Utama Blog Laman 93

Cara Memasang Microsoft Edge Dalam Arch Linux

0
Microsoft Edge Dalam Ubuntu.

Arch Linux ibarat anda memilih sendiri bawang yang ingin dibeli berbanding hanya membeli bawang yang dah siap dibungkus. Anda perlu lakukan semuanya, barulah dapat menggunakan sistem operasi itu dengan lancar.

Untuk sesetengah orang ia tampak rumit, tapi untuk para peminat tegar, ia memberi lebih ruang dalam mencorakkan sistem operasi yang diguna.

Microsoft Edge sudah lama dilepaskan untuk pengguna Linux, tetapi bagi Arch Linux, masih belum lagi terdapat pakej untuk pemasangan. Oleh kerana itu, kita perlu buat semuanya sendiri dari mula.

Tetapi caranya tidaklah sesukar mana. Apa yang anda perlukan ialah:

  1. Aplikasi debtap.
  2. Fail .deb Microsoft Edge.

Debtap ialah skrip untuk menukar format fail pemasang .deb kepada fail pakej Arch Linux. Anda boleh gunakan ia untuk memasang mana-mana aplikasi yang tidak terdapat dalam repo mahupun AUR.

Debtap boleh dimuat turun di sini: AUR – Debtap

Cara menggunakannya juga agak senang. Muat turun sahaja mana-mana fail .deb yang anda mahu, lalu tempatkan ia ke dalam folder.

Jalankan perintah ini terlebih dahulu:

$ sudo debtap -u

*Perintah ini hanya perlu dijalankan sekali sahaja. Selepas siap, perintah ini tidak diperlukan lagi. Anda boleh teruskan mengguna perintah di bawah.

Setelah itu, masuk ke dalam folder di mana anda tempatkan fail .deb, contohnya saya pasangkan Microsoft Edge Dev, yang boleh dimuat turun di sini:

Microsoft Edge Insider (Linux)

Seterusnya, anda perlu jalankan perintah ‘debtap’ diikuti dengan nama pemasang .deb yang telah anda muat turun itu, contohnya:

$ debtap microsoft-edge-dev_89.0.752.1-1_amd64.deb

Anda perlu tunggu sehingga selesainya penukaran format. Namun, ketika di beberapa bahagian, anda perlu ‘menjawab’ soalan seperti nama pakej dan lesen, contohnya seperti tangkap layar di bawah:

Penamaan aplikasi dan lesen.

Saya hanya letakkan saja ‘Microsoft Edge Dev’ sebagai nama dan ‘Proprietary’ sebagai lesennya.

Kemudian, ada pula beberapa perkara yang anda perlu sunting dan buang dari senarai nama fail diperlukan oleh Micrsoft Edge. Anda akan diberikan pilihan penyunting teks yang manakah anda mahu gunakan sama ada vi, nano, dan sebagainya lagi. Saya pilih nano iaitu nombor 2 dari senarainya. Tekan saja nombor 2, dan tekan kekunci Enter.

Kemudian, buang baris yang mengandungi perkataan ‘www-browser’, dan tukar perkataan ‘libu2f-udev’ kepada ‘libu2f-host’. Simpan dengan menekan kekunci Ctrl + O, dan keluar dengan menekan kekunci Ctrl + X.

Penyuntingan senarai keperluan aplikasi.

Tunggu sehingga pakej siap dibuat oleh debtap.

Kemudian apabila telah selesai proses penukaran format, jalankan perintah ini:

$ sudo pacman -U microsoft-edge-dev-...-x86_64.pkg.tar.zst

*Gantikan tanda * dengan versi Microsoft Edge yang telah anda muat turun itu.

Pemasangan aplikasi. Proses terakhir.

Selesai. Microsoft Edge sudah pun siap dipasang dalam Arch Linux anda. 🙂

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Ciri People Nearby Dalam Telegram Mendedahkan Lokasi Sebenar Pengguna

0
Ciri People Nearby yang dapat mencari pengguna Telegram berhampiran anda.

Satu ciri yang pernah diperkenalkan oleh Telegram suatu ketika dahulu iaitu People Nearby boleh disalahgunakan untuk mendapatkan lokasi pengguna dengan tepat.

Menurut seorang pencari ralat aplikasi dan penggodam, iaitu Ahmed Hassan, ciri People Nearby membenarkan seseorang (penyerang) untuk mengesan pengguna aplikasi itu dengan beberapa kaedah.

Dengan menggunakan ciri ini, ia mampu menyenaraikan pengguna Telegram yang berhampiran dalam jarak tertentu. Sepatutnya ia tidak menjadi masalah, namun dengan teknik spoofing tiga jarak, dan seterusnya menggunakan tiga jarak itu untuk menentukan dengan tepat kedudukan sasaran, seseorang ‘mangsa’ boleh dikesan tanpa disedari.

Sebelum ini Hassan pernah melaporkan isu yang sama pada aplikasi Line, dan pembangunnya membayar Hassan sebanyak $1000 sebagai tanda penghargaan atas laporan berkenaan.

Menurut beliau lagi, selepas memasang Telegram, beliau mendapati ia mempunyai ciri yang sama seperti Line. Apabila dicuba, ternyata ia menghadapi masalah yang sama.

Malangnya apabila dilaporkan kepada pihak Telegram, mereka mengatakan bahawa ianya bukan satu isu.

Dalam blognya ada dinyatakan:

“Sekiranya anda mengaktifkan ciri untuk menjadikan diri anda kelihatan di peta, anda akan menerbitkan alamat rumah anda secara dalam talian. Ramai pengguna tidak mengetahui perkara ini apabila mereka mengaktifkan ciri tersebut.”

‘Make Myself Visible’. Tetapi, mengapa?

Selain itu, katanya lagi, dengan satu aplikasi seperti GPS spoof, seorang penyerang boleh mengumpul maklumat lokasi sasarannya sebanyak tiga kali, kemudian menggunakan hanya pembaris dan Google Earth Pro, individu terbabit boleh mencari titik tengah antara ketiganya (lokasi).

“Persimpangan antara ketiga lingkaran adalah lokasi pengguna,” jelas Hassan.

“Untuk mengesahkan perkara ini, saya menambahkan salah satu pengguna dan bertanya kepada mereka jika mereka tinggal berhampiran titik tersebut. Saya dapat mendapatkan alamat rumah pengguna dengan tepat.”

Anda boleh baca sendiri penjelasan Hassan di blognya di sini: Ahmed’s Notes.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Qualcomm Snapdragon 480 : 5G Akan Lebih Murah Di Tahun 2021

0

Peranti Kelas Bawahan Akan Lebih Berkuasa, Lebih Bersinar Pada Tahun 2021

5G akhirnya dilancarkan secara rasmi pada tahun 2020. Namun, peranti dengan sokongan 5G pada tahun lepas masih lagi agak mahal. 5G termurah tahun lepas, Samsung Galaxy A51 dengan Snapdragon 765G masih lagi berharga dalam lingkungan harga RM1000.

Hari ini, Qualcomm mengumumkan pelancaran SoC baru mereka dalam siri 400, Snapdragon 480 yang menjanjikan sokongan 5G pada harga mampu milik. Seperti yang kita semua tahu, siri 400 adalah siri bawahan dalam SoC Qualcomm Snapdragon. Biasanya hadir bersama telefon pintar murah seperti siri Redmi daripada Xiaomi.

