


hayat bateri selama 10 hari,GNSS dwi-jalur generasi baharu, sensor denyutan jantung 12 saluran sertai peta luar talian percuma seluruh dunia – semuanya dalam satu jam yang direka untuk larian jalan raya dan latihan maraton. Bersama Suunto Run 2, Suunto turut melancarkan versi tali kadar denyutan jantung terkini, Suunto Smart Heart Rate Belt 2.
Suunto mengumumkan pelancaran Suunto Run 2 di Malaysia, sebuah jam larian generasi baharu yang dibina untuk larian jalan raya dan latihan maraton. Ia direka untuk pelari yang berlatih secara berfokus — daripada maraton pertama sehingga ke pencapaian peribadi terbaik (PB), sambil menggabungkan elemen larian, latihan dan pemulihan badan dalam jam seberat 35 g yang cukup ringan untuk dilupakan dan pantas dibaca sekilas pandang.
Suunto Run 2 meneruskan kejayaan Suunto Run dengan peningkatan yang dapat dirasai oleh pelari dalam setiap sesi larian: paparan AMOLED 2,000 nit yang tiga kali lebih cerah, kapasiti bateri 29 peratus lebih tinggi, sensor denyutan jantung 12 saluran pada pergelangan tangan yang direka semula, GNSS dwi-jalur generasi baharu dan peta luar talian percuma seluruh dunia. Dengan pelbagai mod larian dan alat latihan, Run 2 sentiasa bersedia sama ada untuk larian santai pagi, sesi selang-seli (interval) terstruktur, larian jarak jauh di hujung minggu mahupun hari pertandingan.
Badan Jam Ringan Seberat 35 g, Direka untuk Sentiasa Dipakai
Run 2 direka agar tidak mengganggu fokus larian anda. Dengan berat badan jam setebal 11.7 mm dan 35 g, ia melekap selesa pada pergelangan tangan sepanjang hari bekerja, waktu tidur, dan sesi latihan yang panjang. Pelari boleh memakainya secara berterusan, membolehkan data latihan, tidur, dan pemulihan dirakam secara menyeluruh dalam satu paparan.
Paparan AMOLED 1.32-inci mencapai kecerahan melebihi 2,000 nits — tiga kali lebih terang berbanding Suunto Run — memastikan kelajuan (pace), denyutan jantung, dan jarak sentiasa mudah dibaca walaupun di bawah pancaran sinar matahari. Nombor yang dipaparkan cukup besar, jelas, dan pantas dibaca supaya pelari kekal fokus pada rentak larian.
Peningkatan kapasiti bateri sebanyak 29 peratus berbanding Suunto Run menawarkan penggunaan harian bersama latihan sehingga 10 hari, serta fungsi GNSS dwi-jalur sehingga 24 jam — cukup untuk menampung seminggu latihan tanpa perlu membawa pengecas. Hayat bateri sebenar mungkin berbeza bergantung pada tetapan, penggunaan, dan keadaan operasi.
Dibina untuk kehidupan seharian mahupun latihan, Run 2 menggabungkan bezel keluli tahan karat, kaca Gorilla Glass, serta rintangan air 5 ATM dalam reka bentuk kompak yang bersedia menghadapi cuaca yang berubah-ubah, larian jarak jauh, dan pelbagai aktiviti lain
Keyakinan dalam Setiap Kilometer
Data paling penting pada jam tangan larian ialah data yang boleh dipercayai. Run 2 memperkenalkan sensor denyutan jantung pergelangan tangan 12-saluran yang direka semula di sebalik kaca sensor melengkung 2.5D, meningkatkan ketepatan daripada larian pemulihan santai hingga ke latihan interval yang mencabar dan pecutan pada hari pertandingan.
Bagi pelari yang mahu membawa latihan denyutan jantung ke peringkat seterusnya, Run 2 boleh dipadankan dengan Suunto Smart Heart Rate Belt 2 untuk data degupan-ke-degupan (beat-to-beat) dan analisis yang lebih mendalam. Ini termasuk Suunto ZoneSense, yang menggunakan kebolehubah denyutan jantung (HRV) untuk menunjukkan intensiti senaman sebenar pada hari tersebut. Berbanding zon denyutan jantung tetap yang hanya memberikan panduan umum, ZoneSense memantau tindak balas badan sepanjang sesi, menunjukkan sama ada pelari bekerja secara aerobik, memasuki intensiti anaerobik, atau menghampiri usaha maksimum. Oleh kerana keletihan, pemulihan, dan keadaan badan berubah dari hari ke hari, ia memberikan gambaran yang jauh lebih peribadi kepada pelari tentang tahap kesukaran latihan sebenar. Run 2 turut menampilkan GNSS dwi-jalur generasi baharu, menjejak isyarat L1 dan L5 merentasi GPS, GLONASS, Galileo, BeiDou, dan QZSS untuk memastikan kedudukan, jarak, dan kelajuan sentiasa berhampiran dengan laluan sebenar. Bersama dengan pengukuran denyutan jantung di pergelangan tangan, ia memberikan maklumat praktikal yang boleh digunakan dalam latihan harian mahupun pada hari pertandingan.
Suunto Smart Heart Rate Belt 2
Dilancarkan bersama Run 2, Suunto Smart Heart Rate Belt 2 membawakan ketepatan khusus untuk latihan serius. Direka untuk atlet ketahanan yang berlatih mengikut intensiti, ia menyampaikan data denyutan jantung senaman yang tepat serta data selang R-R degupan-ke-degupan beresolusi tinggi merentasi larian jalan raya, larian denai (trail running), berbasikal, triatlon, serta sukan musim sejuk dan gunung di mana sensor pergelangan tangan sukar mengekalkan sentuhan kulit.
