Utama Blog Laman 92

7 Kelebihan Surfshark VPN

0
Surfshark VPN.

Sepanjang karier penulisan, saya sentiasa mencari yang terbaik, dan ini termasuklah servis VPN. Dulu, saya seorang pengguna tegar TorGuard, dan saya tidak malu untuk mengakui hal ini. Cuma, TorGuard ini meskipun ada banyak ciri menarik, hal bidangkuasa negara di mana ia beroperasi masih lagi menghantui diri.

Disebabkan itu, pencarian tidak pernah berakhir, hinggalah saya menemui .

Dengan Surfshark, privasi terjaga, anda akan mendapat klien yang cukup ‘polished’, dan ia beroperasi dalam kawasan bebas pemantauan Five Eyes. Berikut, saya cuba senaraikan beberapa kelebihan Surfshark yang menurut saya, menjadikan ia antara klien VPN terbaik di industri:

1. WireGuard

Sepertimana yang kita ketahui, WireGuard ialah standard baharu industri yang lebih baik dari prokol OpenVPN. Kod sumber WireGuard lebih ringkas, oleh itu ia lebih mudah diselenggara, diperbaiki, mahupun ditambah baik.

Secara ringkas, WireGuard ialah satu protokol VPN baharu yang mensasarkan penggunaan lebih ringkas, prestasi lebih laju, dan enkripsi yang lebih padu berbanding protokol lama seperti OpenVPN.

Surfshark menyokong protokol ini dan menjadi antara penyedia perkhidmatan terawal yang memasukkan ciri WireGuard selain NordVPN.

2. Ciri Privacy Beyond VPN

Terdapat dua ciri dari cabang Privacy Beyond VPN iaitu Alert dan Search. Alert digunakan untuk mendapatkan notifikasi sekiranya terdapat kebocoran maklumat didaftar menggunakan emel yang dipantau. Search pula ialah enjin carian yang tidak mempunyai penjejak.

3. Kelajuan

Antara kelebihan Surshark yang menyebabkan saya sentiasa menggunakannya ialah mengenai kelajuan. Jika ‘kena’ dengan pelayannya, kelajuan tidak akan berkurangan, dan ping juga tidak terlalu tinggi. Ini sangat berfaedah untuk aktiviti penstriman mahupun aktiviti bermain permainan atas talian.

4. Unlimited Device Protection

Terma ‘Unlimited’ yang digunakan oleh Surfshark bukan seperti telco Malaysia. ‘Unlimited’ Surfshark tidak mengarut, tiada had. Jadi mudah kalau anda nak guna ramai-ramai untuk jimatkan lagi harga langganan.

Bab harga langganan tu pula, saya sudah berhubung dengan orang penting Surfshark supaya mereka semak semula harga langganan bagi plan mereka untuk rakyat Malaysia.

Seperti yang anda tahu, kalau kita tukarkan mata wang dari USD ke MYR memang ‘sakitlah’ kita nak membayarnya. Oleh itu saya telah minta supaya mereka buat plan khusus untuk kita.

Kalau lepas ni harganya dah jadi RM8 sebulan, anda tahu dengan siapa anda patut belanja makan siakap tiga rasa.

5. Extension Proksi Serasi Netflix

Jarang jumpa kan benda ni? Saya sudah letak tangkap layar di bawah. Anda boleh lihat sendiri buktinya. Lepas ni bila-bila malas nak guna aplikasi/klien Surfshark untuk layan Netflix, boleh tekan ‘on’ pada extension sahaja. Mudah dan tidak perlukan sumber komputer yang banyak.

Antara tangkap layar lama sewaktu saya menguji VPN ini dulu.

6. Pelayan US AIO

All-in-one server ni pun sama, jarang jumpa. Pelayan US Surfshark boleh digunakan untuk strim Netflix/Hulu/DirectTV, dan dalam masa yang sama boleh digunakan untuk torrent. Satu ciri yang memudahkan pengguna. Tak perlu selalu tukar pelayan ketika menukar aktiviti. Keduanya boleh dijalankan serentak.

7. CleanWeb

CleanWeb ialah ciri yang akan menyekat iklan (hasad), penjejak (trackers), dan malware. Sebaik VPN dihidupkan, anda boleh layari laman web dengan minda yang tenang. Biarkan fungsi cloud scanning yang ada pada Surfshark lakukan segalanya untuk anda.

Fungsi ini juga akan menyekat laman phishing, dan menyekat malware sebelum ia sempat dimuatkan ke dalam sistem.

Nak langgan?
Boleh guna pautan ni untuk diskaun:

*Pssst, anda boleh buat group WhatsApp/Signal/Telegram seramai 10 orang untuk berkongsi satu akaun. Lebih jimat!

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Edifier Hecate GM4 Mini1 : Dewi Greek Mengganas

1

Edifier bukan nama yang asing dalam dunia audio. Mereka sudah lama bertapak sejak 1996 dan berpengkalan di Beijing, China. Pada tahun 1999, nama mereka menjadi terkenal dengan pengenalan pembesar suara yang mengguna kayu sebagai bahan yang digunakan dalam penghasilan pembesar suara mereka.

Kali ini mamu berpeluang untuk mengulas tentang earphone TWS gaming depa. Produk yang mamu dapat merupakan versi naik taraf dari versi sebelum ini  iaitu Edifier Hecate GM4. Tanpa membuang masa lagi, mai kita tengok apa yang menarik tentang Edifier Hecate GM4 Mini1. (penuh mulut aih nak sebut nama dia panjang lagu nih)

Dari luaran, Edifier mengambil langkah minimalis dalam untuk produk depa. Menggunakan warna putih sebagai warna asas menonjolkan lagi produk depa yang berwarna hitam di luar kotak.

Sorry naa. Kualiti video level kentang. Mamu masih baru buat video.

Dalam kotak, hangpa akan dapat :

  • GM4 Mini1
  • Kabel Type-C
  • Eartip saiz S & L. (saiz M sedia terpasang kat produk)
  • Manual
Spesifikasi Edifier GM4 Mini 1
Bluetooth V5.0
Driver Unit ⌀ 6mm dynamic drivers
Audio Decoding PixArt Technology
Playback Time about 4 hours (earbuds) + 18 Hours (case)
Charging Time about 1.5 hours
Charging Port USB Type-C
Battery Capacity 40mAh (Earbuds) 500mAh (Charging Case)
Frequency Response 20Hz – 20KHz
Sensitivity 96dB ± 3
Impedance 32 Ω
Packaging Measurement 109.5(L) x 38.5(W) x 113.5(H) mm
Net Weight Earbuds 4.5g x 2 Charging Case 50g (without earpieces)

 

GM4 Mini1 dikuasakan oleh chip pemproses PixArt dan 6mm dynamic drivers yang memberi bunyi yang cukup memuaskan bagi mamu selama mamu menggunakan hampir 2 bulan. Bateri TWS ini dapat bertahan dalam 4 jam sekali pengguna dan penambahan kuasa sebanyak 18jam menggunakan kotak penyimpanan hat disediakan sekali. Secara keseluruhan hangpa akan dapat lebih kurang dalam 22 jam penggunaan. Selama penggunaan, mamu dapat dalam hampir 22 jam seperti depa tulis. TWS ini mempunyai rating IPX5. Kalau hangpa jenis suka lari atau kuat berpeluh macam mamu,TWS ini tiada masalah nak kena peluh.

Navigasi pada TWS menggunakan touch sensor pada earbuds itu sendiri. Touch sensor pada TWS ini bagi mamu senang untuk digunakan cuma hangpa kena timing tap hangpa tu betul-betul. Terlalu laju atau perlahan tap takkan dikenalpasti.

Earphone Kiri Atau Kanan:

  • Lagu – Tap 2x : Play/Pause Music
  • Panggilan – Tap 2x : Jawap/Tamat Panggilan
  • Panggilan – Tekan 2 saat : Tolak Panggilan

Earphone Kiri :

  • Lagu – Tekan 2 saat : Lagu Sebelum Dimainkan
  • Panggilan – Tekan 3 saat : Google/Siri Akan dipanggil

Earphone Kanan :

  • Lagu – Tekan 2 saat : Lagu Seterusnya Akan Dimainkan
  • Mode – Tap 3 kali : Tukar Ke Gaming Mode/Music Mode. Akan Kedengaran Notifikasi Gaming Mode/Music Mode. Lampu di earbuds akan bertukar mengikut mode digunakan. Biru untuk Gaming Mode, putih untuk Music Mode.

Didepan case earphone ini ada 3 bar lampu yang akan menunjukkan berapa lagi baki bateri ada dalam case tersebut. Setelah lampu bateri case ditayang, lampu sebelah kiri dan kanan akan menyala untuk menunjukkan earphone dalam proses pengecasan. Lampu pengecasan dia pun sempoi. Lampu menyala umpama ‘bernafas’.

Untuk pengecasan,depa menggunakan port USB Type-C. Senang kerja mamu takyah nak usung banyak kabel pi kerja.

Standard eartip yang sudah dipasang pada TWS ini bagi mamu agak longgar untuk telinga mamu. Jadinya mamu pun tukar pada eartip lebih besar untuk fitting yang memuaskan telinga mamu.

Passive sound isolation pada TWS dengan eartip yang sesuai menjaminkan telinga hangpa dapat kurangkan bunyi luar masuk ke dalam telinga hangpa. Dalam penggunaan mamu dengan volume pada tahap 60% hingga 70%, bunyi luar hampir tidak kedengaran menyebabkan manager mamu selalu kena jerit panggil mamu.

Ujian Audio

Mamu menggunakan Tidal HiFi untuk ujian audio kat TWS ini. Lagu-lagu yang mamu gunakan ada dalam playlist kat bawah.

Bass : bagi mamu sound bass dia mempunyai kriteria fast attack dengan rumble yang cukup rasa tanpa mengganggu lagu hangpa. Kalau hangpa tak cukup,hangpa boleh aktifkan Game Mode. Bass akan bertambah kuat dengan dentuman hampir mengegar otak hangpa.

Mid : suara penyanyi kedengaran jitu tanpa gangguan bass. Vokal perempuan tampak jelas tanpa gangguan dari spektrum lain yang kadangkala terjadi jika bass bercampuk aduk dengan mid.

High : boleh dikategorikan sebagai baik. Tiada piercing pada frekuensi tinggi walaupun kekuatan suara pada tahap tertinggi. Separation dapat didengari dengan jelas.

Soundstage : hangpa dapat perbezaan bunyi kat TWS ini walaupun tak dapat ditandingi dengan produk lain yang harga premium. Kepuasan dapat didengari pada lagu Sam Smith – Writing’s On The Wall atau Eagles – Hotel California Live

Profil Audio : pada hemah mamu, profil TWS lebih pada fun & bright. Sesuai untuk pendengar kasual. Bass mungkin tak cukup untuk yang basshead. (mamu dah lama cuci tangan layan heavy bass)

Latency : dalam Game Mode, hampir tiada audio delay. Mamu selalu main COD:Mobile yang boleh dikategorikan fast pace action game. Audio jitu dan jelas bila dalam Game Mode. Mengikut spesikasi, depa cakap dalam Gaming Mode delay akan turun sehingga 65ms.

Kesimpulan

Pada tanda harga RM199,adakah ia berbaloi? Bagi mamu kalau hangpa ada budget dan jenis layan lagu dan game memang berbaloi beli TWS Edifier Hecate GM4 Mini1. Kekurangan yang bagi mamu mungkin akan hangpa fikir dua kali untuk beli adalah tiada kawalan tetapan kelantangan bunyi. Bagi mamu ini bukan satu masalah pasal mamu dah terbiasa ubah tetapan kelantangan bunyi dari telefon.

Hangpa nak miliki TWS Edifier? Hangpa boleh pi kat pautan di bawah :

Inter Asia Malaysia

Edifier Malaysia Shopee

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Xiaomi Memasuki Senarai Hitam A.S

0

Pentadbiran Trump sudah berjaya menggagalkan Huawei dari terus menerus menjadi syarikat gergasi teknologi yang berpaksikan China.

Kini, mereka kembali dengan memasukkan Xiaomi ke dalam senarai hitam.
Pada hari Khamis lalu, pentadbiran AS menambah sembilan syarikat ke senarai hitam syarikat yang mempunyai hubungan dengan tentera China, dan ini termasuklah pembuat telefon pintar ketiga terbesar di dunia, Xiaomi.

Berikutan langkah ini, pelabur AS tidak lagi dapat melabur dalam syarikat yang ditambahkan ke senarai hitam khas ini.

Mereka dilarang membeli saham dan sekuriti syarikat seperti Xiaomi yang merupakan sebahagian daripada senarai dan harus melepaskan pegangan yang ada di dalamnya mulai 11 November 2021.

Setakat ini pentadbiran Trump belum memberikan bukti bagaimana Xiaomi atau syarikat lain terikat dengan tentera China.

Selain Huawei dan Xiaomi, syarikat lain seperti DJI, Comac, dan firma semikonduktor SMIC juga termasuk dalam senarai hitam syarikat ketenteraan China.