Tidak hanya hadir dengan sokongan 5G tambahan, Snapdragon 480 juga membawakan teknologi baru pemprosesan imej daripada 3 sensor kamera serentak. Sama seperti yang terdapat pada Snapdragon 888 mereka yang baru. Pemprosesan imej pada Snapdragon 480 akan menggunakan 3 Spectra 345 ISP untuk memproses 3 imej serentak. Berkemampuan untuk mengambil 3 gambar 13MP serentak dan merakam 3 video pada kualiti 720p serentak. Ia juga menyokong 25MP + 13MP atau 64MP dengan Zero Shutter Lag. Tidak menyokong video 4K, tapi anda mampu merakam video perlahan dengan kualiti 720p pada 120 fps dan video biasa pada 1080p 60fps.

Snapdragon 480 akan dibina menggunakan proses daripada Samsung dengan saiz binaan 8nm. Tidak begitu memberangsangkan dari segi penggunaan kuasa tapi untuk julat harganya, sangat sangat berbaloi. Ia juga menyokong dwi-frekuensi GNSS untuk isyarat navigasi yang lebih pantas dan tepat.

Snapdragon 480

Spesifikasi Snapdragon 480 :

  • CPU 8 teras dengan 2 ARM Cortex-A76 2.0GHz +  6 ARM Cortex-A55 1.8GHz
  • LPDDR4X RAM sehingga 2133MHz
  • Bluetooth 5.1
  • Qualcomm Adaptive aptX & Qualcomm TrueWireless
  • Qualcomm Sensing Hub untuk aplikasi bantuan suara sentiasa berfungsi
  • Qualcomm Signal Boost untuk kualiti rangkaian lebih baik
  • QuickCharge 4.0+
  • GPU Adreno 619
  • Pemproses audio Hexagon 686 DSP
  • Pemproses imej 3 X Spectra 345 ISP
  • Cip simpanan UFS 2.2
  • Sokongan skrin FHD sehingga 120Hz kadar segar semula
  • USB-C

Daripada senarai spesifikasi ini, agak mengujakan juga memikirkan apakah peranti mampu milik yang akan dilancarkan pada tahun ini. Mungkin kita akan melihat peranti kelas bawahan juga akan hadir dengan kamera 64MP dan skrin dengan kadar segar semula 120Hz. Dan yang paling penting, DENGAN sokongan 5G!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Aman Shah Dibidas Polis Bukit Aman: ‘Bekas Penggodam’ 1 Sen ‘Menipu’

2
Sumber : Utusan Malaysia

PETALING JAYA: Dakwaan bekas penggodam dan pakar teknologi maklumat, Aman Shah Ahmad tentang keselamatan sistem perbankan negara disifatkan sebagai satu rumusan yang tidak berasas serta tidak tepat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, bekas penggodam itu bukanlah pihak berkuasa atau seseorang yang mempunyai kredibiliti untuk menilai sistem perbankan negara.

“Dakwaan itu tidak melambangkan ketepatan dan ia satu rumusan yang tidak sepatutnya keluar daripada dia (Aman Shah) kerana dia hanya seorang pegawai bank biasa sahaja pada tahun 90-an.”

“Saya tidak pasti seramai mana yang mempercayai apa yang dia katakan kerana dia bukan orang yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam wawancara eksklusif dengan Mingguan Malaysia pada 20 Disember tahun lalu, Aman Shah, 54, mendakwa terdapat kelompongan struktur keselamatan bank termasuk tindakan menjimatkan kos dengan menggunakan perisian (software) serta program bersifat terbuka (open source) yang memberi risiko kepada institusi kewangan digodam.

*Petikan dari Utusan Malaysia.

**Gambar muka depan sebagai hiasan artikel.


Terus? Mau bilang apa lagi.

Datuk Zainuddin sudah berbicara, tinggal pentaksub saja yang tak dapat terima kenyataan kerana dah terlalu lama dibuai cerita tahyul dari beliau.

Kami dah banyak kali pesan, dah banyak kali keluarkan fakta, tapi sesetengah pihak masih nak berdalih, masih nak bidas.

Sampai bila nak kena tipu? Oh ya, dah tentulah sampai lancarnya buku itu. Kan.

