Desquire Velocia Limited Edition: Reka Bentuk ‘T-Rex’ Dengan Harga Bajet

Saya sememangnya seorang peminat jam pintar. Sekian lama ‘mengidam’ Amazfit T-Rex, namun apakan daya, ada saja modal untuk tujuan itu keluar ke arah lain. Bagaimanapun, rezeki pada kali ini menemukan saya dengan sebuah jam pintar bajet yang mana reka bentuk luarannya saling tak tumpah kelihatan seperti Amazfit T-Rex, tetapi harganya pula berada dalam lingkungan bajet.

Jam pintar itu ialah Desquire Velocia Limited Edition.

Pakej jam pintar ini didatangkan dengan sebuah kotak kecil comel. Mari kita lihat apa yang berada di dalamnya.

Dalam kotak terisi dengan jam pintar Desquire Velocia Limited Edition, manual panduan pengguna, 2 pelindung skrin, 2 kit pencuci, bekas (casing) jam, dan satu kertas ‘pesanan’ oleh pekedai desquire.official.store.

Berikut saya setakan beberapa gambar jarak dekat (close up) aksesori yang disediakan di dalam kotak untuk tatapan anda.

Spesifikasi Desquire Velocia Limited Edition:

. Bluetooth 5.0
. Ciri kalis air – IP67
. Pengingat getaran
. Skrin IPS 1.3 inci 240*240
. Waktu bersedia 20 hari
. Waktu bekerja 5-7 hari
. Masa pengecasan 2.5 jam
. Pengecasan secara magnetik

Kepenggunaan:

Setelah beberapa minggu menggunakan Desquire Velocia ini, saya mendapati terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang nyata padanya. Ingin saya kongsikan kelebihan terlebih dahulu, yang mana antaranya ialah jangka hayat bateri yang amat baik. Selepas seminggu dicas penuh, bateri masih tinggal sebanyak 93%. Antara ciri yang saya aktifkan ialah pengesanan degupan jantung, penggunaan pengesanan oksigen dalam darah, kualiti tidur, dan semestinya penggunaan penuh pedometer.

Mungkin saya tidak menggunakan jam ini secara sepenuhnya untuk mode bersukan, tetapi pengoptimuman penggunaan kuasa bateri sememangnya agak bagus, dan saya andaikan jika anda gunakan ia secara optimum/maksimum sekalipun, bateri boleh bertahan lebih daripada seminggu.

Selain itu, ia juga dapat dicas dengan pantas. Jika mengikut ‘atas kertas’ ia boleh dicas penuh dalam masa 2.5 jam, saya pula sering mengecas bateri sebelum ia kehabisan kuasa, maka kuasa bateri dapat ditambah tanpa perlu menunggu terlalu lama.

Saya juga turut ingin berkongsi tentang kabel pengecasnya. Saya ada membeli satu kabel pengecas ‘after market’ dari Shopee untuk jam pintar Lokmat C16, tetapi malangnya jam itu telah pun rosak dan tidak dapat digunakan.

Namun, berita baik pula, walaupun kedudukan magnet kabel pengecas untuk jam pintar Lokmat itu agak sedikit jauh antara satu sama lain (lihat gambar di bawah untuk perbezaan), tetapi ia masih dapat digunakan untuk mengecas Desquire Velocia ini.

Gambar di bawah di sebelah kiri ialah kabel pengecas ‘after market’, manakala di sebelah kanan pula ialah kabel asal untuk Desquire Velocia.

Aplikasi:

Desquire Velocia menggunakan aplikasi Coolwear sebagai perantara dengan pengguna.

Pertama sekali, aplikasi ini akan memaparkan ciri-ciri yang sudah tersedia pada jam pintar yang terhubung dengannya. Seperti yang anda dapat lihat melalui tangkap layar, terdapat ciri pedometer, sensor pergerakan untuk aktiviti sukan, kadar degupan jantung, kualiti tidur, oksigen dalam darah, kawalan muzik, pengingat sedentari (badan tidak bergerak), notifikasi telefon pintar, dan sebagainya lagi.

Pendek kata, jam ini tampak ringkas dari segi ciri, tetapi apabila diteliti agak padat juga dengan pelbagai kefungsian yang nyata untuk pengguna termaju. Cuba anda lihat pada tampilan tangkap layar yang dikongsikan, dan nyatakan sendiri pendapat anda. Apa yang saya gemari, jarak masa sewaktu aplikasi cuba berhubung dengan jam adalah amat-amat pantas sekali, tidak seperti Amazfit Bip yang memerlukan beberapa minit sebelum terhubung ke aplikasi Zepp.

Jika di atas saya sudah menceritakan serba sedikit antara kelebihan jam yang saya suka, maka kali ini saya kongsikan pula antara kekurangannya, dan ‘kekurangan’ bagi jam ini ialah aplikasi lalai (default) iaitu Coolwear.

Mengapa saya katakan begitu? Salah satu ‘kelemahan’ yang saya agak kurang gemar ialah jumlah watch faces yang begitu sedikit sekali, manakala jumlah yang saya suka untuk gunakan pula adalah lebih sedikit lagi. Ini menyebabkan pilihan watch faces yang ada agak terhad, dan saya masih kurang pasti sekiranya ada aplikasi lain yang dapat digunakan bersama jam ini (jika ada, mohon kongsikan di ruang komen ya).

Tidak lupa juga, sensor bagi pedometer kadangkala pada saya agak sensitif lalu menjadikan kiraan langkah kaki berlebihan daripada yang sepatutnya. Bagi sensor kualiti tidur pula, kebiasaannya saya perhatikan yang saya perlu berjalan beberapa tapak terlebih dahulu sebelum ia dapat ‘mengesan’ saya sudah pun bangun dari tidur. Sama ada tepat atau tidak waktu yang ditunjukkan untuk aktiviti tidur saya, itu perlu pemerhatian dari seorang pakar.

Konklusi:

Jika anda inginkan sebuah jam pintar yang tampak mewah tetapi dijual pada harga marhaen, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Desquire Velocia ialah jam yang berada dalam kategori ini. Benar, dengan harga marhaen, kita tidak dapat memiliki ekspektasi tinggi untuknya, namun dalam masa yang sama ciri diberi sudah lebih mencukupi dan bukan sekadar tangkap muat.

Untuk tujuan pembelian, anda boleh dapatkan dari penjual tunggal yang sah di Shopee: Desquire Velocia Limited Edition Gps Watch

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

3 Comments

Apa pendapat anda?

3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
goktuk bey

salam bang saya nk tanya kalau nk masuk kn gambar pada jam tu blh k?
dan muzic kite masuk kn k? atau bluetooth

goktuk bey

atau pon mizuc tu bluetooth dgn phon je ker yg blh

spot_imgspot_img
3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x