Ia sedikit berbeza dengan senarai entiti AS (US Entity List), yang mana Xiaomi masih boleh mengimport teknologi AS tanpa memerlukan lesen (buat masa ini). Ia telah dimandatkan dalam undang-undang 1999 yang mewajibkan Jabatan Pertahanan menyusun senarai syarikat yang dimiliki atau dikendalikan oleh tentera China.

Kedutaan Besar China di Washington, Xiaomi, dan Comac masih belum memberi sebarang komen mengenai perkara ini.

Sumber: https://www.reuters.com/…/exclusive-trump…

Via: https://www.gizmochina.com/…/us-government-blacklist…/

#OMGHNews #ASBanList
#XiaomiSudahKena

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

WhatsApp Number Hijacking : Mencuri Wang Dengan Menipu Di WhatsApp

0

WhatsApp Number Hijacking bukan perkara baharu. Ia sudah lama berlegar dalam dunia internet ini, dan kini kembali menghantui pengguna.

Modus Operandinya adalah sama. Caranya:

Apabila anda memasang WhatsApp, platform ini akan meminta anda nombor telefon untuk membuat akaun. Kemudian, ia akan menghantar OTP kepada nombor tersebut. Dengan OTP ini, ia mampu membuktikan pemilikan anda terhadap nombor telefon.

Apabila anda memasukkan nombor yang betul, WhatsApp akan mula berfungsi.

Dengan kaedah hijacking, para penyerang/penggodam akan menggunakan satu akaun yang sudah pun dipecah masuk lebih awal untuk menghubungi rakan mangsa.

Dalam mesej dihantar itu, mereka akan mengatakan bahawa mereka sedang mengalami masalah untuk menerima kod enam digit, oleh itu mereka menghantar kod itu kepada rakan tersebut terlebih dahulu, dan kemudian mereka akan meminta ia dihantarkan semula.

Kod enam digit itu ialah kod OTP WhatsApp untuk mangsa, dengan menghantar ia kepada rakan mereka, sebenarnya ia dihantar terus kepada penggodam selepas kod itu ‘dipulangkan’ semula.

Selepas itu, selesailah sudah proses hijacking. Ringkas dan mudah bukan? Penyerang/penggodam akan melihat kumpulan yang anda masuki dan pesanan WhatsApp baru yang anda terima.

Mudah kata – KONONNYA seseorang yang mengaku kenalan anda meminta anda menghantar kembali kod enam digit WhatsApp kepada mereka, mungkin atas alasan tersilap hantar, atau mereka mengalami kesulitan untuk mendapatkannya.

Kod itu ialah KOD ANDA. JANGAN hantarkan ia semula kepada mereka. Akaun anda akan dirampas serta-merta.

Kini terdapat satu sindiket penipuan untuk memperdaya orang ramai dengan menyamar sebagai kawan lama, yang tujuan mendapatkan pinjaman wang, dan sebagainya lagi.

Sebaik menyerahkan kod itu, anda tidak akan dapat lagi mengakses WhatsApp menggunakan nombor telefon sendiri akibat disekat.

#OMGHSharing #PDRM

#WhatsAppHijacking #DontCopyAndPaste

#IntelectualProperty #OMGHNetwork

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Sindiket Penjualan Data Peribadi Semurah RM199

0

Apa itu rahsia sulit dan peribadi?

Tiada lagi rahsia apabila wujud satu sindiket penjualan data peribadi pengguna yang lengkap dengan pelbagai maklumat, termasuklah info bank.

Jenayah ini mendapat perhatian dari pihak polis Bukit Aman. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya hanya dapat melakukan siasatan terperinci sekiranya mereka ada menerima laporan dari orang ramai.

Apa yang mengejutkan, data seperti jumlah simpanan wang bakal mangsa turut dijual di media sosial.

100 data pengguna mengandungi butiran seperti nama, nombor telefon, alamat, dan jumlah simpanan wang di bank boleh dibeli pada harga RM199 sahaja.

Maklumat sulit ini seterusnya dihantar ke emel pembeli selepas pembayaran dibuat. Tidak pelik, apabila Macau Scam berleluasa. Penjualan data seperti ini berpotensi meningkatkan lagi kegiatan sindiket untuk memperdaya mangsa dan kemudian ‘mencuci’ duit menggunakan artis.

Senang buat duit.
Sumber: Harian Metro.
#OMGHNews #MacauScam
#PrivacyMatters

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

BiP: Satu Lagi Alternatif WhatsApp/Telegram

0

Abam dah cuba aplikasi ini, sebab ada yang request. Kita kena adil kepada semua aplikasi. Ada yang menarik, ada yang baru, semua kita cuba.

Pada abam BiP merupakan antara alternatif yang baik. Ia juga mempunyai aplikasi desktop dan web. Tidak lupa juga, ia mempunyai satu ‘cabang’ iaitu aplikasi persidangan video yang bernama BiP Meet.

Ia dibangunkan oleh pembangun aplikasi di Turki. Sama seperti WhatsApp/Signal/Telegram, anda boleh buat panggilan suara dan video, menghantar pesanan teks, menghantar video, dan stickers.

Antaramuka mesej dan pilihan smiley serta sticker
Peti masuk
Tema gelap

Tetapi apa yang membezakan BiP dengan yang lain ialah terdapat beberapa ciri yang agak unik. Salah satunya, anda boleh daftar dengan menggunakan nombor virtual.

Pilihan nombor virtual
Nombor boleh dipilih
Servis nombor virtual adalah berbayar
Jenis pembayaran yang diterima

Abam belum cuba lagi yang tu, sebab gaji lambat lagi (eheh!), tapi ciri ini sedikit sebanyak menjamin privasi, dan dalam masa yang sama mungkin ada yang akan menyalahgunakan ia untuk mengurat anak jiran yang lawa.

Tidak lupa juga, ia menawarkan kualiti panggilan suara dan video HD, serta penghantaran gambar serta video juga diberi pilihan definisi tinggi.

Penghantaran video
Penghantaran gambar dalam HD

Terdapat ‘Emergency Button’ yang akan menghantar status semasa beserta lokasi anda sekiranya ditekan. Selain itu juga, ia menawarkan fungsi terjemahan dalam aplikasi.

Pilihan terjemahan mesej
Pilihan terjemahan mesej
Pilihan terjemahan mesej

 

Muat turun :

https://bip.com/en/

https://www.bipmeet.com

https://play.google.com/store/apps/details…

https://apps.apple.com/…/bip-messenger…/id583274826

#OMGHSharing #BiP #PrivacyMatters

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Kenapa Kita Perlu Beralih Ke Signal?

0

Kenapa Signal tiba² ‘panas’? Kerana baru-baru ini, WhatsApp mengemaskini T&C aplikasinya yang mahukan pengguna supaya bersetuju untuk berkongsi data secara terus kepada Facebook.

Mereka yang cenderung ke arah privasi semestinya tidak gemar dengan perkara seperti ini. Aplikasi alternatif seperti Telegram pula akan mula mempunyai ciri premium dan berbayar mulai tahun ini.

Disebabkan itu, Signal mula menerima pengguna yang baru, tambahan lagi selepas Tweet Elon Musk yang ringkas iaitu ‘Use Signal‘, sebagai tanda protesnya terhadap WhatsApp. Tweet itu kemudian di-tweet semula oleh CEO Twitter, Jack Dorsey.
Musk sememangnya diketahui tidak begitu suka dengan modus operandi Facebook. Akaun Facebook untuk Tesla dan SpaceX, dua syarikat di mana Musk berperanan sebagai CEO, telah dipadam pada tahun 2018.

Siapa antara pengguna tegar Signal?

Tidak lain tidak bukan, Edward Snowden. Secara asasnya, ciri Signal tidak ubah pun seperti WhatsApp. Ia ringkas, mempunyai tema gelap, dan ada enkripsi yang kuat.
Tetapi ciri terpentingnya ialah ia tidak dibangunkan oleh syarikat yang berniaga dengan data pengguna.

Enkripsi digunakan WhatsApp, dibangunkan oleh Open Whisper System, iaitu komuniti syarikat sama yang mencipta Signal Protocol – sejenis enkripsi wajib pada aplikasi Signal. Apa yang bagus mengenai Signal ialah privasi – ia bukan sekadar pilihan, tetapi ia adalah tetapan lalai. Setiap mesej, setiap panggilan suara, tidak ada yang keluar dan masuk tanpa melalui proses enkripsi.

Ia juga sentiasa percuma, tidak ada plan ‘premium berbayar’, tidak ada iklan, dan tiada penjejak (trackers) di dalamnya. Pembangunan Signal disokong oleh pemberian dan sumbangan dari orang seperti anda.

Bagaimana cara untuk ‘import’ group dari aplikasi lain seperti WhatsApp/Telegram ke dalam Signal?

Anda boleh rujuk gambar² berikut :

Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4

*Muat turun Signal di: https://signal.org/download/
#OMGHSharing #Signal
#PrivacyByDefault

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Mari Teliti Bersama Polisi Baharu WhatsApp

0

Penelitian Polisi Baharu WhatsApp

Setelah menelaah dan meneliti polisi tersebut, berikut ialah apa yang dapat saya simpulkan:

Kumpulan informasi/maklumat pertama yang diambil oleh WhatsApp adalah maklumat penggunaan dan log informasi pengguna.

Antara kelompongan pada dasar privasi WhatsApp adalah di bawah penggunaan ‘Businesses on WhatsApp’.

Di bahagian ini, WhatsApp menyebutkan bahawa jika anda menggunakan WhatsApp untuk berinteraksi dengan perniagaan apa pun, perniagaan tersebut mungkin akan berhubung atau berinteraksi dengan pihak ketiga termasuk Facebook untuk menguruskan komunikasi anda.

Dalam senario ini, WhatsApp tidak bertanggungjawab terhadap maklumat yang anda kongsi dengan perniagaan tersebut. Data dapat dibaca, dikumpulkan atau diproses oleh pihak ketiga, demikian menurut polisi mereka.

Ini bermaksud bahawa WhatsApp mengumpulkan maklumat mengenai cara anda menggunakan WhatsApp, bagaimana anda berinteraksi dengan kenalan peribadi berbanding akaun perniagaan;

Serta MASA, kekerapan dan jangka masa apa yang anda lakukan di aplikasi itu.

Pada dasarnya, WhatsApp mengetahui berapa banyak masa yang anda habiskan untuk panggilan suara, panggilan video, atau melihat status pengguna lain.

Selain itu, WhatsApp juga mengatakan bahawa mereka mengumpul maklumat mengenai nama kumpulan anda, keterangan kumpulan dan gambar yang anda gunakan pada kumpulan tersebut.

Mereka mungkin tidak dapat melihat mesej kumpulan anda, tetapi mereka dapat mengetahui dari mana asal kumpulan itu melalui nama dan keterangan jika mereka mahu.

Kumpulan maklumat seterusnya adalah mengenai peranti anda dan sambungan yang anda gunakan pada telefon pintar.

WhatsApp dapat mengakses maklumat mengenai;

Spesifikasi perkakasan peranti anda, tahap bateri, juga pengendali mudah alih atau penyedia internet yang anda gunakan di telefon.

Maklumat ketiga yang signifikan dikumpulkan secara automatik oleh WhatsApp adalah maklumat lokasi anda.

WhatsApp mengatakan bahawa mereka hanya menggunakan maklumat lokasi yang tepat jika pengguna mengaktifkan fungsi ini.

Namun, WhatsApp juga mengatakan jika pengguna tidak menggunakan fungsi lokasi pada peranti, mereka masih menggunakan alamat IP telefon beserta maklumat lain untuk mengesan lokasi anda secara ‘umum’.

Ini juga bererti bahasa mereka dapat menentukan lokasi anda jika mereka mahu tanpa persetujuan anda.

Oleh itu, jika anda berurusan dengan perniagaan di WhatsApp, apa sahaja yang anda kongsi boleh diakses dan digunakan sekiranya dasar pihak ketiga membenarkan perkara yang sama. Anda perlu menghubungi pihak ketiga yang terlibat untuk mengetahui sama ada maklumat yang anda kongsi dilindungi atau tidak.

Perkongsian Data Dengan Facebook

WhatsApp berkongsi nombor telefon anda, data transaksi untuk pembayaran, perincian peranti dan maklumat yang disebutkan di atas dengan syarikat Facebook.

WhatsApp mengatakan bahawa setiap maklumat yang diperoleh dan dihantar kepada anda dapat dikongsi dengan Facebook. Sudah tentu, ini semua dikongsi dengan tujuan untuk membantu meningkatkan dan menyokong perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, terdapat subseksyen di bahagian dasar ini yang mengatakan bahawa maklumat yang dikumpulkan oleh WhatsApp boleh digunakan untuk membuat ‘cadangan yang diperibadikan’ kepada rakan, kumpulan, atau kandungan dan menunjukkan tawaran dan iklan berkaitan di seluruh produk Facebook.

Ini menimbulkan pertanyaan bahawa jika semua mesej dan media yang anda kongsi dienkripsi dan tidak dapat dibaca, bagaimana WhatsApp dapat menawarkan ‘cadangan/iklan yang diperibadikan’?

Terdapat satu baris ‘aneh’ lagi dalam dasar privasi yang berbunyi,

“Sebenarnya, Facebook tidak akan menggunakan mesej WhatsApp anda untuk tujuan lain selain untuk membantu kami dalam mengendalikan dan menyediakan Perkhidmatan kami.”

Jadi dengan ini, jelas bahawa Facebook mendapat akses ke mesej yang dienkripsi di WhatsApp, walaupun ia ditekankan diguna pakai untuk membantu menyediakan perkhidmatan WhatsApp.

WhatsApp mengumpul maklumat, dan bagaimana ia menggunakan maklumat tersebut mempunyai banyak percanggahan dalam dasar privasi syarikat.

Di satu pihak, WhatsApp mengatakan ia tidak berkongsi maklumat dengan Facebook, tetapi juga mengatakan Facebook dapat mengakses mesej untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

WhatsApp perlu menjelaskan kelemahan ini dalam dasarnya dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang kurang jelas di media massa. Namun melalui dasar privasi, jelas bahawa WhatsApp sememangnya berkongsi sebilangan besar maklumat pengguna kepada pihak ketiga.

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Memalukan! Ciapan Jelek Di Akaun Twitter Rasmi SKMM

0

Akaun Twitter Rasmi SKMM Didakwa Adalah Akaun Individu Yang Dibeli

Memalukan! Itulah ungkapan yang sesuai diucapkan melalui pendedahan isu penuh kontroversi semalam di laman Twitter rasmi SKMM. Sejurus selepas SKMM membuat ciapan supaya warganet bersopan dalam mengutarakan pandangan di alam  maya, para warganet bertindak balas dengan menjejaki kesemua ciapan lampau SKMM dan hasilnya, tidak begitu bagus.

Dua darjat

 

Ciapan-ciapan di laman Twitter rasmi SKMM, terutama sekali daripada tempoh tahun 2013-2014 didapati penuh dengan ungkapan tidak senonoh, kasar, perkauman dan tidak beradab. Pada mulanya, warganet menyangka ia adalah berita palsu atau sekadar imej gubahan komputer. Namun, setelah lebih banyak semakan dibuat, perkara tersebut didapati memang benar diciap oleh akaun rasmi SKMM!

Jelas sekali ciapan individu…
Tak cukup 1, dia bagi 3

 

Keadaan bertambah buruk apabila semakin ramai warganet turut serta dalam menggali kesemua ciapan lampau SKMM yang kelihatan seperti ia ciapan daripada akaun individu, bukan akaun rasmi badan berkanun. Tambah melucukan, warganet sempat lagi menoreh luka lama apabila berjaya mengorek sebuah kisah cinta yang tidak kesampaian.

Ya, kami setuju, ‘SKMM’
Line slow ke tu???
Bicara dua jiwa…
Penuh ranjau duri percintaan…
Sebuah kisah yang tinggal kisah…

Dalam kekalutan ini semalam, seorang pengguna Twitter dengan nama akaun @NazruiHakim tampil membuat pengakuan bahawasanya akaun rasmi SKMM tersebut pada asalnya adalah milik beliau dan telah dijual kepada seorang lagi pengguna Twitter yang lain bernama akaun @/SaidOsem. Nampaknya SKMM juga tidak lagi dengan perangai sub di bawah sub? Adakah ini bermakna seorang individu telah membeli akaun Twitter individu yang lain, dan kemudiannya SKMM telah membeli pula akaun ini daripada orang tengah ini?

Pengakuan daripada seorang pengguna Twitter individu

Banyak yang jadi persoalan di sini dan tindakan pantas SKMM menutup akaun rasmi Twitter mereka semalam seolah-olah tindakan panik dalam usaha untuk mengawal kerosakan. Katalah apa pun SKMM, zaman ini bukan seperti zaman dahulu. Bukti dan jejak digital ada di mana-mana. Ini bukan lagi zaman di mana anda boleh sapu sampah ke bawah karpet dan berharap orang tidak akan menjumpainya. Tahi kalau ditutup tetapkan busuk.

Kenyataan rasmi SKMM di laman Facebook mereka juga menyatakan akaun mereka telah diceroboh. Diceroboh? Setahu saya lah, ciapan di Twitter tidak boleh digubah. Anda hanya boleh memadam sahaja. Kalau ciapan jelik itu ciapan terkini, boleh lah dikatakan ia diceroboh. Tapi sekarang kita bicara ciapan lampau, bertahun lamanya! Masakan tidak perasan melainkan benar SKMM membeli akaun tersebut daripada individu pemilik asal kesemua ciapan jelik tersebut.

?

 

Ini sangat ironi, badan yang sepatutnya menjaga dan mengawal selia kesejahteraan laman maya dan telekomunikasi amnya, sebaliknya menjadi tahi dan duri kepada visi dan misi organisasi sendiri. Bak kata pepatah, kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak.

Muka tak cantik, pipi tersorong-sorong. Mengata orang dia yang lebih. Umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Buat alasan pula umpama katak bawah tempurung. Ingat, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Ikut lah resmi padi, makin berisi makin tunduk. Jangan jadi seperti ulat mahu menjadi naga. Isu rangkaian telco pun gagal tanggani, tak perlulah bersusah payah turun padang mencari salah rakyat jelata. Kalau ada pegawai lebih, baiklah suruh sahaja pegawai buat ujian kualiti rangkaian di lapangan…

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Android 12 Bakal Ada Fungsi Rehatkan Aplikasi Untuk Kosongkan Ruang Penyimpanan

0

Bulan depan, genap la setahun pengeluaran Android 11 Developer Preview untuk peranti Pixel dan peranti yang lain (yang menyertai program Developer Preview dengan Google).
Serta tak lama lagi akan keluar Android 12 Developer Preview, macam biasa geng Pixel dapat dulu.

Nak rasai versi ‘Vanilla’ Android yang terkini? Guna la Google Pixel.
* Ini bukan satu hasutan beli peranti Pixel tau. 

Macam biasa, Android ni kan ‘sumber terbuka’ yang ada orang kata “tak selamat” tu, sapa yang bosan taktau nak buat apa, boleh cuci mata dekat sini untuk tengok fungsi baru yang akan mai dekat Android akan datang.

Berdasarkan beberapa perubahan kod yang dihantar kepada AOSP , menunjukan bahawa Google menambah aplikasi sistem servis hibernasi ‘hibernation system service’ yang mana “menguruskan keadaan hibernasi aplikasi, aplikasi boleh berehat apabila tidak diperlukan pada jangka masa yang lama untuk optimumkan ruang simpanan”.

Ala, macam fungsi ‘Offloads Unused Apps’ dekat iOS atau bahasa lain, hang merajuk dengan buah hati hang sebab abaikan hang. Lebih kurang lagu tu la.

App hibernation in Android 12
Kredit gambar XDA Developer

Tapi sayang, takda lagi maklumat lebih jelas mengenai fungsi ni seperti aplikasi tu berehat lagu mana? Sama ada berdasarkan statistik penggunaan atau pengguna boleh pilih secara manual untuk paksa aplikasi tu berehat atau ia berlaku secara automatik (ni jenuh la hahaha) atau berapa lama tempoh curang itu berlaku? Eh, berapa banyak kali atau daa, dah la merapu lebih.

Seperti fungsi dekat iOS ‘Offload Unused Apps’ tu, dia akan rehatkan aplikasi tu dengan meninggalkan ikon dan data pengguna sahaja.
Kalau nak guna balik, tekan ja ikon tu dan dia akan sedut semula aplikasi tu, jika masih ada dalam ‘App Store’ la.

Kerana proses biasa nak buang aplikasi, dia buang habis semua data. Lebih kurang macam hang move on. Move on la sangat, nanti rujuk semula. Eh!

Berbalik topik artikel ni, mungkin dia akan buat secara automatik seperti mana dekat Android 11, akan keluar notifikasi mintak kebenaran untuk buang aplikasi yang lama tak guna.
Mungkin Android 12 lebih kejam buang ‘tanpa’ mintak kebenaran pengguna, maka pakat buka sat-sat la semua aplikasi. hahahaha

Jadi, ampa rasa lagu mana dia nak jadi? J-Pop ka, Kawaii-Metal ka gena ni. Kita tunggu dia nak siap dah, kita kongsi dengan ampa.

Bergaduh la ampa geng iOS dan Android pakat ‘claim’ sapa buat dulu.

Sumber, XDA Developers

Views: 3

Iklan Newspaper Inline