Utama Blog Laman 91

Hubungi Kami

0

Sebarang cadangan, pertanyaan, atau urusan berkaitan, boleh hubungi kami di :

admin@omghackers.com

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Penafian

0

POLISI PENAFIAN DAN KERAHSIAN

omghackers.com tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, omghackers.com juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda untuk digunakan selain untuk menganalisa prestasi kandungan melalui penggunaan cookies yang anda boleh nyahaktifkan pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet anda.

Anda bersetuju untuk membenarkan omghackers.com menggunakan dan menyimpan cookies ini sekiranya anda tidak menyahaktifkan fungsi tersebut dari pelayar internet anda.

WARANTI DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT

Anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari laman web ini atas tanggungjawab anda sendiri. Risiko jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini adalah atas tanggungan anda.

Pihak omghackers.com sentiasa cuba menyampaikan maklumat pada tahap yang sebaiknya, namun sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan. Pemilik tidak bertanggungjawab untuk penerbitan semula kandungan yang terdapat di blog ini di laman sesawang lain atau media tanpa kebenaran.

PENULISAN KOMEN

Pemilik laman web ini berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis termasuk:

  1. Komen yang disifatkan sebagai spam
  2. Komen tidak senonoh
  3. Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
  4. Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
  5. Komen yang berbaur perkauman
  6. Komen yang tidak ditulis dengan ejaan yang betul
  7. Komen yang tidak difahami

HAK CIPTA ARTIKEL , MAKLUMAT , BAHAN DI WEB

Semua hasil penulisan di laman web omghackers.com ini adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya.

Anda perlu mendapat kebenaran daripada pemilik laman web omghackers.com sekiranya anda ingin menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian.

Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari omghackers.com dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat.

Pihak omghackers.com sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini.

Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi omghackers.com dengan menggunakan halaman ini.

Kongsi Di :

Views: 10

Iklan Newspaper Inline

Sejarah Laman OMG! Hackers?

0

Blog MyHackersAreHere telah dibangunkan oleh Arya Putra. Beliau mula membina blog ini pada hari Ahad, 16/01/2011.

Beliau membina blog ini dengan tujuan untuk menjadikan ia sebagai pusat untuk tujuan pendidikan (Educational Purposes) mengenai tip-tip komputer, dunia IT serta pelbagai lagi maklumat-maklumat mengenainya di dalam dan luar negara.

Segala isi kandungan blog tidak dibenarkan untuk disalin melainkan mendapat kebenaran daripada kami atau telah diberikan kredit yang sepatutnya kepada blog.

Beliau juga membuat blog ini dengan tujuan untuk berkongsi segala maklumat yang ada mengenai dunia sebenar penggodam, tatacara kerjanya serta kod-kod etika yang ada. Jika terdapat sebarang keraguan, anda boleh menghubungi beliau di ruangan Hubungi Admin.

UPDATE: Pada 16 Februari 2012, My Hackers Are Here secara rasminya ditukarkan kepada OMG! Hackers?.

“There’s No Need To Fear, OMG! HACKERS? BLOG IS HERE!”

Salam Perpaduan,

Arya Putra

Views: 22

Iklan Newspaper Inline

Ulasan Treadmill Vigor Fitness TR500

0

PKP bukan alasan untuk kita menjadi tidak aktif dan menggemukkan badan. Ini adalah waktu yang paling sesuai untuk kekal aktif dan sihat kerana meskipun tidak boleh keluar rumah, ini bukan bererti kita menjadi anak patung dan berbaring sahaja.

Bersempena PKP, saya mengambil inisiatif untuk mendapatkan sebuah treadmill dengan tujuan melakukan senaman dari dalam rumah sahaja. Tak perlu keluar ke jalan untuk berjoging, dan juga tak perlu risaukan mengenai hujan apabila alat ini sudah tiba di pintu.

Sebaik saya mengambilnya dari tangan penghantar (terima kasih J&T Express), saya agak kaget seketika melihat badan abang J&T Express yang begitu kurus tetapi mampu mengangkat treadmill ini seorang diri. Saya enggan mengalah. Air muka harus dijaga.

Sebab itu, saya tidak mahu dibantu lalu terus mengusung treadmill ke dalam rumah. Sumpah, saya tak faham bagaimana dia boleh angkat seorang diri. Agak berat juga sebenarnya.

Beginilah keadaan kotak TR500 ketika saya membukanya.

Ini pula selepas siap pemasangan. Tak usah bimbang, tidak terlalu banyak pun benda yang perlu dipasangkan, dan alat bantuan untuk pemasangan juga ada disertakan sekali (dua unit hex key).

Menarik bukan?

Spesifikasi TR500:

Berat maksimum: 110kg
Konsol: Masa, Kelajuan, Jarak, Kalori, Nadi, Lemak Tubuh
Kuasa motor: 3.5HP
Pilihan kelajuan: 0.8-12KM/J
Jarak permukaan: 1100x400mm
Sistem kusyen: Penyerap hentakan terbina dalaman
Lain-lain ciri: Boleh lipat, sensor denyutan jantung, port USB, dan AUX beserta pembesar suara MP3.

Kasut sudah pun tersedia, saya tidak bertangguh dan terus mencuba.

Apa yang saya suka mengenai model treadmill ini?

Pertama sekali, ini ialah antara model treadmill bajet yang betul-betul murah. Dengan harganya di bawah lingkungan RM1000, sesiapa sahaja mampu mengumpul sedikit duit gaji setiap bulan untuk membeli sebuah.

Kedua, saiznya agak baik untuk pemula. Tidak terlalu besar, tetapi dalam masa yang sama tidak pula terlalu kecil. Ruang untuk anda berjalan mahupun berlari agak panjang dan luas.

Anda boleh lihat gambar berikut.

Jarak antara satu kaki ke satu kaki tidaklah begitu lebar, namun ia memadai. Cuma jika anda hendak berlari, saya sarankan pakailah kasut untuk mengelakkan sebarang kecederaan.

Seperkara lagi, walaupun dinyatakan ia sudah sedia diletakkan minyak pada bahagian bawah belt, tetapi saya syorkan untuk anda tambahkan terus sebelum penggunaan buat kali pertama kerana ketika diperiksa, saya dapati ia agak kering.

Papan pemuka atau dashboard pada treadmill ini amat mudah untuk difahami. Di sebelah atas terdapat skrin LED kecil yang memaparkan denyutan nadi, masa, kelajuan, jarak, dan kalori.

Manakala di bawah pula terdapat butang untuk meningkat dan merendahkan kelantangan pembesar suara, menaik dan menurunkan kelajuan, memilih program, menukar mode, dan juga butang untuk mula serta henti.

Suisnya terletak di bahagian bawah-hadapan, dan anda tidak perlu risau tentang plug kerana ia menggunakan plug standard Malaysia.

Ini ialah bahagian pengesan denyutan nadi. Sewaktu anda memegangnya, ia akan kerap memapar denyut nadi semasa, tetapi apabila ia dilepaskan, informasi lain seperti masa, jarak, kalori, dan sebagainya lagi akan bertukar-tukar dipaparkan.

Saya sudah menggunakan treadmill ini lebih kurang seminggu. Berdasarkan pengalaman saya, jika anda baru ‘berkenalan’ dengan mesin treadmill, maka eloklah kiranya anda mulakan dengan kelajuan yang perlahan dahulu.

Selepas anda berjaya menyesuaikan diri, barulah anda tingkatkan kelajuan sedikit demi sedikit. Ini untuk mengelakkan dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini. Melainkan anda memang sudah biasa berlari di atas treadmill di gym, anda ikutlah saranan saya ini.

Di atas papan pemuka terdapat kunci kecemasan yang melekat padanya menggunakan magnet. Kunci ini amat penting sekali di letakkan pada baju anda. Seandainya terjadi perkara yang tidak diingini seperti kemalangan kecil, terjatuh (dan sebagainya lagi), anda boleh dengan cepat menarik kunci ini dan mesin akan berhenti serta-merta.

Pada saya ia sesuai untuk golongan yang tidak terlalu rendah, dan tidak terlalu tinggi. Anda mungkin akan kelihatan seperti hantu jerangkung mencari anaknya yang hilang sewaktu berlari sekiranya anda lebih tinggi dari saya (170cm).

Ya, ia ada mengeluarkan bunyi tetapi tidaklah kuat dan menjengkelkan pula. Bunyinya hanya sekadar cukup didengari di telinga anda sahaja.

Kalau ada satu perkara yang saya tidak beberapa berpuas hati ialah kadar kelantangan pembesar suaranya. Bunyi dikeluarkan agak perlahan, dan lebih baik lagi jika anda gunakan pembesar suara bluetooth yang dihubungkan terus dengan telefon pintar.

Selain itu, agak sukar untuk saya cari lagi titik kelemahannya, kerana dengan harga sebegini, anda mendapat pakej lengkap untuk kekal sihat tanpa perlu meruntuhkan bank di ibu kota. Harganya? RM689 sahaja.

Anda boleh dapatkan Vigor TR500 di Shopee atau Lazada.

Layari laman Vigor Fitness untuk maklumat lanjut.

Views: 10

Iklan Newspaper Inline

Minds : Alternatif Sumber Terbuka Kepada Facebook

1

Seperti yang abam janjikan kepada anda, abam akan cuba kongsikan satu demi satu alternatif sumber terbuka kepada aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Twitter.

Kali ini kita cuba Minds, sebuah alternatif sumber terbuka kepada Facebook.
Apa kelebihannya berbanding Facebook? Secara jujurnya abam pun baru saja mencuba platform media sosial ini.

Tetapi dari apa yang dapat dilihat, seperti yang kita tahu Facebook hanya berdegar mempromosi mengenai kebebasan bersuara, tetapi seringkali kita terkena ‘penjara’ akibat laporan dari pengguna lain, atau lebih teruk lagi post dipadam dan akaun disekat.

Di Minds, anda boleh mengepos blog, video, gambar, dan status sama seperti Facebook. Juga terdapat kemudahan permesejan untuk berhubung dengan rakan, ya, sama juga seperti Facebook.

Antaramuka laman sesawang MInds

Apa yang tak sama?

Di sini anda ‘bebas’. Anda tidak akan disekat apabila mengepos sesuatu. Benar, setiap perkara ada batasannya, tetapi sekurang-kurangnya di sini adil, semua orang boleh melontar pandangan masing², dan bukan hanya sebelah pihak saja yang ‘menang’.

Apa yang paling penting, anda tidak akan dipantau sepertimana yang Facebook lakukan. Data pengguna tidak penting kepada platform sosial ini kerana ia bukan bersendikan bisnes.

Tambahan pula, paparan antaramukanya mirip Facebook. Oleh itu, pengguna akan cepat dapat membiasakan diri dengan persekitaran ‘baru’ ini.

Bukankah ini yang kita mahukan dari dulu lagi?

Sebuah alternatif yang lebih baik. Tidak memantau, tidak mengumpul data, dan tidak menyekat penggunanya, sama ada mahu menulis atau berkarya.

Anda boleh daftar akaun di pautan:

Di sini pula ialah profil abam:

#OMGHSharing #AlternativesTo #OpenSource #Minds #JomCuba
Property of omghackers.com

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Getcontact VS Truecaller : Mana Yang Lebih Baik?

0

“Bam, apa beza app Getcontact dengan Truecaller?”

Tiada beza. Dua² berniaga dengan data anda. Boleh baca sendiri klausa dalam terma aplikasi. Terdapat 13 perkataan ‘third party‘ yang merujuk kepada bagaimana mereka mendapatkan dan berkongsi data peribadi anda.

https://www.getcontact.com/en/privacy

Manakala Truecaller pula sudah lama terkenal dengan isu penjualan data dan data bocor ke dark web. Boleh rujuk perbincangan di:

https://www.reddit.com/…/truecaller_app_is_selling…/

Truecaller Privacy Policy:

https://privacy.truecaller.com/privacy-policy

Antara yang dinyatakan:

“We transfer information to trusted vendors, service providers, and other partners who support our business and Services, such as providing technical infrastructure services, bug testing, analyzing how our Services are used, measuring the effectiveness of ads and services and facilitating payments as well as potential partners who may wish to work with us to provide other services.

Truecaller will always require these third parties to take appropriate organizational and technical measures to protect personal information and to observe applicable legislation.
Truecaller may also share personal information with third party advertisers, agencies and networks. Such third parties may use this information for analytical and marketing purposes e.g. to provide measurement services and targeted ads and for improvement of products and services. The information may be collected by such third parties by use of cookies, or similar technologies, and You can learn more about the use of cookies in our Cookie Policy.”

Anda boleh ‘unlist’ nombor anda di sini:

https://www.truecaller.com/unlisting

Anda boleh unlist nombor anda di Truecaller

Tetapi sebelum itu, nyahaktif akaun anda terlebih dahulu melalui aplikasinya.

“Dah tu, kita boleh guna apa ni bam?

Secara asasnya, boleh dikatakan kesemua aplikasi ‘Caller ID’ akan mengumpul data penggunanya. Cuma sejauhmana ia diguna pakai untuk kepentingan syarikat itu sendiri yang membezakan antara satu dengan yang lainnya.

Informasi yang pasti dikumpul adalah seperti maklumat geo-lokasi, alamat IP, ID peranti, perincian peranti, sistem operasi dan ISP.

Setakat ini, aplikasi yang abam rasa polisi privasinya agak memuaskan hati (sedikit) ialah aplikasi CallApp.

Terdapat 10 perkataan ‘transfer‘, dan 41 perkataan ‘third party‘ dalam polisi privasi. Anda boleh baca sendiri untuk memahami apa yang dikumpulkan oleh mereka:

https://callapp.com/privacy

Umumnya, aplikasi ini masih juga ada berkongsi dengan pihak ketiga, cuma banyak pernyataannya yang mengikuti kehendak undang-undang privasi. Sekurang-kurangnya ia dinyatakan dengan jelas.

Nak gunakan aplikasi ini? Boleh.

Tetapi – tetap perlu berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Cari informasi semasa mengenainya sama ada terdapat kebocoran data di mana² atau berlaku aktiviti meragukan seperti penjualan kepada pihak berkuasa.

Ingat, data yang anda kongsikan memang ‘tak nampak’, tetapi kesannya di masa akan datang boleh jadi buruk sekiranya ia diperoleh di tangan mereka yang mahir melakukan kerja-kerja jahat.

Muat turun:

https://callapp.com/

#OMGHSharing #CallerID #CallApp #Getcontact #Truecaller

Views: 49

Iklan Newspaper Inline

Getcontact : Mimpi Ngeri Buat Privasi

0

Ia bukan aplikasi baharu. Aplikasi ini sudah tular sejak 2018 lagi dan mendapat perhatian dari penyelidik sekuriti seperti Kaspersky.

Ada beberapa orang dari kalangan ‘inner circle’ abam yang dah pasang aplikasi ini.
Setelah membuat beberapa carian dan kajian, dapat abam simpulkan bahawa aplikasi Getcontact ini ialah mimpi buruk untuk mereka yang mementingkan privasi.
Berapa ramai antara korang yang dah guna.

Aplikasi Getcontact

Biasanya orang akan pasang kerana ingin tahu apakah nama diri sendiri yang disimpan oleh pengguna lain. Memang seronok juga, tambah bila ada yang simpan nama kita sebagai ‘My Crush’.

Untuk mendapatkan informasi, ia akan meminta data senarai kenalan anda, iaitu nombor dan nama mereka yang anda simpan.
Apa yang menjadi masalah ialah apabila GetContact mula berkongsi maklumat ini dengan pihak ketiga.

Laman web GetContact mengandungi perjanjian kerahsiaan pengguna yang mana mereka perlu memberikan aplikasi akses ke setiap data peribadi dan korporat.
Ini termasuklah data yang disimpan oleh aplikasi lain dan di media sosial, serta mereka punyai hak untuk berkongsi data ini dengan pihak ketiga, tidak kiralah sesiapa sahaja yang mahukan data tersebut.

Rujuk kajian oleh Kaspersky:
https://www.kaspersky.com/…/getcontact-collects…/21453/

Selain menyimpan kenalan telefon anda, ia turut menyimpan foto, alamat emel, alamat IP, dan rekod perbualan.

Dengan menerima terma dan syaratnya, anda memasukkan data peribadi anda dan juga data rakan sekerja serta rakan anda ke aplikasi ini.

Terma perjanjian pengguna membolehkan mereka memindahkan data ke pihak ketiga dan ia mengandungi klausa yang memaksa pengguna bersetuju untuk menerima e-mel dan mesej pukal.

Apa yang pasti, Getcontact ialah aplikasi contoh yang mampu menceroboh privasi individu dan mencetuskan ketegangan dalaman. Boleh bayangkan nama anda disimpan sebagai

‘Kaki Ampu Datuk?’

Atau ‘Escort Girl In KL’?

Atau ‘Pelakon Video 4K’?

