Isharefans Scam Atau Tidak?

Ramai yang tanya tentang isharefans. Sebenarnya malas nak tulis. Sebabnya modus operandi sama saja. Saya tak nak kata isharefans ini scam atau tidak. Tapi mari saya bagi pencerahan. Maaf, bahasa post ini mungkin agak pasar sebabnya saya tak sihat sangat ni. Mungkin saya edit balik nanti.

 

 

Pertama sekali, bila ada apps, atau website, atau program “bagi duit percuma”, pertama sekali kita mesti cari maklumat syarikat di internet. Mesti ada website rasmi. Bila dah jumpa website rasmi, kita boleh teruskan ke langkah kedua.

 

 

Isharefans.com adalah website rasmi. Jadi kita ke whois domain search untuk melihat maklumat pemilik domain ini. Yakni maklumat siapakah tokey isharefans ini. Dan…. maklumat isharefans di carian whois adalah…”RAHSIA”. Tiada maklumat. Private. RED FLAG #1.

 

Seterusnya kita lihat tarikh domain didaftar. Baru bulan 8 lepas. Terlalu baru. Domain pula didaftar hanya untuk setahun sahaja. Jarang syarikat besar daftar domain setiap tahun. Biasanya mereka renew lump sump minima 3 tahun. RED FLAG #2 DAN #3.

 

Kita korek lagi. Sistem reward pun pelik. Takde la pelik. Tapi jelas nampak ponzi di situ. User boleh recruit user lain. User direcruit tak akan dapat buat task lebih banyak dari recruiter a.k.a upline. Jadi kalau downline nak duit lebih dr upline, downline kena beli lagi VIP level supaya “mata reward tak terbazir”. Semakin tinggi level VIP, semakin mahal harga “lesen” VIP dan semakin mahal reward. Cash out pun belum lagi, anda dah kena keluarkan duit. RED FLAG #4, #5 dan #6.

 

Lagi. Isharefans ni nampaknya macam website China. Tapi maklumat di whois menunjukkan registration di Amerika? Pelik. Segala maklumat ini membawa bau ikan dan mengimbau kembali sejarah silam melanda netizen. Buat task macam nak gila, tapi nak cashout kena bayar dulu. Dah bayar company hilang, domain ghaib. Nak report, nama company pun tak tahu.

 

Akhir sekali, semakan terkini mendapati isharefans sudah menambah domain “tambahan” iaitu isharefans.vip dan isharefans.net. Kalau tanya saya, agak mencurigakan. Seperti sediakan kenderaan untuk melarikan diri dari kawasan rompakan.

 

Akhir kata, tak ada orang suka-suka nak bagi duit percuma. Orang gila pun tahu nak beli air teh beng kena guna duit. Janganlah kita dikencing dua tiga kali dengan skim yang sama cuma nama berbeza.

Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

Ulasan Illegear Ionic 15 Ryzen: Laptop Bernilai Sesuai Dengan Kuasanya

Saya dah pun merasai bagaimana 'nikmatnya' menggunakan Ryzen 5 4500U yang ada pada Lenovo Ideapad Slim 3 (15, AMD). Tetapi bila rezeki hadir, dengan...

QCY T9S : Khas Untuk Mereka Yang Aktif

QCY T9S adalah antara TWS baru keluaran QCY untuk tahun 2020. Masih lagi dalam kategori bajet dengan harga di bawah RM70, menariknya, tidak banyak...

Insta360 One R Twin Edition : Pencabar Takhta GoPro?

Kalo hangpa dalam pencarian action camera, hangpa mungkin perasan bukan GoPro sahaja dalam pasaran ini. Banyak pengeluar mencuba nasib dalam segmen ini yang Mamu...

QCY T5 : TWS Gaming Terbaik Bawah RM50!

QCY memperkenalkan TWS mereka yang menyasarkan para gamer dengan QCY T5 yang dilengkapi dengan fungsi "gaming mode" untuk tindak balas audio yang lebih pantas...

Artikel Berkaitan

%d bloggers like this: