yang baru hendak mengenali Arch Linux di luar sana, terhenti di tengah jalan dek kerana pemasangannya yang dibuat secara baris...
Gambar Hiasan
Assalamualaikum.
Sedikit pengenalan, Flatpak merupakan satu bekas pakej bagi aplikasi linux. Selama ni rata-rata pengguna Linux dilanda masalah yang sama, pengasingan pakej diantara distro. Pengguna kasual cuba mengelak dari memasang pakej daripada sumber asal. Penggunaan Flatpak sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah ini yang telah sekian lama wujud.
Flatpak adalah decentralisasi, bermakna lebih bebas, tidak mengganggu sistem, berkotak pasir, tiada penampalan atau bypass pada Selinux, bebas diguna diatas apa jua jenis Linux.
Cara Menggunakan Flatpak
1) Pasang Flatpak
Disini saya senaraikan cara memasang Flatpak pada setiap distro yang disokong oleh mereka.
Arch
$ sudo pacman -S flatpak
Debian
# apt install flatpak
Fedora
$ sudo dnf install flatpak
openSUSE
$ sudo zypper install flatpak
Ubuntu 16.04, 16.10 and 17.04
$ sudo add-apt-repository ppa:alexlarsson/flatpak
$ sudo apt update
$ sudo apt install flatpak
Solus
Flatpak juga terdapat dalam Solus! Horay!
$ sudo eopkg install flatpak
2) Tambahkan repo
Setelah flatpak dipasang, pasangkan pula repo bagi flatpak. Jalankan arahan berikut pada terminal
flatpak remote-add --if-not-exists flathub https://flathub.org/repo/flathub.flatpakrepo
3) Pasangkan Aplikasi
Jalankan arahan dibawah untuk dapatkan senarai repo
flatpak remotes
Pada masa ini anda akan mendapati terdapat satu repo bernama flathub. Cara memasang aplikasi menggunakan repo:
flatpak install <nama repo> <nama aplikasi>
Contoh:
flatpak install flathub com.discord.Discord
Disini saya memasang Discord kerana tiada terdapat sokongan pakej discord didalam distro selain Ubuntu. Caranya adalah dengan menjalankan kompilasi dari sumber, jadi untuk mengelakkan dari pening kepala disinilah Flatpak hadir untuk membantu kompilasikan fail tersebut menggunakan skrip yang ada didalam repo mereka, dan ianya berbeza dari penggunaan pakej discord canary yang bukan datang daripada sokongan rasmi dari Discord.
Cara buka aplikasi yang telah dipasang
flatpak run <nama aplikasi>
Contoh:
flatpak run com.discord.Discord
Anda boleh gunakan kekunci tab jika lupa command. Jangan lupa gunakan --help.
Itu sahaja untuk entri kali ini.
Assalamualaikum, kembali lagi kita dalam siri tutorial Linux.
Hari ni kita akan mempelajari cara membaiki Grub, dan melakukan konfigurasi Dual Boot antara Windows dan Linux...
Komen Pembaca