Dia memang bukan ‘penggodam’, apatah lagi ‘bekas’ penggodam.

Penggodam juga, tak meninggalkan ‘bekas’.
If you know, you know.

Views: 12

Iklan Newspaper Inline

Kami ‘Kena Hack’

0

Buletin Jejes : Kami Kena Hack. Bantuan Hackers Lagenda, Arjuna Hackers Diperlukan!

Ya, kami kena hack. Semenjak bermulanya #OpsGanyang, kami tidak terkecuali. Pelbagai serangan dilakukan terutama sekali pada laman utama kami. DDoS, Bruteforce, cubaan deface dan juga cubaan merampas laman utama telah dilakukan.

Statistik serangan ke atas laman omghackers.com setakat ini

Kini berlegar pula tangkap layar kononnya mereka telah berjaya deface laman sesawang kami. Berdasarkan tangkap layar, mereka sangat bangga kerana telah berjaya.

Yakin sekali…
Cloudflare pun takut katanya…
Cubaan memuji telefon RAM 2GB…

Saksikanlah kelucuan ini. Sudahlah edit. Edit pula taraf anak-anak. Deface tapi SSL masih aktif? Kelucuan apakah ini? Tambah melucukan, mengaku hackers tapi guna Oppo A3S sahaja? RAM 2GB saja. Sangat sadis.

Android 8 jer…
OPPO A3S ke tu?

Kami perlukan hackers lagenda, Arjuna untuk menentang mereka ini. Di manakah Arjuna Hackers?

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

GeckoLinux NEXT/Rolling Pantheon Edition

0

GeckoLinux mempunyai beberapa varian dalam pilihan sistem operasi mereka iaitu edisi Stable, Rolling, dan NEXT. Terkini, GeckoLinux melancarkan dua lagi edisi Rolling dan NEXT, iaitu yang berasaskan desktop environment Budgie, dan juga Pantheon.

Untuk NEXT, ia dibina dari asas openSUSE Leap 15.2 (NEXT) dan untuk Rolling pula ia menggunakan openSUSE Tumbleweeb (Rolling).

Pantheon Desktop ialah desktop environment bagi elementary OS, yang diinspirasikan dari paparan antaramuka macOS.

Namun buat pengguna elementary OS, mereka tahu dan faham bahawa pembangunan elementary OS adalah sangat lambat.

Mengambil satu inisiatif sempena ramainya peminat Pantheon desktop, pembangun GeckoLinux mencipta dua varian baharu iaitu GeckoLinux Rolling Pantheon dan GeckoLinux NEXT Pantheon.

Keduanya dibina dengan menggabungkan repositori OBS X11:Pantheon:Branch dengan openSUSE Leap 15.2 (fixed-release base) beserta repositori multimedia Packman. Apa yang menarik, pembangun GeckoLinux menambah konfigurasi unik mereka sendiri dan beberapa aplikasi yang telah siap dipra-pasang, tidak ubah seakan Deepin Linux.

Anda yang berminat bolehlah muat turun ISO di sini:

GeckoLinux NEXT Pantheon

GeckoLinux Rolling Pantheon

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Kemaskini Android 11 Mi A3 Merosakkan Motherboard

0

Baru sahaja beberapa hari lepas Mi A3 menerima kemaskini yang begitu kontroversi. Peranti telah terpadam dan gagal dihidupkan setelah melakukan kemaskini terkini kepada Android 11 yang baru.

Perkongsian daripada group Facebook Xiaomi Mi A3 Malaysia [OFFICIAL] menunjukkan ada juga pengguna Malaysia yang terkesan dengan masalah ini. Mi A3 telah mati secara keseluruhan dan kesemua kaedah baikpulih tidak berjaya.

Ada pengguna yang mendakwa telah menghantar Mi A3 mereka ke pusat servis dan berjaya menghidupkan semula Mi A3 mereka dengan Android 11 sedia dipasang oleh pusat servis.

