Perjanjian UKUSA adalah perjanjian antara United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Kanada, dan New Zealand untuk mengumpul, menganalisis, dan berkongsi hasil risikan secara kolektif.
Negara-negara ini dikenali sebagai 5 Eyes (Five Eyes).
Sementara negara-negara 5 Eyes ini telah bersetuju untuk tidak mengintip satu sama lain sebagai pesaing atau seteru, maklumat bocor oleh Edward Snowden telah mendedahkan bahawa beberapa anggota dari 5 Eyes ini telah memantau warga negara masing-masing dan berkongsi hasil perisikan sesama mereka untuk mengelak dari melanggar undang-undang domestik yang melarang mereka daripada mengintip rakyat sendiri.
Sebagai rujukan anda, ini adalah senarai agensi perisikan 5 Eyes:
Apabila berbicara tentang privasi, nama 5 Eyes mesti dimasukkan sekali, dan jika ada 5 Eyes, pasti ada 9 Eyes.
9 Eyes (Nine Eyes) ialah negara-negara lima yang di atas termasuklah:
Denmark, Perancis, Netherlands, dan Norway.
Apabila ada 9 Eyes, maka 14 Eyes juga perlu dibicarakan sekali.
14 Eyes (Fourteen Eyes) ialah kesemua 9 negara di atas termasuklah:
Jerman, Belgium, Itali, Sweden, dan Sepanyol.
Perjanjian perisikan yang asalnya bermula dari lima buah negara, telah dikembangkan menjadi 14. Nama rasmi bagi kumpulan negara-negara ini ialah SIGINT Seniors Europe (SSEUR).
Jadi secara rumusannya:
Five Eyes (Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, dan New Zealand)
Nine Eyes (Five Eyes + Denmark, Perancis, Netherlands, dan Norway)
Fourteen Eyes (Nine Eyes + Jerman, Belgium, Itali, Sweden, dan Sepanyol)
Rakan kongsi tambahan (Israel, Singapura, Korea Selatan, Jepun, dan semua Wilayah Luar Negara British).
Artikel akan datang bakal membicarakan pula soal Bidang Kuasa (Jurisdiction) dan pelbagai lagi kriteria yang kritikal dalam menentukan pemilihan servis VPN terbaik yang benar-benar dapat menjaga dan melindungi privasi anda.
Rujukan: UKUSA Agreement
[…] Kita sudah perbahaskan hal ini secara halus dan jitu dalam artikel Kajian Kes Bidang Kuasa: PureVPN, Private Internet Access, Dan ExpressVPN. Dari sudut bidang kuasa negara, sememangnya tiada tekanan dan cengkaman dari kuasa negara-negara 14 Eyes, juga telah dibincangkan sebelum ini dalam artikel Perikatan Perisikan Antarabangsa: 5 Eyes, 9 Eyes, Dan 14 Eyes. […]
[…] Tetapi bagaimana pula dengan penggunaan sebenar. Adakah klien dari servis ini punyai kelebihan tersendiri, selain negara bidang kuasa mereka iaitu Romania yang tidak terlibat dengan Five Eyes? […]
[…] secara sah di Amerika Syarikat (AS). Sepertimana yang kita tahu, AS ialah negara pengasas Perikatan Perisikan Antarabangsa 14 Eyes. Setakat yang saya cari, sememangnya belum ada lagi rekod buruk untuk KeepSolid, akan tetapi saya […]
[…] perisikan antara 14 buah negara yang dipanggil dengan nama 14 Eyes, merupakan faktor kritikal dalam menentukan keberkesanan VPN menjaga hak privasi pengguna. Seperti […]
[…] Inilah antara sebabnya. Laporan oleh Comparitech mengatakan, UFO VPN iaitu servis yang bertapak di Hong Kong (see?), telah mendedahkan pengkalan data sebanyak 894GB. Untuk pengetahuan anda, Hong Kong termasuk dalam negara Five (5) Eyes. […]
[…] Baiklah. Sekarang tiba masanya untuk saya jelaskan, bahawa saya tidak akan sembunyikan sebarang kelemahan yang ada pada VPN ini. Pertamanya, Atlas VPN berada dalam negara Amerika Syarikat. Ini bermaksud mereka beroperasi di bawah bidang kuasa negara Five Eyes. […]
[…] mendapat klien yang cukup ‘polished’, dan ia beroperasi dalam kawasan bebas pemantauan Five Eyes. Berikut, saya cuba senaraikan beberapa kelebihan Surfshark yang menurut saya, menjadikan ia antara […]