Netflix Menambah Sokongan Audio Berkualiti Studio

Terkini, Netflix menambah sokongan terhadap audio berkualiti studio dengan mengimplimentasi codec audio xHE-AAC (Extended HE-AAC with MPEG-D DRC).

Codec ini menawarkan audio dengan kualiti ‘studio’ pada peranti Android, dengan syarat ia mestilah Android versi 9.0 ke atas.

Menurut Netflix, codec baharu ini akan memberikan kawalan julat dinamik dan pengurusan kelantangan suara lebih baik untuk menawarkan output audio konsisten tidak kiralah dalam situasi apa sekalipun.

Ia juga turut menyokong penukaran bitrate yang lancar, yang dapat membantu memberikan audio berkualiti studio apabila jalur lebar atau bandwidth mencukupi dan mengurangkan gangguan rangkaian yang tidak stabil.

Anda boleh naik taraf versi aplikasi Netflix melalui Google Play Store:

https://play.google.com/store/apps/details…

Cuba sendiri sama ada anda dapat mendengar sebarang perubahan pada kualiti audionya.

Sumber: https://netflixtechblog.com/optimizing-the-aural…

#OMGHInfo #GengStreaming #CutTheCord #CutTheCable #GengNetflix

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x