Utama Blog Laman 94

Tak Mengaku Digodam : Cubaan Bela Diri Akhirnya Memakan Diri

0

Buletin Jejes : Kesengalan Ubi Netizen Jiran Mendedahkan Kependekan Akal Fikiran Sendiri

Semalam telahpun tular kejayaan #OpsGanyang dengan pembuangan lebih 20 ribu data anggota tentera TNI lengkap dengan nama, nombor badan, nombor ID, pangkat dan data-data sulit. Indonesia membalas dengan cubaan membocorkan data ketenteraan Malaysia. Tapi hampa, kerana data ‘ketenteraan’ yang dibocorkan hanyalah data daripada Maktab Tentera Diraja, sebuah sekolah menengah di bawah tanggungan Kementerian Pertahanan.

Gagal mendunia, sekali lagi mereka cuba menidakkan kekalahan dengan mendakwa data-data yang didedahkan dalam #OpsGanyang hanyalah data daripada social engineering yang dikumpul daripada media sosial. Mereka masih lagi tak mengaku digodam dan sebolehnya mahu berdolak-dalih. Saya tak tahu lah apa etika kerja dalam TNI tapi kalau benar kenyataan ini, maka TNI adalah badan ketenteraan yang perlu semak semula peraturan mereka.

Nombor badan pun letak dalam media sosial ke???
Bukan rahsia???

Siapakah yang begitu sengal ubi untuk meletakkan nombor badan, nama penuh, pangkat dan lokasi bekerja dalam media sosial masing-masing? Tambahan pula bekerja dengan agensi keselamatan. Tidakkah majikan atau atasan memberikan peringatan atau pekeliling tentang data sulit?

Sebelum perkara semakin parah, Indonesia seharusnya sedar kesilapan dan mengaku akan sifat mereka yang tidak pernah berubah. Selalu dengki, tidak usul periksa dan selalu bertindak berlebihan dalam setiap hal. Belum pun terbukti kesalahan, sudahpun dengan kurang ajar bertindak jelek terhadap KDYMM. Ini adalah satu penghinaan yang lebih besar. Ini juga bukan kali pertama. Berhentilah berlagak seperti abang besar kerana perangai kalian tidak ubah seperti budak kecil.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Lebih 20 Ribu ID Tentera TNI Dibocorkan : Nama, Pangkat, Dan Data Sulit

0

Buletin Jejes : Masih Ketegaq, Data Tentera Indonesia Pula Diserang. Jejes ML Sekadar Bangga Membalas Dengan Data Pelajar SPM

Siri Kedua #OpsGanyang baru sahaja selesai. Serangan bermula tepat jam 12 tengah malam semalam. Gandingan bersama DragonForce dan RileksCrew telah berjaya memecah masuk dan membocorkan maklumat ID tentera negara Indonesia. Sebanyak lebih 20 ribu data tentera TNI dibocorkan dan telah dibuang ke laman sesawang. Menariknya, data yang dibocorkan lengkap dengan nama, nombor ID, nombor telefon, pangkat tentera dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai maklumat sulit tahap tinggi.

Bukan biase-biase…

Semakan setakat ini mendapati laman yang digodam masih lagi tidak berfungsi dan gagal dipulihkan. Pemerintah dan rakyat negara jiran masih lagi berdiam diri dengan isu penghinaan terhadap KDYMM Malaysia dan ini membakar perasaan rakyat Malaysia yang cintakan tanahair.

Laman mil.id gagal diakses…

Amaran keras telah dibunyikan agar jangan menjolok sarang tebuan. Malaysia adalah negara kedua terkuat di ASEAN dalam kesiapsiagaan keselamatan siber dan berada di kelompok 10 teratas di peringkat global. Hejes Indonesia nampaknya telah salah nilai dalam kejayaan mereka deface laman web rasmi ATM.

#2 di bawah SIngapura
Artikel pada Disember 2019 oleh PC Magazine Asia
Sumber : Kaspersky Lab
Global Index for Cybersecurity Readiness

Buat yang tidak tahu, atau yang sibuk nak mengulas tentang keselamatan siber ATM bermodalkan ilmu bernilai 1 sen, ATM sangat bersedia dalam hal ini. Untuk bayangan mudah, bayangkan data ATM berada di dalam istana. Di luar istana ada laman istana. Untuk masuk ke laman istana, perlu melalui pagar utama. Untuk sampai ke pagar utama, perlu melepasi pagar besar dengan pengawal istana. Deface laman web rasmi ATM adalah seumpama mencuri papan tanda “Susur Masuk ke Istana 500m Di Hadapan”.

Data pelajar RMC 😀

Bertindak balas dengan serangan ini, hejes IndoMie menyebarkan pula tangkap layar data yang kononnya bersifat “maklumat ketenteraan”. Sekilas pandang, ya, data tersebut adalah benar data ‘military’. Royal ‘Military‘ College. Sekolah tentera untuk pelajar di tahap SPM. Data yang terdedah adalah nama, nombor kad pengenalan dan juga alamat emel. Saya tak tahu apa mereka mahu dengan data sebegini. Mungkin untuk menambah kenalan ke dalam skuad ML dan PUBG?

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

DragonForce X RileksCrew : 14 Ribu Akaun co.id Bocor

0

Buletin Jejes : Bagai Mencari Jarum Dalam Jerami, Akaun Sultan Terselit Dalam Ribuan ID Bocor

Walau dengan pendedahan tangkapan saspek utama dalam penghinaan lagu kebangsaan mereka, nampaknya jejes muda Indonesia masih lagi enggan mengalah dan memohon maaf kepada staf PKNS. Staf PKNS yang mengalami kesukaran memuat turun slip gaji mereka juga nampaknya masih santai dan tidak melatah walaupun portal slip gaji mereka terkena deface dari jejes Indonesia.

Usai majlis makan malam, DragonForce dan RileksCrew nampaknya telah menganjurkan sukaneka bersama. Sukaneka bermuka hanya selepas puan besar memberikan lampu hijau. Buat susu anak, basuh pinggan di dapur, jadi imam solat Isyak, ajar anak mengaji dulu dan barulah lampu hijau diberi.

Tepat jam 12 tengah malam, Cinderella pun berlari. Bagi DragonForce dan RileksCrew pula, mereka baru sahaja memulakan sukaneka mereka. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti cari gula-gula dalam tepung, isi air dalam botol, dan lari dalam guni. Hasil sukaneka, 14 ribu akaun berjaya dikeluarkan.

Buat yang bertuah, anda akan menerima akaun sultan dalan ribuan akaun yang ada. Ada PUBG, ada ML, ada GI. Bak kata pepatah, macam-macam adaaaaaa.

You don’t know items…

Buat yang berminat dengan hasil sukaneka semalam, boleh semak di:

https://gofile.io/d/mrLSkv

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Salah Pangkah Dapat Tahi : Semangat “Kita Serumpun” Mula Dimainkan Semula

1

Buletin Jejes : Salah Tuduh Malaysia, Hejes Indonesia Mula Mengaku Serumpun Dalam Kemaluan

Baru sahaja rasmi kenyataan daripada PDRM mengenai tangkapan suspek dalang penghinaan lagu kebangsaan Indonesia yang dibuat oleh warga sendiri, ternyata nada dan semangat juang para hejes Indonesia mula berubah. Kumpulan Telegram dan pelbagai platform yang menjadi lobi dan pusat operasi para hejes Indonesia juga mula hilang daripada radar.

Tangkap layar daripada Instagram baginda

Terdahulu, Tuanku Raja Permaisuri Agong Malaysia, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Instagram baginda juga telah berkongsi tangkapan layar daripada akaun Instagram “bukan_bangjago” yang dipercayai milik warga Indonesia. Akaun tersebut telah membuat suntingan gambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam keadaan yang menjelekkan. Baginda juga telah menzahirkan rasa dukacita terhadap perbuatan tersebut dan menitahkan tindakan segera diambil terhadap pelaku.

Para hejes dan laman berkaitan di Indonesia juga secara tiba-tiba cuba berlagak cool seolah-olah tiada apa yang berlaku dan mencadangkan agar kita sesama serumpun seharusnya saling maaf memaafi, tindakan individu adalah tindakan individu dan tidak menggambarkan keseluruhan bangsa dan negara. Rumpun apa saya tak tahu lah. Tapi raya sudah lepas, rumpunan buluh lemang sudah habis ditebang.

Bak kata pepatah, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Salah pangkah dapat tahi. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh hejes dipagar besi.

Sekian, 2-0.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Suspek Hina Lagu Indonesia Ditangkap : Bukan Warga Malaysia

0

Buletin Jejes : Terciduk, Ternyata Suspek Pelaku Ejek Lagu Indonesia Adalah Warga Indonesia Sendiri

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini menerusi kenyataan rasmi mereka telah mengesahkan tangkapan seorang suspek berhubung isu penghinaan lagu kebangsaan Indonesia. Penghinaan yang telah menimbulkan pertelingkahan di antara dua negara tersebut telah dilakukan di saluran YouTube My ASEAN.

Video tersebut bagaimanapun telah dibuang tetapi sempat dimuat turun dan disebarkan ke pelbagai platform lain lalu tular. Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, suspek adalah seorang buruh warga Indonesia, berumur lingkungan 40-an dan sedang bekerja dan menetap di Sabah. Tiada maklumat lain samada suspek adalah buruh sawit, buruh rumah batu, mahupun buruh loji penapisan sisa kumbahan.

PDRM juga telah memaklumkan mengenai tangkapan ini kepada pihak Polisi Republik Indonesia (POLRI). Menurutnya lagi, suspek akan diadili dan didakwa mengikut undang-undang. Perbuatan menghina lagu kebangsaan ini adalah satu jenayah yang amat berat. Tan Sri Abdul Hamid Bador juga sempat berpesan kepada rakyat Malaysia supaya tidak melakukan perbuatan sedemikian yang boleh menimbulkan perasaan sakit hati rakyat negara jiran.

Apa pun, sekali lagi kita telah membuktikan bahawasanya kita adalah lebih matang dalam bertindak dan tidak cepat melatah. Diharapkan agar para hejes boleh belajar doxxing dahulu sebelum belajar deface supaya tidak berlakunya salah tuduh dan salah sasaran. Kan dah termalu? Tapi nak juga tahu lokasi kediaman suspek. Tak panjat pokok ke cari line? Boleh jadi youtuber tu.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

300 VPN Korporat Indonesia Digodam RileksCrew

0

Dilaporkan terdapat banyak laman web Malaysia yang tumpas di tangan penggodam Indonesia dan laman-laman tersebut dinaikkan muka baru (defaced).

Sebagai membalas serangan, menurut sumber yang sahih, anggota penggodam tempatan RileksCrew (RC) beserta DragonForce (DF) menentang serangan ini dengan melancarkan ‘Ops Ganyang’.

‘OpsGanyang’ ini dikatakan bertujuan untuk ‘menjawab’ serangan dihantar oleh penggodam Indonesia kerana mereka tidak ingin berdiam diri dan hanya melihat sahaja apa yang dilakukan oleh para penggodam Indonesia tersebut.

Sebagai permulaan, RileksCrew mengepos pautan ke fail yang mengandungi senarai ID VPN korporat Indonesia.

Fail tersebut boleh diakses dan dimuat turun di:

https://gofile.io/d/13ASxl

Tidak mengejutkan ini berlaku kerana kita juga mempunyai ramai anak muda yang berbakat dalam dunia IT.

Mereka ini mungkin tidak pernah pecah amanah, tetapi yang pasti mereka selalu pecah masuk.

“You break my record first.”

Views: 9

Iklan Newspaper Inline

Bosan Jaga Anak Di Rumah, RileksCrew Dan DragonForce Main Teng-Teng

0

Buletin Jejes : RileksCrew Dan DragonForce Didakwa Makan Tak Ajak

 

Agak panas juga dua tiga hari ini dengan serangan dan deface laman web dengan domain ‘.my’ daripada pasukan pemain Mobile Legend handalan dari seberang.

Tidak ketinggalan juga, laman web rasmi Angkatan Tentera Malaysia juga turut menerima serangan yang sama. Tiada sebarang kebocoran maklumat dilaporkan dan serangan hanya sekadar mengacau halaman utama laman sesawang sahaja, bukan database yang dibina asing.

Menerima berita ini, beberapa kumpulan gitar rancak Malaysia, seperti RileksCrew dan DragonForce telah berbincang untuk mengadakan jamuan makan malam bersama majlis cabutan bertuah. Diselitkan juga pada minit akhir perbincangan, aktiviti reunion sekolah dengan tema #OpsGanyang.

Setakat ini, soalan “nak makan mana?” masih lagi belum mencapai kata putus. Bersama kami lagi untuk kemaskini yang seterusnya.

 

Views: 14

Iklan Newspaper Inline

WhatsApp Akan Berhenti Berfungsi Pada 1 Januari 2021?

0

WhatsApp Akan Dihentikan Bermula Tahun 2021

Tular pula berita yang mengatakan aplikasi WhatsApp akan berhenti berfungsi pada telefon pintar bermula pada 1 Januari 2021. Walau kedengaran palsu, di sini kami ingin menjelaskan bahwasanya berita ini benar. WhatsApp juga melalui kenyataan rasmi mereka turut mengesahkan berita ini dan tidak merancang untuk menarik balik keputusan mereka.

Ini bukanlah cerita baru. Perkara ini sudahpun dilaporkan sejak Disember tahun 2019 yang lalu dan mereka memberikan pengguna masa sehingga 1 tahun untuk mencari penyelesaian dan menyelesaikan masalah yang akan timbul dengan keputusan mereka tersebut.

Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Anda semua tidak perlu menggelabah dan membuat teori konspirasi tidak tentu hala. Sebenarnya, WhatsApp cuma akan berhenti berfungsi pada telefon pintar ‘kuno’ sahaja. Ia akan berhenti berfungsi secara rasmi pada peranti dengan sistem operasi Android 4.0.3 ke bawah dan juga iOS 9 ke bawah.

Ini bermakna, bermula 1 Januari 2021, peranti dengan sistem operasi yang tersebut tidak lagi boleh menerima dan menghantar sebarang mesej dan panggilan WhatsApp, tidak boleh memuat naik dan memuat turun sokongan mesej mereka dan juga tidak boleh memasang dan mengemaskini aplikasi WhatsApp mereka secara rasmi pada gedung aplikasi rasmi seperti Play Store dan Apps Store.

Apa Tindakan Yang Perlu Diambil?

Langkah yang boleh diambil adalah kemaskini dengan segera sistem operasi telefon pintar anda untuk terus menggunakan WhatsApp. Buat pengguna iPhone, berita baik buat anda kerana iPhone 4S,5, 5S, 5C, 6 dan 6S masih lagi menerima kemaskini ke iOS 9.

Buat pengguna android, mungkin akan menerima masalah kerana kemaskini sistem operasi telefon android jarang sekali mempunyai rekod yang baik. Anda boleh cuba memasang custom ROM pada telefon anda untuk menggunakan versi android terkini.

Untuk pengguna kebanyakan ataupun untuk warga senior, langkah paling mudah adalah dengan membuat salinan mesej ke Google Drive menggunakan tetapan di dalam aplikasi WhatsApp sebelum 31 Disember 2020 berakhir. Seterusnya, anda bolehlah belikan mereka telefon android yang baru. Sebolehnya, carilah telefon dengan Android 10 tersiap supaya peranti baru tersebut boleh mempunya jangka hayat sistem yang lebih lama.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Dabbe : The Possession

0

Berdarah, Menggelikan, Memualkan, Kemurungan

Speechless. Menung kejap lepas tengok filem ni.

Abam warning awal la ye, sesiapa yang ada claustrophobic tolong jangan tengok. Jenguk, jeling, intai pun jangan.

Dan mereka yang kemurungan juga tolong jangan tonton. Abam bimbang nanti berkecamuk pula perasaan dan minda anda.

Ok kita teruskan.

Dabbe

Filem Dabbe: The Possession ini berkonsepkan ‘found footage‘, yang mana kalau kita lihat pada tahun ia ditayangkan pun kita tahu, jenis ini memang agak popular ketika itu.

Filem ini dari Turki. Ia mengisahkan mengenai Doktor Ebru, seorang skeptik yang tidak percaya kepada kewujudan makhluk halus, jin, hantu, dan seumpama dengannya.

Faruk pula adalah seorang ‘ustaz ruqyah’ (bolehlah dikatakan begitu). Ebru sedang memfilemkan dokumentari mengenai ‘Exorcism’ untuk kelasnya – kalau kita terjemahkan kepada bahasa Melayu, dalam konteks ini exorcism tu rawatan Ruqyah lah ya.

Ebru mencabar Faruk untuk menyembuhkan seorang gadis bernama Kubra, yang dirasuk jin ketika majlis perkahwinannya berlangsung.

Memang bunyinya agak klise, sama saja seperti jalan cerita lain yang biasa kita tonton.

Mungkin..

Tetapi kekuatan Dabbe bukan terletak pada seram yang dibuat-buat. Ia tidak memerlukan ‘jump scares’ (walaupun unsur itu ada).

Dabbe

Bukanlah tahap ‘keseraman’ yang menjadi ukuran kepada filem ini, tetapi di sepanjang filem anda akan ‘mengikuti’ perjalanan dua orang watak utama itu merungkai misteri di sebalik apa yang berlaku kepada Kubra dan keluarganya.

Kalau anda merancang untuk habiskan sepanjang malam dengan menonton filem, maka filem ini adalah untuk anda. Durasinya agak lama juga, iaitu lebih kurang 2 jam.

Paling tak boleh terima, katanya kesemua yang berlaku adalah berdasarkan peristiwa sebenar!

Anda boleh tonton Dabbe: The Possession di pautan ini:

https://www.netflix.com/title/81043541

Tutup lampu, it’s movie time.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Solid Snake Yang Sebenar!

0

Apabila Fiksyen Sains Menjadi Realiti

Seorang gamer dari UK yang bernama Daniel Melville yang dilahirkan tanpa tangan kanan, berpeluang merasai nikmatnya menggunakan tangan apabila beliau mendapat lengan bionik.

“Why are we here? Just to suffer?”
Lengan/tangan ini diberikan oleh Konami dan Open Bionics. Lengan prostetik yang diperoleh Melville ini dibuat berdasarkan kepada reka bentuk Venom Snake yang berasal dari Metal Gear Solid.
Gempak…
Lengan tersebut memberikan keupayaan kepada Melville untuk menjalankan kerja seharian, mahupun bermainan permainan.
Ia berfungsi dengan menggunakan sensor khas yang dapat mengesan pergerakan sesetengah otot tertentu lalu menghasilkan gerakan yang betul seperti diingini oleh Melville.
Ada gaya…
Anda boleh tonton bagaimana Melville menggunakan lengan barunya di pautan video YouTube ini:

Views: 2

Iklan Newspaper Inline