
UALA LUMPUR, 8 OKTOBER 2026 – OPPO Malaysia dan Tourism Malaysia telah menandatangani Memorandum Kolaborasi (MoC), menandakan lembaran baharu dalam hubungan kerjasama yang semakin kukuh antara kedua-dua pihak. Susulan kempen“Rediscovering Malaysia Through the Lens” yang diumumkan pada Mei lalu, OPPO akan terus menyokong artis dan jurugambar tempatan bersama Tourism Malaysia dengan menyediakan peralatan yang diperlukan untuk merakam dan berkongsi kekayaan budaya serta keindahan negara kepada khalayak di seluruh dunia.
Menggunakan telefon pintar siri unggulan OPPO Find X, jurugambar profesional seperti Haziq Zuki, Yusuf Madi dan Zairul Puad telah menjelajah ke seluruh Malaysia untuk mencari dan merakam keajaiban tersembunyi negara ini, sama ada lokasi, landskap, masyarakat mahupun budayanya. Kempen ini membawa mereka ke destinasi yang jarang diterokai, termasuk komuniti pesisir pantai terpencil, laluan tersembunyi serta warisan yang jarang mendapat perhatian umum
Perjalanan tersebut turut membawa mereka ke Wau Sobek Sering di Kelantan, di mana para pembuat wau berkongsi kisah warisan yang semakin dilupakan namun tetap mencerminkan kepelbagaian dan kedalaman budaya Malaysia. Sementara itu, di bawah langit gelap Mersing, keindahan Bima Sakti terbentang megah di atas formasi batuan Pulau Mawar, menghubungkan galaksi dan lautan serta menjadikan permata tersembunyi pesisir ini sebuah pintu masuk yang menakjubkan ke alam kosmos.



“Di OPPO, kami sentiasa percaya bahawa kisah yang paling berkesan disampaikan melalui imej, dan Malaysia sememangnya tidak pernah kekurangan kisah yang wajar diceritakan,” kata Monica Qin, Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia. “Kami amat berterima kasih kepada Tourism Malaysia atas kerjasama berterusan dalam merealisasikan kempen ini. Kami juga terus kagum dengan jurugambar dan pencipta kandungan yang menggunakan Siri Find dan menjadikannya medium kreatif mereka sendiri. Keupayaan mereka melihat keindahan dalam perkara yang tidak dijangka menjadi jiwa sebenar kempen ini. Bersama-sama, kami berharap imej-imej ini dapat memberi inspirasi kepada dunia untuk melihat Malaysia bukan sekadar sebuah destinasi, tetapi satu pengalaman yang menanti untuk diterokai.”

Majlis MoC tersebut turut menyaksikan Tourism Malaysia menyampaikan beberapa Sijil Penghargaan kepada para penggiat kreatif yang terlibat sebagai pengiktirafan terhadap usaha mereka merakam dan mengetengahkan kisah serta keindahan tersembunyi Malaysia. Hasil karya tersebut boleh dilihat menerusi akaun Instagram OPPO Malaysia dan akaun Instagram para peserta yang terlibat, sekali gus membawa keindahan Malaysia kepada audiens global.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan OPPO Malaysia kerana kerjasama ini bukan sahaja mempamerkan keunikan dan keindahan Malaysia, tetapi juga meraikan kreativiti luar biasa para jurugambar berbakat negara melalui seni dan visual. Kerjasama ini melanjutkan Program Komunikasi Strategik kami sebelum ini di Kelantan yang melibatkan 15 peserta daripada OPPO Malaysia. Kami gembira untuk terus bekerjasama dalam mengetengahkan destinasi dan pengalaman unik Malaysia melalui kuasa penceritaan visual,” kata Encik Mohd Akbal Setia, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) dan Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2026–2027, Tourism Malaysia.
Kerjasama ini merupakan inisiatif terbaharu dalam komitmen berterusan OPPO untuk meraikan Malaysia melalui keupayaan pengimejan yang inovatif. Kempen#OPPOMalaysiaThroughTheLens serta penerbitan Coffee Table Book pada tahun 2024 menggunakan teknologi pengimejan True-to-Life OPPO bagi mengetengahkan dan memelihara lima seni tradisional Malaysia, daripada Wayang Kulit hingga tarian Ngajat. Kini, kempen“Rediscovering Malaysia Through the Lens” memperluaskan fokus tersebut daripada pemeliharaan budaya kepada penemuan destinasi unik negara.
Satu Telefon Pintar Flagship Baharu Bakal Tiba

Selain inisiatif ini, peminat fotografi dan orang ramai juga boleh menantikan ketibaan telefon pintar flagship generasi seterusnya daripada OPPO iaitu OPPO Find X10 Series. Bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia bersama pelbagai penambahbaikan perisian ColorOS, peranti baharu ini akan membolehkan rakyat Malaysia melihat dunia dengan perspektif yang lebih autentik, merakam landskap indah, kepelbagaian budaya dan momen harian dalam warna serta perincian yang sebenar.
Mereka yang ingin menjadi antara pengguna terawal Siri Find X10 boleh membuat pra-tempahan dari 8 hingga 29 Oktober dan menikmati enam bengkel fotografi percuma bernilai RM1,149 yang dikendalikan oleh jurugambar profesional dan pencipta kandungan. Bermula 24 Oktober, bengkel OPPO Studio akan diadakan setiap hujung minggu di kedai-kedai OPPO, merangkumi pelbagai topik seperti teknik pencahayaan, rakaman perincian, penguasaan warna, fotografi potret dan zum sebelum peserta mengembangkan kreativiti mereka dalam sesi Create. Tempat adalah terhad dan diberikan berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat.
Orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif“Rediscovering Malaysia Through the Lens” serta mendapatkan perkembangan terkini mengenai Siri Find X10 dengan melayari laman web rasmi OPPO Malaysia atau mengikuti akaun media sosial@OPPOMalaysia.
Views: 5




