Utama Blog Laman 88

OpenShot: Alternatif Sumber Terbuka Kepada Filmora X

0
OpenShot

Abam mula mengenali OpenShot sejak menggunakan Linux, kerana dalam Linux tiada Filmora. Tambahan lagi, lesen Filmora agak mahal juga, oleh itu mencari solusi dengan ke arah alternatifnya ialah salah satu cara.

OpenShot

Bila pertama kali menggunakan OpenShot, terasa seakan bermimpi. Aplikasi percuma, sumber terbuka ini sangat istimewa apabila menyediakan pelbagai ciri yang boleh didapati pada aplikasi berbayar lain.

Apa yang menyeronokkan, ia terdapat untuk platform Linux, Mac, dan Windows. Pembangunnya tidak pilih kasih seperti pembangun aplikasi proprietary. Sudahlah berbayar, ada untuk Windows dan Mac sahaja pula tu.

Kalau anda cukup kreatif, apa yang mampu dilakukan pada Filmora (sebagai contoh), boleh juga dibuat dalam OpenShot.

Anda boleh baca keseluruhan ciri yang ada pada OpenShot di:

https://www.openshot.org/features/

Muat turun:

https://www.openshot.org/download/

#OMGHSharing #AlternativesTo #OpenShot #OpenSource #FreeVideoEditor

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Speedtest Kini Membantu Anda Untuk Mendedahkan Penipuan Telco

0

Speedtest, sebuah aplikasi untuk menguji kelajuan rangkaian internet baru sahaja melepaskan kemaskini baru terhadap aplikasi mereka mereka. Kemaskini terbaru ini didakwa oleh Ookla sebagai lebih kemas dengan pembahagian peta yang lebih baik.

Notis privasi baru Speedtest.
Speedtest kini meminta kebenaran akses lokasi secara berterusan untuk fungsi baru mereka.
Fungsi ujian kelajuan internet masih ada.
Kini anda boleh membuat penilaian kepuasan rangkaian setelah siap menguji kelajuan.
Fungsi pemetaan baru pada Speedtest.

Peta yang dikemaskini ini hadir tersedia dengan kemaskini terbaru Speedtest versi 4.5.30. Peta baru ini melibatkan kemaskini kepada peta di seluruh dunia. Kemaskini yang paling ketara pada peta baru ini adalah keupayaan untuk zum kepada jalan dan kawasan yang lebih spesifik. Pengguna boleh melihat data rangkaian dengan lebih terperinci dan dibahagikan kepada rangkaian telco masing-masing di kawasan anda.

Fungsi pemetaan rangkaian.
Data capaian kawasan rangkaian diterjemah ke dalam peta melalui lorekan warna mengikut blok.
Setiap jenis rangkaian berbeza dilorek dengan warna berbeza. Lihat pada petunjuk untuk maksud setiap warna.
LTE penuh di sini. Tapi hairan juga, tidak sama langsung dengan situasi sebenar.
Tetap konsisten meminta akses lokasi latar belakang.
Anda boleh juga melihat data mengikut rangkaian telco tertentu menggunakan Speedtest. Banyak juga senarai telco di Malaysia.

Keupayaan ini saya lihat hampir sama dengan fungsi yang terdapat pada aplikasi OpenSignal yang membolehkan anda melihat rangkaian manakah yang lebih bagus di kawasan kediaman anda.

Pemetaan rangkaian pada aplikasi OpenSignal.
OpenSignal juga kini meminta akses lokasi latar belakang untuk fungsi mereka.
Data yang sangat sedikit di kawasan saya. Hampi kesemua data adalah daripada saya yang bergerak ke sana ke sini sambil membuat ujian kelajuan internet.
OpenSignal juga membenarkan anda menyisih data mengikut telco.

Ini membolehkan anda untuk melihat secara spesifik telco dan apa capaian yang tersedia di kawasan sama ada tiada, 2G, 3G, 4G mahupun 5G. Ookla akan mengumpulkan data daripada pengguna lain dalam julat lingkungan kawasan 300 kaki persegi untuk dimasukkan ke dalam pengiraan data di kawasan anda.

Pun begitu, seperti juga aplikasi OpenSignal, kemaskini terbaru daripada Speedtest ini juga tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur yang konklusif terhadap keberadaan rangkaian di kawasan anda. Ini kerana, seperti juga OpenSignal, peta pada Speedtest dikira dan dicerap berdasarkan kepada data-data daripada pengguna lain. Dalam kes Speedtest, data yang akan diambil kira adalah data daripada pengguna lain dalam jarak 300 kaki persegi daripada anda.

Masalah ketara dapat dilihat sekiranya hanya anda sahaja pengguna aplikasi berkenaan di kawasan anda. Maka data yang akan terpamer di aplikasi hanyalah data daripada hasil ujian anda. Saya juga mengalami masalah ini kerana di kampung saya, hampir tiada pengguna lain yang mengunakan aplikasi Speedtest mahupun OpenSignal. Maka, saya terpaksa juga membeli simkad semua telco untuk mengetahui telco manakah yang mempunyai capaian yang terbaik di kawasan saya.

Itu pun, belum lagi cerita bab telco dengan sengaja melajukan sementara capaian internet anda apabila mengesan anda sedang melakukan ujian kepantasan internet…

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Lagi Data Dijual: Data Daftar Pengundi Pula Diiklankan

0

Tidak habis lagi dengan data yang didakwa data pengguna laman belian dalam talian, individu sama tampil pula dengan data baru di forum yang sama. Kali ini, individu terbabit mendakwa memiliki lebih banyak data, berjumlah 10 juta data banyaknya.

Maklumat ini telah disalurkan kepada kami melalui emel.

Emel yang diterima kami oleh individu tidak dikenali.
Iklan data untuk dijual di forum.

Individu ini didapati baru sahaja membuat akaun di forum berkenaan pada April tahun lepas dan ini adalah hantaran kedua individu ini di forum. Tiada komen ataupun hantaran lain oleh individu ini di forum. Dia juga didapati bermain sentimen dengan meletakkan hashtag #KitaMintaLima pada gambar data yang didedahkan. Tidak dapat dipastikan tujuan individu berkenaan menggunakan hashtag tersebut.

Akaun yang membuat iklan jualan. Masih lagi akaun baru dan cuma pernah membuat dua hantaran sahaja.

Data tersebut didakwa sebagai data daripada senarai daftar pengundi. Data yang ditunjukkan adalah termasuk kawasan, DUN, alamat, nama, nombor kad pengenalan dan juga parlimen.

Gambar jadual data yang ditayangkan individu tersebut.
Gambar jadual data yang ditayangkan individu tersebut.

Melihat kepada jadual data, ia agak meyakinkan dan kelihatan seperti data sebenar. Sudah ada pembida dan beberapa pengguna forum juga telah menawarkan untuk membeli data yang diiklankan.

“I was looking for this what is the price ?”
“Looking for this bruv. How much? Please PM me”

Ada juga pengguna forum yang mengatakan ia hanyalah data awam dan individu ini adalah scammer.

“lol good public dataaa great scam”

Setakat ini, masih tiada jawapan ataupun kenyataan media daripada SPR berkenaan data ini. Tidak dapat dipastikan kesahihan data yang diiklankan oleh pengguna ini. Diharapkan agar pihak yang terlibat boleh menjalankan siasatan ke atas pembocoran data ini kerana ia melibatkan imej dan integriti keselamatan data kerajaan.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Xiaomi Memperkenalkan Mi Air Charge Technology

0

Abam baru terbaca entah di mana tadi, yang Xiaomi nak memperkenalkan pengecasan pantas berkelajuan 200W tahun ini.

Tapi belum sempat nak menulis, terbaca pula berita ini di Beebom, Gizmochina, GSMArena, etc. Lalu selepas diamati, pada abam teknologi ini lebih menarik lagi.

Kita tahu Apple ialah syarikat yang mencipta ‘push‘ untuk pengguna beralih ke arah teknologi tanpa wayar/wayarles. Tidak menghairankan jika Xiaomi mengikut jejak langkah ini, tetapi menggandakan lagi hasilnya.

Ini terbukti dengan Mi Air Charge Technology yang mampu mengecas beberapa peranti serentak tanpa dihubungkan oleh satu wayar sekalipun (bahkan charging stand juga tidak perlu).

Habis tu, dari mana datangnya elektrik untuk tujuan pengecasan, kalau tiada wayar dan charging stand?

Xiaomi mengatakan bahawa Teknologi Mi Air Charge yang dipatenkan menggunakan peranti menara atau berbentuk kotak dan ia mengguna pakai teknologi ‘pembentuk beam’ (beamforming) untuk menghantar gelombang milimeter terus ke peranti.

Gelombang ini diubah menjadi kuasa elektrik yang seterusnya mengecas peranti. Canggih bukan?

Cuma buat masa ini, malangnya kuasa maksimum pengecasan hanyalah 5W sahaja.

Teknologi tersebut dikatakan disasar kepada peranti kecil seperti smartwatch, fitness tracker, pembesar suara, lampu meja, dan sebagainya lagi. Mereka bermatlamat hendak menghapuskan keperluan untuk menggunakan wayar di masa akan datang.

#OMGHNews #OMGHInfo #WirelessSociety

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

WhatsApp Kini Berada Di Dalam Status

0

Ramai sangat yang minta abam ulas mengenai perkara ini. Seriuslah?

Abam tak pasti sama ada pengepos di tangkap layar ini troll ataupun serius, tetapi kalau dia serius, abam ingin starlight dahinya dan berkata, “Stop la brader.”
Sebenarnya ini adalah fungsi baharu WhatsApp, untuk menyebarkan informasi tentang ciri baru pada aplikasi.

Ini disebabkan mereka bimbang ramai yang beralih dari aplikasi itu selepas mereka mengemaskini polisi.

Buktinya, Telegram memperoleh sebanyak 90 juta pengguna baru, manakala Signal pula memperoleh 50 juta pengguna baru.

Semua kerana kepercayaan terhadap WhatsApp yang semakin terhakis, meskipun polisi ini cuma hendak memperjelaskan lagi apa yang mereka dah lakukan selama ini.

Tetapi jika hendak mengepos berita palsu bahawa fungsi baru tersebut mampu menggugat keselamatan data perbankan atau data peribadi, kalau begitu eloklah jika semua orang jangan gunakan status.

Scammers di Malaysia belum cukup ‘skillful‘ untuk menggunakan status WhatsApp sebagai medium penggodaman.

#OMGHFacts #Oof #PrivacyMatters

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Twister OS: Sistem Operasi Menakjubkan Untuk Raspberry Pi

0

Sementara Raspberry Pi tengah panas ni, eloklah rasanya abam perkenalkan Twister OS, satu sistem operasi yang dicipta khusus untuk single board computer.

Ia mempunyai tema tertentu, yang menyerupai Windows 10 dan macOS, bahkan juga Windows XP. Pilihlah ikut kesesuaian hati.

Ia juga sudah sedia terpasang dengan beberapa aplikasi dan pengoptimuman, bererti anda hanya perlu pasang sahaja sistem operasi ini, kerana bab lain sudah difikirkan untuk anda.

Selain itu, terdapat Chromium Media Edition di dalamnya, yang boleh memainkan video dilindungi oleh DRM seperti di Netflix, Disney+, Hulu, dan sebagainya lagi.

Soal media tidak perlu dipanjangkan lagi, manakala dalam bab permainan (ya, OS ini ada platform permainan), Twister OS menyediakan Lutris, sebuah gedung permainan yang pelbagai.

Dah bersedia nak cuba? Muat turun di:

https://twisteros.com/download.html

#OMGHSharing #OMGHInfo #RaspberryPi4

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

LBRY: Alternatif Sumber Terbuka Untuk YouTube

0

Sebelum ini, antara beberapa alternatif sumber terbuka yang abam pernah kongsi di OMGH ialah:

WhatsApp = Signal (banyak kena plagiat artikel ni).

Selain itu = Telegram, BiP.

Kemudian, kita ada:

  • Facebook = Minds.
  • Instagram = Pixelfed.
  • Mastodon = Twitter.
  • Reddit = Ni akan masuk di artikel seterusnya.
  • PeerTube = YouTube – dan tiga platform ini iaitu Mastodon, Pixelfed, dan PeerTube boleh digabungkan dalam satu aplikasi iaitu Fedilab. Semua aplikasi yang disatukan berada di bawah ‘Fediverse’.

Sekarang, abam nak kongsikan satu lagi alternatif untuk YouTube iaitu LBRY.
LBRY adalah platform berasaskan blockchain, sumber terbuka untuk perkongsian kandungan. LBRY menggunakan protokol P2P, terdesentralisasi, dan rangkaian pembayaran serta perkongsian failnya dilindungi oleh blockchain.

Berbeza dengan YouTube, anda tidak akan dipantau, atau dijejak, lalu diciptakan profil untuk iklan bersasar. Di LBRY, tiada iklan dipaparkan.

Platform ini masih di awal pembangunannya, dan para pembangun menggalakkan pencipta kandungan untuk memuat naik kandungan mereka di platform itu dengan ganjaran.

Anda boleh lawati dan daftarkan akaun anda di pautan:

https://cutt.ly/pj5REpc

Jom cuba benda baru lagi hari ini!

*Anda boleh baca polisi privasi LBRY di:

https://lbry.com/privacypolicy

#OMGHSharing #AlternativesTo #PrivacyMatters #LBRY #CaknaPrivasi

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Macau Scam 24 Jam Tanpa Henti

0

Untuk yang belum tahu, jumlah terkumpul kerugian setakat tahun 2020 sahaja untuk kegiatan sindiket Macau Scam ialah 256 juta.

Bukan RM256 Ringgit ya, tetapi RM256 juta! PDRM merekodkan sebanyak 5218 kes dan perkara ini masih lagi berterusan sehingga tahun 2021.

Terbaru, seorang mangsa wanita berusia 46 tahun menerima satu panggilan daripada sindiket yang memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN.

Dakwaan diberi kali ini ialah mereka mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM38,600,90.

Pada awalnya, wanita tersebut menafikan perkara ini, tetapi mangsa disambungkan kepada seorang pegawai ‘polis’ pula. Disebabkan takut, mangsa lalu membuat satu pinjaman dari bank berjumlah RM120,000.

Seperti kes-kes lain, mangsa diminta mengisi segala maklumat peribadi dan ini termasuklah butiran kad ATM, dan juga diugut supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat sewaktu ‘siasatan’ dijalankan.

Mangsa kehilangan wang sebanyak RM125,498,25, melibatkan 13 transaksi ke akaun pihak ketiga.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber:

https://cutt.ly/Rj5uYDA

https://cutt.ly/gj5uIAf

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Data Pekerja Dijual Berleluasa

0

Sedang tular di group-group WhatsApp, tangkap layar ini menunjukkan adanya pihak yang tidak bertanggungjawab menjual data peribadi pekerja dari sektor swasta dan kerajaan dengan harga tertentu.

Ini maknanya apa? Maknanya ada kebenaran tentang kebocoran data orang awam. Data pekerja kerajaan juga tak pernah selamat, apabila wujud tangan ghaib yang menjualnya konon untuk tujuan ‘marketing’.

Data boleh dibeli semurah RM0.10 setiap seorang, manakala RM0.50 pula jika masuk ke kategori ‘separa yang fresh dan kurang komitmen berusia 20an’.

Beriklan macam jual kerepek saja…

Tak hairan apabila emel dimasuki oleh peminta derma, penjual insurans, dan lebih teruk lagi nombor telefon dihubungi oleh sindiket Macau Scam.

Golongan tidak bertanggungjawab yang memakan wang secara atas angin inilah menjadi punca bocornya informasi sulit yang sepatutnya menjadi rahsia. Kami di OMGH berharap agar mereka dapat diberkas oleh pihak berkuasa secepat mungkin sebelum keadaan lebih parah berlaku.

#OMGHInfo #OMGHNews #PrivacyMatters #PDRM #CaknaPrivasi

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Bos Besar Mydin Tidak Percaya Kepada E-Dagang/Beli-Belah Dalam Talian

0

Tuan Ameer Ali Bydin, dalam satu berita mengatakan bahawa beliau tidak percaya kepada platform e-dagang di negara ini, sebagai satu jawapan untuk menjadi satu cara perniagaan yang patut dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat pandemik Covid-19.

Beliau turut mengatakan ia (platform e-dagang) tidak menawarkan pilihan alternatif kepada aktiviti ekonomi seperti kedai brick-and-mortar.

Tuan Ameer selaku pemilik rangkaian pasar raya Mydin berkata lagi, e-dagang hanya bahagian kecil daripada aktiviti ekonomi, dan ia tidak memberi apa-apa faedah kepada pemain tempatan.

“Apa yang berlaku dengan e-dagang tidak sama dengan perniagaan bata dan mortar. Apabila anda pergi membeli-belah, anda boleh jalan-jalan, pergi minum minuman dan menaiki teksi. Keseluruhan rantaian bekalan itu bergerak,” Kata Ameer kepada radio perniagaan BFM.

Katanya e-dagang dalam negara ketika ini hanya menguntungkan “dua syarikat pembekal multinasional asing”.

“Saya tidak mahu menamakan siapa mereka, tetapi mereka satu-satunya pihak yang membuat keuntungan daripada semua orang. Mereka mengenakan caj 30% untuk penghantaran minuman dan makanan. Betul-betul buat duit!

“Apa kita buat? Sokong dan terus sokong. Kita menyokong orang yang salah, Perniagaan tempatan semakin nazak,” tambahnya.

Sumber: https://cutt.ly/fj89Vvf

#OMGHNews #Mydin #OnlineShopping

Views: 2

Iklan Newspaper Inline