Dan lain-lain contohlah. Tak larat abam nak senaraikan semua. Anda perlu tahu di sesetengah negara, Getcontact telah dilarang/diharamkan secara rasmi dari digunakan.

Antara rujukan lain:

https://www.diggitmagazine.com/…/getcontact-another…

https://www.forumdaily.com/…/kakie-opasnosti-mozhet…/

#OMGHInfo #OMGHAdvisor #Getcontact

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

JingOS : Diinspirasikan Oleh iPadOS

0

China dan Imitasi Berpisah Tiada

Dari sistem operasi Android, membawa ke desktop, semuanya ada sedikit sebanyak mengambil inspirasi dari sistem operasi lain.

JingOS ialah distro Linux pertama di dunia, yang mengambil reka bentuk iPadOS sebagai panduan dalam mendapatkan paparan antaramuka penuh sistem operasi.

JIngOS berasaskan Linux

Pembangun bukan sahaja menjanjikan rupa bentuk seakan iPadOS, bahkan juga dari segi fungsinya.

Ia juga tidak hanya sekadar sistem operasi untuk tablet, tetapi juga merupakan sistem operasi Linux yang lengkap dengan sokongan tetikus dan papan kekunci.
JingOS terdapat untuk tablet dan ada dibangunkan untuk telefon pintar. Ia berkemungkinan akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini, manakala untuk tablet pula pada akhir Januari 2021.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

That Time I Got Reincarnated As A Slime Musim Ke-2 Bermula

0

That Time I Got Reincarnated as a Slime adalah antara anime yang saya nantikan musim keduanya. Setelah pelbagai khabar angin dan berita sedih penundaannya, kini That Time I Got Reincarnated as a Slime sudah masuk ke musim kedua mereka secara rasminya!

Buat penonton Malaysia, kita boleh dikatakan cukup bertuah kerana boleh menonton anime ini secara percuma tanpa membayar servis langganan atau memasang aplikasi strim dalam talian berasingan. Muse Asia, melalui saluran YouTube mereka ada menyiarkan siri ini termasuklah musim kedua terkini. Jangan tidak tahu, siri ini sudah pun masuk ke episod ke-2 untuk musim kedua ini.

That Time I Got Reincarnated as a Slime  di saluran Youtube Muse Asia.

Ikuti lagi pengembaraan Rimuru Tempest dalam mengembangkan kerajaan raksasa Jura dalam siri kedua That Time I Got Reincarnated as a Slime !

Tonton That Time I Got Reincarnated as a Slime  di saluran Youtube Muse Asia.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Outside The Wire : Lebih Android

0

Dua kali jugak la abam layan movie ni. Kalau korang tengah tepu PKP tak tau nak layan apa, korang boleh layan filem ni.

Anthony Mackie kali ni mengambil peranan sebagai kapten dalam filem Outside the Wire.

Kalau ada yang meragui sama ada Mackie boleh bawa watak Captain America atau tidak, anda mesti tonton dan saksikan sendiri karisma beliau.

Juga terdapat babak ‘paying homage’ kepada Captain America dalam dialog yang dilontar olehnya. Secara tiba-tiba ‘nerd’ dalam diri abam melompat kegirangan bila ‘dialog itu’ disebut.

Dalam filem ini, Mackie ialah Captain Leo, seorang ‘Android’, iaitu robot yang menyerupai manusia.

Dia perlu berurusan dan bekerjasama dengan Leftenan Harp, pegawai muda yang keras kepala, banyak bercakap, dan ingkar arahan.

Mereka berdua ditugaskan untuk menghantar vaksin sebagai samaran kepada misi sebenar, iaitu mencegah pengganas pro-Rusia, Victor Koval daripada menguasai peluru berpandu nuklear era Perang Dingin Rusia.

Dalam perjalanan mereka menyelesaikan misi, Harp terperangkap di tengah² tembakan antara kedua belah pihak, sementara Leo pula mengejar suspek di atas bangunan.

Tetapi tidak semua benda yang dilihat itu benar. Bukannya setiap perkara yang kita lakukan itu menepati perancangan.

Dalam hal ini, kepercayaan perlu diletakkan kepada sebuah robot. Dapatkah Harp merungkai apa motif misi?

Anda boleh tonton Outside the Wire di:

https://www.netflix.com/title/81074110

#GengStreaming#CutTheCord #CutTheCable#ItsMovieTime #SciFiGeek

Views: 0

Iklan Newspaper Inline