Ada juga yang mendakwa, Android 11 yang diedarkan kepada pusat servis adalah versi yang berbeza daripada versi pada OTA.

Perkongsian yang lain juga mengatakan Xiaomi telah menukar motherboard yang rosak secara percuma di negara lain. Tidak ada kenyataan lagi daripada Xiaomi Malaysia samada mereka akan turut menggantikan motherboard yang rosak secara percuma. Untuk penggantian, motherboard Mi A3 berharga lebih kurang RM300 di pusat servis tanpa jaminan.

Setakat ini, OTA Android 11 pada Mi A3 telah ditarik balik oleh Xiaomi.

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Satu Malaysia Kena Tipu : Dybbuk Box Sebenarnya Tak Pernah Wujud

2

Satu Malaysia Buat Video Mengulas Benda Yang Tak Pernah Ada Dalam Sejarah

Kecoh baru-baru ini apabila seorang YouTuber Malaysia mendakwa telah diganggu entiti setelah membuka Dybbuk Box yang dibeli olehnya menerusi laman jual beli dalam talian eBay. Video yang nampak meyakinkan itu dikuatkan lagi penampilan individu dan kanak-kanak yang menguatkan dakwaan gangguan yang dialami olehnya.

Berhubung dengan video tular tersebut, maka ramai netizen dan YouTuber Malaysia tidak mahu ketinggalan mengulas dan beradu pengetahuan dalam perkara ini. Masing-masing mengeluarkan cerita dan ‘kajian’ masing-masing bagi menyokong cerita Dybbuk Box ini.

Tambah melucukan, ada juga video yang mengatakan dengan penuh keyakinan, beberapa siri kemalangan yang menimpa artis luar negara adalah berpunca daripada semangat Dibbuk daripada Dybbuk Box yang dibuka semasa merakam sebuah rakaman rancangan realiti televisyen. Satu analisis yang panjang lebar, tapi sayangnya seolah lebih takut hantu daripada tuhan.

Mana Asal Usul Dybbuk Box Ini?

Lain pula ceritanya apabila tular lagi sebuah hantaran dan beberapa siri ciapan di Twitter oleh individu yang mendakwa dirinya adalah pencipta asal Dybbuk Box. Dybbuk Box sebenarnya hanyalah sebuah kotak kayu yang digunakan untuk menyimpan wain. Penciptanya, Kevin Mannis, seorang Yahudi, mendakwa segala cerita dan latar belakang Dybbuk Box adalah 100% cerita rekaannya semata-mata.

Menurut dakwaan pengguna ini, Dybbuk Box hanyalah rekaan semata-mata.
Zamir Mohyedin juga mempuyai pendapat yang sama. Dybbuk Box adalah palsu dan hanyalah rekaan manusia semata-mata.

Tambahnya lagi, beliau menawarkan ganjaran sebanyak 100,000 USD bagi sesiapa yang boleh membuktikan kewujudan dan nama Dybbuk Box sebelum daripada cerita rekaan beliau.

Kevin Mannis, individu yang didakwa sebagai pencipta Dybbuk Box sendiri pun mengakuinya. Dialah yang telah mengada-adakan cerita tentang Dybbuk Box.
Kevin Mannis – Pencipta Dybbuk Box

Anda Percaya? Anda Sudah Kena Kencing…

Nampaknya satu Malaysia sudah ditipu. Dan seluruh pencerita Dybbuk Box dan semangat Dibbuk sudah bersubahat dalam penipuan ini. Benarlah, walau kopiah di kepala, tak semestinya semua yang dicakapkan seseorang itu benar dan fakta. Kerana mereka pun cuma sekadar buka kitab Google dan baca teori konspirasi saja.

Inilah dia, konspirasi Yahudi yang sebenar. Kevin Mannis, seorang Yahudi, telah berjaya memperbodohkan seluruh dunia dengan cerita yang direka-reka sendiri. Persis kisah-kisah Isra’iliyyat.

Jadi, apa kata anda? Percaya atau tidak? Atau anda lebih percaya akan semangat dan ‘roh’ Dibbuk yang penuh khurafat dan syirik itu?

Views: 175

Iklan Newspaper Inline

Penghina Indonesia Raya Ditangkap : PDRM Juga Paling Manang

0

Budak 16 Tahun Ditangkap Di Jiancur, Jawa Barat Bantuan Hasil Risikan Pantas PDRM

Hasil daripada penangkapan awal saspek pelaku penghina lagu kebangsaan Indonesia, polis Indonesia seterusnya berjaya menangkap saspek kedua di kediamannya di Jiancur, Jawa Barat. Saspek dengan ringkasan nama MDF itu dikatakan melakukan perbuatan itu atas motif dendam selepas bergaduh dengan rakyat Malaysia dalam talian. Saspek kemudiannya menyebarkan nombor telefon mangsa dan menuduh rakyat Malaysia sebagai dalang penghinaan.

Polis Republik Indonesia (POLRI) juga menjelaskan lagi, saspek sudah pandai menggunakan telefon pintar sejak dari berusia 8 tahun dan mempunyai kemahiran asas dalam mengaburi identiti sebenar dengan mencipta pelbagai akaun palsu. Lebih lanjut lagi, POLRI juga mengesahkan tangkapan saspek berusia 11 tahun oleh PDRM di Lahad Datu, Sabah, Malaysia.

Ternyata, seluruh negara sudah diperbodohkan oleh dua bocah. Seharusnya mereka terlebih dahulu usul periksa, bukannya melatah membabi buta. Dendam apa lagi yang mereka ada dengan Malaysia?

Sumber 100% Made in Indonesia supaya tiada pertikaian :

  1. Polisi Malaysia Tangkap WNI Diduga Terlibat Parodi Lagu Indonesia Raya
  2. Berstatus Pelajar, Pelaku Parodi Indonesia Raya Diperiksa di Bareskrim
  3. Motif Pelaku Parodi Indonesia Raya: Balas Dendam
  4. Ditangkap, Pelaku Parodi Indonesia Raya Adalah Pelajar WNI
  5. WNI Pelaku Parodi Indonesia Raya Pakai Nama Samaran Faiz Rahman Simalungun
  6. WNI Pelaku Parodi Indonesia Raya Ditangkap Tim Gabungan 2 Polda-Bareskrim
  7. Polisi Sebut MDF Pelaku Parodi Indonesia Raya Paham Kelabui Petugas

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Oof Besar : Kemaskini Android 11 Pada Mi A3 Merosakkan Telefon

1

Menjelang tahun baru, Xiaomi Mi A3 telah mendapat kemaskini Android 11 yang baru. Kemaskini sebesar 1.40GB ini datang dengan beberapa penambahbaikan dan yang paling, Android 11. Tapi lain pula jadinya apabila kemaskini yang dinantikan, sebaliknya bertukar igauan ngeri pengguna menjelang ambang tahun baru.

Kemaskini OTA Mi A3

Menerusi beberapa maklumbalas pengguna di XDA Forum, kemaskini terbaru ini bukan sahaja mengalami ralat, malahan membunuh terus telefon Mi A3 mereka. Tidak boleh dicas, tidak boleh dihidupkan walau dengan butang kuasa.

Xiaomi Mi A3 juga seringkali mengalami ralat dalam kemaskini OTA nya. Mujur juga kemaskini ini tidak dilepaskan serentak ke seluruh dunia, jadi masih ada peluang bagi mereka yang belum mengemaskini Mi A3 untuk menyelamatkan telefon mereka.

Belum diketahui lagi setakat samada peranti yang mati ini dapat dibaiki melalui fastboot mode atau EDL mode atau sudah tidak dapat diselamatkan.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline