Terkini, Netflix menambah sokongan terhadap audio berkualiti studio dengan mengimplimentasi codec audio xHE-AAC (Extended HE-AAC with MPEG-D DRC).
Codec ini menawarkan audio dengan kualiti ‘studio’ pada peranti Android, dengan syarat ia mestilah Android versi 9.0 ke atas.
Menurut Netflix, codec baharu ini akan memberikan kawalan julat dinamik dan pengurusan kelantangan suara lebih baik untuk menawarkan output audio konsisten tidak kiralah dalam situasi apa sekalipun.
Ia juga turut menyokong penukaran bitrate yang lancar, yang dapat membantu memberikan audio berkualiti studio apabila jalur lebar atau bandwidth mencukupi dan mengurangkan gangguan rangkaian yang tidak stabil.
Anda boleh naik taraf versi aplikasi Netflix melalui Google Play Store:
Tanggal 25 Januari 2021 yang lalu, Hacktivist Anonymous Malaysia membuat satu hantaran video yang boleh dikatakan sebagai ancaman kepada sysadmin jabatan kerajaan Malaysia.
Satu operasi dinamakan sebagai #OpsWakeUp21, dituju kepada para pengendali laman-laman web kerajaan, dan pelbagai lagi badan berkaitan termasuklah telco. Mereka mengatakan, bahawa terdapat berbagai kebocoran data dan ketirisan berlaku, akibat sistem sekuriti yang lemah.
“The issue is there have been many cases of all Malaysia data telco has been hacked more over 46 million until now.”
Abam malas nak ulas bab grammar, sebab broken English ni memang dah jadi trademark agaknya kepada mereka.
Cuma kalau bab telco, jika tak berlaku penggodaman sekalipun, data tetap dibocorkan oleh orang dalam telco. Ini yang menjadi antara masalah utama. Mujurlah ramai golongan ini berjaya diberkas SPRM (syabas SPRM).
Seperkara lagi yang dibangkitkan oleh Anon ini ialah kes penipuan (scam) yang semakin meningkat dan tidak berhenti berlaku. Kes penipuan juga berlaku disebabkan adanya data peribadi pengguna yang bocor ke tangan pihak penipu.
Siapa yang menjualnya?
Paling sadis, kata mereka lagi;
“Cause of government didn’t support and developer team don’t take ownership of their code.”
Ini yang menyedihkan. Kod milik orang lain, dan bila diminta, tidak diberi. Lalu apabila berlakunya penggodaman, semua kelam kabut tak tahu nak rujuk siapa sebab pembangun asal dah berpindah ke syarikat lain pula.
Barangkali benar, ini merupakan suatu ‘wake-up call‘.
Kita tunggu saja apa yang mereka ingin laksana. Berdasarkan kepada rekod, jarang sekali mereka ‘menghampakan’ dari segi ‘kejutan’.
Sejak kebelakangan ini, kes Covid-19 semakin meningkat dan takdak tanda-tanda kes akan turun pada skala yang boleh dikawal. Ini menjadikan kebanyakan rakyat Malaysia lebih banyak menghabiskan masa terluang di rumah.
Kali ini, mamu berpeluang berkolaborasi dengan Lumos, satu jenama yang semakin dikenali dikalangan rakyat Malaysia pada masa ini. Produk yang akan mamu ulas kali ini adalah Lumos Auro projektor mudah alih yang mendapat sambutan pada masa ini.
Sedikit info tentang Lumos yang mamu dapat tahu dari depa, pengasas produk ini berasal dari Malaysia dan produk ini menjadi sebutan ramai di Singapura dan kini mereka memasuki pasaran Malaysia pula. Barang Malaysia mestilah mamu sokong kan? #Supportlocalproducts
Sebelum mamu cerita lebih lanjut, apa kata kita tengok spesifikasi projektor Lumos Auro yang mamu pakai hampir sebulan ini.
Resolusi : 1920 x 1080 (1080P)
Keterangan Cahaya : 6000 Lumens
Ratio Kontras : 4000:1
Jangka Hayat LED : Lebih kurang 50,000 jam
Nisbah Aspek : 16:9 / 4:3
Saiz Paparan Projektor : 50 – 300 inci
Jarak Paparan : 1.5m – 9.2m
Nisbah Lemparan Pendek : 1.35:1
Speaker : 4Ω5W (Sokongan Dolby Audio)
Pembetulan Keystone : Menegak & Melintang, ±15° (Menggunakan Mekanisma Pembetulan) ±50°(Menggunakan Alat Kawalan Jauh Untuk Pembetulan), Fungsi Zoom
Antaramuka : AV/VGA/HDMIx2/USBx2/Audio out
Bekalan Kuasa : AC100-240, 50/60Hz
Penggunaan Kuasa : 150W
Berat : 3 KG
Dimensi Projektor : 31.3 x 23.2 x 10.4 CM
Sistem Operasi : Android 6.0 (Marshmallow)
Memori & Storan : 1GB RAM / 8GB ROM
Bluetooth : 4.0
Screencast : Terbina dalam Airplay/AirScreen/Miracast
Aplikasi : Youtube, Netflix, Kodi, Google Play Store & Web Browser
Wifi : 2.4Ghz
Kotak projektor agak minimalis dengan gambar produk dan resolusi dikotak. Kotak pula ada pemegang untuk senang dibawa ke mana sahaja. Memang sempoi habaq hang.
Di tepi kotak pula ada tulis informasi model projektor ini dengan kod serial produk. Mai kita tengok apa pula yang ada dalam kotak sambil layan video unboxing mamu buat. Let’s check it out guys!
Dalam kotak depa dah bagi beberapa barang iaitu :
Projektor (obviously!)
Palam kuasa
Kabel HDMI
Kabel AV
Alat kawalan jauh (Infra Red)
Buku manual
Kad cara penggunaan projektor & tips penggunaan.
Kita cuci mata tengok barang depa bagi ini secara individu.
Watak utama dalam ulasan mamu. Putih itu suci murni gais.
Kabel HDMI yang diberikan secara percuma. Takyah pening kepala nakpi cari kabel.
Palam kuasa yang didatangkan sekali.
Kabel AV yang tersedia sekali.
Alat kawalan jauh IR. Kualiti alat kawalan memang tahan. Sudah melepasi piawian anak baling remote ke dinding.
Manual pengguna projektor. (real men tak pakai manual)
Kad cara penggunaan projektor & tips penggunaan.
Logo yang minimalis berwarna kelabu.
Butang-butang kawalan navigasi. Punat kuasa berwarna merah membuatkan senang untuk pengguna membezakan mana satu perlu ditekan untuk hidupkan projektor. (Wei nak tekan mana nih?hang tekan butang hat merah ja. Satgi dia on la tu!)
Port yang ada pada projektor Lumos Auro :
LAN
VGA
2 Port USB
Port AV
Port Headphone
Sini adalah tombol untuk hangpa laraskan fokus dan keystone bila dah letak projektor hangpa tu hala dinding.
Lensa projektor yang ditemani pembesar suara dilitupi kain berkualiti. Soft touch orang putih cakap.
Lumos Auro nih ada gak slot kad SD terbina dalam. Slot HDMI ada dua dah cukup untuk penggunaan orang kebiasaan. Mamu pun pakai satu ja.
Design projektor Lumos Auro bagi mamu memang sempoi. Senang hangpa nak matching dengan perabot hangpa kat rumah.
Hatni adalah UI Lumos Auro. Sangat senang untuk orang yang baru 1st time nak pakai projektor Lumos Auro.
Barisan atas sekali adalah pilihan input untuk Lumos Auro. Dari kiri HDMI 1, HDMI 2, VGA Port, USB dan AV Port.
Pada barisan kedua pula ada tetapan untuk projektor ini iaitu Wifi, Bluetooth, Reset, Pilihan Bahasa, Wallpaper dan Boot Source.
Terdapat beberapa aplikasi yang sudah terbina dalam seperti Kodi, MCast, Netflix (hatni paling penting untuk mamu), AirScreen, PlayStore, YouTube, Tetapan Zoom, Local Media dan Tetapan Sistem Lumos Auro.
Tetapan zoom hatni paling penting untuk hangpa. Kalau hangpa tak boleh letak projektor nih lurus ke dinding, tetapan ini akan banyak membantu hangpa nak setup projection dia.
Kalau hangpa boleh pancarkan lurus ke dinding, hangpa Auto Trapezoid & adjust keystone sahaja.
Sekarang kita beralih pada hasil yang projektor Lumos Auro nih hasilkan. Ini adalah hasil yang mamu dapat rakam untuk tatapan hangpa semua.
Bila main game guna telefon too mainstream, mamu cuba pakai projektor. Hasil dia memang tak menghampakan.
Setelah sebulan mamu gunakan Lumos Auro nih, mamu puas hati dengan apa yang mampu projektor nih hasilkan. Disini mamu kongsi sedikit sebanyak pengalaman pakai Lumos Auro.
Paparan besar dengan jarak minimum – mamu letak lebih kurang 2.5m dari dinding, mamu dapat paparan sebesar lebih kurang 85 inci. Kalau hangpa nak lagi besar pun boleh. 3m boleh dapatkan paparan sebesar 100 inci. Tengok cerita memang ala wayang.
1080P Native – video yang dimainkan memang jelas dan kemas. Takdak la hangpa tengok video cerita zaman 3GP kot. EHEM!
Keterangan 6,000 Lumens – hatni bagi mamu antara yang paling penting. Walaupun dalam keadaan terang pun, paparan masih lagi jelas kelihatan. Kalau dalam gelap, memang lagi puas hati. (sapa tengok wayang dalam terang? Baik pi jumpa doktor naa)
Netflix & YouTube terbina dalam – mamu kat rumah pun 2 aplikasi hatni paling banyak digunakan. Untuk hangpa yang macam mamu memang takyah pening kepala nak sideload app bagai. Plug & play, login akaun hangpa & hangpa dah boleh layan cerita Alice In Borderland. (Promo sket series best.)
Mirror Casting – hatni yang hangpa boleh cast dari telefon hangpa ke projektor Lumos Auro. Bosan tengok Facebook, Instagram kat telefon skrin hangpa? Tengok ja pakai projektor. Mamu selalu pakai buat main game COD Mobile. (Marah orang rumah mamu pakai projektor main game. :P)
Design – bagi mamu design dia memang minimalist. Sesuai untuk hangpa yang suka setup minimal. Putih & kelabu senang nak matching dengan reka bentuk dalaman rumah hangpa.
Dolby Audio – ciri hatni paling mamu suka! Audio dia antara terbaik bagi mamu. Bila hangpa tengok cerita aksi, bunyi dia memang jelas. Mamu layan 6 Underground sambil bayangkan mamu tengah memandu Alfa Romeo Giulia. (kalau la boleh buat review Alfa tu. KALO)
Portabiliti – Nak bawa pi jalan-jalan? Balik kampung takdak TV kat sana? Toksah risau, Lumos Auro memang senang nak bawa ke mana saja. Kotak dia tu hangpa boleh simpan projektor & bawa la pi mana-mana pun. Jangan buang kotak tu sudah.
Akhir kata, Lumos Auro antara projektor yang mamu boleh recommend. Dia ada 2 versi iaitu Standard (RM 999) & Smart (RM1298). Hat mamu ulas adalah model Smart. Mana nak beli? Hangpa klik ja pautan kat bawah naa :
Memiliki Laman Web Sendiri Kini Lebih Mudah Dan Murah Dengan Hosting Tempatan Dari Kinetic Innovative Technologies
Seiring dengan kemajuan dan evolusi industri 4.0, memiliki laman web sendiri boleh dikatakan wajib bagi setiap syarikat dan juga individu yang ingin menyediakan perkhidmatan samada berbayar atau tidak. Begitu juga bagi mereka yang ingin menjalankan gerakan atau persatuan NGO, tidak kira sama ada berasaskan keuntungan atau tidak. Memiliki laman web adalah hampir satu kewajiban di zaman ini seiring dengan arus pemodenan.
Bayangkan, anda ingin memohon pekerjaan dengan sesebuah syarikat. Ataupun, anda ingin melanggan suatu servis daripada individu. Tidak dapat tidak, anda pasti akan “Google dahulu” untuk mencari maklumat. Begitu juga sekiranya anda ingin menjalankan atau menyumbang kepada sesuatu kempen atau tabung derma. Pastinya ia akan berjalan lebih lancar dan teratur sekiranya dijalankan pada sebuah portal laman web.
Dahulunya, hosting laman web tersangat mahal bagi mereka yang tidak mempunyai bajet yang besar. Kebanyakannya juga terdiri daripada penyedia daripada luar negara. Oleh itu, harga hosting dan domain yang mahal akan bertambah mahal kerana nilai pertukaran matawang.
Masalah komunikasi juga akan menjadi masalah utama sekiranya laman web anda mengalami masalah. Sangat sukar untuk mendapatkan sokongan daripada penyedia servis kerana faktor zon masa yang berbeza dan juga perbezaan bahasa. Lebih buruk lagi, pelayan pelanggan mereka juga tidaklah fasih sangat dengan bahasa inggeris. Jadi akhirnya, bercakaplah anda seperti ayam dan itik.
Terima kasih diucapkan kepada Kinetic Innovative Technologies kerana telah menaja laman web OMG! Hackers? melalui laman hosting mereka, omg-host.com. Setakat ini, kami sangat berpuas hati dengan kelajuan server mereka yang mampu melayan trafik sehingga 5000 pembaca sesaat.
Kelebihan lain yang anda akan terima sekiranya anda menghost laman web anda dengan omg-host adalah jaminan keselamatan laman web. Dengan omg-host, anda mendapat perlindungan spam, malware, DDOS dan juga web hacking melalui BitNinja Cloudlinux yang diberi percuma dengan setiap langganan. Ini terbukti berkesan ketika serangan DDOS ke atas laman web kami daripada Indonesia dahulu. Kami telah beralih daripada Namecheap ke omg-host dan laman web kami telah pulih semula.
Omg-host juga menyediakan khidmat sokongan pelanggan 24 jam. Anda boleh berhubung terus dengan mereka pada bila-bila masa untuk menyelesaikan sebarang isu pada laman web anda. Tidak kiralah masalah DDOS, laman web tidak boleh dicapai, masalah dengan kod HTML ataupun masalah-masalah lain yang berkaitan. Mereka akan membantu anda sebolehnya. Yang penting, mereka faham Bahasa Melayu jadi komunikasi tersangat senang dan mudah.
Berikut adalah pelan mereka. Dengan semurah RM50 setahun, anda boleh dapatkan 5GB ruangan simpanan, 50GB bandwidth, 5 domain tambahan dan 10 emel peribadi percuma bersama perlindungan BitNinja Cloudlinux. Termurah di pasaran! Yang penting, ia produk tempatan.
Untuk masa terhad, dapatkan pakej kombo RM100 : Dapatkan di sini
CPanel Litespeed dengan ruangan simpanan 5GB
Domain .com
Kineticpay payment gateway serendah RM0.70sen per transaksi FPX
Pengaktifan segera! Bayar dan terus guna.
Percuma 10 template e-commerce. Boleh pilih dan guna dengan tutorial.
Tambahan RM1600 sekiranya anda ingin menambah integrasi e-commerce di platform Android dan iOS.
Pen mata bulat, pen dakwat cair, pen gel dan pen mata jarum adalah pen yang biasa berada di pasaran. Pen-pen jenis ini adalah pen jenis pakai buang dan banyak digunakan oleh para pekerja pejabat dan juga pelajar sekolah. Ia boleh diharap, mudah digunakan dan tidak banyak kerenah. Kalau pun ada masalah dengannya, selalunya ia akan dibuang sahaja dan kemudiannya akan dibeli baru.
Sebagai seorang individu yang banyak menulis, sedikit sebanyak penggunaan pen pakai buang ini menganggu saya. Pertama, ia menghasilkan sampah apabila dakwatnya habis. Kedua, apabila tidak digunakan, ia hanya duduk di dalam bekas pen dan tiada nilai estetika padanya. Ketiga, ia satu benda yang terlalu biasa. Tiada apa yang berbeza padanya berbanding dengan pen-pen yang digunakan oleh orang lain sama ada oleh kanak-kanak yang baru mula belajar menulis dan juga seorang penulis sepenuh masa.
Pelik bukan? Jika anda pekerja binaan, ada peralatan gred profesional untuk anda. Jika anda seorang tukang gunting, ada juga peralatan tukang gunting profesional untuk anda. Akan tetapi, bagaimana pula dengan penulis? Adakah tiada perkakasan profesional untuk seorang penulis ataupun untuk anda yang melihat aktiviti penulisan sebagai sesuatu yang lebih daripada sekadar hobi? Oleh itu, saya mula mencari maklumat dan menemui minat dan cinta saya terhadap fountain pen.
Peralatan gred profesional adalah peralatan yang mampu memberikan anda lebih kawalan dan hasil yang lebih baik daripada peralatan gred biasa. Lazimnya, ia lebih mahal daripada peralatan gred biasa dan lebih sukar digunakan berbanding peralatan gred biasa. Begitu jugalah dengan pen. Berbanding dengan pen mata bulat, fountain memerlukan sedikit kemahiran untuk digunakan dan ia hadir dengan karakter dan perangai mereka tersendiri. Setiap pen perlu dikenali untuk digunakan dengan baik dan untuk dijaga. Bagi saya, itu adalah satu aspek yang sangat menarik dalam hobi ini.
Fountain pen juga boleh bertahan lama. Dakwatnya boleh ditukar dan komponennya juga boleh dibaiki jika rosak. Ia lebih bagus untuk alam sekitar kerana anda tidak akan membuangnya sekiranya dakwatnya habis. Cuma isi semula dakwat dan ia boleh digunakan kembali. Ingin beralih kepada dakwat lain? Senang saja. Kosongkan dakwat, dan isi dakwat yang dikehendaki. Tak perlu membeli pen lain.
Perbezaan Menulis Di Antara Fountain Pen dan Pen Mata Bulat
Dengan pen mata bulat, anda hanya perlu menekan pen di kertas dan dakwat akan keluar tanpa banyak masalah. Mungkin untuk pen dengan dakwat gel atau dakwat basah, anda perlu menulis dengan lebih pantas atau berhanti-hati kerana dakwat mungkin lambat kering atau akan bertompok pada kertas tulisan anda. Tapi untuk kebanyakan masa, proses dan kaedah sama sahaja seperti pen-pen yang lain.
Berbeza dengan fountain pen, ada beberapa perkara perlu diambil kira sebelum anda mula menulis. Pertamanya, anda harus pastikan mata pen anda dalam kedudukan yang betul. Sekiranya mata pen dalam keadaan senget atau terbalik, dakwat tidak akan keluar. Seterusnya, tekanan pada mata pen akan sangat mempengaruhi tulisan anda. Sekiranya ditekan dengan kuat, garisan akan jadi melebar. Ditekan dengan terlalu lemah, garisan tulisan akan terputus-putus. Sebaliknya, jika menulis dengan posisi mata pen diubah-ubah, maka ketebalan tulisan juga boleh berubah-ubah. Menarik bukan?
Mata Pilot sederhanaMata Pilot nipisMata Wingsun leper
Penjagaan Berkala Fountain Pen
Seperti mana peralatan professional lain, fountain pen juga tidak terkecuali dan memerlukan penjagaan berkala berbanding pen pakai buang yang lain. Sekiranya anda ingin berhenti menulis untuk satu jangka masa yang lama (lebih dari seminggu), adalah lebih baik anda kosongkan dakwat di dalam fountain pen anda. Ini bagi mengelakkan dakwat mengeras dan tersumbat pada pen anda.
Walau bagaimanapun, katakanlah anda terlupa dan pen ada tersumbat. Jangan risau kerana cara-cara untuk membaiki dan menyelesaikan masalah anda juga ada dan boleh dilakukan sendiri. Anda boleh membasuh pen anda dan ia akan berfungsi kembali seperti sediakala. Ya, anda boleh membasuh fountain pen adan untuk mencuci segala kekotoran dan dakwat yang tersumbat. Senang bukan?
Jika dibiarkan lama tanpa menulis, dakwat akan mengering, mengeras dan tersumbat.
Lebih Pilihan, Lebih Gaya, Lebih Variasi
Fountain pen, selain daripada sekadar alat menulis, boleh juga digunakan sebagai alat untuk menyatakan karakter, gaya dan citarasa penggunanya. Ada banyak pilihan bentuk dan bahan binaan fountain pen di pasaran. Baik daripada semurah plastik, hinggalah kepada emas mahupun titanium. Semuanya ada, cuma perlu tepuk poket tanya bajet sahaja.
BuluhEdisi Khas Jet LeeGabungan emasEdisi emasPercaya atau tidak, pen secantik ini, harganya di bawah RM20 sahaja!
Mekanisme pengisian dakwat juga ada pelbagai. Ada katrij pakai buang, ada jenis sedutan, ada jenis suntikan, ada menggunakan injap tekanan dan banyak lagi. Begitu juga dengan corak pada fountain pen. Anda boleh menempah khas corak pada fountain pen sekiranya anda mahu. Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah. Jangan terkejut, fountain pen yang berkualiti juga boleh dijadikan harta pusaka dan diturunkan dari generasi ke generasi!
Dakwat kartrij pakai buangDakwat isian sedutanDakwat isian piston badan
Akhir kata, tidak salah untuk anda mencuba fountain pen ini walaupun hanya sekadar suka-suka. Ia menarik walau tidak berapa popular. Komuniti yang kecil juga bermakna anda mudah untuk membuat rakan sesama peminat. Jika dahulunya hobi ini mahal, kini tidak lagi. Sudah ada banyak fountain pen di pasaran yang berharga murah serendah RM2 tetapi berkualiti bagus. Fountain pen dari China juga tidak terkecuali. Ada banyak jenama fountain pen murah seperti Jinhao, Baoer dan Wingsun. Malahan, jenama terkenal juga ada mengeluarkan fountain pen dalam harga bajet seperti Lamy, Pilot, Faber-Castell dan Parker.
Jadi, apa tunggu lagi? Mulaknanlah hobi baru anda ini sekarang!
Gambar artikel ihsan daripada : Petar Milošević / CC BY-SA, Wikipedia, petarmslo@gmail.com
Dalam Linux pun ada download manager seakan IDM. Jangan tak tahu tu. FlareGet ialah nama yang patut diketahui umum kerana dari paparan antaramuka hinggalah membawa kepada ciri dalaman aplikasi, semuanya hampir menyamai IDM, bahkan ia juga ada extension untuk pelayar web.
OnlyOffice ialah alternatif kepada Microsoft Office, yang tidak memerlukan sebarang lesen untuk digunakan. Ia percuma, sumber terbuka, dan mempunyai keserasian dengan dokumen yang telah disunting menggunakan Microsoft Office.
Kdenlive ialah salah satu lagi alternatif untuk Filmora X, perisian penyunting video yang terdapat khusus untuk Linux dan Windows, manakala macOS pula terdapat ‘port’ untuknya, tetapi sudah lama tidak dikemaskini.
Ya, sekali lagi saya sertakan penyunting video kerana ramai yang berminat hendak mengetahuinya. Shotcut ini istimewa kerana ia ada untuk kesemua platform iaitu Windows, macOS dan juga Linux. Anda boleh export video beresolusi 4K, dan paling penting ia percuma. Tak perlu keluarkan modal yang mahal untuk kerja penyuntingan video.
SMPlayer sudah menjadi pemain media pilihan saya sejak dulu lagi. Pada saya, ia menggantikan MPC dalam Windows, dan punyai lebih lagi ciri tambahan yang mungkin agak ‘overwhelming’ untuk pengguna biasa. Bahkan, ia sesuai sekali digunakan pada Windows 10, untuk mengganti pemain video lalai yang kekurangan pelbagai ciri.
Kalau anda minat dengan penyuntingan gambar, GIMP ialah jawapannya. Saya tidak cekap membuat kerja sunting gambar, tetapi melihat hasilnya di YouTube sudah cukup untuk meyakinkan saya bahawa perisian sumber terbuka dan percuma juga mampu untuk bersaing dengan perisian berbayar dan proprietary.
digiKam ialah pengurus foto digital yang tersedia untuk Windows, macOS, dan Linux. Ia mampu menggantikan perisian Windows Photo Viewer, dan mempunyai pelbagai ciri lain seperti mengimport, mengurus, menyunting, dan berkongsi gambar.
Lutris ialah platform permainan sumber terbuka untuk Linux. Saya jarang sekali bermain permainan, tetapi saya pasti ramai antara mereka yang beralih ke Ubuntu/Linux ingin ciri ini. Anda hanya perlu pasang, dan lancarkan terus permainan pilihan.
KeePassXC merupakan pengurus kata laluan buat mereka yang mempunyai daya ingatan lemah mahupun ingin menyembunyikan kata laluan dari isteri.
Letak gurauan itu ke tepi, KeePassXC ialah satu alternatif kepada pengurus kata laluan lain yang mengenakan caj, dan meletakkan pelbagai sekatan sebelum dibayar. Oh ya, tidak lupa juga ia tersedia untuk semua platform dari Windows, macOS, dan Linux.
LMMS ialah aplikasi ‘digital audio workstation’. Saya pasti ada di kalangan pengguna Ubuntu yang merupakan seorang penggubah muzik. LMMS sangat sesuai digunakan jika anda ingin menggubah lagu yang dirakam.
Tak salah jika anda tukarkan sistem operasi kepada sebuah studio muzik yang dijalankan di rumah sendiri.
Bukan selalu saya dapat gajet yang menjadi buah mulut orang. TINHiFi ialah nama yang sering berlegar dari kalangan ‘pencinta’ IEM. Kali ini saya berpeluang untuk mengulas mengenai salah satu produknya iaitu T1 Plus.
Sebelum kita mula meneliti apa yang menarik tentang produk ini, mari kita tonton dahulu buka kotak. Jangan lupa tekan subscribe sekiranya belum.
Apa Ada Dalam Kotak?
1 pasang T1 Plus.
10 pasang silikon telinga gantian (tidak termasuk yang sedia ada pada T1 Plus).
1 kabel/wayar.
1 manual panduan pengguna.
Melihat kepada pakej dan harga, kita boleh agak model ini ialah model bajet syarikat. IEM yang saya peroleh diperbuat dari plastik lutsinar, dan ia berwarna putih. Nampak murah dari luar, tetapi kita belum sentuh lagi bab kualiti bunyi.
Saya boleh berikan 3 bintang sahaja untuk material produk, pun begitu mereka menyediakan agak banyak saiz bagi silikon telinga gantian, dan ini boleh dipuji kerana saiz telinga manusia sangat berbeza antara satu dengan yang lain.
Kualiti Bunyi
Kebanyakan orang akan mengaitkan model TINHiFi dengan bunyi natural, tidak seperti Chi-Fi lain yang lebih ke arah V-shape. Namun, untuk model T1 Plus, meskipun ia tidak menggunakan profil V-shape, bunyinya masih agak sedikit ‘tajam’, cuma tidaklah terlalu memenatkan untuk didengari. Ada sesetengah pendengar terus melabelkan ia sebagai bunyi signature V-shaped, dek kerana bass agak sedikit lantang.
Ini bermaksud jika anda peminat lagu-lagu metal seperti saya, anda tidak akan keberatan mendengarnya melalui T1 Plus, cuma hanya perlu membuat sedikit penalaan semula pada treble menerusi equalizer.
Berikut antara senarai main yang saya gunakan. Anda boleh klik pautan ini sekiranya ia tidak keluar dalam Instant Article: From the Twisted Mind of Arya Putra.
Pada saya isolasi instrumen agak bagus, walaupun terkadang dikaburi dengan isu treble yang kedengaran nyaring.
Untuk bass, saya cuba mendapatkan had talaannya melalui lagu Method Man feat. Snoop Dog – Episode 2 – Eastside. Vokal dalam lagu ini terdengar agak ke belakang, tetapi bass sememangnya ke depan dan terasa punchy.
Seterusnya saya mencuba pula lagu lama oleh Mario Winans iaitu I Don’t Wanna Know. Cukuplah sekadar saya katakan bass heads akan menggemari IEM ini.
Dari segi mid, vokal boleh didengari dengan jelas, akan tetapi saya ingin mendengarnya lebih kuat lagi dari talaan lalai. Vokal boleh dibuat lebih baik lagi dari apa yang saya dengar, tetapi buat pengguna yang hanya tahu mendengar bunyi keluar-dari-kotak, mungkin mereka tidak dapat membezakan apa-apa pun dengan IEM lain.
Untuk treble, saya sedikit kecewa bila mendengar lagu Linkin Park – Papercut. Bunyi gitar agak kasar dan tidak memenuhi standard apabila mendengar secara terus di studio. Sukar untuk saya terangkan buat anda yang tidak pernah memasuki studio rakaman, tetapi untuk mudah faham, bunyinya ditala seakan lebih tinggi dari yang sepatutnya.
Konklusi
Pada saya, dengan julat harga antara RM80-99, tak salah saya katakan ini IEM bajet yang menepati citarasa kebanyakan orang. Bunyinya mungkinlah tidak kepada natural, pun begitu untuk pengalaman bunyi secara terus keluar-kotak, ia lebih baik dari mana-mana chi-fi dalam julat harga yang sama.
Kalau anda ada bajet sekitar harga ini, tak perlu fikir panjang. Sambar sahaja lalu kombinasikan ia dengan mana-mana DAC luaran. Tak perlu mahal untuk menikmati audio berkualiti.
Kita tahu terdapat banyak papan kekunci yang mampu milik sama ada berwayar ataupun tanpa wayar, tapi terlalu banyak sampai taktau nak pilih mana satu, kan?
Selalu dengar|nampak orang kata, “ala, tambah sikit dapat yang lebih baik”.
Jadi kami pun pilih papan kekunci Cooler Master CK550, kerana ia merupakan salah satu papan kekunci mampu milik.
* Terdapat model baru, iaitu CK550 V2 yang datang sekali dengan ‘wrist-rest’ Cooler Master.
Ya, untuk Multi-media, Rakaman Macro dan Kawalan Pencahayaan
Kekunci Multimedia
Melalui Kekunci FN
Kabel
Fixed Rubberized 1.8m
Perisian
Ya, melalui portal
Kabel Penyambung
USB 2.0
Panjang Kabel
1.8m
Dimensi (P X L X T)
460 x 135 x 41 mm
Berat
850g
Jaminan
2 tahun
Produk
Papan Kekunci
Jenis Papan Kekunci
Mekanikal
Siri
Siri CK
Nama Produk
CK550
Rupa bentuk CK550 bersama RGB Merah.
Dia punya RGB jangan kata la, ia menyokong pencahayaan RGB penuh yang dapat ditetapkan dekat perisian dia. Setiap kekunci mampu memiliki pencahayaan RGB sendiri. Terima kasih dekat papan aluminum yang memantulkan cahaya RGB dengan mudah, jika persekitaran gelap.
Kekunci FN (logo Cooler Master) untuk akses fungsi tambahan dari papan kekunci.
Kekunci FN akses fungsi tambahan dengan baik tanpa perlu masuk dalam perisian, jika lakukan tetapan dalam perisian dahulu la.
Kedudukan kekunci.
Memandangkan ia tidak datang sekali dengan ‘wrist-rest’, kemungkinan cepat lenguh pergelangan tangan apabila guna terlalu lama kerana kedudukan kekunci tu membuatkan pergelangan tangan jadi kurang selesa.
Tapi jangan risau, jika belum beli lagi papan kekunci ni boleh beli CK550 V2 sebab ia datang sekali dengan ‘wrist-rest’.
Tapak kaki papan kekunci CK550.
Tapak kaki papan kekunci ni hanya 1 tahap saja dan agak tebal kaki dia. Macam Logitech GXXX atau KXXX ada 2 tahap tapak kaki papan kekunci mengikut keselesaan ampa.
Suis Papan Kekunci, Gateron Suis Merah.
Model ini menggunakan jenis suis papan kekunci Gateron Suis Merah yang mana orang kata berkelakuan seakan-akan suis CherryMX.
Perisian yang digunakan untuk tetapan papan kekunci.
Perisian dia yang kami guna hanya la tetapan LED dan Profiles sahaja. Macro dan Key Map tak usik langsung sebab tak guna pun.
Kami tengok CK550 V2 guna perisian baru, iaitu Cooler Master MasterPlus+. Jadi model kami guna ni, guna perisian lama. Sedih.
Pada mula guna papan kekunci ni kami mengalami beberapa masalah seperti;
Kekunci terlalu ‘sensitif’, di mana tertekan sedikit dah bertindak balas. Agak masalah jika main permainan yang mengawal kenderaan. (ini papan kekunci mekanikal pertama kami guna)
Dia punya perisian untuk papan kekunci mampu milik ada ralat, mungkin sebab perisian lama dan kelihatan seperti tiada sokongan kemaskini dah.
Tidak disediakan sekali dengan ‘wrist-rest’, jadi kami beli asing.
Kabel dia walaupun tebal, tapi seriau lak takut rosak sebab kedudukan kabel dekat papan tengah-tengah
Meskipun model ni model dan perisian agak lama, tapi ia berfungsi dengan baik.
Jumlah kerugian melabur dalam papan kekunci mekanikal permainan.
Kalau ampa berkenan, kami cadangkan ambik model baru dia, CK550 V2 kerana dapat sekali ‘wrist-rest’ dan guna perisian baru, iaitu Cooler Master MasterPlus+ serta murah sikit dari model lama. hahahaha (tengok kedai juga la)
Sudah kecoh dalam seminggu ini tentang pasaran saham Wall Street yang telah ‘diserang’ oleh orang awam dan memaksa beberapa syarikat pelaburan Wall Street menuju bankrap. Semuanya bermula dengan sebuah subReddit dan juga ciapan daripada Twitter Elon Musk. Apa yang berlaku seterusnya adalah kesan domino dan pasaran saham khususnya pasaran saham GameStop mengalami perubahan yang sangat pelik dan di luar kebiasaan. Ia sudah jadi sebuah peperangan di antara orang awam dan juga kapitalis pasaran saham di Wall Street.
Sebelum itu, kita fahami dahulu beberapa terma penting dalam peristiwa bersejarah ini.
Hedge Funds
Hedge funds adalah sebuah kerjasama yang dibina daripada sekumpulan pemain saham. Mereka bekerja secara sepenuh masa dalam menguruskan, membuat persepsi, menjual-beli saham dan kerja-kerja belakang tabir di pasaran saham. Keuntungan daripada proses jual beli saham mereka ini kemudiannya disalurkan ke dalam satu tabung dana yang akan dugunakan untuk menyuntik modal dan urusan jual beli saham di bursa saham. Akaun dan pengurusan dana ini dinamakan sebagai Hedge Funds.
Short Sale
Short Sale adalah proses jual beli unit saham di mana individu atau hedge funds meminjam unit saham daripada pemegang saham untuk dijual. Mereka kemudiannya menunggu harga saham tersebut turun daripada harga asal dan kemudiannya membeli unit yang telah dijual tersebut pada harga yang lebih rendah. Keuntungan yang diperoleh adalah jumlah perbezaan jual dan beli saham tersebut.
Sebagai contoh, saya telah meminjam 1000 unit saham daripada Pelaburan A dan telah menjual unit saham tersebut di pasaran pada harga RM2 seunit. Jumlah jualan saya adalah RM2000 untuk 1000 unit.
Setelah beberapa ketika, unit saham tersebut telah turun kepada harga RM1 seunit. Jadi saya telah membeli semula 1000 unit saham yang telah dijual tadi dengan harga RM1000 sahaja untuk 1000 unit.
Saya kemudiannya memulangkan semula 1000 unit saham yang telah dipinjam dari Pelaburan A tadi dan telah mengaut keuntungan bersih sebanyak RM1000. Pengiraannya :
Pinjam 1000 unit daripada Pelaburan A.
Jual 1000 unit dengan harga RM2000 keseluruhan.
Beli semula 1000 unit dengan harga RM1000 keseluruhan.
Pulangkan semula 1000 unit saham yang dipinjam daripada Pelaburan A.
Untung bersih dikira dengan formula : RM2000 (jual) – RM1000 (beli semula) = RM1000 (untung bersih).
Tapi dalam skala Hedge Funds, sudah tentulah ia melibatkan unit dan harga saham keseluruhan yang lebih besar dan mencecah jutaan malah berbilion ringgit.
Sampai masuk surat khabar
Kejadian GameStop
GameStop adalah sebuah syarikat brick-and-mortar permainan video di Amerika Syarikat yang telah bertapak sejak dari tahun 1984 dan menggunakan nama GameStop secara rasmi sejak tahun 1999. GameStop yang telah mengalami kemerosotan telah banyak menutup cawangannya dan keadaan bertambah buruk dengan penurunan nilai saham mereka. GameStop dijangka akan bankrap dan ini telah menarik ramai kapitalis daripada pelbagai hedge funds untuk mendapat untung mudah melalui short sale dan dalam masa yang sama menurunkan lagi nilai saham GameStop untuk mendapat julat untung yang lebih tinggi.
Proses ini sudah tentunya akan membawa kerosakan dan kerugian besar kepada GameStop yang sudah sedia ada dalam keadaan yang buruk. Kejadian ini juga bukan pertama kali berlaku. Syarikat alat permainan brick-and-mortar, Toys ‘R’ Us juga menerima nasib yang hampir sama apabila saham mereka jatuh merudum dan mereka terpaksa menutup perniagaan kerana menanggung hutang dan rugi yang besar.
Dalam usaha licik Melvin Capital, sebuah hedge fund di Wall Street untuk melakukan short sale terhadap GameStop, maklumat tersebut telah tersebar di Reddit dan para pengguna Reddit di subRedditr/wallstreetbets mula berpakat untuk menggagalkan usaha Melvin Capital untuk mendapat keuntungan dengan menindas GameStop.
Para pengguna Reddit di r/wallstreetbets mula membeli saham GameStop yang dijual oleh Melvin Capital melalui aplikasi pelaburan dalam talian;- RobinHood. Sebaik sahaja Melvin Capital menjualnya, individu-individu mula membelinya. Sangat ironi, sebagaimana kisah Robin Hood mencuri daripada mereka yang kaya, aplikasi yang bernama RobinHood juga telah berjaya ‘mencuri’ daripada kapitalis dalam sebuah ‘rompakan’ bersejarah yang terhebat di Wall Street. Belian saham dalam jumlah yang banyak oleh pelbagai individu akhirnya telah membuatkan nilai saham GameStop melonjak naik. Malahan, tertinggi dalam sejarah sejak daripada penubuhannya! Lebih tinggi daripada zaman kegemilangannya sendiri!
Nilai saham GameStop telah melonjak naik daripada nilai terendah mereka dalam sejarah pada nilai $2.57 seunit kepada nilai tertinggi mereka dalam sejarah iaitu $500 seunit pada 28 Januari 2021. Kenaikan sebanyak 190 kali ganda daripada nilai asal!
Kekalahan Total Melvin Capital
Berbeza daripada rancangan asal mereka untuk membeli semula saham GameStop yang dijual, Melvin Capital sebaliknya terpaksa mengeluarkan wang untuk mengimbangi saham yang ‘dipinjam’ tadi. Melvin Capital dilaporkan telah kehilangan sejumlah 30% dana mereka dalam kekalahan ini.
Dalam kekalahan ini, beberapa hedge fund lain telah melakukan suntikan modal kepada Melvin Capital bagi mengelakkan Melvin Capital gulung tikar. Antara penyumbang adalah Citadel LLC dan juga Point72 Asset Management dengan sumbangan keseluruhan mencecah hampir 3 billion USD.
Namun begitu, suntikan tambahan 3 billion USD ini juga dikatakan gagal menyelamatkan Melvin Capital kerana nilai saham GameStop telah naik tanpa henti. Melvin Capital dikatakan telah kehilangan semua wang mereka dan juga wang tambahan daripada rakan-rakan mereka di Wall Street.
Kejadian ini dinamakan sebagai ‘short squeeze‘. Dan ini adalah sejarah short squeeze yang terbesar dan terhebat sepanjang zaman.
Saya sudah menggunakan IDM dengan lesen seumur hidup di kedua-dua laptop. Pada saya, tak perlu fikir lagi mengenai pengurus muat turun kerana IDM akan membantu saya dalam hal itu.
Tetapi sekiranya ada aplikasi lain yang saya boleh syorkan kepada orang lain, tambahan pula ia percuma, saya tidak dapat berdiam diri. Semestinya ramai yang akan memilih aplkasi/perisian percuma, apatah lagi jika ia memiliki ciri sama seperti IDM.
Aplikasi yang saya ingin perkenalkan kali ini ialah Ant Download Manager (selepas ini akan disebut sebagai Ant DM).
Apa yang saya suka mengenai Ant DM ialah paparan antaramukanya yang lain sedikit dari IDM, dan itu boleh jadi perkara yang baik dan juga buruk. Dalam kes Ant DM, ia adalah perkara yang baik.
Sedikit sebanyak, elemen UI ada menyamai IDM, dan ciri seperti ini memudahkan sesiapa sahaja yang terbiasa dengan IDM sebelum ini, untuk membiasakan diri dengan Ant DM pula.
Seperti yang anda dapat lihat pada tangkap layar tetingkap sebelum mula memuat turun Ant DM di atas ini, ia mempunyai ciri pengkategorian bagi memudahkan penyusunan fail.
Saya yakin dan pasti, ramai yang inginkan ciri seperti ini dalam sebuah aplikasi pemuat turun percuma bukan?
Kalau tak salah saya, ia akan menggunakan kembali folder kategori yang telah dibuat oleh IDM, sekiranya anda ada memasang IDM sebelum ini – atau sekiranya anda tidak pernah memasang IDM, ia akan membuat folder mengikut kategori, dari video, dokumen, program, dan sebagainya lagi.
Ketika, dan setelah habis muat turun, cirinya adalah sama sahaja dengan IDM, bahkan tidak keterlaluan jika saya katakan data yang ditunjuk juga lebih kurang serupa.
Ant DM ada segalanya. Bolehlah saya katakan ia adalah ‘IDM’, tetapi dalam paparan antaramuka yang berbeza.
Ia mampu memproses ralat, mengembalikan proses muat turun (resume), menyusun fail mengikut kategori/jenis, dan memuat turun fail kepada beberapa segmentasi supaya ia lebih laju dan lancar.
Ant DM ada pelbagai warna/tema yang boleh dipilih dalam tetapan (Config). Seperti yang anda dapat lihat, saya telah tukarkan warnanya menjadi tema gelap.
Tidak ubah seakan IDM, Ant DM ada panel penunjuk pilihan muat turun video di YouTube. Anda tidak akan berasa ralat untuk beralih kerana ‘design language’ bagi pemuat turun ini menyenangkan pemahaman pengguna.
Muat turun ISO Linux Mint menggunakan torrent.
Beza terbesar antara IDM dan Ant DM ialah = Ant DM mampu menjadi klien torrent!
Ya, IDM tiada ciri ini. Ant DM boleh menguruskan torrent, dan turut menyokong fungsi pautan magnet. Semua dalam satu. Dialah pemuat turun fail, dia juga pemuat turun torrent. Tak perlu lagi aplikasi berbeza untuk satu tugas.
Selain itu, Ant DM ada integrasi kepada pelayar web (extension). Anda akan ada pilihan untuk memuat turun mana-mana pautan dengan Ant DM. Cuma, saya masih belum menjumpai pilihan ‘force download’, dan yang ada hanyalah pilihan ‘prevent download’.
Fungsi ini pada saya agak kritikal penting, kerana ada sesetengah pautan akan menyembunyikan terlebih dahulu pautan terus ke fail atas sebab-sebab tertentu. Tanpa fungsi ‘force download’, kebiasaannya pemuat turun hanya akan dapat memuat turun fail HTML sahaja.
Pro dan Kontra/Konklusi:
Secara kesimpulannya, pada saya Ant DM melengkapi ciri diperlukan oleh pengguna walaupun hanya menggunakan lesen percuma sahaja. Apa yang tidak ada pada lesen percuma?
Hanya dua ‘kekurangan’ sahaja iaitu tiada kebolehan untuk memuat turun video dengan resolusi tinggi, serta tidak dapat mengubah format video kepada MP3.
Jika dua fungsi ini sahaja yang tiada, maka tidaklah menjadi masalah kerana ia masih dapat dilakukan dengan cara lain (workaround). Paling penting, ia percuma.