Lagi Data Dijual: Data Daftar Pengundi Pula Diiklankan

Tidak habis lagi dengan data yang didakwa data pengguna laman belian dalam talian, individu sama tampil pula dengan data baru di forum yang sama. Kali ini, individu terbabit mendakwa memiliki lebih banyak data, berjumlah 10 juta data banyaknya.

Maklumat ini telah disalurkan kepada kami melalui emel.

Emel yang diterima kami oleh individu tidak dikenali.
Iklan data untuk dijual di forum.

Individu ini didapati baru sahaja membuat akaun di forum berkenaan pada April tahun lepas dan ini adalah hantaran kedua individu ini di forum. Tiada komen ataupun hantaran lain oleh individu ini di forum. Dia juga didapati bermain sentimen dengan meletakkan hashtag #KitaMintaLima pada gambar data yang didedahkan. Tidak dapat dipastikan tujuan individu berkenaan menggunakan hashtag tersebut.

Akaun yang membuat iklan jualan. Masih lagi akaun baru dan cuma pernah membuat dua hantaran sahaja.

Data tersebut didakwa sebagai data daripada senarai daftar pengundi. Data yang ditunjukkan adalah termasuk kawasan, DUN, alamat, nama, nombor kad pengenalan dan juga parlimen.

Gambar jadual data yang ditayangkan individu tersebut.
Gambar jadual data yang ditayangkan individu tersebut.

Melihat kepada jadual data, ia agak meyakinkan dan kelihatan seperti data sebenar. Sudah ada pembida dan beberapa pengguna forum juga telah menawarkan untuk membeli data yang diiklankan.

“I was looking for this what is the price ?”
“Looking for this bruv. How much? Please PM me”

Ada juga pengguna forum yang mengatakan ia hanyalah data awam dan individu ini adalah scammer.

“lol good public dataaa great scam”

Setakat ini, masih tiada jawapan ataupun kenyataan media daripada SPR berkenaan data ini. Tidak dapat dipastikan kesahihan data yang diiklankan oleh pengguna ini. Diharapkan agar pihak yang terlibat boleh menjalankan siasatan ke atas pembocoran data ini kerana ia melibatkan imej dan integriti keselamatan data kerajaan.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

3 Comments

Apa pendapat anda?

3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x