More

    Ulasan TINHiFi T1 Plus

    Bukan selalu saya dapat gajet yang menjadi buah mulut orang. TINHiFi ialah nama yang sering berlegar dari kalangan ‘pencinta’ IEM. Kali ini saya berpeluang untuk mengulas mengenai salah satu produknya iaitu T1 Plus.

    Sebelum kita mula meneliti apa yang menarik tentang produk ini, mari kita tonton dahulu buka kotak. Jangan lupa tekan subscribe sekiranya belum.

    Apa Ada Dalam Kotak?

    1 pasang T1 Plus.
    10 pasang silikon telinga gantian (tidak termasuk yang sedia ada pada T1 Plus).
    1 kabel/wayar.
    1 manual panduan pengguna.

    Melihat kepada pakej dan harga, kita boleh agak model ini ialah model bajet syarikat. IEM yang saya peroleh diperbuat dari plastik lutsinar, dan ia berwarna putih. Nampak murah dari luar, tetapi kita belum sentuh lagi bab kualiti bunyi.

    Saya boleh berikan 3 bintang sahaja untuk material produk, pun begitu mereka menyediakan agak banyak saiz bagi silikon telinga gantian, dan ini boleh dipuji kerana saiz telinga manusia sangat berbeza antara satu dengan yang lain.

    Kualiti Bunyi

    Kebanyakan orang akan mengaitkan model TINHiFi dengan bunyi natural, tidak seperti Chi-Fi lain yang lebih ke arah V-shape. Namun, untuk model T1 Plus, meskipun ia tidak menggunakan profil V-shape, bunyinya masih agak sedikit ‘tajam’, cuma tidaklah terlalu memenatkan untuk didengari. Ada sesetengah pendengar terus melabelkan ia sebagai bunyi signature V-shaped, dek kerana bass agak sedikit lantang.

    Ini bermaksud jika anda peminat lagu-lagu metal seperti saya, anda tidak akan keberatan mendengarnya melalui T1 Plus, cuma hanya perlu membuat sedikit penalaan semula pada treble menerusi equalizer.

    Berikut antara senarai main yang saya gunakan. Anda boleh klik pautan ini sekiranya ia tidak keluar dalam Instant Article: From the Twisted Mind of Arya Putra.

    Pada saya isolasi instrumen agak bagus, walaupun terkadang dikaburi dengan isu treble yang kedengaran nyaring.

    Untuk bass, saya cuba mendapatkan had talaannya melalui lagu Method Man feat. Snoop Dog – Episode 2 – Eastside. Vokal dalam lagu ini terdengar agak ke belakang, tetapi bass sememangnya ke depan dan terasa punchy.

    Seterusnya saya mencuba pula lagu lama oleh Mario Winans iaitu I Don’t Wanna Know. Cukuplah sekadar saya katakan bass heads akan menggemari IEM ini.

    Dari segi mid, vokal boleh didengari dengan jelas, akan tetapi saya ingin mendengarnya lebih kuat lagi dari talaan lalai. Vokal boleh dibuat lebih baik lagi dari apa yang saya dengar, tetapi buat pengguna yang hanya tahu mendengar bunyi keluar-dari-kotak, mungkin mereka tidak dapat membezakan apa-apa pun dengan IEM lain.

    Untuk treble, saya sedikit kecewa bila mendengar lagu Linkin Park – Papercut. Bunyi gitar agak kasar dan tidak memenuhi standard apabila mendengar secara terus di studio. Sukar untuk saya terangkan buat anda yang tidak pernah memasuki studio rakaman, tetapi untuk mudah faham, bunyinya ditala seakan lebih tinggi dari yang sepatutnya.

    Konklusi

    Pada saya, dengan julat harga antara RM80-99, tak salah saya katakan ini IEM bajet yang menepati citarasa kebanyakan orang. Bunyinya mungkinlah tidak kepada natural, pun begitu untuk pengalaman bunyi secara terus keluar-kotak, ia lebih baik dari mana-mana chi-fi dalam julat harga yang sama.

    Kalau anda ada bajet sekitar harga ini, tak perlu fikir panjang. Sambar sahaja lalu kombinasikan ia dengan mana-mana DAC luaran. Tak perlu mahal untuk menikmati audio berkualiti.

    Ayuh layan muzik!

    Arya Putrahttps://omghackers.com/
    A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

    Artikel Terkini

    Artikel Berkaitan

    2 KOMEN

    Subscribe
    Notify of
    guest
    2 Comments
    Oldest
    Newest Most Voted
    Inline Feedbacks
    View all comments

    […] sudah pun merasa model T1 Plus. Mungkin model itu bukan untuk halwa telinga saya, kerana bunyinya agak sedikit ‘tajam’ […]

    […] yang pernah saya sendiri masukkan ulasan di sini ialah TINHiFi T1 Plus dan TINHiFi T2 Plus. Manakala model yang saya tidak terasa hendak tulis ialah Blon-03, dek kerana […]

    2
    0
    Would love your thoughts, please comment.x
    ()
    x
    %d bloggers like this: