Anarchy Linux: Skrip Yang Memudahkan Pemasangan Arch Linux!

Seringkali terjadi buat pemula yang baru hendak mengenali Arch Linux di luar sana, terhenti di tengah jalan dek kerana pemasangannya yang dibuat secara baris perintah penuh.
Ia sememangnya dicipta sebegitu, bertujuan ditala kepada pengguna mahir Linux.
Namun ramai juga pengguna baru yang begitu inginkan sistem yang digunapakai oleh Arch Linux. Oleh itu pelbagai ‘spin off’ dibuat, sama ada dari distro penuh hinggalah kepada skrip pemasangan. Anarchy Linux tidak terkecuali.

Anarchy Linux bukanlah sebuah distro penuh, berasaskan Arch Linux. Ia bukan derivatif seperti Linux Mint yang berasaskan Debian dan kemudiannya menjadi sebuah distro penuh yang berdiri di atas kakinya sendiri.

Anarchy adalah Arch Linux. Ya, ia adalah Arch Linux yang disertakan dengan skrip pemasang berbentuk paparan antaramuka baris perintah (command line interface/CLI).

Secara asasnya, sebaik anda memulakan skrip, satu paparan antaramuka baris perintah akan keluar. Ia bermula dari penentuan partisi, hinggalah berakhir kepada penamaan pengguna.

Pendek kata, jalan kerja pemasangannya adalah sama yang ada dalam ArchWiki, dan sama juga dengan artikel yang pernah saya tulis dahulu di sini: Cara Pasang Arch Linux Dan Deepin Desktop Environment Dual Boot Dengan Windows

CUMA, ianya dipermudahkan dengan paparan antaramuka (baris perintah) yang memberikan anda pilihan dari satu elemen ke satu elemen. Di akhirnya, anda akan selesai dan berjaya memasang Arch Linux. Ya, diulangi, Arch Linux.

Berikut saya paparkan, beberapa tangkap layar dari Anarchy Linux ini.

Baiklah, ini pula adalah paparan persekitaran meja MATE selepas siap pemasangan.

Sangat-sangat mudah. Hanya perlu fahamkan apa yang ditanya, jawab ya atau tidak, anda sudah boleh memasang Arch Linux sehingga siap. Cuma bab partitioning tu saya sarankan kaji baik-baik dahulu, takut nanti gagal untuk boot pula.

Anda boleh muat turun dan cuba Anarchy Linux hari ini melalui laman webnya: Anarchy Linux

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x