More

    Speedtest Kini Membantu Anda Untuk Mendedahkan Penipuan Telco

    Speedtest, sebuah aplikasi untuk menguji kelajuan rangkaian internet baru sahaja melepaskan kemaskini baru terhadap aplikasi mereka mereka. Kemaskini terbaru ini didakwa oleh Ookla sebagai lebih kemas dengan pembahagian peta yang lebih baik.

    Notis privasi baru Speedtest.

    Speedtest kini meminta kebenaran akses lokasi secara berterusan untuk fungsi baru mereka.

    Fungsi ujian kelajuan internet masih ada.

    Kini anda boleh membuat penilaian kepuasan rangkaian setelah siap menguji kelajuan.

    Fungsi pemetaan baru pada Speedtest.

    Peta yang dikemaskini ini hadir tersedia dengan kemaskini terbaru Speedtest versi 4.5.30. Peta baru ini melibatkan kemaskini kepada peta di seluruh dunia. Kemaskini yang paling ketara pada peta baru ini adalah keupayaan untuk zum kepada jalan dan kawasan yang lebih spesifik. Pengguna boleh melihat data rangkaian dengan lebih terperinci dan dibahagikan kepada rangkaian telco masing-masing di kawasan anda.

    Fungsi pemetaan rangkaian.

    Data capaian kawasan rangkaian diterjemah ke dalam peta melalui lorekan warna mengikut blok.

    Setiap jenis rangkaian berbeza dilorek dengan warna berbeza. Lihat pada petunjuk untuk maksud setiap warna.

    LTE penuh di sini. Tapi hairan juga, tidak sama langsung dengan situasi sebenar.

    Tetap konsisten meminta akses lokasi latar belakang.

    Anda boleh juga melihat data mengikut rangkaian telco tertentu menggunakan Speedtest. Banyak juga senarai telco di Malaysia.

    Keupayaan ini saya lihat hampir sama dengan fungsi yang terdapat pada aplikasi OpenSignal yang membolehkan anda melihat rangkaian manakah yang lebih bagus di kawasan kediaman anda.

    Pemetaan rangkaian pada aplikasi OpenSignal.

    OpenSignal juga kini meminta akses lokasi latar belakang untuk fungsi mereka.

    Data yang sangat sedikit di kawasan saya. Hampi kesemua data adalah daripada saya yang bergerak ke sana ke sini sambil membuat ujian kelajuan internet.

    OpenSignal juga membenarkan anda menyisih data mengikut telco.

    Ini membolehkan anda untuk melihat secara spesifik telco dan apa capaian yang tersedia di kawasan sama ada tiada, 2G, 3G, 4G mahupun 5G. Ookla akan mengumpulkan data daripada pengguna lain dalam julat lingkungan kawasan 300 kaki persegi untuk dimasukkan ke dalam pengiraan data di kawasan anda.

    Pun begitu, seperti juga aplikasi OpenSignal, kemaskini terbaru daripada Speedtest ini juga tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur yang konklusif terhadap keberadaan rangkaian di kawasan anda. Ini kerana, seperti juga OpenSignal, peta pada Speedtest dikira dan dicerap berdasarkan kepada data-data daripada pengguna lain. Dalam kes Speedtest, data yang akan diambil kira adalah data daripada pengguna lain dalam jarak 300 kaki persegi daripada anda.

    Masalah ketara dapat dilihat sekiranya hanya anda sahaja pengguna aplikasi berkenaan di kawasan anda. Maka data yang akan terpamer di aplikasi hanyalah data daripada hasil ujian anda. Saya juga mengalami masalah ini kerana di kampung saya, hampir tiada pengguna lain yang mengunakan aplikasi Speedtest mahupun OpenSignal. Maka, saya terpaksa juga membeli simkad semua telco untuk mengetahui telco manakah yang mempunyai capaian yang terbaik di kawasan saya.

    Itu pun, belum lagi cerita bab telco dengan sengaja melajukan sementara capaian internet anda apabila mengesan anda sedang melakukan ujian kepantasan internet…

    Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
    Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

    Artikel Terkini

    Artikel Berkaitan

    Subscribe
    Notify of
    guest
    0 Comments
    Inline Feedbacks
    View all comments
    0
    Would love your thoughts, please comment.x
    ()
    x
    %d bloggers like this: