Nampaknya kumpulan hacktivist tempatan, Anonymous Malaysia bukan hanya sekadar mengeluarkan pakej video yang lepas untuk menggertak. Sebaliknya mereka kelihatan merancang sesuatu yang lebih besar.
Pakej video terbaru dikeluarkan hari ini, sambil Istana Negara turut di-tag dalam pos berkenaan.
Dalam video tersebut, Anonymous Malaysia menyatakan penipu (scammers) semakin berleluasa. Mereka melakukan penipuan melalui emel, panggilan telefon, SMS, WhatsApp, dan media sosial.
Daripada apa yang kami fahami, mereka ingin menyatakan mengenai sindiket Macau Scam, seperti yang selalu kami war-warkan di halaman OMG Hackers.
Mereka menyalahkan penyedia perkhidmatan peribadi dan data dari sektor kerajaan yang bocor, ataupun telah digodam sebagai punca (root cause) kepada membiaknya golongan penipu dalam talian.
Mereka juga menyatakan tentang isu rasuah, menyebabkan pesalah terlepas dari hukuman. Kenyataan tersebut melibatkan pelbagai penjawat awam dari berbagai jabatan dan pegawai gred tinggi yang menurut mereka mendiamkan perkara ini.
Paling penting, mereka ada menyebut “We know who you are!”
Apakah yang akan mereka lakukan selepas ini?
Anda boleh tonton pakej video terbaru pada ruang video di bawah.
Baru-baru ini, seorang ahli perniagaan dan tokoh usahawan rangkaian pasaraya terkenal di Malaysia ada menyuarakan pendapat beliau mengenai perniagaan dan jual beli atas talian sangat berbeza berbanding perniagaan secara ‘brick-and-mortar’ yang konvensional. Menurutnya lagi, jual beli dalam platform beli-belah atas talian sebenarnya membunuh peniaga secara terus berbanding perniagaan brick-and-mortar melalui potongan caj perkhidmatan yang terlampau tinggi terhadap peniaga.
Persoalannya, Apakah Perniagaan Secara ‘Brick-and-Mortar’ Ini?
Secara definisinya, brickadalah bata dan mortaradalah sejenis bahan mengeras yang digunakan untuk memegang bata, mengisi ruang, menampal lubang, meratakan beban keseluruhan bata dan juga memberikan bentuk dan rekaan terhadap bata.
Perniagaan brick-and-mortar adalah proses jual beli secara fizikal dan langsung di antara penjual dan pembeli. Ia melibatkan satu ruang niaga atau francais pada satu lokasi fizikal, dengan menjual produk fizikal dan para pelanggan juga boleh melihat produk secara fizikal dan berinteraksi pula dengannya. Juga secara fizikal.
Ini berbeza dengan proses dan jenis perniagaan secara atas talian di mana segalanya berada dalam bentuk digital. Pelanggan tidak berinteraksi secara terus dengan penjual, lokasi penjual tidak diketahui kecuali di dalam aplikasi, dan pelanggan hanya boleh melihat produk secara gambar atau video digital sahaja.
Dalam bahasa ringkasnya, perniagaan brick-and-mortar adalah perniagaan secara tradisional yang melibatkan penjual berada pada premis fizikal tidak kira samada dimiliki atau disewa. Mereka melakukan jualan secara langsung dan bersemuka dengan pelanggan mereka. Antara contoh perniagaan brick-and-mortar adalah pernigaan kedai roti, perniagaan gerai burger dan juga pejabat pos.
Di era globalisasi dan pendigitalan ini, perniagaan brick-and-mortar ini dilihat semakin diancam dan mengalami cabaran yang sangat kuat daripada perniagaan dalam talian. Ramai peniaga tradisional daripada perniagaan brick-and-mortar ini juga sudah mula beralih ataupun menggabungkan konsep perniagaan dalam talian dan juga perniagaan brick-and-mortar mereka untuk kekal relevan dan berdaya saing dalam arus pemodenan.
Dari sumber laman Facebook Anonymous Malaysia, kami mendapati bahawa terdapat elemen amaran diberikan kepada para sysadmin dalam jabatan kerajaan Malaysia.
Video yang dipos menunjukkan akan berlakunya satu serangan besar terhadap laman-laman web jabatan kerajaan dengan tajuk videonya – #OpsWakeUp21.
Adakah ini petanda dunia sibernetik Malaysia bakal bergolak dari dalam? Setakat ini kami belum dapat sebarang maklumat apakah bentuk serangan yang akan dilakukan. Tetapi kami benar-benar berharap agar sysadmin yang bertanggungjawab mula mengambil langkah berhati-hati dengan memperkukuhkan lagi sekuriti pada laman web.
Kita sudah merasa bahangnya apabila penggodam Indonesia melancarkan serangan bertubi-tubi bulan lepas. Sekarang serangan mungkin akan berlaku dari rakyat kita sendiri. Sekiranya tiada tindakan diambil, tak mustahil banyak laman yang akan tumbang.
Anda boleh tonton sendiri pakej video yang diposkan di pautan ini:
Covid19 telah membawa cabaran baru kepada kita semua baik dari segi kesihatan mahupunkewangan. Terkini, pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk menunda sesi persekolahan di sekolah dan melaksanakan Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDPR) di rumah. Satu berita gembira untuk anak-anak, tapi igauan ngeri buat para ibu bapa. Ini bermakna, anak-anak memerlukan gajet untuk membolehkan mereka menyertai PDPR.
Jangan bimbang, di sini kami sertakan beberapa cadangan gajet yang boleh digunakan untuk PDPR pada harga bajet. Gajet yang kami cadangkan ini berharga di bawah RM500 sahaja, sesuai dengan belanja bulanan bagi seorang anak yang bersekolah.
1. Samsung Chromebook XE303C12
Samsung Chromebook XE303C12
Samsung Chromebook menggunakan sistem operasi Chrome OS. Ini bermakna, anda tidak dapat memasang perisian Windows pada Chromebook ini. Dalam bahasa ringkas, ia adalah sebuah laptop yang berfungsi hanya untuk melayari internet pada Google Chrome.
Aplikasi yang boleh dipasang pada Chromebook ini adalah aplikasi yang hanya terdapat pada Chrome Store. Fungsinya terhad, tapi ia ringan, sejuk, dan anda mendapat sebuah ‘laptop’ lengkap dengan skrin besar 11.6 inci dan sebuah papan kekunci fizikal seperti laptop biasa. Sesuai untuk membuat sesi PDPR di rumah.
Anda juga dapat menikmati beberapa ciri tambahan yang dipasang oleh Samsung pada Chromebook mereka in seperti Samsung Sync dan sebagainya.
Ini adalah sebuah PC tanpa monitor dan aksesori lain. Biasanya, set yang dijual di pasaran adalah set yang telah dibaiki atau diguna semula. Banyak digunakan di pejabat dan korporat.
Sesuai untuk dibeli oleh mereka yang masih tiada PC di rumah dan inginkan PC pertama. Memandangkan ia adalah desktop biasa, anda boleh sahaja memasang Windows atau Linux pada PC ini. Anda juga boleh menggunakan printer bersama PC ini. Dengan spesifikasi yang agak up-to-date, PC ini hadir dengan pemproses Intel i3 generasi ke-6, 8GB RAM dan 500GB storan HDD.
Biasanya dijual dengan Windows 10 Home siap dipasang dan tanpa monitor, papan kekunci dan tetikus. Anda perlu membeli segala perkakasan tambahan untuk menggunakan PC Dekstop ini. Buat yang berkemampuan, anda boleh menukar atau menambah SSD pada Fujitsu Desktop Esprimo D956 ini. Agak mahal untuk satu ‘set penuh’, tapi dengan harga bawah RM500 untuk PC ini, sudah cukup berbaloi.
Ini adalah tablet daripada Amazon. Secara asasnya, ini adalah tablet Android tetapi sistem operasinya sudah dimodifikasi khas oleh Amazon supaya ‘lebih Amazon’. Ini bermakna, anda dapat membeli sebuah tablet pada harga yang lebih murah jika mengambil kira spesifikasinya. Sudah tentulah, potongan harga ini datang dengan sedikit ‘twist‘, iaitu pengiklanan Amazon pada tablet ini.
Dari segi positif, dengan Amazon juga, anda dapat merasai pengalaman bercakap dengan Amazon Alexa, juga terpasang siap pada Amazon Fire HD 8 ini. Spesifikasinya juga boleh tahan dan berbaloi. SoC Mediatek MT8168 dengan RAM 2GB dengan pilihan storan samada 32GB atau 64GB, kamera depan dan belakang 2MP, stereo speaker, USB Type-C dan banyak lagi. Amazon HD 8 Plus pula hadir dengan tambahan sokongan Qi Wireless Charging.
