Memasang Kali Linux Sebagai Windows App

Memasang Kali Linux Sebagai Windows App

Assalamualaikum,

Cop! Ini bukan umpan klik murahan. Selama berminggu-minggu yang lepas pasukan Kali bekerjasama dengan pasukan Microsoft WSL untuk memasukkan Kali Linux kedalam Microsoft App Store sebagai pengedaran WSL rasmi dan beberapa hari yang lepas mereka Berjaya berbuat demikian. Bagi sesiapa yang pernah mengekori perkembangan ini, bukanlah asing kerana saya sendiri pernah memasang Kali Linux fasa beta kedalam Windows 10 dalam laptop saya sebelum mereka memasukkannya kedalam Windows App. Bagi saya, ianya satu pengalaman yang sangat bagus, dan sangat lancar kerana kedua-duanya berjalan serentak pada satu masa dan kita boleh menggunakan alatan serta persekitaran kedua-duanya sekaligus tanpa perlu reboot.

Bagi penggemar Kali Linux yang masih menggunakan Windows 10, ini satu berita baik kerana kamu cuma perlu semudah mengupayakan WSL, cari Kali didalam Windows store dan memasangnya dengan hanya satu klik. Kini anda boleh menjadi “penetration tester” dan sekuriti IT professional dengan menghidupkan laptop/komputer yang hanya dilengkapi dengan Windows 10!

Cara Memasang Kali didalam WSL

Tanpa banyak buang masa lagi, saya akan menunjukkan anda bagaimana untuk memasang Kali Linux dari Microsoft App Store:

1. Kemaskini Windows 10 anda. Buka PowerShell sebagai admin dan pasangkan Windows Subsystem dengan arahan dibawah. Reboot diperlukan setelah selesai proses tersebut.

Enable-WindowsOptionalFeature -Online -FeatureName Microsoft-Windows-Subsystem-Linux

2. Setelah selesai reboot, buka Windows App store dan carikan aplikasi “Kali Linux”.

3. Pasangkan aplikasi dan selamat menikmati Kali!

Cara Mengemaskini dan Memasang Peralatan didalam Kali

Cara mengemaskini Kali didalam WSL tidaklah berbeza dengan Kali Linux yang lain. Jalankan arahan berikut:

apt-get update
apt-get dist-upgrade

Begitu juga dengan memasangkan peralatan sekuriti:

apt-get update
apt-get install metasploit-framework

Anda juga boleh memasang antaramuka pengguna kedalam Kali dan memasuki persekitaran tersebut. Saya cuma membiarkan pautan dibawah sebagai rujukan dan terserah selebihnya untuk anda menerokainya

https://vimeo.com/255052199

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x