Jenis-Jenis Linux File System Yang Selalu Digunakan

Menurut Wikipedia, di dalam pengkomputeran, file system (atau filesystem) digunakan untuk mengawal bagaimana data disimpan dan diambil semula.

Tanpa sistem ini, satu bentuk informasi yang ditempatkan di dalam medium storan akan menjadi satu bentuk data yang besar tanpa ada cara untuk mengetahui di mana ia berakhir dan bermula semula.

Dengan memisahkan data kepada beberapa bahagian dan memberi setiap dari bahagian tersebut nama, informasi tersebut akan menjadi mudah untuk diasingkan dan dikenal pasti.

Ext4 telah menjadi file system lalai bagi Linux sejak sekian lama. Ianya adalah file system yang telah stabil dan kurang bermasalah berbanding yang lain.

Untuk itu, mari kita semak dan telusuri beberapa jenis Linux File System yang sering digunakan dan apa ciri masing-masing.

Ext4:Ext‘ adalah singkatan dari ‘Extended file system’, iaitu file system pertama yang diciptakan khusus untuk Linux. Setelah itu muncullah penambahbaikan kepadanya bermula dari Ext2, Ext3 dan seterusnya Ext4.

Ext3 ialah penambahbaikan dengan memasukkan fungsi ‘journaling’ kepada Ext2. Setelah itu muncul pula Ext4 yang mempunyai ciri mengurangkan fragmentasi fail, membenarkan saiz dan jumlah fail yang lebih besar dimasukkan ke dalam storan, dan menggunakan peruntukan tertangguh untuk memanjangkan jangka hayat memori flash.

Nota Kaki: Apa Itu Journaling?

Journaling direkabentuk untuk mengurangkan kerosakan data dari ‘crash’, atau kehilangan kuasa secara tiba-tiba.

Dengan fungsi ini, komputer anda ‘mengetahui’ ia akan menulis atau menyimpan/memasukkan fail-fail tertentu ke cakera di dalam journal, menulis fail tersebut ke dalam cakera, dan mengeluarkan ‘tugas’ tersebut dari journal.

Seandainya bekalan kuasa terputus secara tiba-tiba semasa fail sedang ditulis, Linux akan memeriksa journal ketika ia sedang boot dan kemudian akan menyambung semula mana-mana tugas yang belum selesai. Secara tidak langsung ini mengurangkan kerosakan data dan kehilangan fail-fail penting.

Namun bukan fail penuh yang ditulis ke dalam journal. Hanya metadata, inode, dan lokasi cakera sahaja yang direkodkan sebelum ia ditulis ke dalam cakera.

XFS: Salah satu file system atau bahasa Melayunya sistem fail yang menjadi kegemaran saya. Ianya dibangunkan oleh Silicon Graphics pada tahun 1994 untuk sistem operasi SGI IRX dan telah dipindah kepada Linux pada 2001. Kelebihan XFS berbanding Ext4 ialah ia boleh dibesarkan (namun tidak dapat dikecilkan) mengikut kemahuan pengguna.

XFS mempunyai prestasi cemerlang untuk mengendalikan fail-fail bersaiz besar, namun ia kurang berprestasi pada fail-fail kecil. Oleh itu ia sesuai digunakan pada pelayan-pelayan yang perlu mengendali dan menguruskan fail bersaiz besar pada kebanyakan masanya.

ZFS: Dibangunkan oleh Sun Microsystems, ZFS mempunyai ciri mengurangkan kerosakan/korupsi data, menyokong kapasiti storan bersaiz besar, pemadatan data yang lebih baik, dan pelbagai lagi ciri menarik. Cuma ia disumber terbukakan di bawah lesen Sun CDDL, yang bererti ia tidak boleh disertakan dengan kernel Linux. Namun anda masih boleh cuba menggunakannya pada mana-mana distro. Setiap distro mempunyai wiki masing-masing akan bagaimana caranya untuk format cakera anda kepada ZFS.

ArchWiki adalah contoh terbaik untuk rujukan bagaimana cara memasangnya pada Arch Linux.

BtrFS: Dibangunkan oleh Oracle, BtrFS merupakan singkatan dari ‘B-Tree File System’ yang disebut sebagai ‘Butter’ atau ‘Better FS’. Seringkali disebut sebagai pengganti kepada Ext4, penyenggara Ext4 iaitu Ted Ts’o (Theodore Yue Tak Ts’o) menganggap bahawa Ext4 adalah satu bentuk penyelesaian sementara manakala BtrFS pula adalah masa depan kepada sistem fail Linux.

Cuma buat masa ini, BtrFS masih lagi dalam percubaan dan ciri-ciri yang diimplementasikan adalah bersifat eksperimental.

Baiklah, diakui, terdapat banyak lagi file system atau sistem fail Linux, namun anda boleh rujuk kepada ArchWiki – File systems untuk maklumat lanjut.

Secara umumnya Ext4 telah digunakan secara meluas dan bertahun lamanya. Kestabilan dan mudah urus menjadikan ia pilihan utama. Kehadiran XFS, BtrFS, dan beberapa yang lainnya menjadikan pengguna mempunyai pilihan dalam memanfaatkan ciri yang dikehendaki.

Namun kebiasaannya pengguna Linux akan memilih salah satu daripada sistem fail di atas kerana tidak perlu lagi bereksperimentasi (BtrFS dikecualikan) dengan sistem fail yang berstatus ‘beta’.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x