Berita baik, pembangunan komuniti buat Amazon Fire HD 8 ini juga agak aktif di XDA Forum. Sudah ada TWRP tersedia untuk tablet ini dan juga sudah ada beberapa custom ROM untuk anda cuba. Tapi ini tablet untuk anak anda, jadi terus dari kotak ia sudah memadai untuk fungsinya. Ia juga tidak menyokong kad sim, hanya Wi-Fi.
Lama tidak mengikuti perkembangan peranti Android daripada Lenovo. Lenovo dahulunya dikenali sebagai jaguh peranti bajet kini agak sepi di arus perdana. Mungkin mereka boleh ‘comeback‘ di musim Covid19 ini.
Lenovo Tab M7 adalah sebuah tablet Android dengan SoC MediaTek MT8765B. Cuma hadir dengan satu pilihan, RAM 2GB dan storan 32GB. Cuma menggunakan USB Mikro tetapi bateri yang agak besar bersaiz 3590mAh.
Lenovo Tab M7 bersaiz skrin 7 inci dan ia juga mempunya varian yang menyokong kad sim.
Masih menggunakan sesuatu yang melanggar privasi adalah sama seperti merokok. Anda tahu ianya tidak bagus untuk diri anda, tetapi anda masih tetap ingin melakukannya setiap hari.
Ibarat anda ingin mendapatkan ‘dopamine hit’ setiap kali menatal Facebook atau Instagram, seperti itu jugalah dengan enjin carian.
Anda tidak betah menggunakan enjin carian lain selain Google kerana sudah terbiasa dengan semua ‘kemudahan’ diberikan meskipun gantinya ialah data peribadi. Anda rasa kekok, janggal, atau ‘ketagih’ untuk melihat pemandangan biasa di Google, tetapi rasa ‘resah’ apabila pemandangan tersebut ‘hilang’ pada enjin carian lain.
Memilih enjin carian untuk tujuan lebih privasi tidak mudah. Pastinya ada sesuatu yang perlu dikorbankan. Kenapa hasil carian di Google begitu disukai?
Google menerima gelintar pertanyaan setiap saat sebanyak 63,000, dan 5.5 billion setiap hari. Ini menjadikan Google sebagai sebuah gedung informasi pengguna yang teramat besar sekali. Tidak menghairankan sekiranya carian di Google adalah lebih menepati citarasa pengguna kerana mereka tahu apa yang patut ditunjukkan.
Tetapi untuk itu, anda mengorbankan maklumat seperti alamat IP, user agent pelayar web, gelintar pertanyaan anda, lokasi, dan sesuatu yang dapat menjejak kembali ke diri seperti unique identifier.
Daripada kesemua maklumat ini, Google lalu membentuk profil diri anda yang tepat, seakan DNA dalam bentuk data. Mereka tahu masalah kesihatan anda, maklumat pasangan, bias politik, hinggalah kepada sesuatu yang lebih peribadi, seperti adakah anak anda sedang mengandung, ataupun tidak.
Dalam artikel seterusnya, kami akan mengungkap beberapa enjin carian yang lebih privasi, untuk sesiapa yang mahu mencuba dunia sibernetik ‘luar’ selain Google Universe.
Kisah ini bermula pada tahun lepas, bulan September di mana kami rasa nak ada satu PC khas untuk main permainan.
Jadi, untuk elak rasa sakit keluarkan seketul ‘wang’ untuk ada PC ni, kami beli sikit-sikit.
Jujur kami kata, kami tak arif sangat pasal PC sebab sudah sekian lama berada dalam dunia ‘mobile’.
Bila nak beli, baru la ‘Google’ cari apa yang ok, murah tapi berbaloi dan lain-lain.
Salah satu sebab kenapa pilih monitor ni, ‘refresh rate’ 165Hz dan HDR. Satgi kami cakap pasal ni.
Sebelum tu kita tengok spesifikasi monitor ni;
Screen Size
23.8″
Maximum Resolution
(Full HD)1920 x 1080@144 Hz, 165Hz jika guna DisplayPort
Aspect Ratio
16:9
Contrast Ratio
1,000:1
Response Time
2 ms GTG (Fast)
Colour Supported
16.7 Million Adaptive Contrast Management (ACM): 100,000,000:1
Rancang nak buat ‘unboxing’ tapi rasa macam tak berbaloi sebab laptop kami hanya sokong ‘refresh rate’ 120Hz ja.
Tu yang tunggu ada PC sampai tiada la artikel ‘unboxing’ monitor ni.
Butang-butang yang terdapat pada monitor ini.
Terdapat 5 butang pada monitor ini untuk kita terokai fungsi monitor ini dan kadang-kadang kami tertekan butang Power tiap kali nak tukar ‘Mode’ dekat monitor.
Jujur kami kata, Menu dia ada belambak fungsi sampai kami taktau nak guna yang mana. Hahahaha
Dia ada 3 ‘mode’ yang kita boleh simpan tetapan kita dan ada ‘Game Mode’ untuk kita melancarkan permainan kita, ‘Aim Point’ untuk permainan menembak, tapi kami tak guna pun.
Hanya guna HDR Mode dekat monitor, takda fikir nak ejas tetapan apa lagi.
Port-port yang terdapat pada monitor ini.
Sementara tunggu bajet untuk PC cukup, kami guna port HDMI tu dan ia berfungsi dengan baik serta laptop kami mampu guna ‘refresh rate’ 120Hz.
Bila dah ada PC, guna port DP la.
Jika ampa ada beberapa perkakasan lain seperti PlayStation ka, Xbox ka ataupun Chromecast boleh cucuk dekat port HDMI tu dan tukar ke peranti lain dengan menukar Input dekat monitor.
Speaker yang terdapat pada monitor ini.
Speaker dia takda la padu sangat, boleh beda nak ‘layan’ bunyi. Agak bingit speaker dia, macam kami kata tadi, ok laaaa.
Sebab kami tak pakai speaker monitor ni, kami guna Edifier M3200. (Dari 2012 – kini)
Ruangan ‘mounting’ yang terdapat pada monitor ini.
Katanya ada sokongan VESA 100 x 100mm, kami tak cuba lagi sebab tunggu bulan Februari baru beli.
Tapi, ada baca dekat internet katanya boleh cuma kena ejas sikit la katanya jika ampa nak pasang dekat ‘monitor arm’.
Tapak atau pemegang monitor, abaikan komponen yang lain.
Tapak dia agak ‘simple’ dan boleh pusing monitor mengikut keselesaan ampa, atau jadikan monitor ni skrin ke-2 dengan tegakkan monitor untuk baca chat atau lakukan ‘coding’ agak menarik.
Memandangkan ruangan bilik agak terhad, kami pakai dulu satu monitor, mungkin beli ‘monitor arm’ jika nak guna dua monitor.
‘Refresh rate’ yang terdapat pada monitor ini.
Kami sambung monitor dengan PC mengunakan kabel DP, jadi ada la pilihan ‘refresh rate’ 165Hz, tapi terpaksa turunkan guna 120Hz kerana rasa selesa dengan 120Hz.
Sebab kami main Sleeping Dogs, dia ambik 165Hz, pusing sikit dalam permainan tu dah pening. Hahahaha
Oh ya, gambar kiri tu ada sebut HDR kan, kita teruskan gambar kat bawah ni mengenai HDR.
Monitor ini menyokong HDR Mode.
HDR, ya kami suka HDR Mode ni kerana gambar/video nampak lagi lawa tapi sayang ‘brightness’ monitor ini hanya la 250 cd/m².
HDR takda nampak gah tapi boleh laaaa.
Memandangkan monitor ni automatik ‘brightness’ 100% bila guna HDR Mode, kena ejas sedikit dalam tetapan Windows HD Color Settings untuk bagi nampak ‘ok’ sikit.
Jadi kami ambik 20 ja, rasa dah ‘ok’.
Kami main permainan Apex Legends, Cyberpunk 2077, GTA V, Forza Horizon 4|Motorsport 7, Need for Speed™ Heat, PUBG, Red Dead Redemption 2, Resident Evil 2, dan Watch Dogs 2|Legion dengan HDR Mode, boleh tahan tapi kena ejas tetapan HDR dalam permainan la. Lain permainan, lain tetapan dia.
Masalah bila guna HDR Mode ni, OBS Studio tak boleh rakam jadi kena guna perkakasan pihak ke-tiga macam ‘Video Card Capture’ untuk rakam permainan.
Berminat? Pasti nak tahu harga dia kan?
Harga dia kami beli dekat Shopee ialah RM603.85 (termasuk kos penghantaran dan ada potongan harga ketika kami beli serta tebus ‘coin’)
Kedai yang kami beli monitor ni.
Jika jumpa harga lagi murah dan rasakan monitor ini berbaloi, angkat lah.
Kami tengok dekat YouTube, tak ramai orang putih buat ulasan mengenai monitor ni dan banyak orang Malaysia ja yang buat ulasan.
Setelah hampir 4 bulan guna monitor ni dengan laptop dan PC, kami rasa puas hati sebab berfungsi dengan baik, ada HDR pula tu dan takda power adapter untuk monitor.
Terdapat pelbagai ‘budget’ monitor permainan yang ‘refresh rate’ tinggi, ada sokongan HDR dan monitor ini salah satu daripadanya.
Ada sambungan artikel seterusnya yang mana merangkap perjalanan kami nak ada seketul PC untuk main permainan. Kiranya ini edisi Monitor la. (Tinggal edisi keyboard, M.2 NVMe SSD, SATA SSD, mouse, PC dan jugak CPU Cooler)
Jadi, nantikan sambungan aritkel tersebut. (* ^ ω ^)
Letak gurauan ke tepi, antara sebab abam menggunakan pelayar Brave ialah ia sentiasa berevolusi untuk privasi dan kebebasan berinternet.
Terbaru, mereka menambah ciri protokol peer-to-peer (P2P) InterPlanetary File System atau IPFS untuk memerangi sekatan internet.
Ini bererti daripada bergantung kepada rangkaian besar yang menyimpan data dalam pelayan didedikasi, pelbagai maklumat kini boleh diakses dari ‘nodes‘ di seluruh dunia. Protokol IPFS digunakan untuk mengumpul data dari rangkaian yang terdesentralisasi.
Apabila pelayar menggunakan pelayan nodes, ini bererti pengguna akan dapat menerima data dengan lebih cepat. Tidak lupa juga ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak kos kepada penyedia kandungan dengan tidak perlu terlalu bergantung kepada penyedia perkhidmatan pengehos web.
Tetapi menurut ketua projek IPFS, Molly Mackinlay, kandungan web akan menjadi lebih selamat dari serangan digital, manakala sekatan atau tapisan juga akan dapat dielakkan.
Ciri IPFS ini dapat diguna pada pelayar Brave bermula dari versi 1.19.
Baru-baru ini kami ada menerima perkongsian dari seorang fan yang mengatakan bahawa terdapat sindiket penipuan (scam) yang memperdayakan mangsa melalui kaedah impersonasi.
Setakat ini sahaja, dimaklumkan bahawa jumlah keseluruhan wang yang berjaya dicuri melalui sindiket ini ialah RM63 ribu.
Oleh itu, mari kita lihat apa sebenarnya yang dah berlaku beberapa bulan ke belakangan ini.
Terdapat beberapa variasi penipuan dari kaedah ‘impersonasi’.
Salah satu darinya melibatkan panggilan telefon dari seseorang yang menyamar sebagai pegawai kerajaan, seperti polis, pegawai imigresen atau pegawai mahkamah.
Selain itu, pemanggil atau penghantar mesej (melalui sms, WhatsApp, Telegram) akan mengaku dirinya tersalah hantar mesej, dan memintar agar penerima mesej menghantar semula One-Time Password (OTP) kepadanya.
Terdapat beberapa tanda-tanda yang boleh membuat anda dapat mengenali seorang penipu (scammer) dengan segera.
Antaranya:
Pegawai kerajaan, kakitangan syarikat kurier, bank atau telekomunikasi, tidak akan meminta butiran peribadi dan perbankan atau pemindahan wang melalui telefon.
Ini tidak akan berlaku, apatah lagi melalui WhatsApp dengan meminta OTP.
Pemanggil yang meragukan, sama ada tidak memberikan anda informasi dirinya, atau terlalu memberi maklumat (maklumat berlebihan).
Apa yang boleh dilakukan?
Jangan terpedaya, jangan ikut arahan scammer. Anda mungkin akan diugut, tapi itu biasa. Jangan takut. Benda tak salah, nak buat apa takut.
Jangan berikan informasi sulit seperti maklumat akaun bank anda, nombor kad kredit ataupun OTP. Jangan bagi!
Sekat (block) nombor scammer serta-merta supaya mereka tidak dapat membuat panggilan kepada anda. Jika mereka hantar mesej melalui WhatsApp, sekat di WhatsApp juga. Ini dapat mencegah pengklonan nombor. Elakkan dari terus berhubung dengan scammer. Berhenti dari menghantar mesej ketika itu juga.
Buat laporan polis sekiranya terdapat pemindahan wang yang berlaku sewaktu anda berhubung dengan scammer.
Pastikan ‘favorite lists‘ dalam akaun bank anda dapat dihubungi. Maklumkan situasi yang berlaku dan sila pastikan tiada sebarang pindahan wang ke akaun lain dibuat, jika mereka ada menerima wang tiba-tiba.
Bila kami bercerita tentang alternatif kepada Facebook, dengan pantas mereka mencantas reach ke page kami.
Tapi mereka perlu sedar, terdapat gerakan yang amat besar sedang beralih dari platform ini. Pengguna berasa muak dengan pelanggaran privasi, bias politik, dan suapan berita yang dimanipulasi.
MeWe merupakan antara aplikasi yang sedang meningkat naik dengan hebatnya.
Platform media sosial ini tidak ubah seperti Facebook. Tetapi bezanya yang paling besar ialah soal privasi. Anda boleh baca sendiri polisi privasi MeWe di:
Menurut ZDNet, MeWe telah menambah seramai 2.5 juta pengguna baharu dalam tempoh hanya 1 minggu. Jumlah pengguna setakat ini sudah mencecah 15.5 juta.
MeWeMeWe
Aplikasi ini tidak memaparkan sebarang iklan, tiada spyware, dan tiada agenda politik yang mencorak bagaimana suara anda dapat dilontarkan.
MeWeMeWeMeWeMeWeMeWeMeWe
Bagaimana MeWe mendapatkan sumber kewangan anda tanya? Ia melalui apa yang mereka jual seperti tema, stickers, dan juga langganan MeWe Premium.
MeWe Premium
Kini anda sudah tiada alasan lagi, konon nak mencari alternatif. Tetapi bila wujud alternatif di depan mata, macam² pula perkara tidak munasabah keluar dari mulut.
Jangan cakap tak serupa bikin. Kalau nak, buat cara nak.
Percayalah, nak mencuba sesuatu yang baru memang seronok. Nak beralih barangkali sukar, tambah pula apabila sudah ada bisnes yang kukuh. Tak perlu beralih, tetapi cukup sekadar berbisnes di halaman ‘proprietary‘ sana.
Untuk bersosial? Barulah kita guna alternatif sumber terbuka yang ada.
Kenapa kali ini abam tulis tiga sekaligus? Kerana aplikasi perantara yang digunakan boleh dipakai untuk kesemua media sosial ini.
Memang, bila kita masuk ke alam sumber terbuka, alternatif yang ada ini tidaklah ‘semeriah’ seperti sumber asal yang diguna, contohnya Facebook, Instagram, dan Twitter. Tetapi apabila kita sudah mula menceburi sedikit demi sedikit dan melangkah kaki ke alam ‘sebelah’, kita akan nampak bahawa ada lagi ‘universe‘ lain yang belum kita terokai.
Alam sumber terbuka merupakan sebuah multiverse yang luar biasa. Mastodon ialah satu medan bersuara seakan Twitter. Di Mastodon, kita tidak memanggil post sebagai ‘Tweet‘, tetapi kita memanggilnya sebagai ‘Toot‘. Ok, Toot lebih comel.
Mastodon
Manakala Pixelfed pula satu ruang berkarya bebas menggunakan gambar, tak ubah seperti Instagram. Kedua-dua platform ini mengguna pakai kaedah ‘instances‘ – iaitu domain–domain dalam kategori tertentu yang boleh disertai oleh mana-mana pengguna.
Pixelfed
PeerTube adalah alternatif kepada YouTube dengan ‘peers‘ sebagai sumber yang menjana penstriman video. Ia mengguna pakai teknologi WebTorrent, di mana setiap pelayan mengehos penjejak torrent dan setiap pelayar web yang menonton video tersebut juga berkongsi video yang sama.
Peertube
PeerTube juga mengimplimentasi instances, dan anda boleh ikuti mana-mana saluran di mana-mana instances yang ada.
Apa yang menarik, anda boleh satukan ketiga-tiga platform di atas dalam telefon pintar dengan menggunakan hanya satu aplikasi sahaja iaitu Fedilab.
Fedilab boleh dimuat turun secara percuma di F-Droid, tetapi jika anda ingin menyokong pembangunannya, anda boleh beli secara terus di Google Play Store pada harga RM10.99 sahaja.
Ini maksudnya apa?
Untuk Facebook, kita ada Minds. Disaspora juga satu lagi alternatif yang menarik.
Untuk Instagram, kita ada Pixelfed.
Bagi Twitter, semestinya Mastodon.
YouTube? Kita boleh cuba PeerTube, atau Dtube, atau LBRY.
Lepas ni, jangan kata abam tak payung pula.
Kesemua pautan di bawah adalah untuk rujukan anda.