Pengesanan berasaskan ECG mengenalpasti artifak kompleks QRS dalam pengukuran denyutan jantung dan selang R-R, manakala struktur tali dada baharu melindungi daripada hingar ESD. Hasilnya ialah surihan denyutan jantung yang menjejak sesi interval, pecutan berpanjangan, dan usaha jangka panjang dengan lebih konsisten, serta kualiti data R-R yang diperlukan oleh ZoneSense untuk membaca intensiti sebenar pada hari tersebut. ZoneSense memerlukan jam tangan Suunto yang serasi.
Pemancar yang kompak dan tali lembut dengan grip silikon memastikan tali dada kekal kemas pada posisinya sepanjang sesi latihan yang panjang, dengan saiz yang lebih nipis pada dada dan kurang perlu dilaraskan semula. Hayat bateri anggaran 460 jam menjadikan penyelenggaraan amat jarang diperlukan.
Apabila dipadankan dengan jam tangan Suunto yang serasi, unit IMU enam paksi menambah pengukuran bentuk larian (running form), merangkumi kadens (cadence), masa sentuhan tanah (ground contact time), ayunan menegak (vertical oscillation), masa penerbangan (flight time), nisbah GCT/FT, serta keseimbangan sentuhan tanah kiri/kanan — membolehkan atlet melihat perubahan bentuk larian seiring kelajuan dan keletihan. Memori gelung (rolling memory) sehingga 20 jam menyimpan data pada tali, dan jam tangan Suunto yang serasi akan membaca semula data mengikut cap masa bagi memastikan rekod kekal berterusan sekiranya berlaku gangguan isyarat sementara.
Smart Heart Rate Belt 2 boleh disambungkan sehingga tiga peranti serentak melalui sambungan Bluetooth yang dilindungi, menghantar data denyutan jantung langsung yang sama ke jam tangan, komputer basikal, dan telefon pintar secara serentak. Pengukuran bentuk larian dan memori latihan tersedia dengan jam tangan Suunto yang serasi.
Maklumat Masa Nyata Semasa Larian Tahap tenaga mudah tersilap dianggarkan semasa berlari. EnergySense menunjukkan tenaga semasa berbanding kapasiti berbaki, membolehkan pelari melihat berapa tenaga yang telah digunakan dan berapa yang masih ada sementara keputusan masih di tangan mereka.
Ramalan Penamat Langsung (Live Finish Prediction) mengambil kelajuan semasa dan menunjukkan keputusan jangkaan, memberikan gambaran masa nyataan bagi masa penamat. Kedua-dua fungsi ini dibina untuk membantu membuat keputusan semasa masih ada laluan tersisa: kekalkan kelajuan, perlahankan rentak, atau tingkatkan larian.
Dari Kilometer Pertama Hingga Hari Pertandingan
Bagi pelari yang berusaha mencapai sasaran, Pelan Latihan (Training Plan) menukar matlamat — seperti maraton bawah empat jam — kepada sesi latihan individu, daripada larian santai dan interval hingga ke larian jarak jauh. Zon Latihan (Training Zone) menggabungkan beban latihan, HRV, tidur, dan pemulihan dalam satu paparan, memudahkan pemantauan kemajuan sepanjang blok latihan.
Run 2 merangkumi pelbagai jenis larian, dengan mod larian khas untuk latihan harian, latihan kelajuan, dan pertandingan. Apabila hari pertandingan tiba, Mod Maraton (Marathon Mode) menambah fungsi Pelari Maya (Ghost Runner) serta alatan berfokuskan pertandingan yang memastikan sasaran sentiasa berada dalam pandangan dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat.
Setiap Laluan, dari Jalan Bandar hingga Denai
Run 2 juga sedia digunakan apabila laluan biasa berakhir. Peta luar talian percuma seluruh dunia boleh dimuat turun secara terus ke jam tangan dan berfungsi sepenuhnya dari pergelangan tangan, memastikan laluan, jalan, dan kawasan sekeliling sentiasa tersedia di mana jua larian membawa anda. Meneroka bandar baharu, mengikut laluan yang tidak biasa, atau berlatih di luar jalan raya tempatan semuanya bermula dengan cara yang sama: muat turun peta, kemudian mulakan larian.
Muzik juga boleh disimpan pada jam tangan dan dimainkan melalui fon telinga tanpa wayar, membolehkan telefon pintar ditinggalkan di rumah apabila larian itu hanya sekadar larian santai.
Harga dan Ketersediaan Suunto Run 2 di Malaysia
Suunto Run 2 akan berada di pasaran Malaysia di kedai rasmi dan pengedar sah bermula 1 Oktober 2026 pada spesifikasi dan harga berikut:
64GB RM 1,699
Warna: All Black, Feather Gold, Aloe Green Nota untuk editor: Pelancaran Suunto Run 2 adalah sebahagian daripada kempen See the Run Ahead, yang menampilkan pelari maraton Olimpik AS, Clayton Young.
Harga dan Ketersediaan di Malaysia: Suunto Smart Heart Rate Belt 2
Suunto Smart Heart Rate Belt 2 boleh didapati bermula 1 Oktober 2026 pada harga RM599
Kedai Atas Talian:
Laman Web: www.suunto.com/en-my
Shopee: https://shopee.com.my/suuntomalaysia
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSbMfpeVe/?page=TikTokShop
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/suunto-malaysia
Kedai Berdaftar / Pengedar Sah:
Lokasi kedai fizikal boleh didapati di Laman Web Rasmi Suunto Malaysia.
Images / Suunto Run 2
Images / Suunto Smart Heart Rate Belt 2
Untuk pertanyaan media dan permohonan temu bual, sila hubungi:
marketing@suunto.my
Views: 0




