Artikel Linux

10 Distro Popular Dikalangan Pemula Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

10 Distro Popular Dikalangan Pemula Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Susunan berdasarkan populariti di DistroWatch. 1. Linux Mint (pilihan editor) Linux Mint adalah distro berasaskan Ubuntu yang matlamatnya adalah untuk menyediakan pengalaman diluar kotak yang lebih lengkap dengan memasukkan plugin pelayar, sokongan untuk pemain DVD, Java dan komponen lain. Ia juga menambah desktop dan menu […]

Linux Tips Dan Tutorial

Ringkasan Tips (Cheat Sheet) Centos / Red Hat

Ringkasan Tips Centos 7 dan Red Hat 7 Assalamualaikum Hari ini saya akan berkongsi senarai arahan yang biasa digunakan oleh SysAdmin atau Red Hat Engineer. Bagi mereka yang berminat untuk bekerja dibidang ini, haruslah sekurang-kurangnya mahir dalam menjalankan perintah atau peralatan yang terdapat didalam senarai dibawah. Bagi mereka yang baru nak bermula, diharap pos ini […]

Linux Tips Dan Tutorial

Cara Melakukan Konfigurasi Logical Volume Manager (LVM)

Cara Melakukan Konfigurasi Logical Volume Manager (LVM) Assalamualaikum Masih ingat lagi pengenalan ringkas berkenaan dengan Logical Volume Manager (LVM) di artikel lalu? Jika lupa, boleh buat semakan pantas ke pautan dibawah Mengenali Logical Volume Management Kali ni, saya akan menerangkan cara melakukan konfigurasi tersebut beserta dengan sedikit contoh penggunaan. Katakan anda mempunyai 1 hardisk, kita […]

Linux

Kisah Menarik Tentang Linux

Assalamualaikum. Bagi para pengguna Linux, nama Linus Torvalds bukanlah nama yang asing, kerana inilah tubuh yang bertanggungjawab kepada lahirnya Linux. Lelaki Finland yang kini menetap di Amarika Syarikat digelar dengan pelbagai nama jolokan, bermula dari “Benevolent Dictator of Free World”, “Father of Linux”, “Linux Godfather”, “King of Geeks”, “King of Free Software Movement” dan lain-lain […]

Berita Linux

Ubuntu Unity 7 Desktop Experience Bionic Beaver: Unity Kembali Dihidupkan?

Kita sedia maklum bahawa Unity (dekstop shell/environment) pada Ubuntu telah pun digugurkan beberapa bulan lalu dan diganti dengan Gnome. Ramai yang ‘menarik nafas lega’, ramai pula yang berasa kesal dengan keputusan tersebut. Apa yang menarik tentang sesuatu projek bersumber terbuka ini ialah sekiranya ia ‘dimatikan’ dari satu sumber, namun jika ia mendapat sokongan kuat dari […]

Berita Linux

Solus: Rolling Release Distro Yang Dinantikan Oleh Peminat Linux?

Intro Pengguna Ubuntu pasti tahu, meskipun sistem operasi itu disokong oleh syarikat yang kukuh, namun pembangunannya dirasakan sedikit terumbang-ambing. Keputusan yang dibuat untuk perubahan kepada pembangunan sistem operasi selalu membuat pengguna kecewa. Ketika Unity diperkenalkan, ianya masih ‘vanilla’, masih hijau. Lantas mengundang kecaman dari pelbagai pihak. Apabila Unity sudah mula matang, ia digugurkan dari pembangunan […]

Linux Tips Dan Tutorial

10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Arch Linux

Setelah anda berjaya memasang Arch Linux serta sebuah persekitaran meja kegemaran anda, contohnya saya pasang MATE Desktop, sudah pasti anda akan tertanya-tanya apa perkara yang perlu dilakukan selepas selesai memasang Arch Linux ini. Sebenarnya ia ada diterangkan secara super-duper terperinci dalam ArchWiki, namun saya cuba huraikan secara mudah dalam artikel ini supaya anda akan terasa […]

Linux Tips Dan Tutorial

Anarchy Linux: Skrip Yang Memudahkan Pemasangan Arch Linux!

Seringkali terjadi buat pemula yang baru hendak mengenali Arch Linux di luar sana, terhenti di tengah jalan dek kerana pemasangannya yang dibuat secara baris perintah penuh. Ia sememangnya dicipta sebegitu, bertujuan ditala kepada pengguna mahir Linux. Namun ramai juga pengguna baru yang begitu inginkan sistem yang digunapakai oleh Arch Linux. Oleh itu pelbagai ‘spin off’ […]

Linux Tips Dan Tutorial

Bermain Dengan Flatpak Dalam Linux Distro

Gambar Hiasan Assalamualaikum. Sedikit pengenalan, Flatpak merupakan satu bekas pakej bagi aplikasi linux. Selama ni rata-rata pengguna Linux dilanda masalah yang sama, pengasingan pakej diantara distro. Pengguna kasual cuba mengelak dari memasang pakej daripada sumber asal. Penggunaan Flatpak sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah ini yang telah sekian lama wujud. Flatpak adalah decentralisasi, bermakna lebih bebas, tidak mengganggu sistem, berkotak pasir, tiada penampalan atau bypass pada Selinux, bebas diguna diatas apa jua jenis Linux. Cara Menggunakan Flatpak 1) Pasang Flatpak Disini saya senaraikan cara memasang Flatpak pada setiap distro yang disokong oleh mereka. Arch $ sudo pacman -S flatpak Debian # apt install flatpak Fedora $ sudo dnf install flatpak openSUSE $ sudo zypper install flatpak Ubuntu 16.04, 16.10 and 17.04  $ sudo add-apt-repository ppa:alexlarsson/flatpak $ sudo apt update $ sudo apt install flatpak Solus Flatpak juga terdapat dalam Solus! Horay! $ sudo eopkg install flatpak 2) Tambahkan repo Setelah flatpak dipasang, pasangkan pula repo bagi flatpak. Jalankan arahan berikut pada terminal flatpak remote-add –if-not-exists flathub https://flathub.org/repo/flathub.flatpakrepo 3) Pasangkan Aplikasi Jalankan arahan dibawah untuk dapatkan senarai repo flatpak remotes Pada masa ini anda akan mendapati terdapat satu repo bernama flathub. Cara memasang aplikasi menggunakan repo: flatpak install <nama repo> <nama aplikasi> Contoh: flatpak install flathub com.discord.Discord Disini saya memasang Discord kerana tiada terdapat sokongan pakej discord didalam distro selain Ubuntu. Caranya adalah dengan menjalankan kompilasi dari sumber, jadi untuk mengelakkan dari pening kepala disinilah Flatpak hadir untuk membantu kompilasikan fail tersebut menggunakan skrip yang ada didalam repo mereka, dan ianya berbeza dari penggunaan pakej discord canary yang bukan datang daripada sokongan rasmi dari Discord. Cara buka aplikasi yang telah dipasang flatpak run <nama aplikasi> Contoh: flatpak run com.discord.Discord Anda boleh gunakan kekunci tab jika lupa command. Jangan lupa gunakan –help.  […]

Linux Tips Dan Tutorial

10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 17.10

Gambar dari Source Digit Telah beberapa minggu berlalu sejak Ubuntu 17.10 dilepaskan. Buat para veteran Linux, mereka sudah tahu apa yang patut dilakukan setelah siap memasang. Namun buat pemula, pasti akan tertanya-tanya dari mana hendak mula. Atas sebab itu, artikel ini menyusul bagi membantu pemula ‘menyiapkan’ sistem operasi mereka ke tahap optimum. Jadi, tanpa membuang […]