More

    [Ulasan] Cooler Master CK550, Berbaloikah Untuk Papan Kekunci Yang Mampu Milik?

    Ini sambungan post [Ulasan] Acer Nitro XV240Y P, Berbaloikah Untuk Monitor Permainan Yang Mampu Milik? yang mana kami ada bagitau artikel seterusnya ialah edisi Papan Kekunci.

    Kita tahu terdapat banyak papan kekunci yang mampu milik sama ada berwayar ataupun tanpa wayar, tapi terlalu banyak sampai taktau nak pilih mana satu, kan?

    Selalu dengar|nampak orang kata, “ala, tambah sikit dapat yang lebih baik”.

    Jadi kami pun pilih papan kekunci Cooler Master CK550, kerana ia merupakan salah satu papan kekunci mampu milik.
    * Terdapat model baru, iaitu CK550 V2 yang datang sekali dengan ‘wrist-rest’ Cooler Master.

    Mari kita lihat spesifikasi papan kekunci ini

    No. Produk CK-550-GKGM1-** (Suis Coklat), CK-550-GKGL1-** (Suis Biru), CK-550-GKGR1-** (Suis Merah)
    Jenis Suis Papan Kekunci Gateron
    Bahan Plastik, Aluminum
    Warna Gunmetal Black
    Warna LED RGB
    Kadar Tinjauan Papan Kekunci 1000Hz
    Kadar Sambutan Papan Kekunci 1ms / 1000Hz
    MCU Papan Kekunci 32bit ARM Cortex M3
    Memori On-Board 512KB
    Sistem On-The-Fly Ya, untuk Multi-media, Rakaman Macro dan Kawalan Pencahayaan
    Kekunci Multimedia Melalui Kekunci FN
    Kabel Fixed Rubberized 1.8m
    Perisian Ya, melalui portal
    Kabel Penyambung USB 2.0
    Panjang Kabel 1.8m
    Dimensi (P X L X T) 460 x 135 x 41 mm
    Berat 850g
    Jaminan 2 tahun
    Produk Papan Kekunci
    Jenis Papan Kekunci Mekanikal
    Siri Siri CK
    Nama Produk CK550

     

    Rupa bentuk CK550 bersama RGB Merah.

    Dia punya RGB jangan kata la, ia menyokong pencahayaan RGB penuh yang dapat ditetapkan dekat perisian dia. Setiap kekunci mampu memiliki pencahayaan RGB sendiri. Terima kasih dekat papan aluminum yang memantulkan cahaya RGB dengan mudah, jika persekitaran gelap.

    Kekunci FN (logo Cooler Master) untuk akses fungsi tambahan dari papan kekunci.

    Kekunci FN akses fungsi tambahan dengan baik tanpa perlu masuk dalam perisian, jika lakukan tetapan dalam perisian dahulu la.

    Kedudukan kekunci.

    Memandangkan ia tidak datang sekali dengan ‘wrist-rest’, kemungkinan cepat lenguh pergelangan tangan apabila guna terlalu lama kerana kedudukan kekunci tu membuatkan pergelangan tangan jadi kurang selesa.

    Tapi jangan risau, jika belum beli lagi papan kekunci ni boleh beli CK550 V2 sebab ia datang sekali dengan ‘wrist-rest’.

    Tapak kaki papan kekunci CK550.

    Tapak kaki papan kekunci ni hanya 1 tahap saja dan agak tebal kaki dia. Macam Logitech GXXX atau KXXX ada 2 tahap tapak kaki papan kekunci mengikut keselesaan ampa.

    Suis Papan Kekunci, Gateron Suis Merah.

    Model ini menggunakan jenis suis papan kekunci Gateron Suis Merah yang mana orang kata berkelakuan seakan-akan suis CherryMX.

    Perisian yang digunakan untuk tetapan papan kekunci.

    Perisian dia yang kami guna hanya la tetapan LED dan Profiles sahaja. Macro dan Key Map tak usik langsung sebab tak guna pun.

    Kami tengok CK550 V2 guna perisian baru, iaitu Cooler Master MasterPlus+. Jadi model kami guna ni, guna perisian lama. Sedih.

    Pada mula guna papan kekunci ni kami mengalami beberapa masalah seperti;

    • Kekunci terlalu ‘sensitif’, di mana tertekan sedikit dah bertindak balas. Agak masalah jika main permainan yang mengawal kenderaan. (ini papan kekunci mekanikal pertama kami guna)
    • Dia punya perisian untuk papan kekunci mampu milik ada ralat, mungkin sebab perisian lama dan kelihatan seperti tiada sokongan kemaskini dah.
    • Tidak disediakan sekali dengan ‘wrist-rest’, jadi kami beli asing.
    • Kabel dia walaupun tebal, tapi seriau lak takut rosak sebab kedudukan kabel dekat papan tengah-tengah

    Meskipun model ni model dan perisian agak lama, tapi ia berfungsi dengan baik.

    Jumlah kerugian melabur dalam papan kekunci mekanikal permainan.

    Kalau ampa berkenan, kami cadangkan ambik model baru dia, CK550 V2 kerana dapat sekali ‘wrist-rest’ dan guna perisian baru, iaitu Cooler Master MasterPlus+ serta murah sikit dari model lama. hahahaha (tengok kedai juga la)

    Artikel seterusnya, tetikus pula. (* ^ ω ^)

    Amir Hussaini
    Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

    Artikel Terkini

    Artikel Berkaitan

    Subscribe
    Notify of
    guest
    0 Comments
    Inline Feedbacks
    View all comments
    0
    Would love your thoughts, please comment.x
    ()
    x
    %d bloggers like this: