Salah Pangkah Dapat Tahi : Semangat “Kita Serumpun” Mula Dimainkan Semula

Buletin Jejes : Salah Tuduh Malaysia, Hejes Indonesia Mula Mengaku Serumpun Dalam Kemaluan

Baru sahaja rasmi kenyataan daripada PDRM mengenai tangkapan suspek dalang penghinaan lagu kebangsaan Indonesia yang dibuat oleh warga sendiri, ternyata nada dan semangat juang para hejes Indonesia mula berubah. Kumpulan Telegram dan pelbagai platform yang menjadi lobi dan pusat operasi para hejes Indonesia juga mula hilang daripada radar.

Tangkap layar daripada Instagram baginda

Terdahulu, Tuanku Raja Permaisuri Agong Malaysia, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Instagram baginda juga telah berkongsi tangkapan layar daripada akaun Instagram “bukan_bangjago” yang dipercayai milik warga Indonesia. Akaun tersebut telah membuat suntingan gambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam keadaan yang menjelekkan. Baginda juga telah menzahirkan rasa dukacita terhadap perbuatan tersebut dan menitahkan tindakan segera diambil terhadap pelaku.

Para hejes dan laman berkaitan di Indonesia juga secara tiba-tiba cuba berlagak cool seolah-olah tiada apa yang berlaku dan mencadangkan agar kita sesama serumpun seharusnya saling maaf memaafi, tindakan individu adalah tindakan individu dan tidak menggambarkan keseluruhan bangsa dan negara. Rumpun apa saya tak tahu lah. Tapi raya sudah lepas, rumpunan buluh lemang sudah habis ditebang.

Bak kata pepatah, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Salah pangkah dapat tahi. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh hejes dipagar besi.

Sekian, 2-0.

Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

Artikel Berkaitan

1 komen

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
muhammad932

dan burung-burung pun berkicauan…

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
%d bloggers like this: