More

    Aplikasi-Aplikasi Terbaik Untuk Digunakan Pada Ubuntu

    Secara umumnya, artikel ini boleh juga diguna pakai pada distro lain kerana nama aplikasi adalah sama untuk semua.

    Saya dah perkenalkan aplikasi OpenShot untuk tujuan penyuntingan video dalam Linux. Tetapi bagus juga jika ada senarai beberapa aplikasi lain kan?

    Berikut saya berikan nama beberapa aplikasi yang bagus sebagai alternatif kepada aplikasi proprietary dalam Windows/macOS.

    1. FlareGet Download Manager

    Dalam Linux pun ada download manager seakan IDM. Jangan tak tahu tu. FlareGet ialah nama yang patut diketahui umum kerana dari paparan antaramuka hinggalah membawa kepada ciri dalaman aplikasi, semuanya hampir menyamai IDM, bahkan ia juga ada extension untuk pelayar web.

    2. OnlyOffice

    OnlyOffice ialah alternatif kepada Microsoft Office, yang tidak memerlukan sebarang lesen untuk digunakan. Ia percuma, sumber terbuka, dan mempunyai keserasian dengan dokumen yang telah disunting menggunakan Microsoft Office.

    3. Kdenlive

    Kdenlive ialah salah satu lagi alternatif untuk Filmora X, perisian penyunting video yang terdapat khusus untuk Linux dan Windows, manakala macOS pula terdapat ‘port’ untuknya, tetapi sudah lama tidak dikemaskini.

    4. Shotcut

    Ya, sekali lagi saya sertakan penyunting video kerana ramai yang berminat hendak mengetahuinya. Shotcut ini istimewa kerana ia ada untuk kesemua platform iaitu Windows, macOS dan juga Linux. Anda boleh export video beresolusi 4K, dan paling penting ia percuma. Tak perlu keluarkan modal yang mahal untuk kerja penyuntingan video.

    5. SMPlayer

    SMPlayer sudah menjadi pemain media pilihan saya sejak dulu lagi. Pada saya, ia menggantikan MPC dalam Windows, dan punyai lebih lagi ciri tambahan yang mungkin agak ‘overwhelming’ untuk pengguna biasa. Bahkan, ia sesuai sekali digunakan pada Windows 10, untuk mengganti pemain video lalai yang kekurangan pelbagai ciri.

    6. GIMP

    Kalau anda minat dengan penyuntingan gambar, GIMP ialah jawapannya. Saya tidak cekap membuat kerja sunting gambar, tetapi melihat hasilnya di YouTube sudah cukup untuk meyakinkan saya bahawa perisian sumber terbuka dan percuma juga mampu untuk bersaing dengan perisian berbayar dan proprietary.

    7. digiKam

    digiKam ialah pengurus foto digital yang tersedia untuk Windows, macOS, dan Linux. Ia mampu menggantikan perisian Windows Photo Viewer, dan mempunyai pelbagai ciri lain seperti mengimport, mengurus, menyunting, dan berkongsi gambar.

    8. Lutris

    Lutris ialah platform permainan sumber terbuka untuk Linux. Saya jarang sekali bermain permainan, tetapi saya pasti ramai antara mereka yang beralih ke Ubuntu/Linux ingin ciri ini. Anda hanya perlu pasang, dan lancarkan terus permainan pilihan.

    Lutris ialah gedung permainan untuk anda.

    9. KeePassXC

    KeePassXC merupakan pengurus kata laluan buat mereka yang mempunyai daya ingatan lemah mahupun ingin menyembunyikan kata laluan dari isteri.

    Letak gurauan itu ke tepi, KeePassXC ialah satu alternatif kepada pengurus kata laluan lain yang mengenakan caj, dan meletakkan pelbagai sekatan sebelum dibayar. Oh ya, tidak lupa juga ia tersedia untuk semua platform dari Windows, macOS, dan Linux.

    Ingat kata laluan, ingat KeePassXC.

     

    10. LMMS

    LMMS ialah aplikasi ‘digital audio workstation’. Saya pasti ada di kalangan pengguna Ubuntu yang merupakan seorang penggubah muzik. LMMS sangat sesuai digunakan jika anda ingin menggubah lagu yang dirakam.

    Tak salah jika anda tukarkan sistem operasi kepada sebuah studio muzik yang dijalankan di rumah sendiri.

    Arya Putrahttps://omghackers.com/
    A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

    Artikel Terkini

    Artikel Berkaitan

    Subscribe
    Notify of
    guest
    0 Comments
    Inline Feedbacks
    View all comments
    0
    Would love your thoughts, please comment.x
    ()
    x
    %d bloggers like this: